Anda di halaman 1dari 5

Definisi komunikasi antara budaya

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang


diperhatikan. Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang
akhirnya terbawa ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah
dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah.
Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima.
Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar
belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan
cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik
balik. Contohnya, penerima telah terima pengaruh dari mesej yang
dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh
tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam
konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan
dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Konteks sosial ialah
hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan
dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.
Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan
orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan
dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi
dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai
konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
Orang yang meghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej
terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial
antara komunikator adalah berbeza.
Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap
dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan
terhadap hubungan. Padangan terhadap dunia ialah kepercayaan
terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah
sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing
mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada
verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses
psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap
sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan
bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang
tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita.
Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai
komunikasi silang budaya. Komunikasi silang budaya ialah
komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar
belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti
sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada unsur
silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi,
sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah
komunikasi di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi.
Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang
rendah.
Contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Arfika
dengan pelajar Melayu dari UPM sebagai antara bangsa,
interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa German
berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia

tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia


berurusan dengan pegawai imigrasi di pejabat imigrasi Malaysia.
Seorang pakar penasihat kepada MSC bermesyurat dengan ahli
lembaga pengarah MSC. Lembaga mesyurat terdiri dari oang
Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya?
Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai,
sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh
sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha
individu dan kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan
subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan
mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat
reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya
dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar
dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya
adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral,
hokum, adat istiadat dan kebiasaan.
Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas
komunikasi iaitu budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi.
Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula
jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara
berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa
serta perilaku bukan verbal.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya
akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat
rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam
komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan
komunikasi,
bahasa
dan
gaya
bahasa
yang
digunakan
melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang
dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan
terbawa ke dalam proses komunikasi. Perilaku dalam komunikasi
dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa
perilaku terikat dengan budaya.
Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan
perilaku seseorang. Setiap komunikasi mengandungi potensi
komunikasi antara budaya kerana kita selalunya mengamalkan
budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu
hanya sedikit. Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang
berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya komunikasi yang diamalkan
adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih
daripada satu maksud pada satu mesej. Tumpuan komunikasi
berkonteks tinggi adalah kandungan
tersirat yang ingin
disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran.
Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi
ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah
diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia
fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah

jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang


dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya
tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan TIDAK.
Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks tinggi ialah
Amerika Syarikat, Australia dan German.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik.
Budaya terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi
akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan
budaya
kita.
Menurut
Hall,
culture
is
communication,
communication is culture. Ini menunjukkan bahawa komunikasi
adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem
nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah
bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan,
aturan serta norma.
Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang
tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan
orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan
budaya antara mereka berbeza.
Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia.
Orang Asia menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa
adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara
komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai menjaga harmoni umpamanya
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan
verbal. Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang
sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima.
Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan
sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka
orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah
dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan
warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.
Halangan komunikasi antara budaya
Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu
menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan
menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan
lancar. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang sibuk dengan
belajar kerana aka nada peperiksaan pada esok. Kebetulannya
ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia datang.
Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu
tutup pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih
terus terang berbanding Malaysia. Dari pandangan Malaysia,
walaupun sibuk tetapi seharusnya menyambut tetamu juga. Gaya
komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan
menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang
Korea dan menganggap dia seorang yang tidak peramah.
Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi
sesuatu perkara lain yang dinilai berdasarkan rujukkan kelompok

sendiri. Etnosentrik dalam diri seseroang akan menyebabkan


kesukaran kita dalam proses memahami komunikasi orang lain
sebab bahasa dan nilai yang berlainan.
Tiada kompetnsi budaya akan meningkatkan halangan komunikasi
silang budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang
lain, sensitiviti budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar
kumpulan, ketidakpastian, prejudis dan stereotaip. Pengetahuan
budaya akan menentukan pengaruh budaya ke atas komunikasi.
Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain.
Kita akan menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk
mengukur budaya orang lain. Apabila berlakunya ketidak sehaluan
dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya.
Mindset yang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran
pertembungan kepada sikap, pengharapan dan gaya komunikasi.
Stereotaip ialah generalisasi atar sekumpulan orang, objek atau
peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklmat yang
digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya
merujuk kepada budaya sendiri. Contohnya, orang Yunani
distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau mencuri milik
orang lain.
Atribusi ialah memberi makna kepada sesuatu perbuatan sama ada
perbuatan sendiri atau orang lain. Semua komunikasi melibatkan
proses atribusi sama ada ia sengaja atau tidak sengaja. Contohnya
Lamal tegas dengan pendirian ingin berjumpa dengan pengurus.
Dalam pandangan setiausaha dia seorang agresif dan biadap tetapi
dalam pandangan Lamal ini menunjukkan dia seorang yang tegas.
Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar
kumpulan. Dalam kumpulan ialah mementingkan persamaan
dengan orang lain. Manakala, luar kumpulan ialah mementingkan
perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan menambahkan
jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara
kita
memproses
maklumat.
Luar
kumpulan
menganggap
komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh
dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya
tidak diketahui dan tidak pandai. Manakla, dalam kumpulan adalah
sebaliknya.
Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan
memproses maklumat kerana mereka merisau hasil komunikasi.
Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi dalam
proses mendapatkan hasil yang diingini.
Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika
menjaga masa dan akan mengelakkan sebarang gangguan yang
akan menjejaskan jadual waktu mereka. Orang Afrika pula ialah
jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak perlu membuat
temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela
dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat
dijangkakan. Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya
pengurusan masa antara orang Amerika dengan orang Afrika.

Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya


pendedahan diri. Contohnyam tingkah laku, kegemara, kerja dan
belajar, wang serta personaliti. Contoh perbezaan gaya pendedahan
diri antara individualistik dan kolektivistik. Maklumat yang boleh
dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat
kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang
lain. Masyarakat individualistik mengasingkan hal peribadi dengan
kerja. Maklumat mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang
lain adalah terhad. Apbila orang individualistik bertemu dengan
orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan berlaku
pertembungan sekiranya mereka tidak mengenai budaya antara
satu sama lain.
Cara komunikasi sama ada secra langsung atau tidak langsung.
Cara mengatasi halangan komunikasi antara budaya
Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya
orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada
bahasa dan perilaku budaya orang lain. Kita perlu memahami
konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan
keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai
sosial budaya seseorang akan membolehkan kita berkomunikasi
dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses
verbal dan bukan verbal.
Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri
daripada strategi kognitif, afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif
ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui
internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal
pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku
dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap.
Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses
komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar,
memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan
hati. Kita perlu bersifat adaptif dan flesible dengan keadaan yang
sentiasa berubah. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap
diplomasi dan sensitive kepada situasi. Strategi tingkah laku
terbahagi kepada akomodasi dan divergen. Akomodasi ialah
memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba
memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan
kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar
atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi
dengan situasi serta memberi masa kepada komunikator untuk
menyampaikan mesej. Divergen ialah individu yang akan cuba
mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak
dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil
berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari
segi tabiat komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai