Anda di halaman 1dari 2

Mohamad Ariff Bin Abu Bakar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Duri,


Seberang Perai Selatan,
14200 Sungai Jawi,
Pulau Pinang.

No. Tel : 013-4064156

Pengarah,
English Language Teaching Centre, Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai, Lebuh Enstek
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan

12 MEI 2016

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Duri,
Seberang Perai Selatan,
14200 Sungai Jawi,
Pulau Pinang.
Tuan,
Permohonan Penangguhan Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO).
Merujuk perkara di atas,saya Mohamad Ariff Bin Abu Bakar , KP 900523075305 memohon untuk
menangguhkan kehadiran saya ke Program ini.
2. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberi penjelasan sebab-sebab saya tidak dapat
mengikuti program ini.
3. Untuk makluman tuan, pada tarikh 26 November 2016 saya akan melangsungkan perkahwinan di
Teluk Intan, Perak. Majlis perkahwinan di pihak lelaki pula akan diadakan pada 4 Disember 2016.
Sehubungan dengan itu, sepanjang cuti persekolahan pertengahan dan akhir tahun ini saya sibuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan majlis perkahwinan saya. Oleh sebab itu, saya tidak
dapat menghadirkan diri ke program tersebut pada tahun ini seperti yg dijadualkan.
Akhir kata, saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya oleh pihak
tuan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian dari pihak tuan .
Sekian,

Yang benar,

Disokong oleh,

_________________

_____________________

(MOHAMAD ARIFF BIN ABU BAKAR)

( EN. ISMAIL BIN HAMID)


Penolong Kanan Pentadbiran,
Sek. Kebangsaan Sungai Duri

Anda mungkin juga menyukai