Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis

Tuan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Puan Hajah Zaharah binti
Abdullah, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru dan rakan-rakan yang saya
hormati sekalian. Berdirinya saya di pagi yang mulia ini adalah  untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk “Tips Mencapai Azam Tahun Baru”.

Sidang hadirin yang saya hormati,

        Azam tahun baru bagi setiap individu itu berbeza mengikut impian mereka yang tersendiri.
Ada yang hendak membaca lebih banyak buku, ada yang hendak menjadikan aktiviti bersenam
sebagai rutin harian dan ada juga yang hendak menfokuskan untuk belajar bersungguh-
sungguh. Namun dalam kesemua azam yang disenaraikan setiap tahun, adakah setiap azam itu
tercapai? Ataupun kesungguhan kita hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja? Antara tips
untuk mencapai azam tahun baru adalah dengan menyakinkan diri bahawa setiap azam kita
tidak diperlukan pengecualian. Hal ini akan menjejaskan semangat  untuk kita mengapai
matlamat yang telah disenaraikan pada awal tahun. Oleh itu, pengecualian hanya akan
memusnahkan diri kita untuk lebih patuh dengan rutin yang telah direncanakan.

     Selain itu, memperbaiki kelemahan diri disamping mempelajari sesuatu yang baharu
merupakan cara untuk kita mengecap nikmat kemanisan azam itu. Ekoran daripada tindakan
yang dinyatakan, langkah ini dapat membantu kita menjadi seorang yang sedar bahawa setiap
manusia tidak sempurna dan mempunyai kesalahan tersendiri. Sebagai contoh, mesin atau
robot juga mempunyai kesilapan mereka sendiri  walaupun robot dan mesin ini telah
diprogramkan untuk bertindak mengikut situasi dan tugas. Apatah lagi kita sebagai manusia
yang tidak dapat elak dari terus melakukan kesalahan. Yang penting kita haruslah mengambil
tanggungjawab terhadap kesilapan kita itu. Mengakui kesalahan atau kesilapan merupakan
terapi yang terbaik untuk diri kita supaya menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab pada
masa hadapan.

     Di samping itu, kita perlulah mempunyai azam yang mencabar kemampuan diri untuk dicapai
supaya kita dapat melihat kemampuan diri pada tahap-tahap yang tertentu. Perkara ini dapat
membantu kita menganalisis kemahiran kita yang dapat dipenuhi yang telah mengikut jangka
masa yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, selepas selesai mencapai azam yang dibuat pada masa
lalu, kita harus membuat azam yang baharu untuk diri supaya ianya selari dengan perjalanan
hidup untuk diteruskan pada masa akan datang. Tuntasnya, dengan melengkapkan azam
dahulu yang diabaikan maka kita dapat mengetahui tahap kemampuan kita sendiri.

     Akhir sekali, dengan cara menulis di dalam buku catatan harian atau jurnal juga kita dapat
melihat setiap satu azam yang ingin dicapai ataupun azam yang sudah terlaksana. Kita akan
lebih tekad apabila melihat setiap satu azam yang telah disusun atur untuk diri sendiri. Azam
merupakan salah  satu rahsia kehidupan yang tidak perlu menjadi tatapan umum kerana
kehidupan kita adalah pilihan kita sendiri sama ada untuk menjadi manusia yang bagus dari segi
tatacara percakapan, tingkah laku ataupun pemikiran. Apa yang kita fikir dan bertindak
melambangkan adab kita terhadap diri kita sendiri ataupun pada masyarakat sekeliling
khususnya. Apa pun, setinggi mana kita berpelajaran atau berpangkat, adab yang mulia
haruslah diselarikan dengan azam yang utuh dan jitu. Oleh itu, kita perlulah bersungguh-
sungguh untuk mencapai azam kita agar dapat membuktikan pada diri kita sendiri bahawa
perkara yang diinginkan itu bukan sebuah khayalan. Dalam kehidupan setiap manusia yang
beragama juga, mengajar kita supaya memupuk atau menanam azam yang positif di dalam diri
kerana ianya akan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Hal ini
membuktikan bahawa, azam itu perlu didorongi dengan implementasi yang bersesuaian dan
berkesan.

Para hadirin sekalian,

     Azam yang telah ditetapkan oleh diri sendiri tidak patut disia-siakan begitu sahaja. Oleh itu,

Anda mungkin juga menyukai