Anda di halaman 1dari 71

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMK LANGKON 2012

TARIKH : 20 - 22 MAC 2012 (SELASA - KHAMIS) TEMPAT : SMK LANGKON KOTA MARUDU

PENGURUSAN MASA
KAUNSELOR ORGANISASI DAERAH

KHAIRUDDDIN HJ. JAMAL @ JASLEY BIN JAMARI


PPD KOTA MARUDU
M. Ed (Pengurusan Pendidikan) UMS B. Ed. (Bimbingan & Kaunseling) UPM Sijil Perguruan (PSR-PM) Maktab Perguruan Kuala Terengganu

OBJEKTIF CERAMAH :
BICARA HATI KE HATI TENTANG MOTIVASI & PENGURUSAN MASA SEBAGAI PEMIMPIN PELAJAR

Buat penilaian yang tepat...


Agar ceramah yang disampaikan memberi impak positif...

Peringkat apa Manusia mudah menerima ajaran / ilmu?? Kanak-kanak... Sewaktu kanak-kanak banyak perkara dibuat First Time...

Pemimpin Pelajar SMK Langkon Pemimpin masa hadapan

ANDA PEMIMPIN PELAJAR YANG MANA SATU?


1. Suka bercakap tentang ilmu (Pengurusan Masa dsb) CEMERLANG

2.
3. 4

Suka bercakap tentang kejayaan orang lain


Suka memperkatakan kelemahan orang lain Suka bercakap tentang kelebihan diri sendiri.

Sederhana
Lemah Sangat lemah

RENUNGAN
Manusia (Pemimpin) tidak dilahirkan terus, berjaya, bahagia, pandai, menang Manusia juga tidak dilahirkan terus, gagal, menderita, jahil, kalah Tetapi manusia (pemimpin pelajar) mempunyai potensi untuk kedua-duanya

Pemimpin Masa Hadapan JIKA :


berani berdepan dengan pelbagai cabaran; bersedia mengambil risiko; sabar dan tenang apabila dihadapkan dengan pelbagai ujian dan kritikan; sedia bekerja tanpa sebarang pujian dan ganjaran; dan penuh tekun memungut mutiara pengajaran di sepanjang lebuh raya pengalaman.

Pemimpin Pelajar...

Berbeza daripada pelajar lain. Ibarat kain putih / kertas putih... Dipandang tinggi...

Pemimpin Pelajar dilihat berbeza daripada pelajar lain :


penampilan diri; pengurusan masa; pencapaian dalam pelajaran; penglibatan anda dalam kegiatan kokurikulum; Sama ada anda suka atau tidak, ini semuanya akan diperhatikan dan dinilai oleh pelajar biasa.

Pelajar biasa cuma ada satu alasan buat diri anda iaitu anda :
adalah orang yang lebih baik daripada mereka; bukan pada satu-satu masa tetapi untuk sepanjang masa; bukan pada satu-satu perkara tetapi dalam semua perkara di sepanjang tempoh anda menjadi Pemimpin Pelajar SMK Langkon (pengawas/ketua/penolong).

Tanggapan pelajar biasa terhadap pemimpin pelajar menuntut pemimpin pelajar agar lebih berhati-hati.. Jangan salah membuat perhitungan Sekali sahaja anda tersilap langkah... andalah orang pertama yang akan dipersalahkan oleh pelajar

PEMIMPIN PELAJAR

Sentiasa BERTINDAK POSITIF


Sentiasa BERSIKAP POSITIF Sentiasa BERFIKIR POSITIF

PEMIMPIN PELAJAR SMK LANGKON TIDAK BURUK SANGKA...

PEMIMPIN PELAJAR SMK LANGKON TIDAK SALAH FAHAM...

PEMIMPIN PELAJAR
Sentiasa menyatakan

AKU BOLEH YES I CAN

PEMIMPIN PELAJAR

Elakkan :

PERBUATAN YANG TIDAK BERFAEDAH

PEMIMPIN PELAJAR

Bijak Dan Cekap Mengurus Masa

MASA : KUANTITI DAN KUALITI

Masa: 365 Hari 7 Hari 24 Jam 60 Minit

= = = =

1 Tahun 1 Minggu 1 Hari 1 Jam

Ada yang mengatakan tidak cukup masa atau berlebih masa. Kuantiti masa adalah sama banyak bagi semua orang tetapi penggunaan masa yang produktif dan berkualiti yang akan menjamin kecemerlangan.

PERANGKAP MASA

Anda seolah-olah dikurung atau diikat oleh situasi tertentu yang menghalang anda dari melakukan apa yang ingin dilaksanakan. Anda tidak berjaya melepaskan atau meleraikan diri daripada ikatan tersebut. ANDA DIKATAKAN BERADA DALAM PERANGKAP MASA. DUA faktor yang membawa anda dalam perangkap masa iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran.

PERANGKAP MASA
Faktor Luaran

Faktor Dalaman

Kehadiran Tetamu Panggilan Telefon Pengaruh Televisyen Komunikasi Lemah Pengaruh Rakan Wujud Krisis

Tiada Keutamaan Kerja Penangguhan Kerja Tidak Asertif Bersikap Simpati Menghadapi Tekanan

PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA

PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA


1.

2. 3. 4.

Mengubah tabiat lama yang negatif Komunikasi Penumpuan Rehat

KUIZ KENDIRI : BAGAIMANA ANDA MENGURUS MASA


1.

2.

Adakah anda menulis senarai apa yang akan dilaksanakan setiap hari. Adakah sesuatu tugas penting dilaksanakan sebagai perkara pertama.

TIPS MENGURUS MASA


PRINSIP 20/80 / PRINSIP PARETO Diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.

TIPS MENGURUS MASA

Gaya pengurusan masa SMART


Set keputusan: Jangkakan apa keputusan yang akan anda


dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan.

Mempunyai To Do List: Selalu berfikir di atas kertas Amalkan SEKARANG!: Usah bertangguh, nanti tak
tertanggung.

Rehat: Stigma ramai mengatakan rehat mencuri masa anda.


Anda setuju?

Top up masa anda: Tak cukup masa? Top up masa anda


supaya lebih banyak masa tambahan yang dapat dihasilkan untuk membantu anda menyelesaikan tugasan anda.

TIPS MENGURUS MASA

Mencapai matlamat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis. Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasar KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat mingguan yang telah ditetapkan. A - Keutamaan Tertinggi (Laksana segera). B - Keutamaan Sederhana (Mesti dilaksana tetapi boleh ditunda atau diagihkan). C - Tidak penting (Boleh ditangguh atau dilupakan).

JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera. Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.
Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan daripada orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas anda. KAWAL PANGGILAN TELEFON/ BERSMS dengan 1. Merancang untuk membuat panggilan/sms. 2. Mengawal masa bercakap selama 3 minit. 3. Menapis panggilan telefon. Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF.

Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG. 1. Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, idea, nombor telefon atau perkara penting dalam buku kecil. 2. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini.
Melaksanakan 2/3 perkara SERENTAK untuk menjimatkan masa. 1. Mengumpul beberapa soalan atau tugasan dan kemudian berjumpa guru untuk diselesaikan. MENGAGIHKAN kerja-kerja rutin kepada orang lain.

KELAS TIADA GURU

MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN MASA senggang seperti semasa menunggu bas, masa rehat atau pertukaran kelas.

Menyelesaikan tugas yang sukar semasa anda dalam keadaan yang SEGAR DAN BERSEMANGAT.
MEMECAHKAN TUGAS BESAR kepada komponenkomponen kecil agar lebih mudah dilaksanakan. HORMATI MASA dengan menjadikan pengurusan masa anda sebagai satu habit atau rutin harian.

KECERDASAN TUBUH DAN MINDA


PRESTASI

Paling Cergas

Cergas selepas rehat

Cergas selepas rehat

Rehat Masa Letih TANPA REHAT MASA

MATRIKS PENGURUSAN MASA


SEGERA
Solat Tugas

TIDAK SEGERA

PENTING

sekolah (Hantar esok)

Riadah Tugas sekolah (Hantar 2 Minggu) Ulangkaji Makan / Minum / Tidur


Menonton

Urusan

TIDAK PENTING

pengkebumian Perancangan Jangka Panjang

Televisyen Memancing

Tugasan MATRIKS

Membuat nota yang akan dibentang dalam study group pada 06.04.12 jam 3.00 Petang di kelas. Hantar tugasan biologi pada 29.03.03. Kamal nak belanja makan petang esok. Bayar duit yuran khas. Guru kelas nak jumpa jam 12.30. Beli liquid paper dan calculator kat Seremban dengan Siti. Emak nak jemput kat sekolah jam 4.30 petang 29.03.12. Siapkan kertas kerja bagi program Lawatan ke Turki pada bulan April. Ulangkaji bab 1 dan 2 bagi subjek Prinsip Akaun untuk ujian bulanan pada 19.04.12. Mesyuarat Kadet Remaja Sekolah 08.04.12 jam 2.00 Petang.

PERANCANGAN HARIAN

06.00 07.00 08.00 09.00 10.00. 11.00. 12.00. 01.00. 02.00. 03.00. 04.00. 05.00. 06.00.

07.00.. 08.00.. 09.00.. 10.00.. 11.00.. 12.00..

PERANCANGAN MINGGUAN
ISNIN .. KHAMIS . . . AHAD . . . SELASA JUMAAT . . . RABU . . . SABTU .. .. ..

PERANCANGAN BULANAN
MINGGU 1 .. . . . . MINGGU 3 .. . . . . MINGGU 2 .. . . . . MINGGU 4 .. . . . .

KES : TETAMU TIDAK DIUNDANG

Semua orang kenal anda kerana anda seorang yang peramah dan sentiasa membantu orang lain. Tidak lama lagi anda akan menghadapi peperiksaan dan disamping itu anda perlu menyiapkan 3 tugasan yang diberikan oleh guru. Dalam kesibukan anda, tanpa diduga seorang teman rapat anda datang mengunjungi anda. Apakah reaksi anda?. Adakah anda melayaninya atau meneruskan kerja anda. akan

CERITA APA HARI INI

Anda sedang mengulangkaji pelajaran dan anda berehat sebentar untuk minum air di dapur. Ketika itu anda mendengar GOLLL. Anda ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya ia adalah perlawanan bola sepak Liga English. Pada mulanya anda tidak berhasrat untuk bersama-sama menonton tetapi perlawanan sengit antara Manchester United dan Liverpool menimbulkan minat anda untuk mengikutinya hingga akhir. Tanpa disedari anda telah menghabiskan 2 Jam menonton televisyen.

Bagaimana dengan tugasan yang sedia menanti anda?

KAEDAH MENANGANI

Kes : Tetamu Tidak Diundang


1. Mencari tempat sesuai tanpa gangguan. 2. Meletak notis di bilik.

Kes : Cerita Apa Hari Ini


1. Tentukan secara khusus rancangan yang ingin anda lihat. Berada ketika rancangan tersebut disiarkan. 2. Bangun dari tempat duduk sebelum rancangan lain bermula. 3. Jauhkan diri dari lokasi televisyen.

ANDA DAN MASA

Gunakanlah lima sebelum tibanya yang lima, iaitu 1. Masa mudamu sebelum tuamu. 2. Masa sihatmu sebelum sakitmu. 3. Masa kayamu sebelum miskinmu. 4. Masa kelapanganmu sebelum sibukmu. 5. Masa hidupmu sebelum matimu.

RUMUSAN
Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Optimumkan KUALITI masa dan mininumkan pembaziran masa !

Bagaimana mahu MASUKKAN pen dalam botol yang berisi air?

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan (kaum) itu sendiri mengubah apa yang ada pada dirinya

SETIAP PEMIMPIN PELAJAR SMK LANGKON BERHAK UNTUK BERJAYA

BERJAYA MEMBAWA KELUARGA MELAWAT... JUGA SATU BENTUK KEJAYAAN

BERJAYA MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA... JUGA SATU BENTUK KEJAYAAN

BERAT MATA MEMANDANG...

BERAT LAGI BAHU PEMIMPIN PELAJAR SMK LANGKON YANG MEMIKUL CABARAN...

Pokok siantan tumbuh melata, Tika berbunga jadi tarikan, Gembira rerama di pohon merimbun, Segar baunya waktu pagi,

Ilmu pinjaman Allah semata, Jika baik kongsi-kongsikan, Kiranya lemah mohon diampun Moga diizin bertemu lagi

JUMPA LAGI

Anda mungkin juga menyukai