Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

APA YANG AKAN DILAKSANAKAN SEBELUM PRAKTIKUM

Praktikum ialah latihan yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan
guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. pelaksanaan
program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan
bimbingan pensyarah dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan
antara agensi-agensi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya Shamenee A/P Raja (951209-02-5596), guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2014 (T3
MT1) akan menjalankan latihan praktikum pertama di SJKT Bukit Mertajam selama 12 minggu
mulai 25 Julai hingga 21 Oktober 2016. Saya sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang, berharap dapat mengukuhkan lagi kompetensi saya dalam bidang ini.
Pada mulanya, kami diberi taklimat praktikum di Dewan Kulian Utama. Disesbabkan ini
merupakan pengalaman yang baru, kami semua rasa takut kerana kali ke pertama kami akan
mengajar di sebuah sekolah. sebagai tambahan praktikum untuk ambilan kami adalah 3 bulan.
Saya berharap saya akan belajar banyak perkara di sekolah selasa 3 bulan ini.
Sebelum menjalani praktikum, saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior
berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di sekolah.
mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa pengalaman yang
menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja.
Selain itu, berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana
mengatasinya. Situasi ini, saya lalui semasa PBS di sekolah. Penulisan rancangan pengajaran
adalah sangat mencabar, maka saya meminta senior di IPG dan meminta mereka tentang cara
menulis rancangan, cara memikat pelajar dan sebagainya.

Banyak teori-teori yang dipelajari melalui kuliah-kulain yang diberikan misalnya Kurusu
professional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, dan
Perkembangan Kanak-Kanak, diharapkan saya dapat menggunakan teori-teori ini dalam

pengajaran saya. Saya akan berusaha mengaplikasikan teori-teori ASSURE dan Bloom dalam
pengajaran Matematik dan Tamil. Saya ingin menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik bagi menarik perhatian murid. Saya juga bertekad untuk bergaul mesra dengan murid
dan mengetahui masalah mereka dalam aktiviti pembelajaran agar saya dapat menjalankan
pengajaran saya mengikut kehendak dan keperluan mereka.
Tambahan pula, perhubungan positif dalam sesebuah organisasi amat penting dalam
usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. Justeru, melalui praktikum ini
saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan perwatakan yang positif, menampilkan citra
guru yang baik tanpa berpura-pura di hadapan mereka. Ini kerana kepura-puraan di hadapan
orang hanya menyeksa diri dan tidak menampakan keihklasan. Oleh itu, apa yang baik dalam
diri saya akan saya tonjolkan dan berikan dalam organisasi sekolah ini.
Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya mampu untuk mengenali anak-anak didik
saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain itu, saya
berharap agar saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Saya juga
berharap agar dapat membuat seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing
pengajaran major saya berhubung pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya.
Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini saya dapat menonjolkan diri saya
sebagai seorang guru yang bertauliah dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah
dalam apa bentuk sekalipun.

PERNYATAAN PROFESIONAL
APA YANG AKAN DILAKSANAKAN SEMASA PRAKTIKUM
Saya Shamenee A/P Raja, pelatih guru PISMP T3MT1 sedang menjalani latihan
praktikum bagi semester kelima iaitu Praktikum Satu di SJKT Bukit Mertajam. Praktikum ini
mengambil masa selama tiga bulan iaitu 25 Julai Hingga 21 Oktober 2016) dan saya mesti
mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.
Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar
membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran
murid. Di sekolah ini juga saya perlu mengajar subjek major dan minor saya iaitu Matematik dan
Bahasa Tamil selama 12 minggu bagi Tahun 3.
Setelah saya menliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan
pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini
sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran muridmurid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan
pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Tugasan yang diberikan juga membolehkan saya
membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan
utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih. Selain daripada
mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di
samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan
bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran.
Diharapkan saya dapat menyumbang bakti pada pmbangunan sekolah dalam masa
yang terdekat ini selain belajar menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Bimbingan dan
galakan dari pihak sekolah dan kakitangan seklah memotivasikan diri saya dari semasa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai