Anda di halaman 1dari 14

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA

MASA KLUE TEKS CATATAN


KETIBAAAN MENGUMUMKAN KETIBAAN ,YANG
BERBAHAGIA..................................................................
VVIP
........
(tunggu sehingga VVIP duduk di tempat masing-masing.)

UCAPAN ALU- BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


ALUAN ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATU
H, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN,SALAM
SATU MALAYSIA.

YANG
BERBAHAGIA..........................................................................
....................

YANG
BERUSAHA.............................................................................
....................
MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT

YANG
BERUSAHA.............................................................................
............

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 1


YANG
BERUSAHA,ENCIK....................................................,WAKIL
PEJABAT PELAJARAN DAERAH . MERANGKAP
PENYELARAS JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN
BERCERITA PERINGKAT DAERAH REMBAU, NEGERI
SEMBILAN

YANG DIHORMATI ,KETUA-KETUA PENOLONG PENGARAH,


TETAMU-TETAMU KHAS, TETAMU-TETAMU JEMPUTAN ,GURU-
GURU PENGIRING, PESERTA-PESERTA , TUAN-TUAN, PUAN-
PUAN SERTA MURID MURID YANG DI KASIHI SEKALIAN.

UCAPAN ALU-
ALUAN Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata

Alhamdulillah.
Bersyukur Kita Ke Hadrat Allah Swt Kerana Dengan
Keizinannya Dapat Kita Bersama-Sama Memeriahkan
Majlis Kita Pada Pagi Ini Iaitu
Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Rembau ini.
Di kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat
datang dan amat mengalu-alukan kehadiran hadirin
sekalian di Dewan ..

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 2


BACAAN DOA Untuk makluman hadirin, pertandingan bercerita
peringkat .. ini
telah menerima sebanyak . penyertaan dari
sekolah-sekolah dalam zon yang terdiri
daripada bahagian

Hadirin dan hadirat sekalian,

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga
rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa dipinta agar berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh

. Majlis
dengan segala

hormatnya mempersilakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 3


UCAPAN Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
.. atas
bacaan doa itu tadi.

Daun semulur di pecan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


sekalian,majlis seterusnya menjemput yang
berbahagia ..................................................... untuk
menyampaikan ucapan perasmian.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 4


PESERTA Terima kasih diucapkan kepada yang
PERTAMA berbahagia...........................di atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Indah mekar si bunga kiambang,


Mekar mewangi di taman melati,
Pertandingan ini harapannya
gemilang,
Melahirkan individu berpotensi tinggi

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-


sama kita menyaksikan para peserta menunjukkan
bakat dan potensi masing-masing dalam pertandingan
yang akan dilaksanakan pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin


menjemput dan mempersilakan peserta kita yang
pertama iaitu adik ........................dari .......................
untuk menyampaikan cerita yang
bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 5


PESERTA Pergi menebang pohon angsana
KEDUA Bawa bersama jambangan melati
Sungguh indah tutur bicara
Lunak suara penuh jati diri

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan peserta kita yang kedua iaitu
adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang
bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

PESERTA Terima kasih diucapkan kepada adik


KETIGA

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan peserta kita yang ketiga iaitu
adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang
bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 6


ACARA Terima kasih diucapkan kepada peserta dari
SELINGAN ..
(TARIAN)
Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah semerdu irama
Tarian zapin Johor kini dipersembah

Hadirin yang dihormati sekalian, membuka tirai


persembahan pada hari ini,majlis menjemput pasukan
tarian daripada .. untuk
mempersembahkan tarian zapin Johor di bawah
pimpinan .
Apa kata kita terbang seketika ke negeri Johor dengan
menikmati tarian yang akan dipersembahkan.

Majlis mempersilakan

PESERTA Terima kasih diucapkan kepada pasukan


KEEMPAT .. di atas persembahan
sebentar tadi.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa,
Ayuh kita terus memerhati
Lontaran cerita si cilik permata.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin


menjemput dan mempersilakan peserta kita yang
TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 7
keempat iaitu adik ........................dari.......................
untuk menyampaikan cerita
yangbertajuk ...........................

Majlis mempersilakan.

PESERTA Terima kasih diucapkan kepada adik


KELIMA DAN
KEENAM
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan peserta kita yang kelima iaitu
adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang
bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada adik


Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan peserta kita yang keenam iaitu
adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang
bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 8


SELINGAN Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebentar lagi kita akan dihiburkan dengan nyanyian


lagu-lagu patriotik yang akan dipersembahkan oleh
kumpulan koir ..................................................
Kumpulan koir tersebut akan mendendangkan dua
buah lagu yang
iaitu..............................................dan.......................

Dipersilakan

PENYAMPAIAN Terima kasih diucapkan kepada kumpulan


CENDERAMATA koir...............................di bawah
bimbingan.........................................

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih ,majlis


berbesar hati menjemput yang
berusaha.........................................
untuk menyampaikan cenderahati dari pihak
penganjur.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 9


Dipersilakan.

Dijemput Encik
penyelaras pertandingan bercerita peringkat Daerah
Rembau.

Seterusnya cenderahati kepada panel hakim.

Dijemput encik (hakim 1)


Encik (hakim 2)

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada


guru-guru pengiring .

Dijemput(rujuk senarai )

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.


Mendahului senarai dijemput (rujuk lampiran)

PENYAMPAIAN Berkebaya batik berwarna merah,


HADIAH Diserikan dengan permata berlian,
PEMENANG Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sesungguhnya pertandingan bercerita pada kali ini
bukan sahaja dapat melahirkan murid-murid yang
berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan wadah
menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 10
dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita
pada masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan


acara
Penyampaian Hadiah kepada para pemenanh. Untuk
itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Dihormati
. Diiringi
oleh

Dengan sukacitanya,dipersilakan

Seterusnya di jemput pemenang pertandingan bercerita


Peringkat Daerah Rembau
Pemenang tempat ketiga
dipersilakan.................................................dari
sekolah..........................................................membawa
pulang .
(dan seterusnya)

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 11


UCAPAN Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah
PENGHARGAA juga kepada murid-murid yang telah mengambil
N bahagian. Terima kasih diucapkan
kepada.................................................................. atas
penyampaian hadiah itu tadi.

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan


penghargaan kepada semua panel hakim yang telah
turut serta bagi menyumbang tenaga untuk sama-
sama menjayakan Pertandingan Bercerita Peringkat
Daerah Rembau pada kali ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat sekalian,


yang sanggup meluangkan masa bagi sama-sama
menjayakan seterusnya memeriahkan lagi majlis yang
di adakan.

Juga di rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima


kasih kepada semuayang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis ini

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 12


PENUTUP Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Hadirin yang dihormati,


Kita telahpun berada di penghujung majlis.
Dikesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa
pengelola pertandingan bercerita, memohon ampun
dan maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang
majlis ini berlangsung.

Sebelum kita bersurai, tirai Pertandingan Bercerita


Peringkat Daerah Rembau tahun 2012 ditutup dengan
beberapa rangkap pantun.

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi

Hadirin hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kalau berkayuh dah sampai ke muara


kalau berenang dah sampai ke tepian
kalau berlari dah sampai ke garisan
TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 13
kalau berjalan dah sampai ke
penghujung

Dengan kata-kata ini maka, selesai sudah majlis kita

gurau senda sekadar saja


silap bicara maaf dipinta
moga berjumpa dilain masa

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq


walHidayah wassalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 14

Anda mungkin juga menyukai