Anda di halaman 1dari 11

CARA MENGURUS

MASA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SERI HARTAMAS
KENAPA PERLU URUS MASA ?
• Pengurusan masa amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Ramai
manusia telah berjaya menguruskan masa dengan efektif sehingga mencapai matlamat hidup mereka.
Pengendalian masa yang berkualiti memerlukan displin yang kuat serta pendirian yang teguh dalam diri
setiap individu tersebut.

• Teknik Pengurusan Masa yang baik amat penting di kalangan pelajar sebagai panduan untuk
menguruskan masa sebaik mungkin, bersistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.
LANGKAH-LANGKAH URUS
MASA
• TETAPKAN MASA UNTUK SETIAP TUGASAN.

Sebagai contoh anda ingin menulis satu karangan untuk subjek BM anda. Anda hadkan setengah jam
untuk hasilkan karangan tersebut. Ini menjadikan kerja yang anda lakukan itu lebih menyeronokkan kerana
sudah wujud satu ‘permainan’ atau game disini dengan had masa tersebut.
• MEMBUAT CHECKLIST / TO-DO LIST

Satu projek yang dihasilkan adalah manifestasi daripada perkara-perkara kecil yang dilakukan.
Dengan membuat senarai tugasan juga menjadikan anda lebih fokus dan seterusnya memberi dorongan dan
motivasi kepada anda apabila melihat apa yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai lagi.

• MENGIKUT PERATURAN 80~20

– Prinsip Pareto dapat diaplikasikan dalam pengurusan masa dimana 80% hasil adalah 20% daripada
tindakan kita. Adalah dicadangkan untuk melihat kepada jadual ‘to-do-list’ setiap hari.
• MEMBUAT PERANCANGAN

Jika kita tiada perancangan, kita akan menumpukan kepada perkara yang remeh-temeh. Perancangan
boleh dilakukan pada waktu malam dan waktu pagi. Pada waktu malam, tetapkan 15 perkara-perkara
penting untuk dilakukan pada esok hari. Pada waktu pagi pula, tulis 3 @ 4 perkara penting untuk dilakukan
pada hari tersebut dan lakukannya pada waktu di mana anda paling produktif.
• MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG PALING PENTING PADA WAKTU
PAGI.

Waktu pagi adalah masa di mana tenaga anda berada pada tahap tertinggi. Oleh itu adalah wajar
tugasan penting tersebut dilakukan pada waktu pagi.
• JANGAN BUAT KERJA SEPARUH JALAN.

Buat kerja separuh jalan menyebabkan banyak masa diperlukan semula untuk menyelesaikan tugasan
yang tergendala tadi. Tugasan tadi kemungkinan tergendala kerana melakukan perkara-perkara lain yang
tiada kaitan dengan kerja seperti membaca whatsapp, e-mail, scroll media sosial, bermain game dan
sebagainya.
• TUKAR JADUAL ANDA

Anda perlu menukar jadual jika ingin mengurus masa dengan baik. Bangun lebih awal adalah baik,
contohnya pukul 6 pagi. Pada waktu ini, masa anda dapat digunakan dengan produktif seperti bersenam,
membuat rancangan seharian, bersedia untuk kelas tanpa gangguan.
• PERLU ADA RUANG UNTUK BEREHAT SEKETIKA ANTARA TUGASAN DAN
KELAS.

Minda manusia hanya dapat fokus dengan baik selama 90 minit pada satu-satu masa. Tanpa ada ruang
untuk rehat seketika, adalah sukar untuk fokus dan mengekalkan motivasi.
• MENJADI LEBIH TERATUR DAN MEMBUAT SATU KERJA PADA SATU-SATU MASA.

Menjadi lebih teratur membuatkan kita dapat menjimatkan masa dan duit. Anda juga perlu
mengamalkan melakukan satu kerja pada satu-satu masa. ‘Multi-tasking’ adalah penyebab seseorang itu
meletakkan benda di tempat yang tidak sepatutnya.
• BUAT SEDIKIT.
‘Sedikit’ disini bermaksud lebih baik. Ini dapat dicapai dengan cara memperlahankan rentak
kehidupan anda, menjadi lebih sedar tentang apa yang perlu dilakukan dan fokus hanya pada
perkara-perkara berkenaan. Apabila anda melakukan sesuatu perkara, jadikan setiap tindakan itu
dikira atau bermakna (every action counts).

Anda mungkin juga menyukai