Anda di halaman 1dari 10

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B.

ABD MALIK
831228-06-5327

ICT DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN.

Oleh: Muhammad Najmuddin B. Abd Malik

i. Pendahuluan

Komputer adalah alat elektronik kompleks dengan banyak kelebihan dan sesuai dijadikan alat bagi
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer dapat membantu pengajar
mencapai objektif pengajaran jika digunakan secara sistematik. Pandangan Heinich (1996)
mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Sementara Merrill (1986)
mengatakan komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh
penggunanya. Heinich juga mengatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan
pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan
pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.

Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang
kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Perlaksanaan konsep sekolah bestari adalah salah
satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia yang merupakan usaha kerajaan yang
berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi. Kerajaan menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad
ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berjaya merealisasikan wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar,
meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan
jaringan seluruh dunia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan
pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan
masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata
KPM merangkumi 3 polisi utama:

a) ICT untuk semua pelajar sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara
sekolah.
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

b) Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan
pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu objek
tersendiri.
c) Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu
sistem pengurusan.

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan
Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru telah banyak memberi
sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah:

a) Menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan.


b) Menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan.
c) Menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli.
d) Menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif.

Kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar,
bekerja, berkomunikasi dan bermain. Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru
dan pelajar dalam internet. Maklumat tersebut tersedia dalam web dalam bentuk pangkalan data,
dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer.

ii. Isi 1: Kelebihan Internet dalam Pendidikan.

Bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai
alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
(KPM,1997). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran malah boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus. Dalam
kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,1993: Henderson dan Landersman, 1992: Chazan, 1988: Me
Coy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

a) Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
b) Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

c) Pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara.


d) Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat
dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
e) Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi,
seperti spread sheet, multimedia, dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula
dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam
perlaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung
melibatkan para pendidik, pelajar, dan ibubapa serta ahli mesyuarat yang prihatin.

Penggunaan mel elektronik dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah
mendapati bahawa selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para peljar juga semakin mesra
dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam virtual’. Pelajar didapati lebih
mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Dalam rangkaian internet, terdapat berbagai
jenis bahan yang berjuta bilangan dan sentiasa bertambah. Bahan ini termasuklah artikel, imej grafik,
perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya.
Terdapat juga lebih daripada 8000 kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada
beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama yang
mungkin juga tentang pendidikan kesihatan. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh
para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a) Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P. Aktiviti pembelajaran
hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
b) Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah, guru akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan
keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
c) Penggunaan komputer dan internetdapat mengurangkan beban tugas guru dan murid disamping
setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
d) Internet telah meneyediakan beberapa kemudahan antaranya E-mail, laman web, Internet Relay
Chat, Telnet, kumpulan diskusi dan berita, dan Fail Transfer Protocol.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan E-mail ialah:

a) Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibubapa, pelajar dan pihak jabatab serta
kementerian.
b) Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

c) Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran;teknik
pengajaran terbaik idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan
sebagainya.
d) Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program
dan polisi yang digunaka khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

a) Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajr disekolah yang lain.


b) Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai
berbagai isu semasa.
c) Menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris melalui komunikasi dengan rakan
panel diluar negara.
d) Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara online.

iii. Isi 2: Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P. Oleh Dr. Rusmini Ku
Ahmad.

Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar


berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan
seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran
media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar. Melalui integrasi ICT
beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya
ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan
pelajar. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.
Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan
kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta
contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan
pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan
kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan
guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum
mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang
penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan
implikasi berhubung dengan teknologi. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan
peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi
mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi
nilai tambah kepada aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat
dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah
untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan
memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa
proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P
akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan
penilaian.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping
bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan
dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu
mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Peranan pemimpin adalah amat
penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi
sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam
pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah,
satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan
mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya
apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur
Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan
perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Perkembangan dan
pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf
yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT
dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah
untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu
pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf
amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk
menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan
sekolah.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah


pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran
ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill,
1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT.
Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat
penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih
tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan
pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan
kemudahan ICT yang lebih produktif.

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti
setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk
meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan
peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk
tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara
berkesan. 

iv. Isi 3: Program Satelit Bawa Revolusi Pendidikan Kesihatan di India. Oleh M Thilinadan.

Sejak pelancaran satelit pertama pada 1970, India kini boleh berbangga dengan pencapaian
program angkasa lepasnya. Sehingga tahun lalu India sudah melancarkan 76 satelit ke orbit,
termasuk 22 milik negara asing termasuk Jerman, Korea, Indonesia, Argentina, Israel, Itali,
Belanda dan Jepun. India juga kini mencipta nama sebagai vendor teknologi angkasa lepas.
Sebuah syarikat pembuat satelit terbesar Amerika Syarikat menempah perisian satelit bernilai
lebih RM2.2 juta dari India. Malah, eksport teknologi angkasa lepas India dikatakan meningkat
setiap tahun. Dengan peruntukkan tinggi setiap tahun (AS$1 bilion (RM3.2 bilion) tahun ini),
program angkasa lepas India memasuki era baru pada 2008 dengan pelancaran kapal angkasa
pertama, Chandrayaan-1 ke bulan, iaitu negara keempat di dunia untuk melakukannya. Siri
satelit Indian National Satellite (INSAT) digunakan untuk tujuan telekomunikasi (STD),
penyiaran (lebih 100 saluran televisyen), komunikasi perniagaan, komunikasi telefon bimbit,
teleperubatan, operasi mencari dan menyelamat, kaji cuaca, manakala INSAT-3A bagi sokongan
pengurusan malapetaka dan pusat sumber luar bandar. Satelit Indian Remote Sensing (IRS) pula
digunakan untuk pengurusan sumber semula jadi, sistem maklumat pengurusan sumber termasuk
pengurusan air, perhutanan, pertanian, tanah, bahan galian, alam sekitar dan lautan. EDUSAT,
iaitu satelit pertama khusus untuk telependidikan pula digunakan untuk membawa sistem
pendidikan moden ke kawasan luar bandar atau kampung melalui pendidikan jarak jauh.

Pengarah Perhubungan Awam ISRO, Dr S Satish berkata “Satelit ini juga sudah membawa
kemudahan perubatan dan rawatan kepada 307 hospital luar bandar, 382 hospital bandar, 58
hospital pakar dan 17 unit bergerak melalui teleperubatan. Lebih 350,000 orang sudah mendapat
rawatan menggunakan teknologi ini, khususnya di luar bandar. “Melalui EDUSAT, India
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

menjadi negara pertama dunia mempunyai satelit khusus untuk pendidikan. Guru kini boleh
menggunakan satelit ini mengajar di 600,000 kampung di seluruh India. Setakat ini, kira-kira
60,000 kelas di kawasan luar bandar di seluruh negara sudah mendapat manfaat daripada
kemudahan ini,” katanya. Satish berkata, program satelit membawa revolusi dalam sistem
pendidikan, kesihatan dan penyiaran negara.

“INSAT-3A juga mewujudkan rangkaian komunikasi bagi sektor pertanian dan perikanan.
Sebagai contoh, dengan menggunakan satelit ini, kami membantu nelayan mengenal pasti
kawasan banyak ikan dan ini berjaya mengurangkan sehingga 70 peratus masa mencari kawasan
menangkap ikan. Ia juga digunakan untuk mengesan air bawah tanah, khususnya untuk membina
telaga di kawasan luar bandar. “Setakat ini lebih 200,000 telaga sudah diwujudkan di seluruh
India menggunakan teknologi satelit kerana ketepatannya mencapai sehingga 90 peratus,”
katanya. Dengan kira-kira 17,000 orang terbabit dalam industri itu, termasuk lebih 10,000 saintis
dan juruteknik angkasa lepas, pembabitan India dalam program angkasa lepas boleh disifatkan
berbaloi. Satish merumuskan hasil diperoleh rakyat melalui program angkasa lepas ini jauh
melebihi perbelanjaan besar yang digunakan untuk menjayakannya, selain sebagai sebuah
semenanjung, India mempunyai sempadan darat dan laut yang panjang dan sukar dipantau tanpa
penggunaan satelit.

v. Penutup

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta
usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.
Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-
guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,
pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi
teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk
memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang
mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan
amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk
melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek computer yang diajar dengan kaedah
perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan
tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala
bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan kea rah menggalak dan memudahcarakan
menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang yang signifikan ke atas pencapaian pelajar
yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis
adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya
berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar
konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan
lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan
pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku
secara berkesan dan berpanjangan.
HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN MUHAMMAD NAJMUDDIN B. ABD MALIK
831228-06-5327

BIBLIOGRAFI.

Musa Abu Hassan (2002); Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat; terbitan UPM;
Selangor.

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN/; carian pada 2


Julai 2010.

http://pspbtp.workpress.com/2010/06/14/program-satelit-bawa-revolusi-pendidikan-kesihatan-di-
india/; carian pada 2 Julai 2010.

http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=40&t=187 ; carian pada 8 Julai 2010.

Anda mungkin juga menyukai