Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2

KISAH POHON EPAL.


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-maIn di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puasnya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal itu. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut. Masa berlalu Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. Marilah bermain-main di sekitarku, ajak pohon epal itu. Anak itu menolak permintaan pohon epal itu dengan memberi alasan bahawa dia tidak gemar bermain dengannya. Anak itu menyuarakan hasrat untuk membeli permainan tetapi dia tidak mempunyai wang. Pohon epal itu memberikan cadangan kepada anak lelaki itu supaya memetik epal pada pohonnya dan menjualnya. Wang dari hasil jualan itu, dapat digunakan untuk membeli permainan yang diingini oleh anak itu. Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.pohon epal itu merasa gembira. Marilah bermain-main di sekitarku, ajak pohon epal itu. Namun, remaja itu menolak permintaan pohon epal dengan memberikan alasan akan kesibukannya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Remaja itu mahu membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarganya. Tanpa rasa malu serta segan, remaja itu meminta pertolongan dari pohon epal itu. Dengan rasa sedih, pohon epal menyatakan bahawa dia tidak memiliki rumah untuk diberikan kepada remaja itu. Tetapi dia mencadangkan sekali lagi kepada remaja itu supaya memotong dahannya. Dari dahan pohon epal, anak remaja itu dapat membina rumah darinya. Alangkah gembiranya hati anak remaja itu mendengar cadangan pohon epal itu.tanpa berlengah-lengah lagi, remaja itu memotong dahan-dahan pohon epal dan pergi dari situ dengan meninggalkan pohon epal itu. Pada mulanya, pohon epal merasa gembira kerana dapat menolong anak remaja itu, tetapi dia merasa sedih kerana anak remaja itu tidak menjenguknya lagi. Suatu hari yang panas, Seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa. Marilah bermain-main di sekitarku, ajak pohon epal itu. Lelaki itu menolak kemahuan pohon epal itu dengan menyatakan bahawa dia sudah matang serta dewasa. Dia tidak gemar bermain-main di sekitar pohon epal itu. Lelaki itu meluahkan masalahnya kepada pohon epal itu. Lelaki itu memerlukan sebuah bot untuk belayar. Lelaki itu memohon

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2


pertolongan kepada pohon epal bagi merealisasikan impiannya untuk belayar. Pohon epal itu menyatakan bahawa dia tidak memiliki bot yang diingini oleh remaja itu, tetapi dia memberikan cadangan supaya lelaki itu memotong batang pohon untuk dijadikan bot yang membolehkannya belayar dengan gembira. Lelaki itu merasa amat gembira kan cadangan itu. Tanpa berlengah-lengah lagi dia memotong batang pohon epal. Dia pergi dari situ, tanpa rasa sedih dan simpati akan nasib pohon epal yang malang itu. Masa berlaluNamun begitu, pada suatu hari Seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu. Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati.. kata pohon epal itu dengan nada pilu. Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku berasa lelah dan ingin istirahat, jawab lelaki tua itu. Mendengar keluhan dari lelaki tua it u, pohon epal itu mengajaknya beristirahat di perdu pohonnya. Pertemuan kali ini telah melahirkan rasa hiba disamping kegembiraan di hati mereka berdua. Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai