Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN 1.

Saya menangis kerana tidak suka belajar Matematik. Saya tidak yakin akan kebolehan sendiri dan sentiasa mendapat keputusan yang rendah dalam ujian dan peperiksaan. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saya memasuki Tahun 2. Segalagalanya berubah apabila Cikgu Nora mengajar kami. Beliau begitu penyayang dan memberikan perhatian kepada setiap pelajar di dalam kelas. Beliau benar-benar telah mengubah diri saya kepada yang lebih baik.

Kali pertama Cikgu Nora melangkah ke dalam kelas, semua murid kelas saya dapat melihat senyuman manisnya. Dia melangkah masuk dan terus berdiri di tengahtengah di hadapan kami semua. Cikgu Nora memperkenalkan dirinya dan meminta kami memperkenalkan diri kami pula. Kemudian Cikgu Nora bertanya tentang markah matematik seisi kelas dalam ujian yang sebelum itu. Cikgu Nora mendengar dengan teliti dan seperti berfikir sendiri. Kelas untuk hari itu diisi dengan sesi perkenalan dan sedikit cerita tentang Matematik oleh Cikgu Nora.

Keesokan harinya sekolah berjalan seperti biasa. Cikgu Nora melangkah masuk ke kelas kami sebaik sahaja tiba masa Matematik. Kemudian kami semua diminta mengemas beg serta buku kami dan terus berdiri di bahagian belakang kelas. Cikgu Nora memberitahu kami bahawa beliau telah meminta kebenaran dari guru kelas kami untuk mengubah kedudukan kami di dalam kelas. Saya mula rasa tidak seronok. Nampaknya saya tidak lagi boleh bermain dan bersembang bersama Mus ketika belajar. Satu demi satu nama Cikgu Nora sebutkan untuk mengambil tempat masing-masing. Hinggalah pada satu ketika nama saya pula disebut oleh cikgu. Saya mula merasa takut. Cikgu Nora telah menetapkan saya untuk duduk di sebelah Atun yang merupakan pelajar pintar kelas kami. Saya mula merasa tidak gembira kerana saya pasti tidak ada peluang untuk bermain lagi. Atun seorang yang sangat rajin dan sentiasa mendapat markah tertinggi. Semua murid di dalam kelas kami memang jarang dapat mendengar suaranya.

Cikgu Nora memberitahu bahawa kami perlu bersaing dengan murid yang duduk disebelah kami. Setiap kali kami diberi kerja rumah, jawapan kami akan dibandingkan dengan murid di sebelah kami. Setiap satu jawapan yang salah akan didenda ketuk ketampi sebanyak lima kali. Markah pula akan diberikan kepada murid yang betul soalan yang rakan di sebelah mereka salah. Jadi selepas ini saya akan didenda ketuk ketampi lima kali ganda jumlah soalan yang saya salah dan Atun pula akan dapat 5 markah untuk setiap soalan yang saya salah dan dia betul. Setiap kali capai 100 markah Atun akan dapat hadiah sedangkan saya akan didenda berkali-kali.

Dua minggu berlalu dan saya telah didenda ketuk ketampi berkali-kali sedangkan Atun sudah tiga kali mendapat hadiah misteri yang cikgu janjikan. Saya merupakan orang yang paling banyak kena ketuk ketampi. Ketika itu saya rasakan Cikgu Nora betul-betul tidak adil kerana biarkan saya bersaing dengan Atun sedangkan orang lain bersaing dengan murid yang tidak jauh beza. Hari itu saya protes. Habis sahaja waktu Matematik saya tetap duduk di tempat saya dan tidak menuju ke kantin seperti murid-murid lain. Cikgu Nora datang menghampiri saya. Beliau bertanya kenapa saya tidak mahu keluar rehat. Saya tidak menjawab dan tetap berdiam diri. Cikgu Nora meneka saya marahkannya. Beliau terus memberitahu saya yang saya tidak sepatutnya marahkan dia. Saya patut marahkan diri saya sendiri. Kerana biarkan Atun mendapat markah untuk setiap soalan yang saya salah. Saya mula terfikir tentang kata-kata Cikgu Nora. Kemudian saya bertanya kepada Cikgu Nora kenapa dia biarkan saya bersaing dengan Atun yang paling pandai dalam kelas kami. Cikgu Nora terus memberitahu bahawa saya sebenarnya adalah jauh lebih pandai dari Atun. Cikgu Nora mula berpesan kepada saya untuk mulakan semula kemahiran mengira saya, saya perlu menghafal nombor-nombor yang boleh menghasilkan hasil tambah sepuluh. Cikgu Nora mengingatkan saya supaya lebih pandai menggunakan apa yang saya suka. Jika benar saya suka mengumpul kad kartun saya boleh menggunakan kad yang saya kumpul itu untuk membantu saya mengira.

Saya mula merasakan kebenaran kata-kata Cikgu Nora. Mula dari saat itu saya sangat berminat untuk menyaingi Atun. Bermula dengan menghafal hasil tambah sepuluh

dan mengira kad-kad yang saya kumpul kini saya semakin mahir dalam operasi asas matematik. Kalau asalnya saya merupakan pelajar yang lemah dalam Matematik, kini saya selalu bergilir-gilir dengan Atun untuk mendapat markah tertinggi dalam subjek itu. Hinggalah saya mendapat A dalam UPSR.

Selepas itu saya diterima masuk ke kelas rancangan khas dan tinggal di asrama. Saya masih boleh mengikuti subjek Matematik yang saya gemari. Tetapi, ketika saya dalam tingkatan 2 guru Matematik saya bertukar. Guru yang baru kurang memberi focus kepada kami. Beliau hanya menunjukkan jalan kira di papan hitam tanpa interaksi yang cukup dengan kami. Ini membuatkan saya rasa mengantuk. Tambahan pula saya tinggal di asrama dan belajar di sesi petang. Saya selalu tertidur di dalam kelas dan terlepas untuk belajar dan faham beberapa jalan kira penting. Keputusan peperiksaan saya mula menurun. Saya mula rasa takut memandangkan pada tahun hadapan saya akan menduduki peperiksaan PMR.

Apabila pulang ke rumah, saya mengunjungi Cikgu Nora untuk menceritakan masalah saya. Cikgu Nora mengatakan saya tertidur kerana saya terlalu penat dan itu merupakan perkara biasa bagi pelajar yang tinggal di asrama. Untuk memastikan saya tidak tidur di dalam kelas Matematik dan terlepas beberapa pelajaran penting, saya perlu memastikan diri saya tidak berada di dalam keadaan penat. Cikgu Nora menasihatkan saya supaya tidur dulu seketika sementara guru yang mengajar Matematik belum masuk ke kelas. Saya juga boleh tidur ketika guru tidak dapat masuk ke kelas. Saya mengikut apa yang dinasihatkan oleh Cikgu Nora kepada saya. Mujurlah ianya berkesan. Syukur saya dapat mengejar semula apa yang telah terlepas. Saya berjaya mendapat A dalam PMR dan berjaya juga mendapat A1 dalam peperiksaan SPM saya.

Cikgu Noralah yang selama ini banyak membantu saya untuk berjaya. Beliaulah insan yang paling berjasa. Kerana dorongan dan tunjuk ajar beliau, saya kini berjaya dan sedang meneruskan pengajian di sebuah universiti tempatan. Selepas satu tahun lagi, saya akan keluar dengan segulung ijazah. Saya juga akan menjadi seorang guru Matematik

seperti Cikgu Nora. Saya juga akan membantu sebanyak mungkin orang yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari saya.

BAHAGIAN 2

Perspektif Behaviorisme.

Behaviorisme merupakan satu aspek dalam psikologi yang menekankan tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur. Menurut ahli psikologi behavioral, perubahan yang berlaku dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak daripada dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran kerana keduaduanya saling berkaitan. Ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh lihat dan perhatikan. Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan manusia. Daripada tingkah laku, kesimpulan apa yang sedang difikirkan dapat dibuat. Ahli teori ini berpendapat tingkah laku melambangkan pembelajaran berulang dan bagaimana proses pembelajaran berlaku. Terdapat tiga versi utama yang terlibat dengan pendekatan behaviorisme ini, iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner, dan juga Teori Sosial Kognitif Bandura.

Ivan P. Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Pada penghujung abad 1800an da awal abad 1900an, Pavlov dan rakan-rakan telah membuat satu kajian dan hasil kajiannya, Pavlov telah mengemukakan konsep ransangan dan gerak balas. Ransangan ialah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya, berdasarkan pengalaman yang saya alami ini, matapelajaran Matematik adalah satu subjek yang sukar pada awalnya. Setiap kali tiba masa Matematik saya pasti akan didenda kerana tidak berjaya menyiapkan kerja rumah dan tidak berjaya mengira dengan betul. Jadi, setiap kali tiba masa Matematik saya pasti akan menangis kerana didenda oleh guru Matematik

saya. Berdasarkan pengalaman ini dan perspektif oleh Pavlov ini, rangsangannya adalah denda dan gerak balasnya adalah diri saya yang menangis.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

B. F. Skinner juga bersependapat dengan Pavlov tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Kajian beliau membawanya kepada penggunaan teori pelaziman operan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh dikuatkan atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Seperti contohnya di dalam pengalaman saya, kami semua akan diberi markah untuk soalan yang berjaya kami selesaikan dan ianya menggalakkan kami untuk berusaha menyelesaikan setiap soalan yang diberi dengan betul. Menurut Skinner lagi, faktor ganjaran dan dendaan berperanan membentuk perkembangan individu. Contohnya, apabila terlalu kerap didenda saya terus menjadi malas malah ingin memprotes guru Matematik saya ketika itu.

Teori pembelajaran sosial oleh Bandura dalam perspektif ini menyatakan, kelakuan manusia selalu bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Teori ini menekankan peranan kognitif dan juga persekitaran dalam perkembangan. Pembelajaran sosial ini mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Manusia tidak semata-mata bertindak kepada pengaruh luaran seolah-olah mereka merupakan organisma yang tidak berfikir, tetapi sebenarnya memilih, mengelola dan memindahkan stimuli yang meninggalkan kesan terhadap mereka. Proses peniruan ini adalah melalui empat langkah iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat, dan

motivasi. Melalui tumpuan pada orang lain pembelajaran boleh berlaku dan kita merekodkan peristiwa itu di dalam sistem ingatan untuk kegunaan apabila diperlukan. Kita juga memerlukan motivasi yang secukupnya untuk menghasilkan tingkah laku tertentu. Contohnya, melalui pemberian hadiah misteri, kata-kata semangat, dan tip dari guru saya mula melakukan sesuatu dan mempunyai keinginan.

Perspektif Perkembangan Kognitif.

Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel (Switzerland) pada Ogos 1896 dan meninggal dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya, beliau mengaplikasi prinsip dan metod biologi di dalam mengkaji perkembangan manusia. Banyak istilah yang diperkenalkan oleh beliau di ambil terus daripada biologi. Menurut piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain. Kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman kita, tetapi kita juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Piaget percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu melalui proses asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi boleh diertikan sebagai menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia ada. Akomodasi pula bermaksud mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami maklumat baru. Apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan di dalam pemikirannya. Maka, untuk mendapat semula

keseimbangan, kanak-kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata iaitu struktur kognitif yang mengorganisasikan dan menginterpretasikan semua pengalaman kita. Piaget berpendapat bahawa kita melalui empat tahap perkembangan di dalam proses

memahami dunia persekitaran. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi perbezaan cara berfikir. Kanak-kanak baru lahir hingga dua tahun menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami dunia mereka. Kanak-kanak lingkungan umur dua hingga tujuh tahun menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak ketika berusia antara tujuh hingga sebelas tahun seperti dalam pengalaman saya ini mula berfikir secara logik dan konkrit. Mereka boleh menyelesaikan masalah secara cuba-jaya. Dengan kaedah inilah saya akhirnya dapat menguasai matematik. Hanya bermula dengan menghafal nombor-nombor yang membentuk hasil tambah sepuluh. Remaja yang berusia 12 tahun ke atas boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi. Contohnya, dari pengalaman saya ketika beusia 14 tahun saya sudah mula dapat melihat kesan jangka panjang sekiranya saya terus-terusan tidur di dalam kelas matematik terhadap keputusan PMR saya.

Perspektif Perbezaan Individu.

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Temperamen adalah tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa seseorang. Sekiranya ibu bapa mempunyai tingkah laku yang bersopan santun, anak-anak akan mewarisi tingkah laku yang sama. Tahap tenaga pula merujuk kepada keadaaan fizikal seseorang semasa terlibat di dalam aktiviti, sama ada bertenaga, berstamina atau mudah penat. Pola persahabatan merujuk kepada aktiviti persahabatan di dalam sesuatu kumpulan. Hubungan antara ibu bapa dan anak, anak perlu mewujudkan perasaan ikatan dengan ibu bapa di peringkat awal iaitu merasakan ibu bapa adalah orang istimewa dalam hidupnya dan tiada orang lain yang dapat menggantikan tempat mereka.

Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan, di dalam hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga, dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi olek faktor persekitarannya, seperti gaya hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah, suasana di rumah di mana dia dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah. Slavin (1997), pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat, dan minat.

Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari pada segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku menganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar, dan perbezaan personaliti. Oleh kerana pelajar di dalam satu kelas mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama pelajar yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan akan menjadi student at risk, iaitu pelajar berkemungkinan besar akan gagal dan menjadi pelajar tercicir. Contohnya, guru matematik saya telah bermula dengan menggalakkan pelajar yang lemah untuk bersaing dulu sesama mereka dan pelajar yang nampak potensinya bersaing dengan pelajar yang lebih baik.

Oleh kerana tahap kecerdasan berbea di kalangan pelajar, di dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak merasa bosan. Pelajar yang bermasalah di dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkah laku disrauptif atau destruktif, yang akan mengganggu perhatian pelajar lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Contoh tingkah laku disruptif ialah hiperaktif, bising, agresif, dan ketawa kuat. Contoh tingkah laku detruktif pula ialah

vandalisma, permusuhan nyata terhadap guru, tidak menghormati guru dan merosak harta benda guru yang tidak disukai, menjadi anggota kumpulan samseng atau kongsi gelap di luar sekolah, mengugut untuk mencederakan pelajar lain, menumbuk dan memukul pelajar lain, membuli dan memeras ugut wang dari pelajar yang lebih kecil atau lemah. Ada juga pelajar yang menunjukkan tingkah laku menganggu yang positif seperti menyudahkan kerja cepat, selalu bertanya, selalu bertanya, proaktif dan hendak tahu mengenai sesuatu tajuk pelajaran yang belum di ajar.

Setelah beberapa bulan guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajarnya yang berbeza-beza. Ada yang belajar secara audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan adayang secara analitikal. Terdapat pelajar yang cepat menghantar tugasan dan terdapat juga pelajar yang selalu lambat menghantar tugasan. Guru juga akan mendapati pelajar di kelasnya berbeza daripada segi personaliti.

Perspektif Personaliti.

Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorangindividu itu dan cara bagaimana interaksi berlakuantara sesama individu lain. Banyak teori telah cuba menerangkan tentang personaliti. Mengikut Freud, minda manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikaniaitu id, ego, dan superego yang bekerjasama dalam membentuk personality seseorang individu itu. Sementara itu dari aspek psikoanalisis, memberi penekanan kepada motivasi yang berlaku tanpa disedari dan konflik antara dorongan kendiri dan sistem social sendiri. B. F. Skinner pula telah mencadangkan bahawa personaliti individu ini terbina dari ransangan dari luaran. Dan dalam teori behavioris, personality berubah dengan persekitaran yang baru.

Sebagai pelajar, banyak komitmen yang perlu mereka laksanakan dalam memenuhi tangungjawab sebagai pelajar. Di samping itu mereka juga tidak akan sunyi

dari sebarang masalah dalam konteks suasana sebagai seorang pelajar. Untuk itu, sudah semestinya juga ada masalah hyang mereka hadapi. Bagaimana pun masalah mereka ini boleh diringankan. Guru perlu memahami ada kalanya pelajar mempunyai perasaan ingin disayangi atau ingin bermanja. Ada juga dikalangan mereka iniyang tidak mendapat perhatian secukupnya menyebabkan kadang-kadang mereka mengambil tindakan yang boleh memudaratkan.

Untuk menangani pelajar bermasalah ini, perlu ada usaha menarik perhatian mereka amat penting. Kaedah yang sesuai perlu digunakan sebaik mungkin dalam memperbetulkan kesilapan mereka dengan kaedah komunikasi yang juga sesuai dengan personality pelajar tersebut. Pelajar bermasalah ini juga merupakan individu yang mempunyai personaliti yang tersendiri, tingkah laku yang lazimnya mereka lakukan dan pemikiran yang membawa kepada setiap perlakuan yang tertampil. Untuk itu dalam menangani masalah mereka, guru seharusnya menggunakan komunikasi berkesan yang sesuai yang tidak menjatuhkan maruah hingga boleh membentuk personaliti negatif dalam diri. Contohnya, berdasarkan pengalaman saya itu saya mula membentuk personaliti yang negatif apabila saya merasakan maruah saya selalu dijatuhkan apabila saya sengaja dibiarkan bersain dengan pelajar pintar dalam kelas saya. Saya mula rasa ingin protes pada tindakan guru yang tidak adil. Tetapi, personaliti negative itu bertukar apabila saya berkomunikasi dengan guru tersebut dan dia menaikkan diri saya dengan memberitahu tahap pembelajaran saya yang sebenar. Tip pembelajaran yang diberikan oleh guru itu kepada saya mula menarik minat saya.

Anda mungkin juga menyukai