Anda di halaman 1dari 16

3.

0 Nasakh dan Mansukh


3.1 Pengenalan Nasakh
Pengertian nasakh dari segi bahasa di dalam bahasa arab paling
sedikit mempunyai empat makna. Yang pertama ia membawa maksud
menghilang sesuatu benda dan menghapusnya. Kedua, memindahkan
sesuatu benda dan mengubahnya tetapi masih mengekalkan keadaannya. Al-
Sajistani berkata: Nasakh ialah merubah umpama merubah madu kepada
benda lain. Melalui pengertian yang kedua ini tidak ada contoh ayat al-Quran
yang berisi kata nasakh yang bererti pindah. Seluruh al-Quran hanya
terdapat 4 ayat yang memuatkan kata nasakh tetapi tidak ada yang bererti
pindah.

Pengertian nasakh dari segi bahasa yang ketiga pula ialah menyalin
atau mengutip. Ia bermaksud menyalin dan mengutip tulisan dari satu buku
ke buku yang lain dengan tetap mempunyai persamaan antara salinan
dengan yang disalin. Allah SWT berfiman:
-EOE- E4+:4g -gCL4C
7^OU4 --E^) _ ^^)
EL7 NCO44-Oe 4` +L7
4pOUEu> ^g_
Maksudnya: "Inilah surat (tulisan malaikat) kami, ia memberi keterangan
terhadap kamu Dengan Yang benar, kerana Sesungguhnya Kami telah
(perintahkan malaikat) menulis Segala Yang kamu telah lakukan (di dunia
dahulu)!"
(Surah al-Jaasiyah:29)
Pengertian yang keempat pula bererti mengubah dan membatalkan
sesuatu dan menempatkan sesuatu yang lain sebagai gantinya. Ia bererti
dengan mengubah sesuatu ketentuan atau hukum dengan cara membatalkan
ketentuan hukum yang ada dan diganti dengan hukum yang baru. Allah SWT
berfirman:
4` ;C=O44^ ;}g` O4C-47 u
E_O4+^ g4^ OOC .Ogu+g)`
u .E_)Uu1g` Uu>
Ep -.- _O>4N ]7 7/E*
vOCg~ ^g
Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan),
atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang
lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau
mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
( Surah al-Baqarah : 106)

Daripada keempat-empat erti nasakh pada bahasa boleh disimpulkan
kepada satu maksud dari segi istilah. Nasakh dalam istilah pula mempunyai
beberapa pengertian dan tafsiran yang paling tepat ialah mengangkat hukum
syarie dengan dalil syarie. Mengangkat dalil syarie bermaksud memutuskan
dalil tersebut dari diamal oleh mukallaf. Hukum syarie pula bermaksud kata-
kata Allah yang berkaitan perbuatan mukallaf samada arahan melakukan,
arahan melarang atau berbentuk pilihan. Dalil syarie pula ialah wahyu Allah
SWT samada bibaca atau tidak dibaca dan ia meliputi al-Quran dan as-
Sunnah.







Kesimpulannya, dalam memutuskan nasakh mestilah terdapat empat
perkara berikut iaitu:
1. Mansukh mestilah daripada hukum syarie
2. Dalil yang mengangkat hukum syarie adalah daripada dalil syarie
3. Dalil yang mengangkat hukum syarie diturunkan kemudian dari dalil yang
pertama dan tidak bersambung dengan dalil tersebut.
4. Kedua dalil tersebut mempunyai pertentangan hakiki.
















NASAKH
al-Quran
dengan
al-Quran
al-Quran
dengan
as-Sunnah
as-Sunnah
dengan
al-Quran
as-Sunnah
dengan
as-Sunnah

3.2 Pembahagian Nasakh
Nasakh di dalam perundangan Islam terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

























3.2.1 Nasakh al-Quran dengan al-Quran
Seluruh ulama bersetuju bahawa ia berlaku dan terdapat kerana
berdalilkan ayat-ayat al-Quranadalah setara dan berada pada tahap yang
sama dan wajib beramal dengan tuntutannya. Sebagai contoh seperti ayat
Idah yang masanya satu tahun menjadi empat bulan sepuluh hari. Firman
Allah SWT:
4g~-.-4 ]O-4O4-NC :4g`
4p+OEO4C4 ~w}4^e LOOg4
)__4^e+ 4-E` O)
OEC^- 4OOEN -4Ou=) _
up) =};_4OE= E EEE4N_
:^OU4 O) 4` ;UE EO)
;)_O^ }g` lNOuE` +.-4
NOCjG4N 7:EO ^gj
Maksudnya: Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta
meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu
diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun
lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika
mereka keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka
tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa Yang
mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara Yang patut
Yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(Surah al-Baqarah :240)
Dinasakhkan dengan ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 234:




4g~-.-4 4pO-4O4NC 7Lg`
4p+OEO4C4 ~w}4^e
=}+4O44C O})_O^)
OE4O Og;+ -LO;4N4 W
-O) =}^U4 O}_UE_ E
EEE4N_ 7^1U4 E1g =}UE
EO) O})_O^
+Ou+E^) +.-4 E)
4pOUEu> OO):E= ^g@j
Maksudnya: Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang
mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri
mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah
habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa
Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan
oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam
akan apa jua Yang kamu lakukan.


Bahagian ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Nasakh tilawah dengan hukum
2. Nasakh hukum tidak tilawah
3. Nasakh tilawah tidak hukum







3.2.2 Nasakh al-Quran dengan as-Sunnah
Dalam bahagian ini, ulama berselisih pendapat dengan
sebahagiannya bersetuju ia berlaku dan sebahagian lain mengatakan tidak
bersetuju. Ulama mengatakan ia wujud dalam al-Quran ialah Imam Malik,
Ashab Abi Hanifah, Jumhur Mutakalimi, dalam kalangan Asyairah dan
Mutazilah, mereka berhujah bahawa nasakh al-Quran dengan as-Sunnah
adalah tidak mustahil kerana as-Sunnah juga wahyu Allah SWT. Sepertimana
firman Allah SWT:
4`4 -gCL4C ^}4N -O4OE- ^@
up) 4O- ) E/4 _/EONC ^j
Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan
ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
( Surah an-Najm: 3-4 )
Kedua-dua tidak ada perbezaan melainkan dari sudut lafaz-lafaz al-
Quran adalah susunan daripada Allah SWT dan lafaz-lafaz sunnah
susunannya daripada Rasulullah SAW. Al-Quran mempunyai ciri-cirinya dan
as-Sunnah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perbezaan-perbezaan ini tidak
memberi kesan untuk berlaku nasakh al-Quran dengan as-Sunnah
sebagaimana Allah menaskh wahyuNya (al-Quran) dengan wahyunya (as-
Sunnah).

Ulama yang mengatakan bahawa ia tidak berlaku ialah as-Syafei,
ahmad dalam satu riwayat dan kebanyakkan ahli Zahir. Antara hujah mereka
ialah melalui firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 44:
ge4L)O4l^) @O+O-4
.4L^4O^4 El^O)
4O-g]~.- 4))-4l+g +EELUg
4` 4@O+^ jgO) _^UE4
]NO-E4-4C ^jj
Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan
Yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci
(yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai
Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau
menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Ayat ini bermaksud bahawa peranan Rasul terbatas hanya kepada
menerang al-Quran dan as-Sunnah, jika peranannya menasakhkan al-Quran
ketika itu ia tidak lagi menjadi keterangan kepada al-Quran bahkan ia lebih
tinggi daripada al-Quran. Hujah yang dikemukakan ini telah tertolak dengan
beberapa alasan antaranya ialah ayat yang dikemukakan tidak menunjuk
peranan sunnah terbatas hanya untuk memberi keterangan al-Quran dengan
alasan tidak terdapat dalam ayat tersebut tanda-tanda batasan dan sekatan.
Maksud ayat ini ialah sunnah menerang al-Quran dan pada waktu yang sama
ia tidak menafikan bahawa ia sebagai penasikh kepada al-Quran.
Bandingannya ialah firman Allah:
E4O4:> Og~-.- 4EO4^
4p~O^- _O>4N jg:4N
4pO74Og --gUEUg -OCO4^
^
Maksudnya: Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada
hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh
penduduk alam.
(Surah al-Furqan: 1)
Dalam ayat ini memberi maksud bahawa Rasulullah SAW adalah
pemberi amaran kepada sekelian alam. Tetapi ia tidak menafikan bahawa
Rasulullah juga pemberi khabaran gembira untuk alam semesta.
3.2.3 Nasakh As-Sunnah dengan al-Quran
Bahagian ini dibahas ulama dan sebahagian mereka berpendapat ia
wujud dan sebahagian mengatakan ia tidak berlaku. Kekhilafan ulama dalam
bahagian ini sama seperti bahagian kedua nasakh. Meskipun begitu suara
yang berpendapat ia tidak berlaku tenggelam dan hujah mereka disangkal.
Sementara itu, pendapat yang menyokong ia wujud tidak dikuatkan dengan
dalil. Dengan sebab itu, kita mendapati bahawa ulama yang menyokong
adalah terdiri daripada Jumhur Fuqaha, mutakalimin. Manakala ulama yang
menafikan ia wujud ialah as-Syafie dalam pendapatnya dan sebilangan kecil
sahabat-sahabatnya.

Dalil yang menunjukkan nasakh sunnah dengan al-Quran wujud ialah
dalam hal menghadap Baitulmaqdis dalam sembahyang. Firman Allah SWT:
;~ O4O4^ =UwU> El)_;_4 O)
g7.EOO- W ElE441g4ON4U
6-lg~ E_=O> _ ]4O
ElE_;_4 4O;CE- gOE^-
g-4OE^- _ +^1EO4 4`
+L7 W-Oe4O 7E-ON_N
+4O;CE- Ep)4 4g~-.-
W-O>q =U4-^-
4pOUu4O +O^^ O-E^- }g`
)_)O 4`4 +.- g4)
O4N 4pOUEu4C ^jj
Maksudnya: Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-
ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling
mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah
Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu
berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka
mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang
mereka lakukan.
(Surah al-Baqarah:144)
Dalil kedua ialah makan, minum dan perhubungan dengan isteri adalah
haram pada malam di bulan Ramadhan kepada yang berpuasa, semuanya
telah dinasakh dengan firman Allah SWT:
EgOq : -^O g41_-
+O- _O) 7j*.=O)e _ O}-
/E4:g 7- +^4 /E4:g
O}_- =)U4 +.- :^^
+-47 ]O+^4^C` :=O^
=4- 7^OU4 E4N4 744N W
=}4*^ O}-+O4
W-O74-4 4` =U4 +.-
7 _ W-OU74 W-O+4O'=-4
_/4EO 4E-4lE4C N7 7O^OC^-
+*4O- =}g` O^OC^-
g14Oc- =}g` @O;E^- W
O W-OOg> 44O_- O)
^1-- _ 4 ;-+O4l>
+^4 4pO4N O)
g=OE^- ElUg> 1N
*.- E E-O+4O^> ElgEOE
-))-4:NC +.- gOg-4C-47
+EE4Ug _^UE ]O+-4C
^g_
Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai
pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah
mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima
taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri
kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan
makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar.
kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan
janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di
masjid. itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada
sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
( Surah al-Baqarah: 187)
3.2.4 Nasakh as-Sunnah dengan as-Sunnah
Dalam bahagian ini, ia ternahagi kepada empat iaitu nasakh sunnah
mutawatirah dengan sunnah mutawatirah, nasakh sunnah ahadiyah dengan
sunnah mutawatirah dan nasakh sunnah mutawatirah dengan sunnah
ahadiyah. Tiga bahagian yang pertama adalah harus berlaku dari sudut akal
dan syara. Walaupun bahagian keempat iaitu nasakh sunnah mutawatirah
dengan ahadiyah ulama bersepakat ia harus pada akal tetapi berkhilaf dari
sudut syara. Jumhur menafikannya tetapi ahli zahir mnegithbatnya.


















