Anda di halaman 1dari 2

Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat bagai enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan

Peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sesuai


menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam
pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap
individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan
yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat
ini amat membimbangkan kerana semnagat kejiranan, yakni semangat yang
dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan
anggota
masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.

Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan
perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan
yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya
menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan
masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama, pendidikan juga telah
mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan,
terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula
memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka berasa
mereka dapat berdikari dan
tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan
dan kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk
mencari kepuasan diri dan melupakan tanggungjawab sosial mereka terhadap
kebajikan masyarakat secara keseluruhan.

Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan


proses urbanisasi juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat
berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang
mementingkan semangat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan
perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan peluang
pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-
royong unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan
sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di kalangan warga kota kerana
mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat snegit.

Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-
norma kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke dalam
kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan
dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap
materialistik dan mementingkan hak peribadi sentiasa dipaparkan dalam rancangan
televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu ingin mengikuti cara hidup
barat yang liberal supaya dipandang sama taraf
dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita menggadaikan
nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan
masyarakt dalam melakukan sesuatu perkara.

Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang
menghiraukan semangat kejiranan. Ini disebabkan, dengan perkembangan
teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan
ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet,
kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubungan. Ekoran
daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah tamah.
Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi dengan
orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat kejiranan akan pudar
kerana semangat
ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu
sama lain dengan baik.

Struktut perumahan moden juga menyukarkan pemupukan semangat kejiranan di


kalangan masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan
tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah di
kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah seorang
jiran daripada rumah jiran yang lain.

Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa semangat kejiranan semakin


pudar dan luntur di kalangan masyarakat kerana pelbagai faktor. Dengan itu, kita
harus menyedari hakikat ini dan menggembleng tenaga untuk mencari
penyelesaian bagi masalah ini kerana semangat kejiranan menjadi teras perpaduan
masyarakat. Perlu ingatlah bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Anda mungkin juga menyukai