Anda di halaman 1dari 41

DIY - MEMBUAT LANGSIR RINGKAS DAN MUDAH

Beberapa hari sudah, teman dah berjaya siapkan langsir untuk rumah teman. Rasanya
setelah beberapa tahun menjahit, elok juga kalo ilmu yang teman dapat ni teman kongsi
kan sesama rakan-rakan yang memang minat menjahit. Boleh juga teman-teman yang
lain jadikan panduan kalo berminat.

BAHAGIAN 1 : MENDAPATKAN UKURAN


Step 1 : Dapatkan ukuran asas
Ukuran asas maknanya panjang dan lebar ruang dimana langsir ingin dipasang,
contohnya ukuran asas tingkap. Untuk lebar tingkap, biasanya kita ikut panjang reel
langsir yang telah dipasang. Untuk ketinggian pula, ukurannya dikira mengikut ukuran
sebenar tingkar.
Untuk contoh di sebelah, ukuran asasnya adalah 24 inci lebar x 40 inci labuh

STEP 2 : Dapatkan ukuran siap langsir


Ukuran siap langsir akan menunjukkan kedudukan langsir pada tingkap. Tiada beza
pada ukuran lebar tetapi untuk labuh langsir, ukurannya biasanya mengikut citarasa
masing-masing. Ada yang suka labuh, ada juga yang suka pendek saja. Bergantung
kepada kesesuaian dan tempat.
Formula untuk mendapatkan ukuran siap langsir adalah seperti berikut:Ukuran siap Lebar = 24 inci
Ukuran siap Labuh = 40 inci + 15 inci = 55 inci

STEP 3 : Dapatkan ukuran kain


Ukuran kain diambil untuk memudahkan kita menggunting kain untuk dijadikan langsir.
Ukuran lebar kain adalah berganting kepada paten langsir yang dipilih. Untuk french
plate (menggunakan tape langsir biasa), ukuran lebar kain adalah seperti berikut:UKURAN KAIN - LEBAR
Ukuran kain (Lebar) - (1 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) + (24 inci x 2) + (1
inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) = 51 inci
UKURAN KAIN - LABUH
Ukuran kain (Labuh) - 0.5 inci + 55 inci + (3 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan
dalam) = 59 inci
OLEH ITU, GAMBARAN UKURAN KAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

BAHAGIAN 1 :JAHITAN
STEP 1 : Menggunting kain langsir
Ukuran kain yang perlu dipotong adalah 59 inci lebar x 51 inci labuh. Untuk langsir yang
kecil seperti ini, kain bidang 60 inci sudah memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya
ukuran kain melebihi 60 inci, sambungan perlu dibuat.
STEP 2 : Menanda garisan lipatan
Untuk memudahkan jahitan, eloklah ditanda dahulu kain tersebut. Untuk contoh ini,
tandakan 0.5 inci disekeliling kain, 1 inci lagi ke dalam untuk bahagian kiri dan kanan,
0.5 inci untuk bahagian atas, 3 inci ke dalam untuk bahagian bawah. Iilustrasinya seperti
ini :-

STEP 3 : Menjahit kain langsir


1. Buat lipatan pada bahagian kiri dan kanan, seterika, jelujur kemudian jahit.
2. Buat lipatan pada bahagian bawah, seterika, jelujur kemudian jahit.
3. Buat lipatan pada bahagian atas.
STEP 4 : Menjahit tape langsir
Bentangkan kain dengan bahagian dalam ke atas. Letakkan tape langsir diletakkan
bahagian atasnya, penitikan hingga habis supaya mudah dijahit.Nota : Untuk mereka
yang baru belajar menjahit, tape langsir boleh berkedut-kedut jika salah tekniknya.
Tips: Jahit bahagian dalam dahulu kemudian baru jahit bahagian luar
APABILA SIAP, KEMASKAN DENGAN MEMBUANG LEBIHAN BENANG.
TIP :
UNTUK MENGELAKKAN SAMBUNGAN PADA BAHAGIAN TENGAH, GUNAKAN
KAIN YANG MEMPUNYAI BIDANG 100" KE ATAS. UKURAN KAIN INI ADALAH
MENGIKUT LEBAR.
Note : Terima kasih kepada cikgu Nor dan Cikgu Supian dari Giat Mara Kuala Kangsar
yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Hari ini ilmu yang kalian berikan
banyak membantu serta memberi manfaat kepada kehidupan saya......

Make Your Own Tab-Top Curtains


BY DIANA,

ON

DECEMBER 15TH, 2011

Im definitely not the greatest interior decorator ever, but Im pretty happy with how
these curtains turned out. They were easy to sewthe hardest part was spacing the tabs
across the top!
I used a nice chocolate brown corduroy fabric and shell buttons on the tabs. The rods are
bamboo rods I got at a lumber store and the hooks are just standard robe hooks.
Someday Id like to replace those hooks, but it works for now :)
Im sorry I dont have pictures of the entire process, but I started these a long time ago
and didnt finish them until a few weeks ago when I finally found the rods I wanted for a
steal of a price.
Curtain
My curtain pieces were approximately 18 x 42 rectangles. You should measure your
window to see how long and wide yours should be (I like them with a little waviness
between the tabs, so I made mine a little longer than my window). Not too hard. :)
Turn under and press down 1/4 on each side of the curtain. Then turn under and press
down 1/2 to give each side a nice clean edge. Stitch these side hems down.
Tabs

For the tabs, cut strips that are 5 wide and 8 long. Theres about 2 1/2 from the top of
the pole to the top of the curtain and 2 of overlap onto the curtain.
Fold the tabs in half, right sides together, and sew with a 1/4 seam across one end and
down the side. Leave the other end open. (This is a great time to use the chainstitching method (also called strip-piecing) I mentioned during 31 Days to a
Handmade Quiltsew right onto the next tab without stopping in between. Such a time
saver!)
Trim a little triangle off the corners so there will be less bulk when you turn the tab right
side out.
Turn all your tabs right side out.
Press the tab so that the seam is right along one edge. The top end should be sewn
closed; the other end should still be open.
Attach tabs to curtain

Cut a facing strip the length of your curtain and about 4 wide. I used the selvage of the
fabric as the lower edge of my strip so that I wouldnt have to hem it.
Spread your curtain piece out on the floor right side up and arrange your tabs evenly
across the curtain. The raw edge of the tabs should be lined up with the raw edge of the
curtain, and the rest of the tab should be lying on the curtain. (Also make sure your first
and last tabs are even with the edges of the rectangle.)

Mine ended up being around 5 apart. I have no idea how to tell you how to figure this
out mathematically. I tried several ways and they didnt work, so I just eyeballed it. :)
Place the facing over the tabs, right side down, aligning its raw edge with the others.

Sew through the facing, tabs, and curtain with a 1/2 seam allowance.
When youre done, flip the facing around to the back and your tabs should be sewn in
between the curtain and the facing. Press it down really well, and lets move on to the
hem!
Hem

Turn under and press 1/2 along the bottom side of your curtain.
Then turn under 2 1/2 and press again. This gives you a nice deep hem that will hang
nicely at your window. Of course, you can feel free to modify those measurements if you
think something else would be better in your particular situation. (Thats the great thing
about sewingnobody says you have to do something a particular way :) )
I used a blind-stitch to hem mine so that there wouldnt be a horizontal line distracting
from the rest of the curtain. If you dont want a top-stitched hem and arent familiar with
blind-stitching on your machine, just tack the hem down by hand.
Finish Tabs

To finish the tabs, pin them in place, overlapping with the top edge of your curtain by
about 2. Sew a decorative button right in the center to hold it in place.

Hang Your Curtains

Slip your curtain rod through the tabs, hang above your window, and adjust to your
liking.
Ta-da! :

Langsir Losse scallop with royal

STEP 1-gunting kain utk'pleat'(warna cerah2)mengikut lebr


track/tingkp.Ketepikan.Ambil pula ukuran utk royal(kain warna merah
hati);atas=4"bwh(bentuk lengkuk)=40'dan
STEP 2-tandakan susunan lipatan 1stengah"3"dan 1" dikedua2 belah tepi labuh
kain.Rapikan dgn jarum peniti utk memudahkan menjahitn dan jahit.
STEP3-cantumkan bhg berjahit pd pleat.Tandakan setiap jarak 23"(utk menjahitkan
scallop)labuh
STEP 4-utk scallop,ukuran lebar bersamaan 2 kali ganda ukuran track/lebih ikut
jatuhan scallop yg diingini.Tandakan 1 stengah "utk lipatan/kedutan pd setiap jarak

23".Cantumkan kedutan dan kemaskan(jahit/ikat)Buat cara yg sama pd setiap


jarak23".
STEP 5-Cantumkan bhg kedutan yg telah dijahit pd jarak 23"yg telah ditanda pd
pleat(yg telah dijahit royal tadi)Hiaskan dgn roset atau kain yg telah dibentuk ikatan
reben.

Langsir patern DOUBLE BOXPLEAT

LANGSIR PATERN BOXPLEAT BUTTERFLY

Alas meja 'Runner' Australia

Ini ada satu lagi alas meja secoet.kalau dulu2 buat alas meja cam ne org kata tak cukup kain tapi skg
alas meja cam ne dah jadi trend.Jahitnya semudah ABC bge sayalah.Biasanya kalau dia org tempah

langsir balance kain tu saya buatkan jea alas meja..PERCUMA...

Cara-cara menbuat reben Ax Head

cara potong langsir scallop


kali ni saya buat entry cara potong langsir scallop. pola ni ada 2, satu saiz besar dan satu lagi
saiz kecil. saya guna pola saiz besar yang biasa orang guna. di bawah ini pola swag (sayap kiri
kanan) dan pola scallop (untuk tengah2 tengah).

sediakan kain yang bidangnya 45" atau 46". untuk royal scallop saiz normal guna 1 1/2 meter
kain. untuk 1 swag saiz normal guna 1 meter kain. swag kena ada 2 keping (kiri dan kanan).
jadi semuanya 3 1/2 meter. panjang kain ini cuma untuk buat royal scallop untuk pintu bilik
atau dapur je...2 swag kiri kanan dan 1 scallop. kalau nak buat di tingkap yang bingkai
panjang, sila tambah meter kain untuk buat scallopnya. fahamkan...

mula2 kita ambil untuk scallop dulu. lipat kain menyerong


macam ni

letak pola dan pin.kemudian gunting ikut pola

scallop yang siap digunting

gunting kecil2 di bahgian yang ditanda di pola tu.

dah siap gunting kecil2 ditepi tu bolehlah tanggalkan kain dari


pola dan dapatlah satu scallop

sekarang kita ambil untuk bahagian swag pula. kain tak perlu lipat (selapis je) mula2 ambil
untuk swag kiri dan kemudian ambil swag kanan pula. masa ambil swag kanan, sila terbalikkan
pola. kalau tak nanti korang dapat swag yang boleh digunakan untuk sebelah scallop je.

ini rupa 1 swag yang siap digunting...jangan lupa, sebelum tanggalkan kain dari pola swag, sila
guntung kecil2 bahagian tepi kain, ikut tanda di pola tu

contoh gunting macam ni la..tujuannya untuk kita buat lipatan masa kita menjahitnya

ok, ini dia 2 swag dan satu scallop yang siap digunting

mudahkan cara potong langsir scallop ni. untuk proses menjahitnya, saya akan tunjuk di
entry akan datang. harap2 pos ini dapat bantu siapa2 yang nak buat langsir sendiri. terima
kasih...:)

Single Scallop - mengukur dan memotong


kain

Mencari ukuran dan memotong kain scallop


1. Lebar tingkap 90 inci - 14 inci (7 inci kiri dan 7 inci kanan) = 76 inci.
2. Ukuran kain scallop.
Lebar atas kain scallop 76 inci
Labuh ke bawah 48 inci
Lebar bawah kain scallop 76 inci + 28 inci = 104 inci

Cara menjimatkan kain


1. Sediakan kain 146 inci (73 inci X 2) segi empat panjang lipat dua. Ambil 8 inci
untuk kepala langsir, baki di bawah lukis seoerti rajah. Bahagian atas scallop 76 inci
bahagi 2 = 38 inci, labuh sehabis kain atau 48 inci, pada bahagaian bawah kain
ukuran sama dibawa ke bawah ditambah 14 inci ( 38 inci + 14 inci = 52 inci.
2. Di atas kain yang sama lukis rajah untuk 35 inci di atas dan 13 inci di bawah.
Kemudian temukan poin 38 inci pada poin 13 inci.
3. Pada kain scallop, bahagian tepi kain yang menyerong naikkan ke atas 7 inci lalu
buat garisan melengkung, mulakan menanda dari bawah, rujuk rajah.

Single Scallop - Cara melipat dan membuat


swag

Cara melipat
1. Mulakan melipat dari bawah, ambil poin 5 inci pertama di bawa ke poin 1 inci
pertama, kemudian ambil poin 5 inci kedua, jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan
di permukaan kain.
2. Pada bahagian atas berukuran 8 inci, ambil bahagian hujung kain ini lalu, dibawa
ke poin 1 inci yang akhir. Naikkan atau tarik ke atas 2 inci bahagian kain yang
berlipat.
3. Pastikan lipatan pada scallop selari dengan bahagian atas kain scallop bahagian
dijahit mati 1/2 inci.
Membuat Swag
1. Sepasang swag berukuran lebar 43 inci labuh (ikut kesesuaian anda) dari lebar
bahagian depan 12 inci.
2. Mulakan swag sari garisan 35 inci, lipat simpan 7 inci di bawah kain, biarkan
ukuran 2 inci sahaja yang ada permukaan. Pada ukuran 3 inci yang akhir terus di
bawa ke jarak 2 inci (ukuran sisip 33 inci).

Cara membuat skirt box pleat (lipat kotak)

Rujuk cara membuat smoking skirt.


1. Sediakan kain sederhana tebal keperluan lebar tingkap 78 inci x 3 (formula lipat
kotak) kain segi empat panjang berukuran 234 inci lebar dan 19 inci labuh.
2. Kedudukan bentuk lengkung pola kain skirt bergantung pada scallop yang
diperlukan, di sini diperlukan 3 scallop, maka kain skirt perlu dibentuk hingga
mendapat tiga ruang lengkung untuk meletakkan setiap scallop.

Cara Mudah Menjahit Langsir - Skirt


Smoking

MENCARI ELA ATAU METER KAIN


1) Sediakan kain berukuran 300 inci lebar dan labuh 20 inci.
2) Kain dilipat dua, kemudian dibentuk mengikut rajah di sebelah dan beri poin
tengah.

CARA MENJAHIT
1) Kain langsir dilipat kotak 3 inci lalu dijahit perlahan-lahan menggunakan mesin
jahit.
2) Ukur 6 inci dari bahagian atas kain langsir ke bawah, lalu pin pada setiap kiri dan
kanan lipat kotak 3 inci.

CURTAIN PLEAT
Ini ada permintaan dari sorang adik ni untuk buat tutorial langsir.
Sian adik ni tunggu lama saya buatkan tuto. So, ni usahakan jugak sebab
dah dekat dah nak raya. Tinggal tak sampai 3 bulan je lagi. Takut kalau
bertangguh karang terlupa terus. Kebetulan baru-baru ini siapkan
kepala langsir(valance) untuk letak dalam bilik adik saya yang nak kawin
tu. Mak suruh buat simple je. So buat yang jenis fancy pleat.
Sebenarnya ada banyak jenis pleated curtain. Ada yang dinamakan
double pleat. Singaporean pleat. Triple pleat. Box pleat dan lain-lain lagi.
Macam-macam nama tapi asas semuanya lebih kurang je. Yang bezakan
cuma berapa kiraan lipatan (pleat) nya. Pleat ni memang dah siap jahit
mengikut lebar tingkap. Kebaikannya korang tak payah berhempas pulas
membuang masa mencucuk cangkuk guna cangkuk 3 serampang tu. Dan
pleat pada langsir korang sama dan selari je. Walau bagaimanapun
kekurangannya, langsir yang dah siap dipleat tak boleh digunakan pada
tigkap lain sebab lebarnya adalah tetap.

Contoh pleated curtain.


Sumber: google

Mulakan dengan mengukur lebar tingkap. Darabkan lebar tingkap


(kalau boleh dalam inci) dan didarabkan dengan 2. Tambahkan 5 inci
untuk basi.
Contoh: Lebar tingkap = 80inci
80inci x 2= 160inci, ditambah lagi 5inci = 165inci.

Potong kain mengikut ukuran lebar yang telah dikira tadi dan
panjang yang dikehendaki. Kemudian jahit lipat sebelah tepi kain supaya
lebih kemas dan tidak berjerumbai. 2inci kanan dan 2inci kiri.

Kemudian ukur 1 inci di bahagian atas, lipat dan jahit bahagian


atasnya dengan pengeras.

Pengeras yang digunakan

Kemudian bentangkan. Lipat 2. Ukur 2 inci dari bahagian tengah.


kemudian tandakan setiap 4 inci hingga ke hujung. Kemudian buat yang
sama kepada yang sebelah lagi.

Kemudian, bukakan lipatan tadi. Dari hujung, temukan setiap yang


tempat yang ditanda tadi. Semat dengan peniti. Buat sampai habis lalu
dijahit setiap satu.

Temukan.

Semat dengan peniti.

Jahit.

Macam ni lah gaya selepas siap dijahit.

Pastu, buat pleat 2 atau 3 (ikut suka masing-masing).


Kemudian jahit untuk tetapkan kedudukan.

Tahu kenapa kena jahit separuh je? sebab kalau jahit sampai habis, nanti susah nak letak
cangkuk .

Ni cara kita placing cangkuknya.

**Oh ya. Di kedua-dua hujung langsir tu kena letak tape langsir (macam
dalam gambar di atas).

Akhir sekali jahit bahagian kaki langsir. Siap sudah. Letak cangkuk
yang jenis 1 hook(macam dalam gambar di atas). Bolehlah digantung.
**Tapi kalau macam boring tengok pleated curtain yang biasa-biasa ni,
nak buat fancy pleated curtain, boleh cuba yang style macam ni.
Asasnya sama je.

Yang sebelah kiri tu dipanggil butterfly pleat.


Yang belah kanan dipanggil half-cut box pleat.

Harap-harap Arifah puas hati. Harap takde langkah-langkah yang


tertinggal.

Edisi DIY Pelmet


Posted by Siti on Wednesday, September 1, 2010
Labels: DIY, Tutorial

Akak dapat request daripada beberapa orang (Shida, Nazirah dan Su) yang nak akak buat satu
n3 tutorial untuk jahit pelmet. Maaf, baru inilah akak dapat buat tutorial ni. Harap belum terlambat
buat korang jahit pelmet untuk dilaramkan di hari raya nanti!

Langkah 1
Mula-mula ukur lebar pelmet yang diingini. Buat pola kerja pelmet. Lakar dan bentukkan pelmet
yang diingini pada tracing paper dan gunting mengikut lakaran yang telah dibuat.
Contoh:

Langkah 2
Kemudian tekapkan pada fabrik. Sematkan pin untuk tetapkan kedudukan. Gunting fabrik hingga
selesai. Buat 2 keping. *Boleh juga letak interfacing/buckram (pengeras bergam) jika suka.

Langkah 3
Temukan kedua-dua bahagian luar fabrik dan jahit sekelilingnya. Tinggalkan sedikit bahagian
tidak berjahit untuk memudahkan fabrik diterbalikkan.

Langkah 4
Buat notch pada bahagian tepi fabrik. Buat di sepanjang jahitan yang dibuat tadi. Tujuannya
adalah untuk mengelakkan fabrik menggelembung dan tidak rata terutama pada bahagian
berlekuk.

Buat notch di sekeliling fabrik.

Langkah 5
Terbalikkan fabrik melalui bahagian tidak berjahit tadi dan jahitkan bahagian itu. Gosok pelmet
supaya rata. Kemudian bolehlah dijahitkan frill pada bahagian tepi pelmet.

Langkah 6
Jahitkan tape pada bahagian belakang pelmet.

Langkah 7
Sekarang bolehlah masukkan cangkuk untuk pelmet ini. Gunakan single pronged hook (bukan
yang jenis multi pronged) untuk langsir jenis ini ya. Kemudian gantung. Pelmet siap.

Single pronged hook

Gantung pelmet di hadapan langsir utama.


(Sila pasang 2 railing langsir ye).

Kaedah melipat & memotong kain untuk membuat pattern Langsir Loose Scallop.
1.5meter kain bidang 60inci = 2 biji loose scallop. Pola ini dihasilkan dgn menggunakan
formula math (Pythagoras' Theorem). dari formula ini maka terhasillah pola yg dpt
menjimatkan kain & menutup kelemahan pelajar yg tak ada basic dlm jahitan.

CARA JAHIT ROYAL SCALLOP

sediakan 3 bahagian ini

mula2 ambil bahagian swing sebelah kiri

berpandukan snap yang dibuat, lipat dibahagian guntingan


pertama tu ke belakang

kemudian dari tanda snap di A, lipat dan letak lipatan


tu di tanda B. sila tengok SINI ye untuk tahu jarak setiap tanda
lipatan tu ( tepi kain yang saya gunting kecil tu)

macam inilah rupanya yang sudah siap dilipat dan dipin dengan peniti. lepas tu lipat pula swing
sebelah kanan. caranya sama saja, cuma lipatan mengadap kanan juga.

ini bahagian scallopnya, dari bahagian A-B dan C-D ada tanda2 yang saya gunting untuk lipatan.
sama macam swing tadi, lipat dari satu tanda ke satu tanda. mula2 lipat bahagian A-B dulu

lipat macam ni ye

macam ni rupanya yang dah siap lipat dan pin

kemudian lipat bahagian C-D pula. lipat je ikut tanda guntingan2 kecil tu.

dah siap, macam nilah rupanya...

jahitkan bahagian tepi tu dan buka penitinya. lepas tu bolehlah jahitkan apa2 je bawah tu,
macam lace ke
rumbai2 ke...manik2 gantung ke...ikut sukalah kan, nak letak hiasan macam mana.

kemudian susun ketiga2 bahagian macam ni. letak scallop dan swing tu bergantung luas tingkap
atau pintu. jahit dipertemuan swing dan scallop tu

lepas tu ukur untuk bahgian lapis pita. sambungkan.

jahit pita

ok siap..

Anda mungkin juga menyukai