Anda di halaman 1dari 4

kegiatan ekonomi ialah kegitan yang dilakukan dalam bidang ekonomi

untuk menghasilkan pendapatan dalam rangka memenuhi kehidupan


hidup
produksi jasa iatu kegiatan menambah faedah suatu benda tanpa
mengubah bentuk nya contoh pameran seni dan pengangkutan barang
kesanya ialah meningkatkan kemakmuran masyarakt menyambung
kesinambungan usaha perusahaan dan lain.
TAKRIF EKONOMI PengenalanIstilah ekonomi berasal dari istilah Greek
oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan
membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya
sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain. Oikos dan
oikonomia merujuk kepada perurusan rumah kerana rumah adalah asas
unit ekonomi yang meliputi kegiatan mencucuk tanam dan kegiatan
pengeluaran. Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis
pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan
suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan
percukaian. Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang mengkaji
tentang perangin manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan
barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam
Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab
kekayaan negara. Bill menganggap ekonomi sebagai sains praktikal
mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Ada juga ahli ekonomi
lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan
aspek manusia dan kebendaan. Secara kesimpulannya, ekonomi adalah
suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan
penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan
serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana
kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia. Sistem Ekonomi Sara
DiriSara diri merupakan sistem ekonomi yang paling awal digunakan.
Dalam sistem ini, anggota masyarakat mengeluarkan barang untuk
keperluan diri dan masyarakat sahaja. Pada peringkat awal, ekonomi sara
diri adalah berasaskan kagiatan memburu binatang dan mengutip hasil
hutan serta menangkap ikan. Pada peringkat seterusnya, kegiatan
ekonomi sara diri tertumpu pada kegiatan pertanian dan penternakan.
Dalam keadaan ekonomi ini, manusia dapat mengubah keadaan keliling
supaya sesuai dengan keperluan mereka. Jika terdapat hasil berlebihan ia
disimpan untuk kegunaan sebenar. Kegiatan ekonomi ini sukar
berkembang kerana dibatasi oleh sistem feudal. Sistem Ekonomi
KomersilKomersil berlaku apabila penduduk yang menjalankan ekonomi
sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada
permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu
sistem barter. Sistem Ekonomi PerdaganganSistem perdagangan ialah

mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada


pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri
dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan
kegunaan mata wang. Sistem Ekonomi KapitalismeDalam sistem ekonomi
kapitalisme tidak ada campur tangan kerajaan. Ada tangan yang tidak
nampak mengatur ekonomi. Terdapat mekanisme pasar atau mekanisme
harga dalam sistem ekonomi. Ada interaksi permintaan dan penawaran
yang akan mengatur ekonomi, contohnya dalam penentuan barga
keseimbangan jika permintaan melebihi penawaran harga akan
meningkat; jika penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Dalam
sistem ekonomi kapitalisme, individu bebas memiliki harta. Firma atau
pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh
mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih
pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan
dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang.

PT3 Geografi: Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi


Assalamualaikum.

Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan


penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat
tinggal / sekolah calon.

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah
perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007:


379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan,
penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian
sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah
negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal
(perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang


melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian,
perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan
sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting


dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan


ekonomi primer, kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi
tertier. Pembahagian ini berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan


termasuk dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan
pengeluaran secara langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa
mengubahsuai bentuk barang.

Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun,


peladang, pembalak dan sebagainya.

Kegiatan
ekonomi
sekunder ialah
kegiatan
ekonomi
yang
kebanyakannya merupakan lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer
yang memerlukan pemerosesan. Bahan mentah diproses menjadi barang
siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah
kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.

Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan,


jurutera dan sebagainya.

Kegiatan
ekonomi
tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti
pendidikan, perniagaan, perbankan, kewangan, pelancongan dan
sebagainya.

Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam,


peniaga, penjaja, pekedai, kerani dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai