Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH KAWALAN DALAM PERMAINAN.

ASPEK KESELAMATAN DALAM BOLA SEPAK.

Aspek keselamatan adalah satu perkara penting yang perlu diperhatikan dan
dikawal dalam setiap permainan sukan. Keselamatan dalam sukan dan permainan
merujuk kepada proseur penjagaan dan kawalan ketika permainan berlangsung supaya
perkara yang berbahaya dan berisiko tidak menimpa permainan dan para permain.
Sekirannya aspek keselamatan dalam permainan sukan tidak dititik beratkan, permainan
yang sepatutnya berjalan lancer akan bertukar sebagai tragedy dan perkara ini akan
menjejaskan kualati sesuatu permainan sukan itu. Sukan yang paling diminati ramai juga
tidak terlepas dari aspek keselematannya. Sukan bola sepak mempunyai cirri kawalan
keselamatannya tersendiri yang meliputi keselamatan pemain, keselamatan alatan dan
keselamatan pengawai pertandingan.

Keselamatan Pemain.
Dalam memastikan keselamatan pemain, tendangan percuma terus akan diberikan
kepada pihak lawan untuk kesalahan-kesalahan seperti :
 Bermain dalam cara yang dianggap berbahaya oleh pengadil ( contohnya cuba
menendang bola semasa ia dipegang oleh penjaga gol).
 Merempuh secara adil (contohnya dengan bahu) apabila bola berada dalam
linkungan permainan permain itu dan tidak ingin merampas bola itu.
 Dengan sengaja menghalang pemain pihak lawan (contohnya berlari di antara
pemain pihak lawan dan bola sehingga membentuk halangan kepada pihak
lawan) apabila tidak membawa bola.
 Merempuh penjaga gol kecuali semasa dia memegang bola atau menghalang
pemain pihak lawan atau berada di luar kawasan gol.
 Penjaga gol mengambil lebih daripada empat langkah dalam sebarang arah
semasa memegang, melantun atau melontar bola ke udara dan menangkap
bola itu semula tanpa melepaskannya ke dalam permainan.
 Selepas penjaga gol melepaskan bola ke dalam permainan sebelum, semasa
atau selepas empat langkah, dia menyentuhnya lagi dengan tangan sebelum ia
disentuh atau dibawa oleh pemain lain dari pasukan yang sama di luar
kawasan penalty atau oleh pemain pihak lawan sama ada di dalam atau di luar
kawasan penalty.
 Penjaga gol menggunakan taktik, yang difikirkan oleh pengadil , boleh
melambatkan permainan, membuang masa atau memberi keburukan kepada
pasukan penjaga gol itu sendiri.

Seorang pemain boleh dianggap menyerang secara adil jika bola itu berada dalam
lingkungan permainan itu dan dia cuba membawa bola itu sama ada cuba menguasai bola
itu atau terus kekal memiliki bola itu semasa dicabar oleh pemain pihak lawan. Satu
serangan dianggap adil apabila seorang pemain menyerang dengan bahu tanpa
menggunakan tangannya untuk menolak pemain. Serangan itu mestilah tidak berbahaya
dan bukan dari belakang. Peraturan juga menyatakan bahawa seorang pemain dikenakan
tendangan percuma terus terhadapnya jika dia sengaja menyerang secara berbahaya atau
dari belakang (kecuali pihak lawan menghalangnya) dan dengan tendangan percuma tak
terus jika dia menyerang secara adil tetapi pada masa yang salah. Jika seorang pemain
sengaja menghalang, dia boleh diserang dari belakang tetapi serangan itu mestilah tidak
berbahaya. Serangan yang berbahay tidak sama dengan bermain secara berbahaya.
Kesalahan bermain secara berbahaya boleh dihukum dengan tendangan percuma tak
terus. Bermain secara berbahaya umumnya dikaitkan dengan tindakan seorang pemain
mengangkat kakinya dengan tinggi ketika ada pemain lain yang cuba menanduk bola
tersebut. Walaubagaimanapun, pengadil boleh menganggap kelakuan lain sebagai
berbahaya dan hukuman boleh dikenakan ke atas pemain terbabit.

Permainan yang melibatkan sentuhan seperti bola sepak terpaksa menggunakan


tangan atau lengan untuk mengekalkan keseimbangan dan perlindungan. Seorang pemain
tidak boleh menggunakan tangan atau lengan untuk memegang pemain lain atau menolak
pemain lain menjauhi bola itu dalam apa jua keadaan. Kesalahan ini berlaku apabila
lengan pemain-pemain tersangkut dan pengadil mesti memerhati kejadian ini yang
mungkin terjadi secara tidak sengaja. Jika seorang pemain sengaja dihalang oleh pemain
lain, dia tidak boleh menggunakan tangan untuk menolak pemain itu.

Pengadil juga mesti berhati-hati untuk memastikan pemain dibentes dengan


sengaja atau terjatuh akibat permainan yang biasa. Semasa merebut bola walaupun bola
itu dibawa oleh seorang pemain, pemain yang datang mungkin dijatuhkan dengan tidak
sengaja. Membentes seorang pemain bukan sahaja terhad kepada menggunakan tangan
atau kaki. Sesetengah pemain cuba menjatuhkan pemain lain dengan membongkok
didepan atau dibelakangnya. Selain itu, pemain juga dihukum jika dia sengaja melompat
ke atas pemain pihak lawan. Ini tidak bermakna seorang pemain melakukan kesalahan
apabila dia melompat untuk menanduk bola dengan kepala dan tersentuh badan pemain
pihak lawan. Seorang pemain boleh melompat untuk mendekati bola itu tanpa
membahayakan lawan. Satu cubaan melongsor adalah tidak berbahaya kepada kedua-dua
pemain terutamanya apabila dia dapat menyentuh bola itu dengan mudah. Melompat
dengan kedua-dua kaki ke atas bola apabila ia dibawa oleh pihak lawan boleh
menyebabkan kecederaan dan hukuman boleh dikenakan.

Keselamatan Alatan.
Alatan dalam permainan bola sepak adalah meliputi pakaian pemain, alas kaki
dan juga bola. Peralatan yang biasanya dipakai oleh pemain ialah jersi atau baju, seluar
pendek, sarung kaki dan pelindung tulang kering. Pakaian ini mestilah mempunyai cirri
tertentu yang sesuai untuk bersukan seperti menyerap peluh ringan dan sebagainya.
Lengan panjang atau pendek perlulah sesuai dengan keadaan cuaca supaya pemain tidak
menghadapi masalah. Pemain mesti memastikan pelinung tulang kering ditutupi oleh
sarung kakinya sepanjang masa. Walaupun saiz pelinung tulang kering tidak ditentukan
oleh peraturan permainan, ia mesti memberi perlindungan yang secukupnya. Ia boleh
diperbuat daripada getah, plastic, poliuretana atau bahan yang hamper sama dengannya.

Seorang pemain tidak harus memakai benda yang boleh mencederakan pemain
lain. Dia boleh memakai cermin mata dengan risiko sendiri dan juga kebenaran daripada
pengadil. Setiap pasukan mesti dapat dibezakan daripada pasukan yang lain dan daripada
pengadil dengan memakai pakaian yang berlainan warna manakala penjaga gol mesti
dapat dikenali dengan memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain yang lain
serta pengadil. Pakaian dalam seperti ‘termopants’ (seluar untuk berbasikal) dibenarkan.
Ia mesti berwarna sama dengan seluar pendek pemain dan panjangnya tidak boleh
melepasi lutut. Jika sebuah pasukan memakai seluar pendek yang berwarna-warni,
pakaian dalamnya harus mengikut warna yang dominan. Sesetengah liga mempunyai
peraturan yang memerlukan pemain memakai nombor di belakang baju atau jersinya.

Jika seseorang pemain didapati mempunyai barang peribadi yang bertentangan


dengan peraturan pakaian, dia mesti meninggalkan padang atas permintaan pengadil
untuk membetulkan kesalahannya. Pengadil akan mengarahkannya membetulkan
pakaian, jika dia belum berbuat demikian semasa bola berada di luar permainan. Pemain
itu tidak boleh bermain semula sebelum melaporkan diri kepada pengadil yang berpuas
hati dengan pakaian pemain itu dan hanya boleh memasuki padang apabila bola berada di
luar permainan itu.

Alas kaki atau kasut merupakan bahagian yang penting dalam peralatan pemain.
Banyak pengalaman diperlukan untuk mencari alas kaki yang sesuai dan yang mematuhi
segala peraturan permainan. Kasut but ringan lebih disukai kerana ia lebih selesa
berbanding dengan but berat yang lebih tahan lama. Seorang pemain bertanggungjawab
memastikan alas kakinya tidak berbahaya kepada pemain lain.

Bola mesti berbentuk sfera dan mempunyai lapisan kulit atau bahan yang
dibenarkan oleh international Board. Bola yang diperbuat daripada bahan yang berbahaya
tidak dibenarkan. Bola itu mesti mempunyai lilitan berukuran 27 – 28 inci (68-71 cm)
dan mempunyai berat 14-16 auns (396-453 g). Tekanan bola mesti sama dengan 0.6-1.1
tekanan atmosfera yang bersamaan dengan 8.5-15.6 paun/inci³ (600-1100 g/cm³) pada
paras laut. Bola sepak yang kalis air boleh didapati; ini bermakna berat bola adalah lebih
kurang sama di sepanjang permainan walaupun pada permukaan yang basah atau
berlumpur. Sebiji bola putih yang kalis air lebih mudah dilihat daripada bola berwarna
gelap semasa musim dingin. Bola hanya boleh ditukar semasa permainan dengan
kebenaran pengadil. Permainan bola sepak yang dimain oleh kanak-kanak di padang yang
tidak mempunyai rumput boleh menggunakan bola bertanda yang selamat. Sebiji bola
dengan saiz 3 adalah cukup besar untuk kanak-kanak.

Keselamatan Pegawai Pertandingan.


Tiga pegawai yang bertanggungjawab terhadap permainan bola sepak
ialahseorang pengadil yang dilantik dan mempunyai tanggungjawab utama untuk
mengawasi permainan di padang dan dua orang penjaga garisan. Tiada peraturan yang
menentukan cara pegawai berpakaian tetapi adalah menjadi kebiasaan memakai pakaian
yang dapat dibezakan daripada pemain. Terutamanya sarung kaki dan baju. Pengail dan
penjaga garisan harus merujuk kepada peraturan tentang tugas-tugas yang dijalankan.
Pengadil khususnya harus sedar akan perubahan tentang bola, masa tambahan, tempoh
permainan dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai