Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti 1

Kursus Kemahiran Belajar dapat menyediakan sumber bahan-bahan pembelajaran dan


perkhidmatan kepada pelajar-pelajar OUM bagi meningkatkan strategi pembelajaran dan
kemahiran menulis bersifat ilmiah.
Bagi kenyataan diatas, saya memilih untuk bersetuju diatas beberapa alasan yang munasabah dan
signifikan. Selmes (1987) mendefinisikan kemahiran belajar sebagai kemahiran yang
membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan
menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain, kemahiran belajar merupakan keupayaan
atau kecekapan seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat.
Gaya pembelajaran berkesan seseorang pelajar tidak semestinya dapat diguna pakai oleh pelajar
lain. Begitu juga dengan gaya pembelajaran dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, gaya
pembelajaran subjek Sejarah yang memerlukan kemahiran mengingat urutan peristiwa tidak
sesuai digunakan dalam subjek Matematik yang memerlukan pemahaman konsep formula dan
kemahiran penyelesaian masalah.
Maka, saya kira Kursus Kemahiran Belajar ini member kemudahan kepada pelajar-pelajar OUM
untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka didalam pembelajaran dan juga penulisan bersifat
ilmiah. Melalui kursus ini, telah menerangkan beberapa perkara iaitu bersifat ilmiah, akademik
dan mempunyai kaitan dengan epistemologi dan mempunyai 4 bentuk iaitu penjelasan,
penceritaan, penghujahan, penghuraian yang mana membantu di dalam penulisan yang bersifat
ilmiah untuk panduan pelajar-pelajar OUM. Selepas kajian-kajian dijalankan seperti kajian Bass
dan Greary (1996), Kalvas (1994), beberapa kesimpulan tentang kurus kemahiran belajar telah
dibuat. Pertama, Kursus Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk
mendapatkan perubahan tingkah laku. Kedua, sebagai hasil pengalaman individu. Ketiga, proses
yang digunakan untuk memproses maklumat yang diperoleh. Keempat, maklumat yang penting
sahaja masuk ke dalam minda. Kelima, proses mentor yang akan berlaku bagi pengalaman dan
maklumat yang penting dan disimpan dalam minda. Akhir sekali, proses yang membawa
perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Apa yang saya dapat simpulkan untuk Kursus Kemahiran Belajar ini juga antara kepentingannya
adalah meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari. Kedua, menggunakan sumber-

sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran. Ketiga, meningkatkan naluri ingin tahu
dalam semua bidang. Keempat, dapat menyelesaikan masalah pembelajaran. Kelima, mengaitkan
pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru. Keenam, melatih individu menggunakan
persepsi yang tepat untuk berfikir secara rasional. Ketujuh, dapat memupuk motivasi. Kelapan,
membina konsep dan hukum. Akhir sekali, mengukuhkan ingatan jangka pendek dan panjang.
Ini semua meningkatkan strategi pembelajaran saya dan juga membantu didalam penghasilan
penulisan ilmiah yang baik.
Secara kesimpulannya kursus kemahiran belajar ini merangkumi pelbagai aspek seperti
kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat
rujukan, kemahiran mendengar, kemahiran menghadapi peperiksaan, kemahiran mencari
maklumat dan kemahiran mengingat. Ini semua amat membantu para pelajar untuk lebih proaktif
agar menjadi pelajar OUM yang berkualiti serta mampu bersaing dengan pelajar pelajar
institute yang sedia ada.

Rujukan
Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon, 2010 Kemahiran Belajar,
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Kemahiran Belajar, diakses pada 12 Ogos 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/22969395/
Kemahiran-Belajar Pelbagai Kemahiran Belajar, diakses pada 12 Ogos 2012 daripada
http://www.teachersrock.net/masteri5.htm
http://nursarinar.blogspot.com/2009/04/kemahiran-belajar.html
http://nazlelatraining.blogspot.com/2012/06/belajar-cara-belajar-bcb.html
Pelbagai

Kemahiran

Belajar,

http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf

diakses

pada

16

Ogos

2012

daripada

Anda mungkin juga menyukai