Anda di halaman 1dari 19

CONTOH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN
KSSR
TAHUN SATU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)


Mata Pelajaran

Pendidikan Jasmani

Modul

Kemahiran

Aspek

1 Kemahiran Pergerakan

Standard Kandungan

Konsep Pergerakan
1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan

Standard Pembelajaran

1.1.3

Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan
berdasarkan isyarat.

2.1.4

Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah.

5.2.2

Menerima cabaran, kemenangan dan kakalahan dalam permainan.

Tarikh

31 Oktober 2012

Masa

8.10 pagi 8.40 pagi

Tahun

1 Cergas

Bilangan Murid

20

20

Penerapan nilai

Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.

Kemahiran berfikir

Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan.

Strategi utama

Kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


Bahan Sumber P & P

Bilangan

Bahan Sumber P & P

Bilangan

Skitel besar

Tag simbol lalu lintas

36

Skitel kecil

14

Bola

36

Bola besar (Fitball)

Radio

Papan tanda berwarna

Kad merah

Dadu lalu lintas

Papan skor

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Permulaan

1. Kehadiran
2. Kesihatan
3. Pakaian

( 5 minit )

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Fokus Pembelajaran
Memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan
kesediaan diri.

Lampu Isyarat
Organisasi Kelas
Ciri Strategi
Kehadiran murid direkodkan.
Menghubungkait
Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat.

(Relating)

Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.


Guru memperkenalkan warna-warna lampu isyarat.
Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang
ditetapkan.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna hijau
dipamerkan, murid-murid mula berlari anak bebas dalam
kawasan aktiviti.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna kuning
dipamerkan, murid-murid mula berhenti berlari, berdiri
kaki kangkang dan mengangkat tangan ke atas.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda merah dipamerkan,
murid-murid segera membongkok.
Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 minit.

BSPP:
1. Skitel besar
2. Papan tanda
berwarna
(Hijau, Kuning dan
Merah)
3. Wisel

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
menghubungkaitkan
kepentingan perkaraperkara berikut:
a. mewujudkan
kesediaan diri.
b. mematuhi lampu
isyarat jalan
raya

Murid-murid berlari bebas

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Murid-murid berdiri kaki kangkang


dan mengangkat tangan

Bahagian/
Masa
Perkembangan

Aktiviti

Aktiviti 1

( 10 minit )

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Fokus Pembelajaran

Ciri Strategi

Bergerak ke arah depan, pergi dan balik berdasarkan isyarat.

Mengalami

Polis Trafik

(Experiencing)
Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Setiap murid dalam kumpulan perlu menggantungkan tag
simbol lalu lintas pada tengkok masing-masing. Antara
simbol lalu lintas adalah seperti berikut:

BSPP
1. Skitel besar

i. Berhenti

2. Bola

ii. Kanak-kanak Melintas Jalan

3. Dadu Lalu Lintas

iii. Dilarang Masuk


iv. Dilarang Memotong
v. Dilarang Berpusing Balik
vi. Dilarang Meletak Kenderaan
Murid-murid berdiri dalam bentuk bulatan besar,
menghadap skitel besar.

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
mengalami :

perlakuan bergerak
ke arah depan
berdasarkan isyarat.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

situasi semasa
bergerak ke arah
skitel berdasarkan
isyarat dan balik ke
tempat asal.

Catatan

Salah seorang daripada murid-murid diberi peranan


sebagai polis trafik.
Polis Trafik menggolekkan dadu lalu lintas.
Murid-murid yang memakai tag simbol lalu lintas yang
sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke
atas, akan bergerak (berlari/berjalan) ke arah skitel besar
di tengah bulatan dan balik semula ke tempat asal.
Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.
Murid-murid secara bergilir memainkan peranan sebagai
Polis Trafik.

Fokus Pembelajaran
Menggolek bola tepat pada sasaran.

Ciri Strategi
Mengalami

Organisasi Kelas
Aktiviti 2

Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.


Murid-murid berdiri dalam bulatan besar.

Traffic Jam

(Experiencing)

Setiap kumpulan dibekalkan dua biji bola.


Bola diletakkan di tengah bulatan.
Apabila muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki

BSPP
1. Skitel besar
2. Skitel kecil

berjalan mengikut arah lawan jam.


Apabila muzik diberhentikan, murid-murid bergerak ke
arah sisi dengan pantas untuk memperolehi bola di
tengah bulatan.
Dua orang murid yang berjaya memperolehi bola akan
bergerak pantas dari tengah bulatan ke arah pintu yang
ditandakan dengan dua skitel kecil.
Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

3. Bola
3. Radio

Catatan
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
mengalami :

perlakuan bergerak
sisi kiri dan kanan
berdasarkan isyarat.

situasi semasa
bergerak sisi kiri dan
kanan dengan
memberi fokus
kepada arah yang
dituju, serta kelajuan
semasa bergerak.

Catatan

Kemuncak

Saman

( 8 minit )

Fokus Pembelajaran

Ciri Strategi

Permainan bersyarat

Memindahkan

(Transfering)
Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Hijau
dan Kuning)
BSPP
Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga iaitu Zon
A, Zon B dan Zon C.
Zon A dan C mengandungi dua orang pemain Hijau dan
dua orang pemain Kuning.
Zon B pula mengandungi empat orang pemain Hijau dan
empat orang pemain Kuning.

1. Bola
2. Skitel besar
3. Kad merah
4. Papan skor

Murid-murid mula menggunakan kemahiran bergerak


pelbagai arah semasa membawa bola ke arah pintu
gerbang yang ditandakan dua skitel besar.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Catatan:

Menerusi aktiviti ini


murid-murid dapat
memindahkan:
ZON C

ZON B

ZON A

kemahiran bergerak
ke pelbagai arah.

kemahiran yang
dikuasai dalam
situasi permainan
bersyarat
berkomunikasi
dengan rakan dan
mengamalkan nilai
kerjasama dalam
kumpulan.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Speed Trap
Penutup

Fokus Pembelajaran

Ciri Strategi

(7 minit )

Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.

Menghubungkait

(Relate)
Organisasi Kelas
Murid-murid berbaris dalam kumpulan
(Empat orang setiap kumpulan).

BSPP

Setiap murid memakai tag simbol lalu lintas.

1. Skitel besar

Dengan iringan muzik, murid-murid berjalan mengikut


laluan yang disediakan sambil memegang bahu rakan di
hadapan.

2. Dadu lalu lintas


3. Radio

Empat orang murid dilantik sebagai polis trafik.


Keempat-empat Polis Trafik berdiri di lokasi yang
ditetapkan sambil memegang dadu lalu lintas.
Polis Trafik akan menggolekkan dadu lalu lintas apabila

Catatan:

kumpulan murid-murid tiba di lokasi berkenaan.


Murid yang memakai simbol lalu lintas yang sama seperti
simbol pada dadu yang menghadap ke atas, dikehendaki
keluar dari kumpulan.
Murid yang terkeluar dari kumpulan dikehendaki
mengambil alih peranan sebagai Polis Trafik

Menerusi aktiviti ini


murid dapat
menghubungkaitkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
mengenai:

kualiti pergerakan
semasa
menyejukkan badan.

had kelajuan
semasa di jalan raya

Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Soal-jawab dan
rumusan isi
pelajaran

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalansoalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran
bergerak ke arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan
di dalam aktiviti.
Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti
berikut:
i. Apakah yang anda lakukan apabila isyarat
diberikan?
ii. Kenapa anda bergerak ke pelbagai arah?
iii. Apakah jenis arah semasa anda bergerak?
iv. Ke mana bola di bawa semasa di dalam
permainan tadi?
v. Kenapa anda dilarang memasuki
pintu gerbang yang ditutup dengan skitel?
vi. Apa yang berlaku apabila anda melanggar
peraturan permainan tadi?
vii. Kalau di jalan raya, apa yang anda terima
daripada Polis Trafik sekiranya anda tidak

BSPP/
Catatan

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid dapat
menghubungkaitkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
dengan kemahiran yang
dipelajari.

mematuhi peraturan jalan raya?


Isi pelajaran mengenai kemahiran bergerak ke pelbagai
arah dihuraikan.

lrm/pjk/2013

Anda mungkin juga menyukai