Anda di halaman 1dari 5

KONSEP MASA

Konsep masa bukan dari sudut tempohnya tetapi


bagaimana seseorang mengurus masa itu

Jumlah jam yang banyak tidak dapat menjamin


pencapaian yang memuaskan sekiranya cara belajar
yang diamalkan tidak berkesan

PUNCA PEMBAZIRAN MASA


Selalu menangguh kerja
Kurang disiplin diri
Tiada objektif yang jelas
Tiada perancangan tugas atau aktiviti
Membuat kerja tidak mengikut keutamaan
Tiada jadual dan norma kerja yang teratur
Kurang kemahiran dalam menjalankan tugas.

TEKNIK MENGURUSKAN MASA


1. Tingkatkan Kemahiran Diri:
Belajar memerlukan kemahiran, membaca memerlukan
kemahiran, mencatat nota semasa kelas memerlukan
kemahiran, ulangkaji memerlukan kemahiran, tumpuan
memerlukan kemahiran, semua aktiviti belajar
memerlukan kemahiran
Anda tidak ada pilihan, anda perlu meningkatkan
kemahiran belajar ke tahap yang tinggi, baru masa
belajar anda akan terurus dengan baik.

2. Utamakan Yang Utama (Quadran masa)


Tidak dinafikan ada kalanya kita mempunyai banyak
aktiviti atau tugasan yang perlu disiapkan pada masa
yang terhad. Apa yang boleh dilakukan ialah utamakan
dahulu aktiviti mengikut urutan keutamaannya

3. Buat Perancangan Aktiviti


Apa pun yang hendak kita lakukan, buat perancangan
awal dengan teliti . Ambil kira tarikh-tarikh penting dan
aktiviti-aktiviti utama. Dokumenkan perancangan anda
dan tampal di papan kenytaan di bilik anda. Begitu juga
masukkan dalam dairi harian anda. Dengan cara ini
anda dapat mengelakkan diri dari membuat kerja disaat
akhir.
4. Buat Senaraisemak Aktiviti (Checklist)
Bagi sesuatu aktiviti atau tugasan atau projek yang
besar dan kompleks, buat senaraisemak semua perkara
yang patut dilakukan. Buat jalur Bilangan, perkara,
tarikh dan status tindakan. Dengan cara ini anda dapat
melihat dengan jelas perkara yang telah dan belum
dilakukan serta kemajuan projek atau tugasan.

5. Prinsip Pareto (80/20)


Senaraikan semua aktiviti yang hendak dijalankan
Tandakan 20 % daripada aktiviti tersebut yang
mana jika kita lakukan akan memberikan 80 %
hasil.
Lakukan aktiviti yang 20 % ini dahulu. Kemudian
lakukan aktiviti yang lain.
" Demi masa, manusia sentiasa dalam kerugian kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling
menasihati akan kebenaran dan kesabaran" ( Surah AlAshr 103 : 1-3 )

Anda mungkin juga menyukai