Anda di halaman 1dari 20

Divergence Trading

Saya akan membahagikan teknik ini kepada tujuh (7) topik utama
1.PENGERTIAN DIVERGENCE
2.DIVERGENCE INDIKATOR
3.JENIS-JENIS DIVERGENCE
4.REGULAR vs HIDDEN DIVERGENCE
5.KAEDAH TRADE MENGGUNAKAN DIVERGENCE
6.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DIVERGENCE
7.DIVERGENCE CHEAT SHEET
PENGERTIAN DIVERGENCE
Indikator digunakan bersama-sama dengan CS/Chart formation, trend line, resistant /
support levels/Fibo, adalah antara intipati utama dlm TA (technical analysis).
Secara logiknya sekiranya kita mengkaji indikator2 ini, kebanyakkanya adalah
berdasarkan price movement, maka output-nya sepatutnya menggambarkan
pergerakan price itu sendiri.
Akan tetapi, terdapat beberapa indikator yg dikategorikan sebagai "leading indikator".
Indikator-indikator ini biasanya akan memberi amaran awal kemungkinan berlakunya
perubahan terhadap trend semasa. Contohnya bila price membuat HH, indikator pula
gagal untuk buat "new high" sebagaimana yg berlaku terhadap price movement
(Divergences occur when there is a discrepancy between the price and a technical
indicator). Maka kita akan nampak percanggahan diantara pergerakan price dengan
indikator. Fenomena ini dinamakan divergence.

DIVERGENCE INDIKATOR
Saya suka membahagikan kepada 2 kategori;
1. Oscillator
Indikator drpd kategori ini terdiri drpd Stochastic, CCI, RSI, ROC,
OBV,RVI,Momentum dan beberapa lagi yg lain.
2. Histogram
MACD,AO,Volume.

JENIS-JENIS DIVERGENCE
Terdapat 2 jenis divergence yg biasa digunakan oleh trader.
1. Regular Divergence (RD)
RD digunakan sebagai signal awal berkemungkinan berlakunya trend
reversal/retracement/pullback terhadap trend semasa.
1: A) RD Bullish
Jika price membuat LL, tetapi indikator pula HL, maka ini dikenali sebagai Regular
Bullish Divergence.

1: B) RD Bearish
Jika price membuat HH manakala indikator pula membentuk LH, ini di kenali sebagai
Regular Bearish Divergence.

Divergence yang ke-2


2. Hidden Divergence (HD)
HD kebiasaanya digunakan sebagai signal berkemungkinan berlakunya
kesinambungan trend.
2: A) HD Bullish
Bullish Hidden Divergence berlaku apabila price membuat HL manakala indikator
pada masa yg sama membentuk LL.

2: B) HD Bearish
Bearish Hidden Divergence berlaku apabila price membuat LH manakala indikator
pada masa yg sama membentuk HH.

Ok. Dah faham basic divergence, kita tengok pula "rupabentuk" divergence.
Rupabentuk divergence ini menggambarkan kualiti divergence tersebut.
Terdapat 3 tahap kualiti divergence mengikut rupabentuk.

1. DIVERGENCE "CLASS - A"

Yang ni dianggap sebagai signal divergence yang paling kuat yang mana
kebiasaannya akan membawa kepada perubahan trend yang signifikan.* (lebih
besar TF lebih signifikan trend yang mungkin berlaku)
Bearish Divergence Class A Berlaku apabila price membentuk new high
(HH), manakala indikator membentuk new low (LH). Keypoint-nya di sini ialah
mengenalpasti higher low (puncak ke-2) pada indikator yang mana memberi
gambaran bahawa price/trend semasa tidak lagi mempunyai momentum yg
mencukupi untuk terus naik. Ini kebiasaannya memberikan signal yang kuat
berkemungkinan berlakunya perubahan trend dlm masa yang terdekat.
Bullish Divergence Class A berlaku apabila price membentuk new low
(LL) manakala indikator membentuk higher low (HL). Keypoint ialah
7

mengenalpasti higher low (lembah ke-2) pada indikator yang mana memberi
gambaran bahawa price/trend semasa tidak lagi mempunyai momentum yang
mencukupi untuk terus turun. Ini memberikan petanda awal berkemungkinan
akan berlaku perubahan trend. Gambarajah di bawah adalah contoh divergence
daripada kategori "Class A".

2. DIVERGENCE "CLASS - B"


Divergence "Class B" pula menunjukkan penurunan/kenaikkan dalam price
momentum secara berperingkat dan kurang ekstreme berbanding "Class A".
Adalah di nasihatkan untuk mengambil kira faktor-faktor lain sebagai
confirmation sebelum enter position.

Bearish Divergence Class B Berlaku apabila price membentuk


double/triple top, manakala pada masa yang sama indikator membentuk lower
high (LH). Keadaan ini di sebabkan masih ada lagi sisa-sisa momentum untuk
price terus naik menyambung trend sebelumnya. Keadaan double/triple top di
tafsirkan sebagai price mencapai keseimbangan. Pada peringkat ini Bulls
dengan Bears mempunyai kuasa yang sama terhadap pasaran. Oleh itu
dingingatkan bahawa berhati-hati jika anda ingin enter position dengan setup
divergence "Class B"
Bullish Divergence Class B Berlaku apabila price membentuk
double/triple bottom, manakala indikator membentuk higher low (HL). Senario
yang sama dengan Bearish Divergence "Class B" Cuma dalam keadaan
terbalik/bertentangan.

3. DIVERGENCE "CLASS - C"


Kualiti divergence yang ke-3.

Yang ni merupakan divergence yang paling lemah, dan biasanya berlaku


dalam keadaan choppy market . Dinasihatkan divergence yang ni se-elokeloknya diabaikan. Tapi bagi tujuan pengetahuan, elok diketahui sedikit
sebanyak karakteristiknya untuk memudahkan kita membezakan yang mana
divergence yang perlu di elakkan.
Bearish Divergence Class C berlaku apabila price membentuk higher
high (HH), manakala indikator masih lagi pada tahap sebelumnya. Indikator
tidak membentuk new high, masih lagi sama dengan paras sebelumnya. Ini
menandakan price masih lagi mempunyai momentum yang kuat untuk
menyambung trend sebelumnya.
Bullish Divergence Class C berlaku apabila price membuat lower low
(LL), manakala indikator masih lagi pada tahap sebelumnya (tiada new low).
Kemungkinan untuk price bertukar trend adalah kecil dan lebih kepada
menyambung trend sebelumnya.

4. REGULAR vs HIDDEN DIVERGENCE


A) RD paling efektif digunakan apabila price membuat percubaan untuk melangkaui
previous high/low dan gagal (diketahui lebih awal dengan penurunan momentum/CCI
di bwh 100, Stoch di bwh 70 dll yg korang biasa nampak kalau nak sell). Corak yang
sama juga dapat dilihat dlam keadaan market baru nak start bullish (momentum
pointing upwards/CCI atas -100/Stoch atas 30 dan lain-lain signal buy). Confirmation
dpt dibuat dengan melihat bentuk CS/chart formation dan lain-lain yang sewaktu
dengannya. Perkara biasa jika terdapat 3 hingga 4 kali percubaan price untuk
menembusi support/resistant. Tetapi perlu diingat kesemua market action ini perlu
diseimbangkan dengan penurunan/kenaikkan divergence secara berperingkat. Corak
RD ini di namakan 3 point RD/4 point RD.
B) HD paling efektif digunakan dalam situasi trend continuation. Bila price retrace
dan kita nak cari posisi yang paling strategik untuk masuk post, this is it ~ Hidden
Divergence. Price berkemungkinan besar akan retrace sehingga previous swing
high/low dan dengan confirmation wujudnya HD kita letak limit order ikut arah trend.
Pengiraan risk/reward disini penting. Jika terdapat perbezaan yang sangat kecil
diantara pergerakan price dengan indikator, jangan trade. Satu lagi yang perlu
diambil kira sekiranya sebelum ini terdapat RD untuk 3 high/low yang terakhir
berturut-turut, maknanya jangan masuk post.(lainlah kalau nak scalp 5-10 pips).
RD dan HD adalah dua elemen yang wujud dlm bentuk yang berlawanan tetapi
saling melengkapi antara satu sama lain. HD boleh wujud dalam RD, begitu juga RD
akan wujud dalam HD. Tukar TF saja. Akan jumpa byk pattern-pattern mcm ni..

10

Nxt Chapter KAEDAH TRADE MENGGUNAKAN DIVERGENCE


Sebelum tu kita tengok apa rule yang perlu dipatuhi untuk meminimumkan jumlah
kerugian/salah analysis. extract dari babipips
Terdapat 7 peraturan yang perlu dipatuhi untuk trade divergence dengan lebih
efectif.
1. Bagi memastikan kesahihan kewujudan divergence, price formation hendaklah dlm
keadaan berikut:
i) Higher High dari previous high,
ii) Lower Low dari previous low,
iii) Double/triple top,
iv) Double/triple bottom.
Abaikan indikator dahulu sehingga anda confirmkan salah satu chart formation ini.
Jika dah jumpa, check indikator anda, dan menepati bentuk divergence yang
diterangkan sebelum ini, maka nisbah risiko position telah dikurangkan sebanyak
setengah.

11

Ok, dah dapat bentuk yang dikehendaki, sekarang lukis satu garisan trendline
menghubungkan high/low price tadi. Buat perkara yg sma untuk indikator anda. Perlu
dingingatkan jika menghubungkan HH price sebelumnya dengan HH price semasa
(uptrend), perkara yang sama perlu dilakukan untuk indikator, yakni HH kepada HH.
Kaedah yang sama untuk LL kepada LL dalam downtrend.

12

Jadi kita setelah menyambungkan titik-titik tertinggi/terendah dlm price dan juga
indikator sekarang kita perhatikan sekiranya terdapat "percanggahan trend" diantara
keduanya.
Jika ada maka anda telah menemui divergence anda. Tahniah!!
Tapi awas, confirmkan betul-betul dahulu. Serasikan dengan kaedah trading anda
sebelum ini. Jika analysis anda tepat, anda bakal dilimpahi pips hijau yang banyak..
. Jika tidak, selamat tinggal romeolah jawabnya
PERINGATAN LAGI: STOP LOSS DAN MM sangat penting jika anda banyak
bergantung dengan teknik ini.

High dengan low yg telah dikenalpasti dalam indikator MESTILAH sejajar secara
vertical dengan price top/bottom.

13

Divergence hanya wujud sekiranya trendline slope antara price high/low bercanggah
dengan trendline slope high/low dlm indikator. Slope (kecerunan) ini mestilah
samada menaik, menurun ataupun mendatar.

Sekiranya anda menemui divergence dan price telahpun reverse serta bergerak dlm
satu trend, maka anda telah ketinggalan keretapi..
Dalam keadaan ini apa yg anda boleh buat ialah menantikan swing high/low yang
baru untuk mencari position entry yg strategik.
Tapi ada cara untuk masuk trend dengan entry point yang cantik tanpa menanggung
-ve floating yg banyak. akan diterangkan dlm sub-topik yg seterusnya.

Divergence yg berlaku dlm timeframes yg lebih besar adalah lebih reliable dan tepat
berbanding dgn timeframe kecik. Kurang false signal , dan juga kurang trade dlm
sehari, dan lebih pips
. Divergence dlm timeframe kecik lebih kerap berlaku tapi
kebanyakkannya adalah false signal dan kurang tepat. Saya sendiri lebih prefer TF
M15/H1/dan juga H4 untuk detect divergence.
14

Dah study bagaimana divergence terbentuk dan setup-setup untuk divergence,


sekarang kita akan lihat bagaimana untuk enter trade menggunakan divergence.
Untuk mendapatkan pulangan yg maksima dan pada masa yg sama mengurangkan
risiko, kita perlu kenalpasti divergence yg terbentuk pada TF yg lebih besar. Dlm
contoh ini saya gunakan H4.

Yg ni screen shot yg baru di ambil sebentar tadi utk pair gbp/jpy. TF H4 menunjukkan
wujudnya HD bearish. Price membentuk LH yang baru rendah sedikit sahaja drpd
high sblmnya. Manakala pada masa yang sama RVI pula membentuk new high (HH).
Perkara yg sama juga blaku untuk MACD dengan diperhatikan wujudnya puncak
baru yg lbh tggi drpd yg sblmnya.
Tukar ke TF H1. Pattern yg sama wujud. Price HH ke LH vs indikator previous high
ke HH yg baru.
Tukar ke TF M 30. HD masih lagi terbentuk pada TFm30. Jadi kita perlu kenalpasti
previous swing high untk pasang kita punya Limit Order Sell. Sebelum ni kita dah
lukis satu trendline yg menghubungkan setiap High terkini dlm price. Price
dijangkakan retrace untuk cuba membuat new high. So kita dapat mengagak price
akan "touch" trend line sebelum turun. Limit Order beberapa pips di bwh previous
swing high. SL 5 - 10 pips di atas swing high.

15

TFH1

TFM30

16

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DIVERGENCE


Kebaikan
1. Divergence dapat memberi kita amaran awal berkemungkinan berlakunya
perubahan trend.
2. Dari segi entry, kita mungkin antara yang terawal memasuki trend.
3. Memaksimakan keuntungan yang diperolehi selagi tidak wujud signal
divergence bertentangan.
4. Mengurangkan risiko -ve floating
5. Merancang trade kita dengan lebih baik berpandukan signal-signal divergence
yang di kesan.
6. Divergence membolehkan kita mengagak setakat mana price akan naik/turun
(dengan bantuan trendline,S&R)

Keburukan.
1. Signal divergence tidak semestinya menggambarkan perubahan trend.
2. Divergence pada TF kecil kurang relevan dan besar kemungkinan adalah
false signal.
3. Divergence tidak boleh digunakan ketika FA announcement (news trade)
4. Sukar untuk membezakan samada signal divergence adalah reversal atau
price cuma slowing down (divergence "Class B")
5. Drawdown yang agak besar sekiranya kita price tidak seperti yg dijangkakan arah divergence (SL & MM penting).
6. Mengesan divergence sangat bergantung kepada HH/LH/HL/LL. Jika kita miss
setup divergence, kita perlu menunggu lama sehingga price membentuk swing
high/low yang baru.
7. Divergence kurang sesuai jika dipraktikkan tanpa sokongan strategi/trading
style yang lain.
8. Divergence tidak dpt dipraktikkan ketika market tengah flat. pergerakan price
mendatar tanpa high/low yg nyata.

17

DIVERGENCE CHEAT SHEET

18

Regular Bullish Divergence Setup di H4 utk Pair EU dan EJ...


Price membentuk Higher High...Stochastic membentuk Lower Low..Divergence Class
A--->perubahan trend adalah kuat..di tambah pula dgn curency USD yg weak...Buy
EU dan Buy EJ..
Cara coaching saya lebih fokus on how to be konsistent pips..kita tak mengejar
kuantiti..kita mengejar kualiti..-->VALUE
Chart EU

19

Chart EJ

20

Anda mungkin juga menyukai