Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU

SIRI 2/2013
TELUK GOREK, MERSING JOHOR
17 SEPTEMBER SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2013
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada Januari 2001
untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-Perkhidmatan. Sukatan
Pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup yang
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pembinaan
insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka
kepada pembentukan Negara Bangsa.
Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan
dalam proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Profession
keguruan merupakan kerjaya yang murni kerana guru adalah pembina
generasi cemerlang,pembentuk jati diri dan menjadi role modelkepada
masyarakat. Justeru itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan serta mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan serta
mampu menangani cabaran era globalisasi.
Sukatan pelajaran BIG merangkumi tiga tema utama iaitu konsep dan
Ciri-ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru, dan Peranan
serta

Tanggungjawab

Insan

Guru.

Ketiga-tiga

tema

tema

utama

ini

direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari tiga malam


(termasuk perjalanan) dan seterusnya melalui aktiviti, projek dan programprogram lain yang dirancang dan dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru.
Program selama empat hari ini telah dijalankan di Teluk Gorek, Mersing
Johor bermula 17 September sehingga 20 September 2013 melibatkan
seramai 51 orang guru pelatih daripada 1 PISMP ambilan Jun 2013.
2.0
RASIONAL
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru
yang

berakhlak

mulia,

bersemangat

juang

yang

tinggi,

mempunyai

ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat


serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0
OBJEKTIF
Melalui Program Bina Insan Guru ini guru pelatih akan dapat memperolehi :
I.
Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh
II.

kepada ajaran agama.


Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
bersepakat,

bekerjasama

dan

bertanggungjawab

kepada

III.
IV.

pasukan.
Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan

V.

intrapersonal serta perpaduan masyarakat.


Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa

VI.

denga berkesan
Meningkatkan pengembangan

potensi

dan

sebagai

insan

berakhlak mulia dan amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam


semua aspek kehidupan seharian.
4.0

LAPORAN PELAKSANAAN

4.1 Hari Pertama (SELASA)


Kami bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim ke Telok Gorek,Mersing jam 8.00 pagi menggunakan dua bas.
Seramai 51 orang siswa siswi terlibat dalam sesi kedua Bina Insan Guru yang
dijalankan selama 4 hari. Opsyen yang terlibat merupakan 1 PISMP Bahasa
Melayu, 1 PISMP Pemulihan, dan1 PISMP Reka Bentuk Teknologi.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam termasuk kami
berhenti bersarapan di Kota Tinggi. Ini kerana makanan tengahari tidak
disediakan pada hari pertama. Setibanya di Telok Korek kami diberi arahan
untuk memasang khemah. Kami perlu mematuhi ciri-ciri keselamatan semasa
memilih kawasan mendirikan perkhemahan. Antara ciri-ciri keselamatan
tersebut ialah memilih tanah atau tapak yang rata bertujuan untuk
memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau
berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat rata, kami perlu mengelakkan
daripada akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah.Tapak yang
rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan
atau bukan laluan air ketika hujan. Selain itu, kami perlu memilih tapak yag
sesuai dari segi lapang, tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau
berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan
yang curam juga haruslah dielakkan. Kita juga perlu mengelakkan daripada
membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang
sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya
berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
2

Kami telah memilih untuk memasang khemah di tepi pantai, namun


nasib tidak menyebelahi kami kerana ketika kami menyediakan minum
petang lebih kurang jam 4 petang hujan turun dengan lebatnya memaksa
kami untuk memindahkan khemah ke tempat yang lebih selamat.

Taklimat daripada En Mad Daud Md Jani

Siswa siwi guru pelatih khusyuk mendengar


taklimat

Selepas selesai memasang khemah, kami diarahkan untuk berkumpul


bagi mendengar taklimat daripada Ketua Komandan, Encik Abdul Latif Bin
Awi.
taklimat

Isi

Proses Pemasangan Perkhemahan

merangkumi pemilihan Ketua dan Penolong Ketua serta pembahagian AJK


bagi setiap tugas. Ketua dilantik ialah Tai Thien Wee manakala penolong
ketua Sathi Eswari A/P Arumugam. (Rujuk Lampiran Kertas kerja). Bagi
berjaga malam sepanjang program ini dijalankan selama empat hari setiap
khemah akan berjaga selama satu jam. Selain itu, kami dibahagikan kepada
dua kumpulan besar bagi memudahkan
aktiviti air yang dilakukan pada hari berbeza.

menjalankan aktiviti darat dan

Penyediaan MakanMalam

Opsyen kami diberi tugas untuk memasak bagi minum petang dan
makan malam. Menu petang kami pada hari pertama keropok lekor dan air
teh O. Walaupun ketika kami sedang memasak hujan turun dengan
selebatnya dan pada masa yang sama kami perlu memindahkan khemah ke
tempat yang lebih selamat kami telah membahagi-bahagikan tugas supaya
semua tugasan dapat diselesaikan.
Pada

jam

malam

kami

makan

malam

bersama-sama

bagi

mengeratkan silaturahim disamping berkongsi idea. Menu makan malam


pada hari pertama merupakan nasi putih, kacang panjang goreng, ikan
goreng sambal dan telur dadar. Oleh kerana masing-masing lapar sejak
tenghari tidak makan nasi habis semua lauk apatah lagi keadaan hujan.

Pada petang itu kami dikehendaki memasang rakit menggunakan


batang PVC dan tube getah/tayar besar. Kami perlukan menyiapkan sebanyak
lima rakit bagi aktiviti air yang akan diadakan pada hari esok dan dan
lusanya. Pada mulanya, agak sukar untuk menarik dan mengikat serta
mencantumkan antara batang PVC dengan tayar-tayar. Kami menggunakan
dua batang PVC yang besar dan dua batang PVC yang kecil serta enam biji
tayar besar.

Pada malam hari pertama aktiviti yang dijalankan bertajuk Mengenal


Potensi Diri yang dikendalikan oleh Tuan Haji Othman Bin Mustaffa. Bagi
menarik minat dan membuka perhatian minda para peserta pergerakan
psikomotor dilakukan.

Selepas itu beberapa ujian di lakukan antaranya

pengujian warna kegemaran. Kami diberi empat pilihan warna iaitu oren,
hijau, biru dan emas. Tujuan pemilihan warna kegemaran adalah untuk
melihat keperibadian seseorang berdasarkan analisis yang pernah dilakukan.
Kemudian dalam kumpulan bulatan besar pembahagian kumpulan melalui
lagu yang diputarkan. Ketua kumpulan akan bangun dan

bergerak dan

seterusnya setiap ahli kumpulan akan bangun dan mengikut di belakang

sehingga ahli kumpulan terakhir. Aksi dan pergerakan setiap ahli kumpulan
diperlukan bagi keseragaman.
Selesai membuat aktiviti pergerakan kami diberi borang penilaian
kerjaya. Kami perlu menjawab soala-soalan yang diberikan bagi menilai
kesesuaian kerjaya tetang kehidupan luar dan aktiviti luar mengikut minat
dan kecendurangan masing-masing. Manakala, aktiviti ketika latihan dalam
kumpulan telah menyedarkan kami potensi yang ada pada diri sendiri dan
rakan-rakan.

Aktiviti-aktiviti sepanjang hari pertama

Kesimpulan, pada hari pertama kami banyak diberikan pendedahan berkaitan


dengan perkhemahan. Pendedahan ini amat penting kerana sebagai bakal
guru kita akan menggunakan kemahiran ini apabila berada di lapangan
sebenar. Aktiviti kokurikululum yang diadakan di sekolah bakal melatih muridmurid pada masa hadapan kelak.

Anda mungkin juga menyukai