Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pendahuluan
Bersyukur dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan
sempurna. Dalam tugasan ini, terlebih dahulu saya akan menerangkan definisi modal insan
dan pembentukan modal insan dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan
ekonomi lestari. Seterusnya, saya juga akan memberi pendirian dan pendapat saya tentang
sejauh manakah pernyataan dalam tugasan dapat direalisasikan. Selain itu, saya juga akan
menghuraikan beberapa langkah untuk menghasilkan modal insan yang berilmu,
berkemahiran dan berakhlak mulia dengan mengambilkira kepelbagaian potensi murid.
Akhir sekali, saya akan membuat kesimpulan tentang pembinaan modal insan menjurus
masa depan negara.
2.0 Modal insan
Sebagai panduan untuk mencapai wawasan 2020, Misi Nasionalsatu rangka kerja bagi
agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus
diambil bagi tempoh lima belas tahun yang akan datang, telah diwujudkan. Salah satu
penekanan dalam Misi Nasional ialah pembangunan modal insan. Menurut Kamus Dewan
edisi keempat, modal bermaksud wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai
pangkal untuk berniaga. Hal ini menerangkan bahawa modal menjana kekayaan ekonomi.
Manakala, insan bermaksud makhluk ciptaan Tuhan. Jadi, modal insan bermakna potensi,
kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat
pembangunan.
Secara umumnya, modal insan memiliki pelbagai potensi seperti kemahiran,
pengetahuan dan akhlak yang mulia. Oleh itu, guru yang mempunyai peranan untuk
memupuk potensi-potensi tersebut melalui cara-cara yang akan saya huraikan nanti. Hal ini
demikian kerana modal insan yang menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa.
Seorang modal insan dapat mengawal emosi dirinya dan rela memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan negara
yang aman dan damai. Selain itu, modal insan juga menjadi asas kepada kemajuan
ekonomi yang lestari. Ekonomi yang lestari bermaksud keseimbangan dalam pertumbuhan
ekonomi dan keabadian persekitaran semula jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa modal
insan yang menyumbang kepada ekonomi yang lestari kerana ia dapat menghasilkan
industri-industri teknologi yang canggih selaras dengan negara-negara maju di dunia.
3.0 Sejauh manakah saya bersetuju dengan pernyataan dalam tugasan
Saya bersetuju dengan sepenuhnya terhadap pernyataan tersebut. Hal ini kerana, jika
seseorang hanya memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja semata-matanya tidak

akan dapat menjadi tenaga manusia yang berkualiti dan seimbang dari segi aspek JERIS.
Jadi, saya bersetuju bahawa pembangunan modal insan ini tidak akan tercapai jika kita tidak
mengambil kira aspek rohani.
Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai
intrinsik yang menjadi tunjang kepada kemajuan ekonomi. Contohnya, dalam perniagaan
seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan dan keyakinan
pelanggan untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika peniaga melakukan
penipuan atau manipulasi untuk mengaut keuntungan, maka sudah pastinya pelanggan
tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya juga akan mengalami kerugian. Begitu juga
dengan industri, baik industri pembuatan makanan, pengangkutan, perbankan dan lain-lain.
Jika sesekali pihak pengusaha industri melakukan pecah amanah sehingga menjejaskan
kepentingan pengguna, maka sudah tentulah pengguna akan hilang kepercayaan terhadap
industri tersebut. Hal ini akan menyebabkan pihak pengusaha industri mengalami kerugian
dan hal ini juga akan melumpuhkan ekonomi negara.
Selain itu, pembentukan akhlak yang mulia dalam sanubari seseorang insan adalah
amat penting dalam usaha pembinaan negara bangsa. Contohnya, jika seseorang murid
cemerlang dalam pendidikan, berkemahiran tinggi tetapi akhlaknya buruk adakah dia dapat
menjadi seorang warganegara yang sempurna? Sudah pastinya tidak. Hal ini demikian
kerana akhlak yang menyempurnakan kehidupan seseorang insan. Walaupun perkara ini
dikenali oleh semua orang tetapi masih terdapat sesetangah masyarakat yang tidak sedar
akan kepentingan akhlak. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa walaupun kita berusaha untuk
melahirkan modal insan yang seimbang namun begitu ianya tertakluk kepada kerelaan
individu sendiri untuk mengamalkannya.
Pendek kata, pembentukan modal insan tidak akan dicapai jika individu tersebut
tidak mengamalkan aspek-aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan akhlak yang mulia. Jadi,
saya bersetuju dengan sepenuhnya bahawa aspek akhlak dan nilai murni adalah komponen
yang utama dalam pembentukan modal insan selain ilmu pengetahuan dan kemahiran demi
pembinaan negara bangsa dan kemajuan ekonomi. Justeru, peranan guru adalah amat
penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang.
4.0 Peranan guru dalam menghasilkan modal insan
Sesebuah kelas akan memiliki pelajar yang mempunyai pelbagai potensi. Pelbagai
potensi di sini bermaksud berlainan tahap penguasaan akhlak, tahap kemahiran dan
pengetahuan. Namun begitu, tanggungjawab guru adalah tetap menghasilkan modal insan
yang seimbang dengan mengambilkira kepelbagaian potensi murid supaya ia dapat
menjana ekonomi yang lestari. Antara peranannya ialah guru haruslah mengadakan

program kecemerlangan akademik seperti Karnival Sains dan Matematik, kuiz Bina Bangsa,
jejak Sejarah dan sebagainya. Dengan ini, para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan
dan mereka tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Seperti kita maklum, sesebuah
kelas terdapat pelajar yang pandai, sederhana dan lemah. Guru juga bolehlah
menggunakan pelbagai kaedah mengajar supaya semua pelajar dapat memahami pelajaran
yang diajar olehnya. Contohnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar ketika
mengajar supaya pelajar yang lemah dapat memahami dengan cepat. Hal ini secara
langsung akan melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan demi pembinaan negara
bangsa.
Seterusnya, guru haruslah mengadakan kelas komputer dengan mengambilkira pelbagai
potensi murid supaya dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Guru
bolehlah mengadakan kelas komputer sekali dalam seminggu supaya murid-murid dapat
membelajar penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan seharian
mereka. Guru bolehlah memberi tugasan seperti penyediaan slide dalam Power Point,
membuka blog dan sebagainya. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam buletin
pendidikan, guru juga boleh membimbing pelajar yang kurang pandai dalam penggunaan
TMK supaya mereka tidak terasa rendah diri. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan
modal insan yang berkemahiran TMK dan berpendidikan. Pendek kata, demi kemajuan
ekonomi lestari kita memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi.
Selain itu, guru juga perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam sanubari pelajar melalui
subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Guru haruslah mendidik pelajar dengan
sifat-sifat positif supaya para pelajar tidak terjebak dalam gejala negatif. Selain mengajar
subjek-subjek tersebut guru juga harus mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dalam
kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pelajar yang berasa bosan
untuk membelajar subjek-subjek tersebut. Oleh itu, dengan mengadakan aktiviti khidmat
masyarakat para pelajar dapat memupuk sikap bantu-membantu, budi pekerti, akhlak yang
mulia dan sebagainya. Usaha ini dapat mencapai hasrat kerajaan dalam menghasilkan
modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia demi pembinaan negara
bangsa.
5.0 Kesimpulan
Modal insan yang kita lahirkan haruslah memiliki ilmu pengetahuan, berkemahiran dan
berakhlak mulia supaya dapat menyumbang negara pada masa yang akan datang. Saya
bersetuju dengan sepenuhnya bahawa aspek akhlak merupakan komponen yang utama
dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari. Justeru,

guru yang memikul tangguangjawab yang besar dalam melahirkan modal insan yang
seimbang demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Biblografi

Abd Rahmin Abd Rashid. (2011). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan. Kedah: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Azizan Baharuddin. (2015, Ogos 21). Kemanusiaan Di Zaman Manusia. Utusan Malaysia,
10.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Kurikulum Bersepadu. Buletin Pendidikan, 12.

Ee, A. M. (2003). Pendidikan Di Malaysia III. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2007). Ed. Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembangunan Modal Insan. (2008). Pembangunan modal insan penjana wawasan 2020.
Diperolehi pada 27 Ogos 2015 daripada:
http://www3.pmo.gov.my/modalinsan/index.html

Portal Rasmi SMP 1111 Pengajian Sosial IPGKTAR. (2010). Peranan para pendidik dalam
melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21.
Diperolehi pada 21 ogos 2015 daripada:
http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2010/08/peranan-para-pendidik dalammelahirkan.html
Utusan Online. (2013). Melahirkan modal insan berkualiti. Diperolehi pada 27 ogos 2015

daripada:http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130515/ba_01/Melahir
kan-modal-insan-berkualiti

Anda mungkin juga menyukai