3.3 Perkara-Perkara yang dinasakhkan
Takrifan nasakh iaitu mengangkat hukum syarie dengan dalil syarie
menunjukkan secara jelas bahawa nasakh tidak berlaku kecuali pada hukum-
hakam. Ini telah disepakati seluruh ulama. Secara khususnya ia berlaku pada
cabang ibadat dan munakahat. Selain perkara cabang tersebut iaitu yang
berkaitan aqidah, akhlak,usul feqh, usul munakahat dan perkhabaran. Ini
semua tidak berlaku nasakh mengikut pandangan tepat dari jumhur ulama.

Perkara berkaitan aqidah, ia merupakan hakikat yang sahih dan tepat.
Sudah tentu ia tidak menerima perubahan dan pertukaran. Justeru nasakh
tidak berlaku pada ayat yang berkaitan aqidah. Perkara berkaitan akhlak
sesungguhnya amat tinggi hikmah Allah SWYT dalam mensyariatkannya.
Pensyariatannya merupakan kemaslahatan kepada manusia. Ia adalah satu
perkara yang jelas dan tidak terkesan dengan berlalunya masa. Ia sama
sekali tidak tidak berubah walaupun berubahnya manusia dan umat.

Perkara usul feqh dan muamalat juga tidak berlaku nasakh keperluan
manusia kepadanya secara berterusan. Ia bertindak sebagai mensucikan jiwa,
membersihkan hati serta menyusun hubungan makhluk dengan penciptanya.
Dengan ini tidak terdapat apa-apa hikmah jika berlaku nasakh dalam ayat-
ayat tersebut.







3.4 Cara Mengenali Nasakh
Nasakh berlaku ketika terdapat dua dalil dari sumber syara yang
bertentangan dan tidak terdapat jalan penyelesaian dari mana-mana bentuk
takwil. Ketika itu tidak dapat tidak kita akan menganggap bahawa salah satu
satunyaadalah nasakh dan satu lagi ialah mansukh. Ini berlaku untuk
menolak pertentangan dalam perundangan Islam. Ia mestilah dibuktikan dari
dalil yang sahih yang menunjukkan bahawa salah satunya diturun akhir
sedikit dari yang pertama. Justeru, dalil yang diturunkan dahulu dinamakan
mansukh dan dalil yang diturunkan berikutnya dinamakan nasikh.

Dalil yang menunjukkan perkara tersebut terbahagi kepada tiga:
1. Satu daripada nas tersebut telah menunjukkan ia diturunkan kemudian
dari nas yang pertama sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Sekarang Allah SWT telah meringankan daripada kamu (apa yang
telah diwajiban dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada
kelemahan oleh itu jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika
ada diantara kamu seribu orang nescaya mereka dapat menewaskan
dua ribu orang dengan

2. Harus ada kesepakatan (Ijma) para imam pada suatu masa dari
sepanjang waktu yang menetapkan, bahawa salah satu dari dalil itu
datang lebih dulu

3. Harus ada riwayat sahih dari salah seorang sahabat yang menentukan
mana yang lebih dahulu dalil nash yang sling bertentangan tadi.



3.5 Syarat-Syarat Nasakh Mansukh
Terdapat beberapa syarat berlakunya nasakh dan mansukh. Antaranya:
1. Hendaklah hukum yang mansukh adalah hukum syara'
2. Hujah penghapusan hukum tersebut hendaklah di turunkan
terkemudian daripada hukum yang mansukh
3. Perintah atau larangan yang mansukh tidak terhad kepada waktu-
waktu yang tertentu.
4. Hanya berlaku pada perkara perintah dan larangan.
5. Tidak menyentuh masalah akidah, Zat dan sifat-sifat Allah,serta para
rasulNya serta kejadian hari akhirat kerana perkara-perkara ini tetap
dan tidak berubah
6. Tidak juga berhubungkait dengan etika dan akhlak serta perkara-
perkara asas dalam ibadah dan muamalat

3.6 Hikmah Nasakh dan Mansukh
Adanya nasikh-mansukh tidak dapat dipisahkan dari sifat turunnya al-Qur'an
itu sendiri dan tujuan yang ingin dicapainya. Turunnya Kitab Suci al-Qur'an
tidak terjadi sekaligus, tapi berangsur-angsur dalam waktu 20 tahun lebih. Hal
ini memang dipertanyakan orang ketika itu, lalu Qur'an sendiri menjawab,
pentahapan itu untuk pemantapan, khususnya di bidang hukum. Dalam hal
ini Syekh al-Qasimi berkata, sesungguhnya al-Khalik Yang Maha Suci lagi
Maha Tinggi mendidik bangsa Arab selama 23 tahun dalam proses tadarruj
(bertahap) sehingga mencapai kesempurnaannya dengan perantaraan
berbagai sarana sosial. Hukum-hukum itu mulanya bersifat kedaerahan,
kemudian secara bertahap diganti Allah dengan yang lain, sehingga bersifat
universal.



Demikianlah Sunnah al-Khaliq diberlakukan terhadap perorangan dan
bangsa-bangsa dengan sama. Jika engkau melayangkan pandanganmu ke
alam yang hidup ini, engkau pasti akan mengetahui bahawa naskh
(penghapusan) adalah undang-undang alami yang lazim, baik dalam bidang
material mahupun spiritual, seperti proses kejadian manusia dari unsur-unsur
sperma dan telur kemudian menjadi janin, lalu berubah menjadi anak,
kemudian tumbuh menjadi remaja, dewasa, kemudian orang tua dan
seterusnya. Setiap proses peredaran (keadaan) itu merupakan bukti nyata,
dalam alam ini selalu berjalan proses tersebut secara rutin. Dan kalau naskh
yang terjadi pada alam raya ini tidak lagi diingkari terjadinya, mengapa kita
mempersoalkan adanya penghapusan dan proses pengembangan serta
tadarruj dari yang rendah ke yang lebih tinggi? Apakah seorang dengan
penalarannya akan berpendapat bahwa yang bijaksana langsung membenahi
bangsa Arab yang masih dalam proses permulaan itu, dengan beban-beban
yang hanya patut bagi suatu bangsa yang telah mencapai kemajuan dan
kesempurnaan dalam kebudayaan yang tinggi?

Kalau fikiran seperti ini tidak akan diucapkan seorang yang berakal
sihat, maka bagaimana mungkin hal semacam itu akan dilakukan Allah swt.
Yang Maha Menentukan hukum, memberikan beban kepada suatu bangsa
yang masih dalam proses pertumbuhannya dengan beban yang tidak akan
bisa dilakukan melainkan oleh suatu bangsa yang telah menaiki jenjang
kedewasaannya? Lalu, manakah yang lebih baik, apakah syari'at kita yang
menurut sunnah Allah ditentukan hukum-hukumnya sendiri, kemudian di-
nasakh-kan karena dipandang perlu atau disempurnakan hal-hal yang
dipandang tidak mampu dilaksanakan manusia dengan alasan kemanusiaan?
Ataukah syari'at-syari'at agama lain yang diubah sendiri oleh para
pemimpinnya sehingga sebahagian hukum-hukumnya lenyap sama sekali?


Syari'at Allah adalah perwujudan dari rahmat-Nya. Dia-lah yang Maha
Mengetahui kemaslahatan hidup hamba-Nya. Melalui saranan syari'at-Nya,
Dia mendidik manusia hidup tertib dan adil untuk mencapai kehidupan yang
aman, sejahtera dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai