Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA DETEKTIF MUDA 2016

PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CANTIK
21 NOVEMBER 2016
KERTAS KERJA DETEKTIF MUDA 2016
PERINGKAT SEKOLAH
SK PADANG CANTIK

1.0 JUSTIFIKASI PROJEK


Projek Detektif Muda diadakan bertujuan untuk mengisi kekosongan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6. Projek ini mendidik murid tentang penjagaan
kesihatan diri dan kebersihan persekitaran. Projek ini juga mengajar murid kemahiran literasi
maklumat sebagai ingatan sebelum mereka keluar meninggalkan sekolah.

2.0 KONSEP
Mencari sebab dan akibat masalah kesihatan diri.

3.0 MATLAMAT
Murid diberikan pendedahan dan bimbingan cara pembelajaran berasaskan sumber dengan
lebih efisyen dan efektif. Murid dapat menerapkan literasi maklumat dalam kehidupan harian.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini diharap murid dapat :
4.1 Mengetahui dan menggunakan kemahiran perpustakaan seperti indeks, glosari,
pengkelasan buku dan lain-lain.
4.2 Memahami dan menggunakan enam langkah kemahiran maklumat iaitu
menentu, mencari, mengguna, mencatat, melapor dan menilai.
4.3 Mengetahui dan menggunakan alat-alat kemahiran berfikir dalam proses
mencatat maklumat seperti lembaran pengurusan grafik.
4.4 Meningkatkan kemahiran membaca, komunikasi belajar dan berfikir lebih kreatif
dan kritis.

5.0 TARIKH
21 November 2016.
6.0 MASA
11.05 pagi hingga 2.05 petang

7.0 TEMPAT
Dewan terbuka, perpustakaan dan makmal komputer SK Padang Cantik.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Tahun 6 SK Padang Cantik.

9.0 BILANGAN PESERTA


5 orang murid bagi setiap kumpulan.

10.0 PERANCANGAN AKTIVITI


Pertandingan Detektif Muda ini akan dijalankan dengan cara :
Setiap kumpulan akan diberikan tugasan situasi untuk diselesaikan berserta dengan
borang catatan dan borang laporan.
Kumpulan akan bergerak di sekitar dewan terbuka untuk membaca peta berkaitan
tugasan untuk mengenalpasti punca permasalahan.
Kumpulan seterusnya bergerak ke perpustakaan sekolah untuk mendapatkan
maklumat sebab-sebab penyakit dari buku dan risalah.
Setelah itu, kumpulan akan bergerak ke makmal komputer untuk melayari internet dan
mencari maklumat berkaitan langkah dan petua mengubati.
Kumpulan tadi boleh mula menulis laporan berpandukan catatan yang telah dibuat.
Akhir sekali, semua kumpulan akan membuat perbentangan hasil dapatan mereka
untuk dihakimi.
11.0 TENTATIF PROGRAM

Waktu Aktiviti
11.05 11.15 pagi Berkumpulan di dewan terbuka untuk pendaftaran
kumpulan.
11.15 11.40 pagi Taklimat dan penerangan pertandingan.
11.40 11.45 pagi Pembahagian tugasan dan borang laporan.
11.45 1.05 petang Pertandingan bermula.
1.05 1.15 petang Pertandingan tamat dan murid berkumpul di dewan terbuka.
1.15 1.45 petang Perbentangan hasil dapatan.
1.45 2.05 petang Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.
2.05 petang Bersurai.

12.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan Pusat Sumber Sekolah RM 140.00

13.0 AHLI JAWATANKUASA.

Pengerusi : Tn. Hj. Anas Mikhael bin Ejaz (Guru Besar SK Padang Cantik)
Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Tamimi bin Saregar (GPK Kurikulum)
Penyelaras : Cik Warda Erina binti Bakri
Setiausaha : Pn. Fazura binti Yusof Haslam
Bendahari : En. Fattah Amin bin Ikram

Ahli Jawatankuasa:
1. Pn. Salinah binti Md Yusop
2. Pn. Fazidah Noor binti Mohd Salleh
3. Pn. Nabilah Huda binti Md Jelan
4. Pn. Akmal binti Shafie
5. Pn. Siti Khadijah binti Abd Wahab
6. En. Khanapiah bin Hj. Salleh
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1 Hadiah Pertandingan. RM120.00
- Tempat Pertama ( 1 Hamper RM50.00)
- Tempat Kedua ( 1 Hamper RM40.00)
- Tempat ketiga (1 Hamper RM30.00)
2 Kertas A4 2 rim
- 2 x RM10.00 RM 20.00
_________
Jumlah Keseluruhan RM 140.00

15.0 METADOLOGI
1. Taklimat pertandingan
2. Baca peta
3. Melayari internet :
- Petua dan rawatan penyakit.
- Langkah keselamatan.
4. Resensi buku-buku dan artikel majalah kesihatan.
5. Perbincangan dalam kumpulan.
6. Perbentangan kumpulan.
16.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, diharapkan program Detektif Muda ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif penganjuran. Kerjasama antara semua pihak amatlah
diharapkan.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

.. .
(CIK WARDA ERINA BINTI BAKRI) (TN. HJ. ANAS MIKHAEL BIN EJAZ)
Penyelaras Program Detektif Muda, Guru Besar,
SK Padang Cantik. SK Padang Cantik.

Anda mungkin juga menyukai