Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Menurut al-Khuli (1986) bahasa adalah ujaran bunyi yang digunakan oleh sesuatu
kelompok masyarakat untuk berkomunikasi. Untuk membolehkan seseorang itu
berkomunikasi, seseorang penutur itu perlu menguasai kompetensi komunikatif.
Kompetensi komunikatif ini adalah merujuk kepada keupayaan seseorang penutur
untuk menggunakan elemen-elemen bahasa di dalam pertuturan di mana ia boleh
merujuk kepada pengetahuan dan strategi yang bersesuaian yang membolehkannya
berkomunikasi.
Kanak-kanak dikatakan bukan sahaja memperoleh tatabahasa dalam proses
pemerolehan bahasa kedua tetapi juga kesesuaian berbahasa (appropriacy).
Kanak-kanak tersebut memperoleh kecekapan tentang apa-apa yang perlu
diujarkan, bila, di mana, dan bagaimana.
Seseorang yang mempelajari bahasa bukan ibundanya boleh dikategorikan sebagai
belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
Dengan kata lain, seseorang penutur itu bukan sekadar mengaplikasikan rumusrumus tatabahasa yang betul dalam pertuturan tetapi ia perlu mengetahui bila dan di
manakah ia perlu dituturi. Konsep kompetensi komunikasi mula tercetus pada
pertengahan 1960 an . Di antara pengkaji yang mengupas konsep ini ialah Hymes
(1967),Chomsky (1965) ,Canale dan Swain (1980) dan Bachman (1990).

DEFINISI BAHASA KEDUA


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua adalah bahasa yang
kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh.
Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.
Sayugianya, kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara
semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi
secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) :
Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui
proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda
mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya
menggunakan bahasa itu.
Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari
secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu,
dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu.
Maka, pemerolehan bahasa kedua merupakan proses atau tahap untuk
memperoleh dan belajar bahasa baru setelah menguasai bahasa pertama atau
bahasa ibu dengan tujuan tertentu sehingga dapat menguasai bahasa kedua sebaik
bahasa pertamanya.
PENGUASAAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan penguasaan bahasa pertama. Bahasa
kedua diperoleh dan dikuasai melalui pembelajaran. Pembelajaranya bersifat formal,
menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Rivers
W. M (1964) menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah
merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat. Oleh itu, cara
penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat yang lain seperti
belajar

menaip,

berenang,

memandu,

dan

lain-lain.

Proses

pembelajaran

menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat
diulangkan untuk seterusnya secara automatik. Proses penguasaan bahasa kedua
pada

peringkat

awal

kanak-kanak

berkemungkinan

sama

dengan

proses

penguasaan bahasa pertama. Namun, proses penguasaan bahasa kedua selepas

peringkat awal kanak-kanak akan mengalami cara yang berbeza dengan proses
pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini ditegaskan oleh Brown (1980) :
Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid foundation of the
first language and thus manifest more interference.
Seterusnya, Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu pendekatan
dengar sebut menyatakan bahawa :
I.

Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang

II.

mekanikal membentuk tabiat.


Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing
berbanding analisa.
Daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan bahawa tabiat terbentuk

melalui peneguhan. Tabiat berbahasa kedua boleh dibentuk dengan cara


mempelajari atau latih tubi. Ia memainkan peranan penting bagi menggalakkan
tabiat berfungsi.
Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu
proses menguasai pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa berkenaan. Teori
ini menekankan kepentingan pemahaman murid terhadap struktur bahasa.
Kesenangan murid mempelajari bahasa kedua akan menyebabkan penguasaan
kognitif mereka terhadap struktur bahasa itu mudah berkembang.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN BAHASA KEDUA


a) Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk
perlakuan dan tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan
dan peneguhan.
b) Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua mesti
didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula
daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk
tulisan.

c) Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami


makna perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek
yang dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat.
Cara ini akan mempermudah guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa
panjang untuk menjelaskan konsep-konsepnya.
d) Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang
dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat dan adab, dan sosio
budaya teks atau rujukan teks.

TEORI PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa merupakan satu set kesimpulan atau
rumusan pendapat yang dikemukakan hasil dari penyelidikan dan hipotesis yang mendalam
mengenai bagaimana sesuatu bahasa itu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang. Sesuatu teori
yang diamalkan itu menjadi asas yang akan menentukan sesuatu prinsip yang harus dipegang
dalam pengajaran bahasa. Di dalam kajian ini pengkaji akan mengutarakan dua perspektif
teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua.
Teori Input Hipotesis Stephen Krashen. Stephen Krashen telah mengemukakan
perspektif teoritikalnya mengenai pembelajaran bahasa kedua yang mendasari aliran innatis
yang menjadi landasan kajian ini iaitu teori input hipotesis Stephan Krashen.melalui
tulisan buku dan artikelnya (1977, 1981, 1982, 1985, 1992, 1993, 1997). Evolusi teorinya
bermula pada akhir tahun 1970-an, apabila Krashen memperkenalkan Teori Monitor (monitor
model), seterusnya dikenali sebagai Hipotesis Pembelajaran dan Pemerolehan (AcquistionLearning Hypothesis) dan kini lebih popular dengan Input Hipotesis (Input Hypothesis)
(Brown, 2002). Teori Input hipotesis Krashen ini merupakan gabungan daripada lima
hipotesis iaitu;
(a) Natural order hypothesis
Hipotesis ini adalah berdasarkan dapatan kajian (Dulay & Burt,1974, 1976) dan lainlain yang menyatakan bahawa pemerolehan struktur dan rumus tatabahasa oleh pelajar
bahasa kedua berlaku secara natural (natural order) di mana ia boleh diramal. Proses ini
bergantung kepada faktor umur, latar belakang, dan tahap pendedahan pelajar tersebut kepada
bahasa kedua. Namun demikian Krashen menjelaskan implikasi daripada hipotesisnya ini
bukanlah bermaksud sukatan pembelajaran bahasa perlu digubal berdasarkan dapatan kajian
ini tetapi beliau menolak pembelajaran tatabahasa yang diajar secara terpisah kerana
matlamat pembelajaran bahasa ialah pemerolehan bahasa.
(b) Acquisition/ Learning Hypothesis:
Krashen (1981) mengatakan terdapat dua cara yang digunakan oleh seseorang dewasa
untuk memupuk kompetensi bahasa kedua iaitu pemerolehan (acquisition) dan pembelajaran
(learning). Pemerolehan berlaku di bawah sedar (subconscious), yang hampir menyerupai
proses seorang kanak-kanak memproses bahasa yang diperolehnya secara tidak langsung .
Pembelajaran bahasa berlaku secara sedar (conscious) iaitu satu proses di mana pelajar

bahasa kedua akan mempelajari rumus tata bahasa dan berkesudahan dengan mengetahui
mengenai bahasa tersebut.
Menurut Krashen (1983) ;
adults have two distinctive ways of developing competences in second languages ..
acquisition, that is by using language for real communication learning .. knowing about
language(m.s : 78)
Namun demikian Krashen (1981a) mendakwa bahawa kompetensi menguasai bahasa
kedua adalah lebih merujuk kepada bahasa yang diperoleh bukan dari apa yang dipelajari.
Beliau mengatakan ;
fluency in second language performance is due to what we have acquired, not what
we have learned(m.s : 99)
Lantaran itu, menurut Krashen (1981) seseorang dewasa perlu bersungguh-sungguh
untuk memperoleh bahasa kedua bukan sekadar mempelajarinya sebagai cara untuknya
meningkatkan kompetensi bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Seandainya ia
tidak dicapai, pelajar bahasa kedua tersebut hanya sekadar mengetahui aspek tatabahasa dan
pola-pola bahasa. McLaughlin (1987) telah membezakan istilah pemerolehan bahasa dan
pembelajaran bahasa. Menurutnya, bahasa dikatakan diperoleh secara tidak formal dalam
persekitaran semulajadi seperti di tempat awam, pergaulan dengan jiran dan sebagainya.
Bahasa dikatakan dipelajari secara formal apabila ia diajar di dalam bilik darjah. Beliau
menegaskan bahawa pemerolehan dua bahasa dalam persekitaran dwibahasa melibatkan
sedikit gangguan dan persaingan antara dua sistem linguistik, sedangkan dalam pembelajaran
di dalam kelas secara formal, pelajar mengalami banyak gangguan. Tambahan pula, pelajar
yang belajar bahasa kedua tidak mempunyai hubungan langsung dengan penutur asli bahasa
tersebut.
(c) Monitor Hypothesis:
Menurut Krashen (1981) konsep pemantau

(monitor)

hanya melibatkan

pembelajaran (learning) bukan pemerolehan (acquisition). Ia berfungsi sebagai alat pemantau


pertuturan (output) dan bertujuan memperbaiki ujaran yang dihasilkan oleh sistem. Hanya
pemantau yang digunakan secara optima sahaja akan dapat meningkatkan tahap kompetensi
komunikasi seseorang pelajar bahasa kedua. Menurut Krashen;
conscious learning can only be used as a Monitor or an editor ( m.s : 80)
(d) Input Hypothesis

Hipotesis ini beranggapan bahawa prasyarat terpenting seseorang pelajar bahasa


kedua memperoleh bahasa apabila ia memahami input bahasa yang diperolehnya sama ada
melalui pendengaran atau pembacaan. Pelajar bahasa kedua dianggap mengalami suatu
perkembangan dari tahap i (kompetensi sekarang) menuju tahap i + I apabila ia sudah
memahami input yang bermakna i + l iaitu melebihi daripada kebolehan pelajar pada tahap
semasa . Menurut Krashen (1981) ;
condition for language acquisition to occur is the acquirer understand (via hearing or
reading) input language that contains structure a bitbeyond his or her current level of
competence .. if an acquirer is at stage or level I, the input he or she understands should
contains i + 1(m.s : 100)
Krashen (1981) menjelaskan lebih banyak individu itu terdedah kepada rangsangan
yang bermakna, maka lebih banyak pengetahuan dan maklumat bahasa akan mereka kuasai.
Tambahnya lagi orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih matang secara keseluruhannya
dapat menguasai bahasa kedua dengan lebih cepat.
(e) Affective Filter Hypothesis
Hipotesis ini menerangkan bagaimana faktor-faktor afektif mempunyai kaitan tetapi
bukan penyebab, dengan proses pemerolehan bahasa. Konsep ini dikemukakan oleh Dulay
dan Burt (1977). Krashen (1985) mendapati pelajar bahasa kedua yang mempunyai motivasi
yang tinggi, keyakinan diri, penampilan diri yang baik dan tahap kerisauan yang rendah
mempunyai peluang kejayaan yang lebih untuk menguasai bahasa kedua . Manakala motivasi
yang rendah, keyakinan diri yang kurang dan kerunsingan akan meningkatkan affective
filter

dan membina mental block yang akan mencegah input bahasa yang difahami

comprehensible input dari diperoleh oleh pelajar bahasa kedua. Menurutnya;


a mental block, caused by affective factors that prevents input from reaching the
language acquisition device(m.s :100)
Krashen (1985) telah mengemukakan bukti-bukti berikut di dalam mempertahankan
hipotesisnya ; (a) seseorang akan bertutur dengan kanak-kanak yang memperoleh bahasa
ibunda dengan cara yang tersendiri berbeza apabila ia bertutur dengan pelajar bahasa kedua,
(b) perbandingan kejayaan pemerolehan bahasa di antara kanak-kanak dan pelajar dewasa
dalam menguasai bahasa mencerminkan tahap pemerolehan comprehensible input yang
berbeza,
(c) semakin banyak comprehensible input diperoleh oleh seseorang pelajar bahasa
kedua, semakin tinggi tahap kompetensi dan kekurangan comprehensible input akan
melewatkan proses pemerolehan bahasa keduanya, dan

(d)

metodologi

pengajaran

perlu

berdasarkan

kepada

konsep

perluasan

comprehensible input kepada pelajar. .Krashen (1985) di dalam satu tinjauan mengenai
kajian pembelajaran bahasa kedua membuat kesimpulan bahawa orang dewasa berjaya
melalui peringkat awal pembentukan sintaksis dan morfologi lebih cepat daripada kanakkanak. Beliau juga mendapati mereka yang memperoleh bahasa kedua melalui pendedahan
persekitaran semasa kanak-kanak mencapai penguasaan yang lebih tinggi jika dibandingkan
dengan mereka yang memperolehnya ketika dewasa.

Anda mungkin juga menyukai