Anda di halaman 1dari 1

MTE 3113 MENGAJAR GEOMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN DATA

S12: Topik 3 - Mengajar Pengendalian Data

Dunia sekeliling kita dipenuhi dengam maklumat dan data yang perlu dikumpul, disusun dan
ditafsir. Menurut Tarr dan Shaughnessy (2007), murid menghadapi masalah dalam menafsir
maklumat yang diberikan dalam bentuk jadual carta dan graf. Pengajaran tentang pengendalian
data haruslah menjangkaui pembinaan dan pentafsiran carta atau graf. Ianya harus melath
murid untuk memahami, mentafsir dan menaakul dalam mengendalikan data
(Cathcart et. al, 2011).
Bohan, Irby dan Vogel (1995) telah mencadangkan satu model untuk mengajar konsep
pengendalian data kepada murid sekolah rendah. Model ini terdiri daripada 7 langkah:
Langkah 1:
Brainstorm soalan-soalan yang murid ingin tahu jawapannya (contohnya,
apakah perisa aiskrim yang digemari oleh rakan-rakan saya dalam kelas ini?)
Langkah 2:

Pilih satu soalan yang dikemukakan.

Langkah 3:

Teka jawapan kepada soalan tersebut.

Langkah 4:

Rancang satu cara untuk mengenalpasti jawapan tersebut.

Langkah 5:

Jalankan rancangan tersebut.

Langkah 6:

Analisis data yang telah dikumpul.

Langkah 7:
Imbas kembali. Berikan jawapan sebenar kepada soalan yang dikemukakan
pada Langkah 1. Adakah maklumat tersebut perlu dikongsi? Dengan siapa? Bagaimana?

Murid-murid harus mengumpulkan data mereka sendiri (Russel & Friel, 1989) kerana ini akan
memberikan rasa kepunyaan (ownership), minat dan situasi sebenar kepada pengalaman
mereka.

Dalam sekumpulan 3 atau 4 orang, , hasilkan pelbagai jenis carta atau graf mengenai 3
persoalan yang telah anda pilih mengenai rakan sekelas anda dengan mengikuti 7 langkah
yang dinyatakan di atas. Sertakan data dan penerangan lengkap mengenai cara anda
menganalisis data tersebut.

Anda mungkin juga menyukai