Anda di halaman 1dari 18

1.0 PENGENALAN 1.

1 Pengenalan Profesion Keguruan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Oleh itu para guru hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan mutu profesionalisme keguruan. Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang profesion dan

profesionalisme keguruan kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesion, profesionalisme dan keguruan. Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Keguruan pula membawa maksud tugas dan

tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Manakala profesionalisme bermaksud sifatsifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang(1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya.

Dari pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah adalah sama sahaja. Berjaya atau gagal seseorang guru itu dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam membentuk dan mendidik anak bangsanya. 1.2 Pengenalan Umum Kepimpinan Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan 1994). Kepemimpinan atau leadership merupakan ilmu terapan dari ilmu-ilmu sosial, sebab prinsip-prinsip dan rumusannya diharapkan dapat mendatangkan manfaat bagi kesejahteraan manusia (Moejiono, 2002). Ada banyak pengertian yang dikemukakan oleh para pakar menurut sudut pandang masing-masing, definisidefinisi tersebut menunjukkan adanya beberapa kesamaan mengenai kepimpinan. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). Menurut Tead; Terry; Hoyt (dalam Kartono, 2003) Pengertian Kepemimpinan iaitu kegiatan atau seni mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama yang didasarkan pada kemampuan orang tersebut untuk membimbing orang lain dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan kelompok. Manakala Young (dalam Kartono, 2003) Pengertian Kepemimpinan iaitu bentuk dominasi yang didasari atas kemampuan peribadi yang sanggup mendorong atau mengajak orang lain untuk berbuat sesuatu yang berdasarkan penerimaan oleh kelompoknya, dan memiliki keahlian khusus yang tepat bagi situasi yang khusus. Gordon (1955) mengatakan kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan

ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi . Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (Gribben 1972). Dalam tulisannya Leadership Dynamic, Hollander (1978) mendefi nasikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk

meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya (Fulmer 1988). Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas, maka dapatlah saya rumuskan bahawa: i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan matlamat, menyusun, mengarah dan menyelaras dan mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan.

v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.

2.0 TEORI - TEORI KEPIMPINAN

Teori Pemimpin Lelaki Agung

Teori X dan Y

Teori Perhubungan Manusia

Teori Kepemimpinan Guru

Teori Tret

Teori Kepimpinan mengikut situasi

Teori Perlakuan

Rajah 1: Teori-teori Kepemimpinan

2.1 Teori Pemimpin Lelaki Agung ( The Great Man : 1840 ) Teori kepemimpinan The Great Man bermula sekitar pertengahan abad ke-19. Teori ini mengadaikan bahawa ciri-ciri kepimpinan adalah bersifat intrinsik yang bermakna pemimpin dilahirkan dan bukan dibina. Menurut teori ini semua pemimpin sebenar memang telah ditakdirkan untuk menjadi pemimpin dan pemimpin ini akan muncul apabila wujud situasi sosial yang memerlukan seorang pemmpin untuk menyelesaikannya. Teori yang dipopularkan oleh seorang guru sejarah, Thomas Carlyle, terhasil daripada inspirasi kajiannya terhadap kemunculan hero. Menurut Carlyle, pemimpin merupakan individu yang telah dianugerahkan dengan ciri-ciri unik yang dapat menarik perhatian orang ramai. Kepimpinan awal sering dikaitkan dengan lelaki dan disebabkan hal inilah maka teori ini dinamakan teori The Great Man. Setelah muncul beberapa pemimpin yang terdiri daripada kaum wanita, teori ini disusun semula untuk menjadi teori Manusia Agung ( The Great Person ). Teori Kepemimpinan The Great Man menjelaskan bahawa sesetengah manusia dilahirkan bersama kualiti yang mengasingkannya daripada orang biasa dan tret ini yang membuatkan individu berkenaan berasa bertanggungjawab untuk memiliki kuasa dan autoriti. Seorang pemimpin merupakan hero yang akan mencapai matlamat yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Ia menggambarkan bahawa individu yang mempunyai kuasa memang selayaknya menjadi pemimpin. 2.2 Teori Tret ( Trait Theory : 1930 an 1940-an ) Teori kepemimpinan tret mempercayai bahawa kualiti-kualiti tret tertentu

sama ada dibina atau dilahirkan bersama, yang menyebabkan seseorang itu terserlah dengan peranan sebagai pemimpin. Ini bermakna, kualiti seperti bijak, rasa tanggungjawab, kreatif dan nilai-nilai lain telah meletakkan seseorang itu sebagai pemimpin. Teori kepemimpinan Tret memfokuskan kepada menganalisis ciri-ciri mental, fizikal dan sosial untuk mendapatkan kefahaman tentang apakah ciri-ciri atau kombinasi ciri-ciri yang umum dalam kalangan pemimpin. Asas kepada teori ini ialah ciri-ciri yang didapati pada kebanyakan pemimpin, sama ada yang berjaya mahupun pemimpin yang gagal, dan ciri-ciri ini digunakan untuk menjangkakan keberkesanan kepemimpinan. Senarai ciri-ciri tersebut

seterusnya dibandingkan dengan potensi kecenderungan pemimpin untuk berjaya atau gagal. Para cendekiawan yang menggunakan pendekatan tret untuk mengenalpasti ciri-ciri :

Fisiologi
Demografi Personaliti Intelek Ciri berkaitan tugas dan sosial

Pemimpin yang berjaya, pasti mempunyai minat, kebolehan dan tret personaliti yang berlainan daripada pemimpin yang kurang berjaya. Melalui banyak kajian yang dilakukan dalam tiga dekad terakhir abad ke-20, satu set tret utama pemimpin yang berjaya telah dikenalpasti. Tret-tret ini bukanlah menjadi penentu kejayaan kepemimpinan tetapi dilihat sebagai prasyarat yang telah kepada mereka yang berpotensi menjadi pemimpin. 2.3 Teori X dan Y Diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Menurut Razali Mat Zin (1966), teori X ialah pendekatan `carrot and stick. Teori X mengandaikan bahawa pekerja semula jadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali terpaksa, tidak punyai cita-cita dan tidak mahu memikul akuantabiliti, tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan hanya mahu bekerja kerana diransang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja. Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai perkara semula jadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria jika keadaan kerja itu baik. Akan tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai suatu bebanan jika pengalaman kerja pada masa lepas dikurniakan

tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan akuantabiliti kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa. 2.4 Teori Perhubungan Manusia Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian telah dijalankan oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang disukai oleh orang bawahan

perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahan (human relations orientation)

perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation)

Kesimpulannya, pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisas. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.

2.5 Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories) Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif yang mnegndungi hubungan antara gaya kepimpinan dengan situasi yang menyenangkan. Terdapat 3 dimensi kesesuaian situasi iaitu ;

hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.

darjah struktur tugas iaitu sejauh mana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.

kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.

Tuntasnya, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan. Teori ini bermula dengan tanggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan bukan sesuatu yang nyata dan boleh diwujudkan tersendiri dengan bentuk yang sama tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan mempengaruhi.

cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang bawahan; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan.

cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza-beza; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor penting sebelum membuat keputusan.

mempunyai pelbagai cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan.

pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilakan sesuatu tugasan dengan baik.

2.6 Teori Perlakuan Teori ini berhubungkait dengan kelakuan dan perlakuan yang boleh mempengaruhi perhubungan kemanusiaan. Perlakuan pemimpin memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugasan. Pelopor teori ini telah mengenalpasti perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadapat perhubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahan (human relations orientation) Pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.

menyelesaikan masalah

mengendalikan kumpulan pengikut

Fungsi dan Peranan Pemimpin

Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan keduadua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab berorientasikan pekerja atau tugas. Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan sesama manusia dan kebajikan pekerja kurang dititikberatkan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi mungkin kurang dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin iberdasarkan tanggungjawab berorientasikan tugas dan orientasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.

3.0 PERBINCANGAN TUGASAN Perbincangan akan difokuskan kepada beberapa aspek iaitu : a) Corak kepimpinan di sekolah. (semasa praktikum dan program internship) b) Perkaitan corak kepimpinan dengan teori kepimpinan. c) Analisis kerelevanan teori. d) Cadangan penambahbaikan.

3.1 Corak kepimpinan di sekolah. (semasa praktikum dan program internship) Merujuk kepada pengalaman lalu ketika saya menjalankan praktikum dan program internship di sekolah di sekitar besut, saya dapati ada beberapa corak atau gaya kepemimpinan yang dipraktikkan oleh guru-guru terutamnya pihak pengurusan atau pentadbiran sekolah, saya rumuskan gaya kepimpinan tersebut kepada 4 bahagian iaitu : Berorientasikan arahan (Directive Leadership) Berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Dalam penulisan ini, saya akan pecahkan setiap corak kepimpinan yang telah saya senaraikan untuk dicerakinkan supaya jelas maksud dan perkaitannya dengan pengalaman saya ketika praktikum dan internship. 3.1.1 Berorientasikan arahan (Directive Leadership) Satu jenis pengajaran gaya pengurusan yang disifatkan oleh seorang pemimpin yang memberitahu kakitangan bawahan apa yang sepatutnya mereka lakukan dan bagaimana untuk melaksanakan tugas-tugas yang dijangkakan. Semasa saya menjalankan praktikal di sekolah saya dapati guru besar

menggunakan corak kepimpinan ini di mana kakitangan bawahan mereka mempunyai pekerjaan yang pelbagai dan kerana itu mereka memerlukan bimbingan yang lebih banyak untuk mengelakkan ketidakpastian.

Guru besar akan memberikan arahan mengenai sesuatu tugasan serta menerangkan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Guru Besar juga turut memberikan arahan mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada guru secara spesifik supaya guru mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan. 3.1.2 Berorientasikan sokongan (Supportive Leadership) Kepimpinan ini dikaitkan dengan cara-cara pengurusan yang menetapkan matlamat yang mencabar, membantu dalam latihan, menekankan peningkatan, dan menjangka tahap prestasi tertinggi. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Gaya kepimpinan ini dapat diperhatikan semasa praktikum di sekolah. Guru besar sentiasa menitikberatkan cara guru- guru bekerja dan sentiasa bertanyakan perkembangan setiap kerja dan tugasan yang diberikan. Di samping itu, pemimpin juga melayan pekerja tanpa berdasarkan status sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja bermotivasi bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Hal ini dilihat apabila guru besar sentiasa bergaul dan berkongsi pendapat dengan semua guru. Selain bergaul dengan para guru, guru besar juga dilihat begitu mesra dengan pekerja- pekerja sekolah seperti pekebun dan juga pengawal keselamatan. 4.0 Perkaitan corak kepimpinan dengan teori kepimpinan. Untuk perkaitan antara corak kepimpinan ini dengan teori kepimpinan, saya merangkumkan dua corak kepimpinan iaitu corak kepimpinan berorientasikan arahan (directive leadership) dan berorientasikan sokongan (supportive leadership) dengan Teori Laluan Matlamat yang dipelopori oleh Martin G. Evans dan Robert House pada tahun 1971. Saya memilih teori ini kerana ianya sangat bertepatan dengan pengalaman yang saya perolehi ketika praktikum dan internship dan teori ini yang paling banyak dipraktikkan oleh pihak pentadbiran sekolah dan termasuk juga sekolah yang saya menjalani praktikum.

4.1 Corak kepimpinan berorientasikan arahan (directive leadership) dengan Teori Laluan Matlamat. Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan

menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan Melihat kepada teori laluan matlamat, 4.2 Corak kepimpinan berorientasikan sokongan (supportive leadership) dengan Teori Laluan Matlamat 5.0 ANALISIS TEORI 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setiap teori mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dengan teori yang dipilih iaitu teori perlakuan. Teori perlakuan ini juga mempunyai kelebihan serta kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, ianya masih boleh dan perlu ditambahbaik supaya segaris dengan konteks kepimpinan sekolah di Malaysia. Bagi pendapat saya, teori perlakuan ini perlu penambahbaikkan kerana teori ini perlu bersesuaian dengan peredaran zaman. Teori ini sesuai jika semua pihak memberi kerjasama yang baik. Pemimpin perlu sedikit tegas sekiranya ingin menggunakan teori perlakuan ini kerana teori ini boleh menyebabkan orang bawahan berada dalam keadaan selesa. Ini mungkin disebabkan orang bawahan berangapan pemimpin mereka terlalu baik dan akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan pemimpin mereka. Pemimpin juga harus sentiasa pantau terhadap tugas pengikutnya agar mereka tidak leka dan melakukan tugas masingmasing. Selain itu, seorang pemimpin perlu memainkan peranan untuk menggalakkan pelaksanaan sesuatu bidang kerja. Ia akan memotivasikan pekerja bawahannya dengan memberikan sokongan dan ganjaran. Seorang pemimpin juga bukan sekadar menyelia kerja-kerja pengikutnya tetapi turut memberikan bimbingan tentang

peranan mereka. Rasa yakin turut memainkan fakor penting yang boleh dicapai melalui penjelasan tentang beban kerja kepada para pekerja, menjelaskan peranan mereka dan membimbing mereka menggunakan garis panduan untuk mencapai matlamat organisasi. Adalah penting juga bagi pemimpin untuk mendengar keluhan masalah yang dihadapi oleh orang bahawan. Guru besar juga perlu diberi khusus. Ini bertujuan memastikan guru besar sentiasa bergerak serta bertindak sesuai dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Ini membolehkan guru besar sentiasa mengambil keputusan yang bijak dalam setiap mesyuarat yang dijalankan. Selain itu, dengan khusus yang diberi, guru besar juga boleh berkongsi idea dengan guru-guru besar lain dari segi idea, kepimpinan, gaya pentadbiran dan lain-lain lagi. Perkongsian ini akan menambah pengetahuan guru besar serta dapat mereflek diri. Justeru itu, perkongsian ini boleh dibawa untuk dikongsi bersama guru-guru di sekolah. Semangat bekerja yang menggambarkan keadaan kesediaan pekerja untuk bekerjasama dalam pekerjaan mereka, menjadikan mereka lebih yakin dan bagaimana pemimpin cuba memenangi kepercayaan mereka. Seorang pemimpin boleh menjadi pembina semangat dengan cara mendapatkan kerjasama pengikutnya agar mereka dapat mempamerkan keupayaan mereka untuk mencapai matlamat organisasi. Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, namun kesemuanya mirip menyatakan ada satu cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Ibrahim Mamat, 2001 ada menyatakan kejayaan bergantung kepada kepada karisma seseorang, ada yang menyatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap oran-orang bahawannya. Justeru, saya boleh merumuskan bahawa pemimpin dan orang bawahannya adalah salin memerlukan dalam menjayakan sebuah organisasi.

7.0 REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan EDU 3108 iaitu asas kepimpinan dan perkembangan profesional ini dengan baik. Tugasan ini memberi saya banyak ilmu-ilmu yang masih belum ada pada saya. Tugasan kerja kurusus ini merangkumi pengenalan yang menarik yang merangkumi konsep profesion keguruan dan teori kepimpinan serta menyatakan jenis-jenis teori kepimpinan. Selain itu, tugasan ini menyuruh saya mengaitkan satu teori kepimpinan dengan pengalaman saya menjalani praktikum pada masa lalu. Kemudian, saya perlu analisis teori tersebut sama ada releven dengan keperluan kepimpinan pada masa kini. Saya juga perlu membuat cadangan penambahbaikkan terhadap teori tersebut. Melihat kepada pengenalan tugasan ini, apabila disebut tentang kepimpinan sudah tentunya saya tahu apa yang boleh dihuraikan tentang kepimpinan. Namun begitu, semasa saya mendapatkan maklumat tentang kepimpinan, ternyata sekali ilmu saya terhadap kepimpinan masih begitu sedikit kerana kepimpinan ini mempunyai skop yang meluas. Saya dapat menambah pengetahuan yang lebih mendalam tentang kepimpinan yang dinyatakan oleh pelbagai sumber-sumber yang saya temui. Secara umumnya kepimpinan adalah penting dalam mempengaruhi sesebuah organisasi terutama sekali dalam profesion keguruan. Selepas selesai pengenalan berkaitan kepimpinan, saya meneruskan dengan tugasan berikutnya iaitu menyatakan jenis-jenis teori kepimpinan. Semasa membuat jenis-jenis teori kepimpinan ini, saya mendapati terdapat pelbagai lagi teori kepimpinan yang ada dan tidak saya ketahui seperti teori Lorong Maklumat, Teori Lelaki Agung, Teori Tret, Teori Pertukaran Pemimpin-Ahli,Teori Transformasional dan sebagainya. Tugasan ini telah membuka minda saya tentang kepimpinan yang sebenarnya terdapat pelbagai teori telah diutarakan dan boleh digunakan. Sebagai contohnya, Teori Transaksional melibatkan motivasi dan pemimpin (guru)

mengarahkan murid dengan menggunakan daya penarik kepada kepentingan diri sendiri. Melalui teori-teori ini, saya dapat mengembangkan lagi pengetahuan saya tentang kepimpinan dan teori-teori ini amat berguna pada saya semasa mengajar kelak. Saya boleh mengaplikasikan teori ini dalam kehidupan seharian saya kerana

setiap manusia yang dilahirkan adalah pemimpin. Ianya bergantung kepada individu tersebut kepemimpinan bagaimanakah yang hendak dipilih. Tugasan yang ketiga ini berkaitan pengalaman saya di sekolah di mana saya perlu memilih satu teori dan bincangkan sejauhmanakah teori tersebut masih releven dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia. Semasa membuat tugasan ini, saya perlu mengimbas semula pengalaman saya di sekolah yang berkaitan kepimpinan. Saya mengambil contoh Guru Besar sekolah yang saya menjalani praktikum masa lalu dan perlu mengaitkan teori kepimpinan yang sesuai dengan Guru Besar sekolah saya. Kesesuaian teori dengan cara kepimpinan Guru Besar saya inilah menjadi faktor masalah utama saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ini kerana keseluruhan teori kepimpinan seakan-akan sama dan menyukarkan saya memilih yang sesuai. Oleh itu, saya melakukan beberapa pembacaan dan membuat sedikit pandangan terhadap rakan-rakan saya. Semasa membuat perkaitan teori kepimpinan ini, terdapat beberapa perkara telah menyedarkan saya berkaitan kepimpinan ini. Apabila saya mengimbas kembali pengalaman saya semasa di sekolah, saya sedar Guru Besar saya sentiasa dalam keadaan tenang sekiranya menghadapi masalah staf-stafnya. Saya begitu kagum dengan beliau kerana beliau mampu menghadapi dengan tenang masalah yang dihadapi. Disebabkan itulah juga saya membuat perkaitan Guru Besar saya dengan Teori Perlakuan kerana ianya melibatkan perlakuan Guru Besar tersebut. Saya juga menghadapi masalah apabila hendak menganalisis sama ada teori tersebut masih releven dengan keperluan kepimpinan pada masa kini. Dalam memastikan teori tersebut masih releven atau tidak, saya perlu mengambil beberapa faktor yang mempengaruhi teori tersebut seperti perubahan zaman dan teknologi, pemikiran manusia zaman sekarang, pendidikan masa kini dan sebagainya. Semua itu menjadi aspek utama untuk menganalisis kerelevenan teori tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya berbincang dengan beberapa orang rakan saya dan mendengar pengalaman kepimpinan di sekolah mereka. Mereka juga mengatakan sesetengah guru menggunakan teori ini dalam sekolah mereka seperti ketua-ketua panitia. Ternyata teori ini masih lagi digunakan pada zaman sekarang dan masih lagi releven dengan keperluan kepimpinan pada masa kini.

Walaubagaimanapun, setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Dalam tugasan ini, saya ada memberi idea penambahbaikkan yang perlu dititikberatkan dalam teori ini. Teori-teori kepimpinan ini sangat berguna kepada semua individu terutama sekali guru dalam meningkatkan amalan kepimpinan dan profesionalisme dalam bidang keguruan. Kepimpinan guru juga merupakan satu proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan perjalanan sekolah. Teori-teori ini mengajar saya guru diperlukan untuk memimpin rakan-rakan sejawat supaya melakukan pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara lebih baik dan berkesan. Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak input-input yang berguna berkaitan teori kepimpinan daripada pengenalan sehinggalah pengalaman saya berkaitan kepimpinan di sekolah. Bagi pendapat saya, kepimpinan adalah tonggak utama penggerak sesuatu organisai sama ada maju atau mundur. Pengikut-pengikut tidak akan berjaya sekiranya pemimpin mereka tidak mempunyai kepimpinan yang baik. Dengan erti kata lain, pemimpin dan pengikut saling memerlukan dalam menggerakkan sesebuah organisasi.Melalui tugasan ini juga saya dapat memupuk diri saya tentang kepimpinan yang baik dan cara untuk melaksanakan organisasi sekiranya saya menjadi pemimpin kelak. Untuk meningkatkan amalan kepimpinan dan profesionalisme dalam bidang perguruan, teori-teori ini dapat membantu menaikkan darjat profenalisme keguruan dengan lebih tinggi. Akhir sekali, Insya-Allah dengan tugasan ini, saya akan mempraktikkan segala ilmu-ilmu baru yang saya perolehi dan mengembangkannya dalam profesion perguruan kelak.

Anda mungkin juga menyukai