Anda di halaman 1dari 19

Cara menguruskan diri di Kolej Matrikulasi Labuan, KML KEMAHIRAN DINAMIKA (WD011)

Pensyarah Pembimbing : Encik Aizamin Abd Aziz Kumpulan Tutoran : CP1T02

Disediakan Oleh :

SITI NURASYIELLA BINTI JEFFRI ZAIM NAUFAL BIN JEMSA ELVIN EDWARD AGKU SYUKRI BIN SALIM ZULHUSNI ZAID BIN JAMALUDDIN

MS1215521180 MS1215521502 MS1215518868 MS1215518119 MS1215521518

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN KEMENTRIAN PELAJARAN MALAYSIA 13 JULAI 2012

AGKU SYUKRI, ZULHUSNI ZAID, SITI NURASYIELLA, ELVIN

ZAIM NAUFAL

ISI KANDUNGAN PERKARA PRAKATA PENGHARGAAN PNGNENALAN JENIS PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN : a) PENGURUSAN KEWANGAN b) PENGURUSAN MASA c) HUBUNGAN INTERPERSONAL KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 4-7 8-11 12-14 15 16 MUKA SURAT 1 2 3

PRAKATA Seperti yang diketahui umum, Kolej Matrikulasi Labuan baru sahaja menerima kedatangan seramai lebih daripada 2750 orang pelajar baru pada bulan Mei 2012 yang lalu. Secara rasminya, pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013 dan sesi 2012/2014, telah dijalankan pada 20 dan 21 Mei 2012. Melalui tugasan dinamika yang diberikan kepada kami pada kali ini, kami telah memilih tajuk Cara Pengurusan Diri Sebagai Pelajar KML. Kami telah memilih tajuk ini kerana ia amat berkaitan dengan prestasi sebagai seorang pelajar baru di KML. Seperti yang dimaklumi,

majoritinya pelajar yang memasuki KML ini akan menamatkan pengajian hanya dan tempoh satu tahun dan hanya sebilangan kecil akan menamatkan pengajian mereka dalam tempoh dua tahun. Oleh yang demikian, pendekatan berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan masa, dan hubungan interpersonal adalah amat perlu demi mencapai pencapaian yang cemerlang dari semua aspek. Justeru, kami amat berbesar hati untuk berkongsi maklumat tentang pendekatan yang berkaitan dengan pengurusan wang, pengurusan masa dan hubungan interpersonal, agar setiap pelajar Kolej Matrikulasi Labuan dapat menguruskan diri dengan baik dari semua aspek. Oleh itu, adalah amat diharapkan agar maklumat yang kami kongsikan melalui tugasan ini dapat menjadi panduan untuk semua pelajar. 1

PENGENALAN Setiap insan yang bergelar pelajar amatlah perlu menitikberatkan tentang cara pengurusan diri yang baik dan betul demi mencapai prestasi yang baik dan merealisasikan impian masingmasing. Pendekatan ini juga mempengaruhi untung dan rugi seseorang pelajar itu, sepanjang tempoh pengajiannya. Dalam tugasan kami pada kali ini, kami akan membincangkan tentang pendekatan yang sessuai digunakan dalam pengurusan kewangan, masa dan hubungan interpersonal yang boleh diterapkan dalam setiap insan yang bergelar pelajar. Umum mengetahui bahawa, pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan manusia. Ketiadaan pengurusan kewangan yang baik, tentunya akan menyumbang kepada berlakunya pembaziran. Hal ini akhirnya akan menyebabkan seseorang itu mengalami kerugian. Seperti yang kita ketahui, wang elaun diberikan kepada para pelajar yang menuntut pengajian di pra-universiti dan kebanyakkan universiti tempatan di Malaysia. Seterusnya, pengurusan masa juga penting bagi setiap pelajar untuk mengelakkan stress. Sekiranya seseorang itu dapat menguruskan masa dengan baik, maka dia akan berrkemampuan menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang. Selain itu, hubungan interpersonal juga penting dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, melalui komunikasi seseorang dapat mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Konklusinya, pengurusan diri amat penting bagi setiap pelajar demi mencapai objektif diri dalam kehidupan. Janganlah kita biarkan kehidupan sementara ini dipersia-siakan tanpa dapat mencapai apa-apa objektif hanya kerana ketiadaan cara pengurusan diri yang baik. 2

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah subjek dinamika kami iaitu En. Aizamin Abd Aziz kerana telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada kami dari pelbagai aspek bagi memastikan kelancaran dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar dari beliau, maka sukar bagi kami menyelesaikan tugasan ini dengan berkualiti. Selain itu, ucapan tahniah dan syabas buat ahli-ahli kumpulan kami yang telah sama-sama bertungkus-lumus memerah keringat dan idea serta sanggup berkorban masa tenaga dan wang ringgit bagi memastikan tugasan ini dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Komitmen dan kerjasama yang baik yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan memudahkan tugasan ini disiapkan dengan jayanya seperti pepatah melayu, yang berat sama dipikul ,yang ringan sama dijinjing. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas iaitu kelas CP1T02 yang membantu secara tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, ucapan penghargaan kami tujukan kepada warga Kolej Matrikulasi Labuan yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada kami bermula dari awal hinggalah pada akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Kami amat menghargai segala sumbangan dan dorongan yang sedikit sebanyak memberi maanfaat kepada kami dan membolehkan kami melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. 3

PENGURUSAN KEWANGAN

PENGENALAN

Sekiranya anda ingin ke sesuatu destinasi, apa yang perlu anda lakukan ?

Pelbagai persoalan akan timbul di dalam diri anda :-

Apa cara terbaik untuk ke sana ?

Adakah kesesakan lalu lintas ?

Kenderaan apakah yang sepatutnya saya gunakan ?

Ternyata anda mempunyai banyak pilihan bukan ?

Begitulah juga dengan perancangan atau pengurusan kewangan. Cuma bezanya, tempoh pengurusan kewangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan kewangan haruslah merangkumi sehingga ke usia persaraan. Pada waktu ini, semua pelajar KML harus bijak dalam

menguruskan wang mereka. Mereka seharusnya bijak membahagikan penggunaan wang dan tidak membelanjakan wang mereka sesuka hati.

Oleh yang demikian, setiap pelajar KML perlu mengetahui beberapa langkah proaktif untuk menguruskan wang mereka sebaiknya .

TIPS DALAM PENGURUSAN WANG

1.Kurangkan makan di luar

Tips ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di asrama. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar asrama, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.

Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke kelas kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan bulanan kita. Saya pernah melakukan ini semasa saya bersekolah dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari besekolah sebulan, bermakna lebih RM100 dapat dijimatkan.

Ada lagi satu tip yang saya sedang praktikkan sekarang iaitu tidak makan apabila tiba waktu makan tengah hari. Biasanya saya hanya makan sarapan di rumah, kemudian balik petang saya akan terus makan malam awal seawal sebelum maghrib dan selewat lepas maghrib. Sebenarnya tip ini saya lakukan bukan semata-mata untuk berjimat belanja, tapi sebenarnya saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Ternyata usaha saya berhasil dengan baik. Alhamdulillah.

2. Membuat catatan dan merancang pembelian

Tips ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.

3.Simpan wang yang tidak di gunakan.

Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan, membeli buku- rujukan, buku-buku soalan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang yang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat. Setiap pelajar haruslah memiliki tabung masing-masing. Para pelajar juga tidak seharusnya mengeluarkan wang mereka daripada akaun bank dengan kuantiti yang banyak.

PENGURUSAN MASA

APA ITU PENGURUSAN MASA? Secara rasionalnya masa bukanlah suatu masalah yang memerlukan kepada suatu pengurusan, yang penting adalah bagaimana seseorang individu itu mengendalikannya. Masa juga dirujuk sebagai semua tindakan yang dipatuhi oleh individu bagi memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya.Contohnya dengan penggunaan alat elektronik masa. TEORI PENGURUSAN MASA Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia.Manusia mempunyai empat dimensi iaitu fizikal, mental, sosial/emosi dan spiritual.Kesemuanya perlu difahami, dipraktiskan agar mendapat penyatuan yang serasi.

Figure 1: Empat Dimensi Manusia

PENGURUSAN MASA Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa masa itu emas. Pepatah Arab pula menyebut masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong kamu.Pepatah ini mengingatkan kita bahawa masa sangatlah berharga dan kita patut memanfaatkannya dengan sebaiknya. Hakikatnya, istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari dan seseorang itu akan memperoleh manfaatnya sekiranya bijak mengurus masa. Kita, sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, hanya perlu meningkatkan cara membahagikan masa dengan lebih cermat. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dilakukan dengan segera untuk menguruskan masa yang berkesan.

Sebagaimana yang kita ketahui, kita sepatutnya mempunyai jadual peribadi untuk menguruskan masa yang berkesan.Dalam hal ini, jadual mestilah bersifat fleksibel.Jadual ini tentunya boleh diubahsuai dan mudah diikuti.Bukan itu sahaja, jadual hendaklah merangkumi waktu ulangkaji mata pelajaran, waktu menyiapkan latihan yang diberikan, waktu riadah dan waktu untuk diri sendiri.Hal ini juga penting kerana pengurusan masa yang cekap memandu pelajar untuk berjaya.Seandainya kita mengurus masa dengan lebih cekap, masa yang terluang boleh kita digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti mengemaskan ruangan belajar kita dan membersihkan bilik tidur kita.

Di samping itu, pengurusan masa yang berkesan juga dapat menanam sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri sendiri. Melalui cara ini, kita dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan bermakna. Dengan perkataan lain, tanpa disiplin jadual yang dibuat sudah pasti tidak dapat diikuti dengan lancar. Oleh itu, kita hendaklah melakukan apa yang telah kita jadualkan dengan penuh disiplin. Jika tidak, jadual yang telah kita sediakan tiada maknanya. Kita hendaklah belajar membaiki kelemahan yang ada pada diri kita.

Selain itu, tabiat lama yang suka menangguh-nangguhkan kerja haruslah kita kikis. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita adalah ketika kita menangguhkan tugasan yang di berikan oleh pensyarah kita dan menyiapkannya pada saat-saat akhir kadang-kadang hingga larut malam, yang lebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Jelaslah bahawa kita perlu menyiapkan tugas dengan segera. Seperti yang telah dinyatakan kita perlu peka dan sentiasa mengambil berat tentang tugasan yang diberi.

10

Agama Islam turut menitik beratkan tentang penggunaan masa, sehingga di akhir nanti Allah S.W.T.akan mempersoalkan mengenai (umur) masa dan bagaimana ia diuruskan. Islam telah menjadikan pengurusan masa sebahagian daripada hidup manusia, jadi seseorang yang peka akan pengurusan dan penggunaan masanya dengan bijak. Jika ianya diabaikan walaupun sesaat, kita akan menghadapi berbagai-bagai konflik dan penyakit, pelbagai tekanan, kecelaruan sehingga memberi kesan negatif terhadap budaya kerjanya. Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan kita di Kolej Matrikulasi Labuan ini, kerana ia adalah aset yang bernilai dalam kehidupan kita, semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada ia memberi keuntungan atau kerugian.

Konklusinya , pengurusan masa amat penting dan harus dipraktikkan seseorang pelajar untuk membantu pelajar dalam menghadapi kehidupan seharian. Tidak dinafikan lagi, pengurusan masa merupakan aspek yang amat penting dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum.Sehubungan itu, kita perlu belajar menguruskan masa supaya kehidupan kita di Kolej Matrikulasi Labuan ini dan kehidupan seharian kita akan menjadi lebih sempurna. Akhir kata, kita haruslah bijak menguruskan masa kita agar kita dapat menggenggam kejayaan yang ingin kita ingini.

11

HUBUNGAN INTERPERSONAL

PENGENALAN HUBUNGAN INTERPERSONAL Hubungan interpersonal adalah dimana ketika kita berkomunikasi kita bukan sekadar menyampaikan isi pesan, tetapi juga menentukan kadar hubungan interpersonalnya. Jadi ketika kita berkomunikasi kita tidak hanya menentukan content melainkan juga menentukan relationship. Dari segi psokologi komunikasi, kita dapat menyatakan bahawa makin baik hubungan interpersonal, makin terbuka orang untuk mengungkapkan dirinya makin cermat persepsinya tentang orang lain dan persepsi dirinya sehingga makin efektif komunikasi yang berlangsung diantara komunikasi. UNSUR-UNSUR PENTING DALAM PERHUBUNGAN INTERPERSONAL : 1) MEMINATI ORANG LAIN Kita hendaklah menunjukkan minat kita pada pelajar-pelajar yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Meminati orang lain juga bermaksud kita prihatin pada dirinya dan cara untuk menunjukkan keprihatinan itu ialah dengan selalu bertanya khabar. Adat dan budaya sesuatu bangsa sebenarnya memupuk kearah ini. Sebagai contoh di antara amalan yang biasa dilakukan yang boleh mengeratkan perhubungan warga Kolej Matrikulasi Labuan ini ialah berjabat salam dan berkirim-kirim salam.Untuk memupuk sikap ini, kita boleh ambil tahu minat seseorang ,belajar berkomunikasi dengan cara yang menarik, ataupun berbual tentang minat atau topik kegemarannya. 12

2) WAJAH YANG MANIS Kita juga hendaklah sentiasa menunjukkan wajah dan senyuman yang manis kepada rakan-rakan kita walau di mana kita berada. Tidak lupa juga, kepada para pensyarah kita. Sudah pasti ini menimbulkan suasana yang menceriakan. Secara tidak langsung hubungan akan dapat dijalinkan antara kita semua.

3) MEMBERI PENGHARGAAN Apabila kita menerima sebarang bentuk pemberian sama ada dari segi material ataupun sokongan moral daripada rakan-rakan ataupun pensyarah-pensyarah kita, hendaklah bagi kita untuk berterima kasih kepada mereka. Mengucapkan 'terima kasih' adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilakukan. Kemudian, penghargaan kita itu mestilah berbentuk rasional, dan tidak ada maksud yang lain disebalik pengharagaan kita itu.

13

KEPENTINGAN HUBUNGAN INTERPERSONAL 1) TUNTUTAN NALURI MANUSIA Sebagai seorang manusia yang bergelar pelajar, sudah tentu kita juga mempunyai kemahuan naluri masing-masing. Oleh sebab itu, membina hubungan interpersonal adalah sesuatu yang diperlukan oleh naluri manusia. Islam telah mengakui tuntutan manusia ini dan menggalakkan perhubungan yang erat yang dinamakan ukhuwwah. Perspektif Barat juga turut mengemukakan pandangan yang sama. Marslow sebagai contoh meletakkan keperluan sosial sebagai salah satu keperluan manusia. 2) SESUATU YANG MENGGEMBIRAKAN Membina hubungan adalah sesuatu yang paling menggembirakan dalam hidup seseorang. Dalam kehidupan seorang pelajar seperti kita, saat paling menyeronokkan dalam hidup kita ialah ketika dia berjumpa dengan rakan-rakan serta guru-guru yang baru di Kolej Matrikulasi Labuan ini. 3) SOKONGAN MORAL DAN MATERIAL Perhubungan interpersonal ini adalah penting kerana ia dapat mewujudkan system sokongan moral dan material. Sudah menjadi sifat manusia untuk hidup dalam kelompok sosial yang saling bantu-membantu antara satu sama lain.Seperti yang kita ketahui ,kita semua hidup dalam satu kelompok sosial yang besar di Kolej Matrikulasi Labuan ini.Oleh itu, pentingnya perhubungan interpersonal ini supaya kita semua dapat saling membantu antara satu sama lain.Tidak mengira diantara para pelajar sahaja malahan dalam kalangan pensyarah. Bentuk bantuan ini termasuklah dari segi moral dan material. Perkara ini sudah tentukan dapat melahirkan anggota masyarakat yang sentiasa bersemangat dalam membantu orang lain.

14

RUMUSAN Kesimpulannya, pendekatan dalam pengurusan kewangan, pengurusan masa, dan hubungan interpersonal adalah amat perlu diberikan perhatian yang sepenuhnya kerana perkara inilah yang akan menentukan prestasi seseorang pelajar itu. Seterusnya, sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya dalam hidup, digalakkan untuk menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk menjauhi diri dari tekanan emosi yang akan mempengaruhi prestasi pelajaran pelajar. Di samping itu, menjaga hubungan interpersonal untuk mengelakkan kesalahfahaman sesama insan. Akhir sekali, dengan adanya cara pengurusan diri yang baik akan menjamin kecemerlangan dalam hidup seseorang. Kami berharap agar melalui tugasan ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada setiap insan yang bergelar pelajar.

15

BIBLIOGRAFI

http://www.google.com/search?ie=UTF-8&sa=Search&channel=fe&client=browserubuntu&q=HUBUNGAN+INERPERSONAL&hl=en

http://azamri.tripod.com/zt2223/hub_intp.htm

psikologi.or.id/.../07/hubungan-interpersonal.pdf

http://www.google.com/search?hl=en&client=browserubuntu&channel=fe&q=HUBUNGAN+INTERPER&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&biw= 1280&bih=877&um=1&ie=UTF8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=AW7_T7RZx4asB4jQ1YcG

waroengkesehatan.blogspot.com

http://www.google.com/search?channel=fe&client=browserubuntu&q=senyum&hl=en&um=1&ie=UTF8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=0m7_T6zwIIyqrAeF_8CVBg&biw=1280&bih=8 77&sei=1W7_T96HKoTSrQfGweCIBg

ryisnas.blogspot.com

www.nre.gov.my/.../pengurusan masa..

halaqahfilit.files.wordpress.com/.../pengurusan masa 16

Anda mungkin juga menyukai