Anda di halaman 1dari 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA MARUDU

Lot No. 3, Taman WTK Fasa II


Peti Surat 297
89108 KOTA MARUDU
SABAH

Tel : +6 088 661 205


Faks : +6 088 662 582
E-mel : ppd.kotamarudu@moe.gov.my

Rujukan Kami :
Rujukan
: PPD(KM)700/1/17 Jld.2 ( )
Tarikh
: 30 Disember 2016
Semua Unit / Pegawai / Penyelia / Pentadbiran,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Daerah Kota Marudu,
SABAH.
Tuan/Puan,
ARAHAN MENJALANKAN PEMANTAUAN LOKASI / PROGRAM BAGI TAHUN 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Tuan/puan diarahkan menjalankan Pemantauan Lokasi/ Program yang menjadi salah satu fokus
dalam Sasaran Kerja Tahunan bagi Tahun 2017. Sehubungan itu, tuan/puan perlu merancang dan
menyediakan perancangan serta takwim pemantauan unit masing-masing. Sila pastikan Prosedur
Kualiti 03 (sila guna PK03 versi 1 Februari 2016 Keluaran 03 sehingga ada yang baharu),
Pengurusan Pemantauan dipatuhi mengikut prsedur, sesuai dengan senarai program, senarai
spesifikasi serta prestasi yang ditetapkan.
3.
Merujuk PK03 Pengurusan Pemantauan, tuan/puan dikehendaki mengadakan mesyuarat
untuk menentukan kriteria pemilihan dan spesifikasi lokasi, menyediakan takwim pemantauan,
menyedia dan menentukan instrumen yang disediakan oleh BPSH / JPN / PPD berdasarkan objektif
pemantauan yang ditetapkan termasuk untuk memantau pelaksanaan program. Sila hantar sesalinan
Takwim kepada Pengurus Kualiti (Encik Khairuddin Hj. Jamal) untuk rekod dan memudahkan
pemantauan pelaksanaan. Peringatan Mesra akan dikeluarkan kepada yang gagal meghantar salinan.
4.
Tuan/puan diingatkan agar mendapatkan Arahan Tugas Rasmi di Luar Pejabat setiap kali
melaksanakan pemantauan, mematuhi etika dan melaksanakan pemantauan menggunakan
instrumen yang telah disediakan. Tuan/puan juga dikehendaki untuk menyerahkan instrumen
pemantauan dan PK03-1 (Borang Rumusan Dapatan Pemantauan) yang telah dilengkapkan
kepada pihak sekolah (lokasi) pada hari yang sama selepas pemantauan selesai dilaksanakan.
Pemantau (Pegawai yang melaksanakan pemantauan secara individu atau berpasukan)
bertanggungjawab mendapatkan maklum balas/ Borang Maklum Balas Dapatan Pemantauan
PK03-2 dari lokasi dalam tempoh 14 hari bekerja. Pemantau hendaklah melaksanakan pemantauan
susulan dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh maklum balas diterima untuk membuat verifikasi
dengan salah satu kaedah berikut :
a.
b.
c.

Pemantauan semula ke lokasi; ATAU


Penghantaran bukti lengkap penambahbaikan oleh lokasi; ATAU
Penurunan kuasa memantau kepada pegawai yang lain.

PPD KOTA MARUDU BEYOND THINKING : MENCABAR KEMUSTAHILAN MENCIPTA KEUNGGULAN

CERT NO: AR4166

Anda mungkin juga menyukai