Anda di halaman 1dari 4

PEMARKAHAN 1 2 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

RIS

SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KAK3013 Matematik Untuk Kanak-Kanak (Mathematics For Young Children)

TAJUK TUGASAN:

BAHAGIAN A: Tugasan 1 (Individu)


KUMPULAN: UPSI 01 (A131 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH TAJUK 1 : KONSEP PRA NOMBOR


Tahun Masa Alat/ bahan Tunjang utama : : 30 minit : bekas plastik berisi pasir, lembaran kerja. : Tunjang Sains dan Teknologi ( Matematik)

Standard Pembelajaran utama: ST 7.1.3 Membilang objek 1 10 ST 7.1.7 Membilang secara menaik 1-10 dan membilang secara menurun 10-1. ST 7.1.5 Menulis angka 1 -10 dengan bilangan objek yang betul. Standard Pembelajaran yang disepadukan : P.M 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti Objektif Pembelajaran : Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat a) Membilang objek 1 -10 b) Menulis angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul. Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mempelajari kiraan nombor satu hingga sepuluh. 1. Langkah-langkah Aktiviti : 1.1 Fasa Persediaan (5 minit) - Guru meminta murid untuk berdiri dan menyanyi lagu Mari Mengira - https://www.youtube.com/watch?v=IpIIJLRnJUk - Murid menyanyi mengikut arahan guru diiringi muzik - Guru mengaitkan nyanyian dengan pembelajaran hari ini.

Proses pengajaran guru yang baik perlulah dimulakan dengan fasa persediaan. Set induksi atau dalam fasa persediaan adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama set induksi ialah untuk membina aliran fikiran murid-murid serta menimbulkan minat murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut. Dengan itu murid-murid akan lebih bersedia dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak

disampaikan. Pengendalian set induksi yang baik akan dapat menarik minat murid terhadap pengajaran pada hari tersebut, mewujudkan motivasi dan perasaan ingin tahu murid, membuat perkaitan dengan pengajaran dan akhirnya boleh menstruktur pemahaman lepas dengan isi pelajaran yang baru.

2 KAA 3013 MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN | Toshiba

1.2 Fasa Mencungkil Idea (7 minit) - Sambil mengira atau menyebut nombor, guru akan menulis nombor di awangan mengikut turutan yang betul menggunakan jari. - Murid mengikut sebutan dan pergerakan tangan guru. - Langkah diulangi dari nombor satu hingga sembilan. - Guru akan meminta beberapa orang murid untuk mengulangi kiraan dan tulisan di awangan secara individu. 1.3 Fasa Perkembangan (15 minit) - murid dibahagikan kepada dua kumpulan. - setiap ahli kumpulan 1 akan memegang pensel berlainan bilangan (1-10) dan setiap ahli kumpulan 2 akan memegang satu kad nombor 1-10. - Murid akan mencari pasangan masing-masing. ( Padanan bilangan pensel dengan kad nombor). Pensel perlu ditukar dengan objek lain. - Aktiviti seterusnya murid akan bertukar kad nombor dan bilangan pensel. - Murid diminta mengulangi permainan memadan ini sehingga murid-murid dapat memadankan objek dengan nombor yang betul.

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu untuk menjamin kekekalannya. Pengulangan kemahiran yang kerap kali dilakukan pastinya memberikan ingatan yang baik terhadap kemahiran tersebut kepada kanak- kanak.

3 KAA 3013 MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN | Toshiba

1.4 Fasa Penilaian (13 minit) - Murid diberi lembaran kerja. - Murid diminta membulatkan nombor dengan bilangan objek yang betul. - Murid ditaksir dengan hasil kerja yang baik. - Lampiran 1

4 KAA 3013 MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN | Toshiba

Anda mungkin juga menyukai