Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN.

Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran
dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat
dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa
kesan yang maksimum lebih-lebih lagi ketika menangani murid-murid yang
bermasalah. Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui
pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu. Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat
melaksanakan set pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran
yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik.

Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama
dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang
agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula,
aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan
kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab.
Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan aktiviti
berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana mereka akan
meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak
langsung.

Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan
mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan
sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan
memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan
menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya
berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap. Hakikatnya dari segi
teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-
murid. Diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa
teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap
murid-murid terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran
amnya. Sesungguhnya usaha murni ini diharap dapat mengubah senario amalan
pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih mantap,kemas dan tersusun.

Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat drama ialah bentuk karya fiksyen
atau cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak, dan sesebuah drama yang
lengkap ditulis dinamakan skrip. Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula
menyatakan drama sebagai satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus
perlakonan dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para
penonton. Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu
pergerakan tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada
pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam erti kata
lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi seperti main
peranan, meniru perlakuan watak atau orang sebenar, dialog, lakonan bisu, pentomin
dan lain-lain.

Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk memperkembangkan
potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau mengatakan bahawa
"meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni selalunya bercorak ekslusif
tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kajian
yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa pelaksanaan teknik
drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai objektif program
Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan improvisasi. Misalnya
melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur dan mengeluarkan
buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk
perhubungan.

Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah (1989:3) yang
mengungkapkan bahawa pengaplikasian teknik drama dalam bilik darjah mampu
membina daya pemikiran intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan interaksi
sosial yang baik. Tegasnya, penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah mampu
memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha dan menambah kefahaman
terhadap isi pelajaran dan menyuburkan minat belajar di kalangan murid.

Corak pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama, amat
berkait rapat dengan falsafah pembelajaran Konstruktivisme. Pendukung teori ini
seperti Dewey, Piaget, Vysgotsky dan Bruner (Epstein, 2002) mempercayai bahawa
dalam proses pembelajaran, peranan utama seharusnya dimainkan oleh pelajar atau
murid itu sendiri. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar sekiranya
beliau berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baru melalui
pengalaman sedia ada atau skemata. Green & Gredler (2002) menambah bahawa
seseorang murid akan belajar apabila pembelajaran mereka sentiasa dibawah kawalan
dan mereka juga sedar bahawa mereka belajar dalam keadaan terkawal. Sehubungan
itu, melalui aktiviti yang dijalankan dalam teknik drama, banyak menyediakan
gabungan pengalaman sedia ada murid untuk di bawa dan dilakonkan atau
dinyanyikan dalam bilik darjah. Jadi tidak hairanlah murid-murid sentiasa bersedia untuk
bersama-sama dengan guru bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dengan jayanya kerana ia merupakan satu saluran murid-murid berkongsi
pengalaman dengan kawan lain.

NTH PENGAPLIKASIAN TEKNIK DRAMA DALAM PENGAJARAN.

SKETSA RNGKAS N AKAN DGEMAR KANAK-KANAK KERANA A MENGGUNAKAN WATAK-
WATAK BNATANG YANG BOLEH DLAKONKAN OLEH KANAK-KANAK DENGAN KOSTUM
KEGEMARAN MEREKA.
LOKAS : PADANG ATAU MANA-MANA PANDANGAN ALAM SEMULA JAD YANG MENARK.
PELAKON :ARNAB, KURA-KURA, HARMAU, GAJAH, RUSA DAN SEBAGANYA.
KEPERLUAN TAL PERMULAAN DAN PENAMAT PERLUMBAAN.
SUARA RUH RENDAH BNATANG BERSORAK MENYOKONG ARNAB YANG HDUNG TNGG DAN
ANGKUH MENUNGGU KURA-KURA MERANGKAK-RANGKAK DATANG. MEREKA MELAUNG-LAUNG
NAMA "Arnab ..Arnab!!"
1.ARNAB
Tengok tu, Iambat betuI. epatIah .!!
SEMUA BNATANG KETAWAKAN KURA-KURA DEKAT GARS MULA PERLUMBAAN..
2.KURA-KURA
(MELAUNG MENDEKAT GARS LUMBA) Sabar-Iah !!
3.RUSA
(MENGEJEK) Lebih baik tak usah Iawan Arnab, kura-kura. Kau tentu kaIah.
4.HARMAU
(MENGAUM GARANG) Ya Iah .. buang masa aja.
SEMUA BNATANG KETAWAKAN KURA-KURA. ARNAB MENDABEK.
5.KURA-KURA
Tak apa, aku nak cuba.
6.GAJAH
(SAMBL MENUP TRUMPET, MENGALU-ALUKAN PERLUMBAAN)
Kita muIakan perIumbaan. Beratur di garis muIa.
KURA-KURA DAN ARNAB BERATUR.
7.GAJAH
Sedia. Satu .. dua . tiga.
ARNAB DAN KURA-KURA MULA LAR. KURA-KURA TERPUSNG DTNGGALKAN ARNAB. MELHAT
KURA-KURA TERTNGGAL ARNAB KETAWA, BERHENT DAN MENGEJEK.
8.ARNAB
(KETAWA EJEK) Macam ni nak Iumba Iari dengan aku. Baik aku baring duIu.
ARNAB BARNG DAN KETAWAKAN KURA-KURA. SEMUA BNATANG KETAWA DAN BERSORAK-
SORAK
"Arnab ! Arnab"
MELHAT KURA-KURA LAMBAT, ARNAB TUTUP MATA DAN TDUR SAMBL BERDENGKUR. SUARA
SORAK RUH RENDAH BNATANG TDAK SEDARKAN ARNAB YANG TERTDUR, DAN
DTNGGALKAN KURA-KURA, YANG BERGERAK MENUJU KE GARS PENAMAT.
SEMUA BNATANG BERSORAK PULA "Kura-kura ! Kura-kura!" YANG HAMPR TBA D GARS
PENAMAT.ARNAB TERJAGA-JAGA DAR TDURNYA DAN TERKEJUT MELHAT KURA-KURA
SUDAH HAMPR KE GARS PENAMAT. ARNAB BERKEJAR KE GARS PENAMAT TETAP
TERLAMBAT, KURA-KURA MENANG. SEMUA BNATANG JULANG KURA-KURA DAN SORAK NAMA
KURA-KURA. ARNAB TERSPU-SPU MALU.

Rancangan Pengajaran Harian.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu.
Tahun : 2 Bestari.
Bilangan Murid : 24 orang.
Tema : Kisah Teladan.
Tajuk : Arnab dan Kura-kura.
Tarikh : 19 Julai 2011.
Masa : 60 minit.
Objektif : Di akhir pelajaran, murid akan dapat :-
1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dengan satu kumpulan murid dapat melakonkan watak dengan
baik.
2. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan kata yang sesuai sekurang-kurangnya 70% kata yang
dituturkan adalah sesuai.
3. Membaca dan merujuk sumber untuk mendapatkan maklumat dimana
empat dari enam kumpulan memberikan maklumat yang sesuai.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1.
i. Menyebut perkataan yang mengandung digraf, diftong,
vokal berganding dan konsonan bergabung dengan
betul.
ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek.
iii. Memahami perkataan, frasa, dan ayat.

Fokus Sampingan :

6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet.
Aras 3.
i. Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan
tajuk yang dibincangkan.


3.1 Meyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat, dan laras bahasa
yang sesuai.
Aras 1.
i. Mengenal pasti frasa dan ayat yang sesuai untuk
menyampaikan maklumat.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran membaca, kemahiran lisan, dan kemahiran menulis.
Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi.
Pengisian Kurikulum :
lmu : Sains dan Pendidikan Moral.
Nilai Murni : Keberanian, kerjasama, dan kesederhanaan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir : Membuat kaitan dan perhubungan, menilai, dan
mengenalpasti idea utama dan idea sokongan.
Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, kinestetik, dan interpersonal.
Belajar Cara Belajar : Lakonan dan perbincangan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar kisah Arnab dan Kura-kura
dan murid juga tahu beberapa perkara berkaitan
arnab dan kura-kura seperti cara pergerakan dan saiz
haiwan-haiwan ini.
Bahan Bantu Belajar : Laptop, LCD projektor, skrin, speaker, papan putih, skrip drama,
topi binatang, kad cabutan, buku cerita, kertas lukisan, dan
lembaran kerja.




ISI PELAJARAN.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

ATATAN.



Soalan:
Anak-anak cikgu sihat
hari ini?
Sudah sedia untuk
belajar?
Apakah yang akan kita
pelajari hari ini?

Video : "Arnab dan
Kura-kura.

-Pengenalan kepada
tajuk:
"Arnab dan Kura-
kura.

Set nduksi. (5 minit)

1. Murid dan guru saling
bertanya khabar sebelum
memulakan pelajaran.
2. Murid bersedia untuk
menyaksikan tanyangan
video pendek.
3. Guru menayangkan video
pendek.
4. Murid menyaksikan
tayangan video dengan teliti.
5. Murid meneka tajuk
pelajaran yang akan
dilaksanakan.
6. Guru mengesahkan jawapan
murid dan menulis tajuk
pelajaran pada papan putih.


KB: Membuat kaitan
dan perhubungan.

KP: Verbal-linguistik.

Nilai: Kesederhanaan.

BBB: Laptop, LCD
projektor, speaker,
skrin, dan papan putih.

Langkah 1. (25 minit)

1. Guru mengedarkan skrip
drama Arnab dan Kura-kura
kepada semua murid.
2. Murid duduk sedia dan
melihat serta mendengar

guru membacakan skrip
berserta gaya dan nada
yang sesuai.
3.


PENUTUP.
Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon, seni persembahan yang mencakupi aktiviti
bercerita,berlagu, gerak tari atau lakonan pendek (sketsa) membolehkan peserta atau
orang yang melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka.
Selain itu, mereka juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih,
suka dan duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian
semangnya dapat dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk
mengembangkan potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti
simulasi, main peranan, pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti
mengikut daya kreativiti masing-masing. Sebagai contohnya, melalui satu aktiviti yang
meminta murid menghayati watak haiwan-haiwan dalam kisah teladan.

Menurut Rubin (1991), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memerlukan
pemikiran bercapah yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman personal
murid. Kemahiran yang dimaksudkan merangkumi kemahiran menilai, membuat
kesimpulan, menghayati dan mengesan pengajaran. Melalui teknik mengalami
menghayati yang dilakukan oleh murid dalam aktiviti lakonan, ternyata menyerlahkan
kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif.

Diharapkan teknik ini dapat kerap diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam
usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian
ini menunjukkan bahawa minat yang mendalam dan sikap yang positif terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan murid menguasai kemahiran
berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhannya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik drama seperti main peranan, nyanyian,
melafazkan dialog dan lakonan begitu berkesan dalam usaha menarik minat murid
untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kepelbagaian
pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah aset penting untuk menarik minat untuk belajar di kalangan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai