Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUP

KEMPEN ANTI DADAH SJK (T) ALOR GAJAH 2012.

9.00 10.15
(ceramah)

Perkara

Salam sejahtera salam 1 Malaysia.


Yang berusaha En. R Supramaniam Yang Di Pertua PIBG SJKT
Alor Gajah,
Yang dihormati Pn. R. Pushparani Guru Besar SJKT Alor Gajah,
Pn. Fadila Binti Mohd Yusof Pegawai ADK Daerah Alor Gajah,
Guru-guru, kakitangan, dan murid sekalian.
Kempen anti dadah peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Alor Gajah ini telah pun berlangsung selama lima hari bermula 20
Februari 2012 sehingga 24 Februari 2012. Kempen ini diadakan
bertujuan menambahkan pengetahuan warga SJKT Alor Gajah
ini berkaitan bahaya dadah.
Bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan murid berkaitan hal ini,
majlis dengan ini mempersilakan Pn. Fadila binti Mohd Yusof,
Pegawai ADK daerah Alor Gajah untuk menyampaikan ceramah
beliau yang bertajuk
Majlis dengan ini mempersilakan,

Tindakan

1015 10.30
(Jamuan
Ringan)

Demikianlah tadi ceramah yang disampaikan oleh Pn Fadila binti


Mohd Yusof. Semoga apa yang disampaikan dapat kita jadikan
pegangan sepanjang hidup kita.
Majlis dihentikan seketika untuk jamuan ringan.
Ahli majlis sekalian dijemput menikmati hidangan juga melihat
pameran yang telah disediakan.

10.30 1100
(Perasmian
Penutup)

Majlis di teruskan dengan perasmian penutup.


Hadirin sekalian diminta berdiri untuk bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Jaya, dan lagu
Anti Dadah.
..
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Majlis diteruskan
lagi dengan menjemput Pn. R. Pushparani Guru Besar SJKT Alor
Gajah Selaku penasihat minggu kempen anti dadah untuk
menyampaikan sedikit ucapan ringkas.
Majlis dengan ini mempersilakan,

Terima kasih diucapkan buat Puan R. Pushparani atas ucapan


beliau sebentar tadi. Bagi melengkapkan majlis kali ini, Majlis
menjemput En. R Supramaniam YDP PIBG SJKT Alor Gajah
untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan
penutupan minggu kempen anti dadah SJKT Alor Gajah tahun

-lagu dimainkan.

2012.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Sekalung penghargaan buat En. R. Supramaniam atas kesudian


melaksanakan perasmian penutup Minggu Kempen Anti Dadah
sekolah kali ini.
Sepanjang minggu ini, berbagai aktiviti telah disediakan buat
murid-murid sekolah ini sebagai menanamkan sikap anti dadah
dalam diri murid. Majlis dengan ini menjemput
..untuk mengiringi
bagi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

12.00
(tamat)

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi


maka berakhirlah sudah Majlis Perasmian Penutup Minggu Anti
Dadah kali ini. Terima kasih atas segala kerjasama yang telah
diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan kempen kali ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai