Anda di halaman 1dari 29

Topik Pengenalan

1 kepada
Perkembangan
Kognitif
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan konsep perkembangan kognitif;
2. Menjelaskan latar belakang dan sejarah perkembangan kognitif;
dan
3. Menganalisis isu berkaitan teori perkembangan kognitif.

PENGENALAN
Saya sedang duduk dalam bilik sambil memerhatikan kanak-kanak dan remaja
pada peringkat usia yang berbeza menunjukkan keupayaan mereka melihat
bentuk, warna, nombor, malah membaca teks dengan mata ditutup. Hari itu
merupakan hari kedua mereka didedahkan dengan teknik yang disebut sebagai
power brain. Keupayaan kanak-kanak ini melakukan sesuatu yang mengagumkan
sambil mata ditutup membolehkan mereka melakukan sesuatu yang lebih hebat
seperti menyelesaikan masalah kiub Rubik, memanah, menunggang basikal,
bermain papan roda dan menyiapkan kerja sekolah seperti menyelesaikan
masalah matematik atau latihan kefahaman.

Program dua hari pengaktifan otak telah merangsang otak untuk melakukan
pelbagai perkara yang menakjubkan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima
tahun yang paling muda dalam bilik itu berjaya membina kemahiran dengan
lebih pantas. Pada akhir hari pertama, kanak-kanak itu berupaya mengenal pasti

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

bentuk, warna, nombor dan teks. Seorang remaja berusia 15 tahun didapati telah
mengenal pasti sama ada warna, bentuk ataupun nombor. Remaja ini didapati
mengambil masa satu minggu untuk menguasai apa yang kanak-kanak
prasekolah kuasai dalam masa dua hari.

Apakah yang menyebabkan pencapaian kedua-dua pelajar dan remaja ini


berbeza? Adakah disebabkan kecerdasan otak kanak-kanak prasekolah lebih
mudah dibentuk berbanding remaja? Apakah yang berlaku sekiranya kanak-
kanak dalam lingkungan usia satu dan dua tahun didedahkan dengan aktiviti
yang sama? Adakah kanak-kanak ini menunjukkan pencapaian yang lebih baik
daripada kanak-kanak prasekolah?

Modul ini dijangka dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik
tentang proses perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu proses pemerolehan
pengetahuan dan kognisi dalam manusia. Tujuan modul ini adalah untuk
berkongsi secara mendalam tentang perkembangan kanak-kanak daripada segi
keupayaan mereka untuk mengetahui, berfikir, menaakul dan mengumpul
memori. Melalui proses perkembangan kognitif, seorang bayi yang mempunyai
keupayaan intelek yang masih mentah boleh berkembang menjadi kanak-kanak
dan remaja yang mempunyai keupayaan yang sangat menonjol dan seterusnya
menjadi orang dewasa yang memiliki kognisi yang matang.

Pandangan utama berkaitan teori perkembangan kognitif yang dibincangkan


dalam modul ini termasuklah perspektif tentang perkembangan-sistem,
konstruktivist, sosio-budaya dan pemprosesan maklumat. Sesetengah teori yang
menyamakan pemikiran manusia dengan komputer dapat membantu kita
memahami pemikiran manusia. Walaupun dianggap hebat, keupayaan
komputer masih primitif dibandingkan dengan pemikiran manusia yang
dianugerahkan Tuhan, yang mampu melakukan sesuatu yang wajar dalam
sesaat.

Proses asas penerimaan sensori daripada organ seperti kulit, mata, telinga dan
hidung, dan pemindahan maklumat sensori kepada perbuatan dalam sesaat
adalah rumit namun menakjubkan. Tidak ada komputer yang canggih dan
efisien dapat menyamai pemikiran manusia yang sempurna.

Maka, topik ini membincangkan secara ringkas bagaimana penyelidik berfikir


dan menyelidik keupayaan kognitif manusia. Pemahaman bagaimana
penyelidikan dilakukan dan bagaimana pengetahuan baharu diuji dalam bidang
ini membolehkan kita memahami penemuan baharu tentang pemikiran manusia
yang hebat dan mempunyai keupayaan yang luar biasa.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 3

1.1 DEFINISI KONSEP DALAM


PERKEMBANGAN KOGNITIF
Sebelum kita membincangkan tentang perkembangan kognitif, mari kita
fahamkan apa yang dimaksudkan dengan psikologi kognitif.

Psikologi kognitif ialah bidang yang menumpukan kepada proses mental


seperti persepsi, pembentukan konsep, penyelesaian masalah, kemahiran
menaakul, keupayaan membuat keputusan, perkembangan bahasa dan
memori.

Perkembangan kognitif melibatkan pengembangan proses bagaimana manusia


berfikir sejak lahir, sewaktu kanak-kanak dan remaja, dan sehingga menjadi
orang dewasa. Berfikir melibatkan proses mental yang tinggi seperti
mengklasifikasikan, menggambarkan, menaakul, mencipta, mengkonsepsikan,
merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengingat.
Pemikiran kanak-kanak merujuk kepada pemikiran yang berlaku sejak lahir
sehingga kanak-kanak itu remaja.

Definisi Konsep
Perbincangan tentang kognisi dalam modul ini termasuk proses dan
perkembangan tumpuan, persepsi, memori, bahasa, pembentukan konsep,
pemikiran, pemahaman dan aspek-aspek lain perkembangan otak. Perkembangan
kognitif biasanya membincangkan pemerolehan rutin kanak-kanak, proses
normal mental berkaitan pemahaman tentang dunia di sekeliling mereka.
Konsep-konsep yang terlibat dengan perkembangan kognitif adalah:

(a) Tema-tema Kognitif


Perkembangan kognitif membincangkan kematangan dalam keupayaan
berfikir dan memahami. Terdapat beberapa ulangan tema-tema yang muncul
dalam perkembangan kognitif. Tema-tema ini dijelaskan dalam Jadual 1.1
seperti berikut:

Jadual 1.1: Tema-tema dalam Perkembangan Kognitif

Tema Deskripsi
Tumpuan Penting tetapi merupakan proses mental yang dianggap tidak
penting. Sangat penting dalam kebanyakan proses, namun
kita tidak boleh mengawal tumpuan sepenuhnya. Apakah
yang mengawal tumpuan? Mengapa sesetengah tumpuan
tidak disedari dan sesetengah tumpuan memerlukan proses
di mana seseorang perlu memberikan perhatian penuh?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Persepsi Mengesan, menganalisis dan mengorganisasikan data sensori


untuk memahami persekitaran. Persepsi menukar data
sensori bersifat fizikal atau kimia kepada signal atau
gelombang otak. Sistem persepsi otak membolehkan kita
melihat dunia di sekeliling dalam keadaan stabil walaupun
data sensori yang diterima berubah-ubah dan tidak sempurna.
Memori Proses mengekod, menyimpan dan mengembalikan data.
Mengekod membolehkan data daripada persekitaran sampai
kepada sensori kita. Penyimpanan ialah proses mengekalkan
data dalam tempoh yang lama. Proses perolehan semula ialah
keupayaan untuk mengesan data yang tidak disedari dan
mengembalikan data itu supaya disedari semula.
Implisit lawan Kita memiliki daya persepsi terhadap sesetengah jenis
eksplisit memori (seperti kita perlu makan tengah hari) secara
langsung dan eksplisit. Namun, sesetengah proses adalah
implisit. Ia wujud tetapi kita tidak sedar akan kewujudannya.
Bagaimanakah keadaan tidak sedar ini mempengaruhi
tingkah laku dan kognisi kita?
Pemprosesan Sesetengah proses bergantung sepenuhnya pada data
didorong lawan daripada persekitaran (pemprosesan didorong data).
pemprosesan Manakala sesetengah proses bergantung sepenuhnya pada
didorong pengetahuan sedia ada (pemprosesan didorong konsep). Kita
konsep kerap membuat kesilapan kerana salah membuat tanggapan
dan tafsiran.
Pembentukan Juga dikenali sebagai pembelajaran kategori dan pemerolehan
Konsep konsep. Pembentukan konsep ialah proses membina kategori
mental yang membolehkan kita mengklasifikasikan objek,
peristiwa, idea dengan membandingkan dan membezakan
berdasarkan sekumpulan nilai bersama.
Representasi Merupakan imej mental dalam bentuk objek, peristiwa atau
Mental tetapan yang tidak dikesan oleh deria mata, telinga dan kulit.
Representasi mental membolehkan kita memikirkan sesuatu
yang tidak wujud. Otak dan bayangan mental kita
membolehkan kita menerima sesuatu yang tidak pernah
terjadi. Bagaimanakah kita boleh menghasilkan novel?
Daripada mana datangnya idea?
Metakognisi Kesedaran terhadap pemikiran dan persepsi diri sendiri.
Kesedaran ini mengingatkan kita supaya kita tidak lupa.
Persoalannya adakah apa yang kita fikir, lihat dan dengar itu
benar? Atau hanya imaginasi kita?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 5

(b) Konsep Berperingkat


Terdapat beberapa teori yang menggambarkan perkembangan kognitif
secara berperingkat. Flavell (1971) mengatakan terdapat empat implikasi
utama konsep berperingkat seperti yang dijelaskan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Empat Implikasi Utama Konsep Berperingkat

Implikasi Utama Deskripsi


Perubahan kualiti Perubahan berlaku mengikut tahap secara kualitatif, bukan
kuantitatif. Perubahan kualiti perlu diukur dengan cara
yang boleh difahami dan fleksibel.
Andaian serentak Kanak-kanak melalui tahap yang mengandungi pelbagai
konsep dan bidang secara serentak, tidak secara
berasingan.
Andaian yang Kanak-kanak boleh menunjukkan pencapaian dari satu
tidak diduga tahap ke tahap tanpa diduga. Mereka boleh berada pada
satu tahap dalam jangka masa yang lama dan boleh
bertukar ke tahap seterusnya secara tiba-tiba.
Organisasi secara Organisasi secara koheren memberi kita gambaran bahawa
koheren setiap tahap mengandungi entiti keseluruhan.

(c) Faktor Masa dan Ketepatan


Dua faktor tingkah laku yang biasa digunakan dalam kognisi ialah
(i) tempoh masa yang diambil untuk melakukan sesuatu tugas dan
(ii) ketepatan dalam melakukan tugasan itu. Para pengkaji mengenal pasti
proses kognisi mental bergantung sepenuhnya kepada faktor masa dan
ketepatan seperti berikut:

(i) Masa respons: Mengukur pergerakan masa antara rangsangan


dengan tindak balas seseorang terhadap rangsangan itu. Perbezaan
dalam masa respons boleh memberikan interpretasi terhadap
kepantasan atau kesukaran proses mental, seterusnya menghasilkan
kesimpulan terhadap proses kognitif dan peristiwa.

(ii) Ketepatan dalam Melakukan Tugasan: Ketepatan dalam menilai sama


ada seseorang itu boleh mengingat senarai atau memparafrasa
teks dengan tepat, membuktikan proses mental yang didasari telah
berlaku.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

(d) Model Proses


Apakah yang dimaksudkan dengan model proses?

Model proses ialah model berskala kecil yang merangka langkah-


langkah mental semasa melakukan tugas dan meramalkan apa yang
boleh diterokai.

Model proses merupakan hipotesis terhadap proses mental yang spesifik


kita lalui semasa melakukan sesuatu tugas yang teliti. Model proses sesuai
untuk tugas yang mudah dan cepat. Beberapa andaian dibuat dalam
analisis proses. Andaian ini disenaraikan dalam Jadual 1.3 seperti berikut:

Jadual 1.3: Andaian dalam Analisis Proses

Andaian Deskripsi
Pemprosesan peringkat- Hanya satu peringkat boleh beroperasi dalam satu
peringkat berurutan masa. Satu set lengkap mengandungi peringkat-
peringkat yang membentuk proses mental dan
bekerja secara berurutan.
Peringkat-peringkat yang Sesuatu peringkat perlu menyiapkan operasinya
tidak bergantung dan sebelum masuk ke peringkat seterusnya dan tempoh
tidak terikat pada operasi dalam satu peringkat tidak memberikan
sesuatu kesan kepada peringkat yang lain.
Pemprosesan selari Kepelbagaian proses mental dalam melakukan
sesuatu secara serentak. Sebagai contoh, semasa
menaip ayat ini sensori neuron mengenkod data
yang ditaip dan neuron inter memproses data sebaik
sahaja saya mengesahkan dan mengaitkan dengan
topik lain dalam pemikiran.
Pemprosesan didorong Juga dikenali sebagai reka bentuk dari atas ke
konsep bawah. Bermula dengan objek, konsep atau idea
yang lebih luas, kemudian dipecahkan kepada
gambaran yang lebih terperinci.
Pemprosesan didorong Juga dikenali sebagai reka bentuk dari bawah ke
data atas. Bermula dengan komponen-komponen asas
dalam sistem yang diperincikan dengan lebih halus.
Komponen-komponen ini kemudian digabungkan
untuk membentuk sub sistem yang lebih luas. Sub
sistem ini dihubungkan pada banyak peringkat
untuk membentuk satu sistem yang lengkap.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 7

Kesan-kesan kontekstual Kesan faktor persekitaran terhadap persepsi


rangsangan seseorang. Ia memberi kesan terhadap
kehidupan dalam pelbagai cara seperti membuat
keputusan untuk membeli barang yang pernah
dilihat. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak
memilih untuk membeli Vitagen kerana pernah
melihat minuman itu di televisyen.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Apakah tema-tema utama dalam perkembangan kognitif?
2. Apakah faktor-faktor yang digunakan penyelidik untuk menilai
proses kognisi mental?
3. Bagaimanakah pemprosesan berurutan berbeza dengan
pemprosesan selari?
4. Apakah perbezaan pemprosesan dari atas ke bawah dengan
pemprosesan dari bawah ke atas?

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KOGNITIF


Idea tentang sifat pemikiran telah lama wujud iaitu sejak zaman kuno lagi dalam
kalangan tokoh-tokoh lama seperti Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322
SM). Pada tahun 387 SM, Plato mengatakan otak merupakan tempat proses
mental berlaku. Manakala Aristotle telah menulis buku tentang prinsip-prinsip
asas memori bertajuk De Memoria atau Berkenaan Memori. Menurut beliau,
pemikiran manusia semasa lahir adalah tabula rasa atau kosong. Kemudian
Homer (abad ke-7 SM), Socrates (470-399 SM) dan Descartes (15961690) telah
mengemukakan idea tentang bagaimana minda bekerja dan bagaimana
mempertingkatkannya. Selepas Descartes, beberapa ahli-ahli psikologi awal
yang lain mula melakukan penyelidikan yang sistematik berkaitan dengan
pemahaman manusia masa kini tentang psikologi kognitif.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

1.2.1 Psikologi Awal


Ahli sejarah mengakui bahawa tiga orang saintis German iaitu Ernst Weber,
Gustav Fechner dan Hermann von Helmholtz merupakan kumpulan penyelidik
pertama yang melakukan penyelidikan tentang tingkah laku manusia dan proses
mental. Ahli-ahli psikologi awal yang terlibat dengan penyelidikan kognisi
manusia ialah Weber dan Fechner. Weber dan Fechner telah melakukan
penyelidikan tentang respons manusia terhadap rangsangan fizikal. Hasil kerja
mereka yang dikenali sebagai Hukum Weber-Fechner menggabungkan dua
hukum persepsi manusia yang menggambarkan bagaimana persepsi manusia
boleh berubah mengikut magnitud yang lebih besar. Walau bagaimanapun,
Wilhelm Wundt lebih dikenali sebagai pemikir atau bapa psikologi.

(a) Hukum Weber-Fechner tentang Persepsi Manusia


Ernest Heinrich Weber (17951878) mula melakukan penyelidikan tentang
respons manusia terhadap rangsangan fizikal secara kuantitatif. Hukum
Weber mengatakan bahawa kadar perbezaan yang wujud antara dua
rangsangan adalah bersamaan dengan kadar magnitud rangsangan itu. Ia
merupakan satu pencapaian yang dinilai berdasarkan jumlah sebelumnya.

Gustav Theodor Fechner (18011807) kemudian menggunakan dapatan


Weber untuk membina skala psiko fizikal dan mengatakan bahawa kadar
sensasi subjektif adalah bersamaan dengan intensiti logaritma rangsangan.
Hukum Fechner menjelaskan Hukum Weber dalam bentuk dua bahagian
seperti berikut:

(i) Rangsangan dapat didiskriminasikan sekiranya rangsangan ini


menghasilkan satu respons visual pada tahap tertentu.

(ii) Respons visual R terhadap intensiti I ditunjukkan dalam bentuk


persamaan seperti berikut:

R = log (I).

Malah, bagi persepsi penglihatan dan pendengaran manusia terhadap


bunyi, kadar kecerahan pandangan dan kekuatan bunyi yang dikesan
adalah bersamaan dengan log10 (intensiti sebenar yang diukur
menggunakan instrumen bukan manusia yang tepat).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 9

(b) Kawasan Otak Linguistik Broca-Wernicke


Pierre Paul Broca (18241880), pakar bedah Francis telah mengenal pasti
penempatan pertama otak berfungsi. Kawasan Broca terlibat dengan
bahasa artikulasi. Penyelidikan beliau mendapati otak pesakit afasia
mengandungi luka pada kawasan Broca. Kedudukan Broca terletak di satu
bahagian korteks iaitu di sebelah kiri kawasan frontal.

Sebaik sahaja Broca mengumumkan dapatannya tentang kecacatan bahasa yang


berlaku disebabkan kerosakan pada kawasan Broca, Karl Wernicke (18481905)
mula melakukan kajian tentang kesan penyakit otak terhadap bahasa dan
pertuturan manusia. Wernicke mendapati sesetengah kecacatan bahasa bukan
disebabkan kerosakan pada kawasan Broca. Sebaliknya, beliau mendapati
kerosakan posterior kiri, girus temporal superior menyebabkan kerosakan pada
penguasaan bahasa. Bahagian ini dikenali sebagai kawasan Wernicke (lihat
Rajah 1.1) dan sindrom berkenaan dikenali sebagai afasia reseptif.

Rajah 1.1: Kawasan Broca dan kawasan Wernicke dalam otak


Sumber: http://neuropsychology.wikifoundry.com/page/The+Aphasias

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

(c) Herman Ludwig Ferdinand Von Helmholtz (18211894)


Helmholtz (lihat Rajah 1.2) merupakan pakar perubatan dan ahli fizik
yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pemahaman manusia
tentang sensasi, persepsi dan kelajuan denyutan saraf.

Rajah 1.2: Herman Ludwig Ferdinand Von Helmholtz (18211894)


Sumber: http://www.fisica-interessante.com

Beliau dikenali dengan kepakarannya dalam matematik mata, teori visi,


idea tentang persepsi visual ruang, kajian tentang visi warna, sensasi nada
dan persepsi bunyi.

(d) Wilhelm Wundt (18321920)


Pengasasan psikologi bermula dengan Wundt pada tahun 1879 (lihat
Rajah 1.3) apabila beliau membangunkan makmal penyelidikan psikologi
pertama di Leipzig, German.

Rajah 1.3: Wilhelm Wundt (18321920)


Sumber: http://www.quotessays.com

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 11

Wundt banyak memfokuskan kepada analisis kesedaran (sensasi,


persepsi dan tumpuan). Beliau menggunakan kaedah masa respons selbst-
beobachtung atau pemerhatian kendiri yang dikenali sebagai introspection
(kaji diri). Introspection adalah kaedah bagaimana seseorang mengkaji diri
dengan meneliti ke dalam diri untuk mendapatkan maklumat tentang
pengalaman dan sensasi dalam pemikiran. Kebanyakan para ahli psikologi
awal merupakan pelajar Wilhelm Wundt. Beliau telah menyelia 200 tesis
doktor falsafah dalam bidang psikologi.

(e) William James (18421910)


James (lihat Rajah 1.4) yang seangkatan dengan Wundt di Universiti
Harvard memperkenalkan pendekatan kognisi yang lebih fleksibel iaitu
funsionalisme.

Rajah 1.4: William James (18421910)


Sumber: skeptism.org

Idea beliau banyak dipengaruhi oleh Charles Darwin. Pada tahun 1890
James telah menerbitkan bukunya bertajuk Principal of Psychology. Dalam
bukunya beliau mengatakan pemikiran dan perasaan wujud, dan
merupakan penggerak ilmu pengetahuan. Topik-topik yang dibincangkan
dalam buku beliau termasuklah otak, tabiat pemikiran, aliran pemikiran,
tumpuan, konsepsi, sensasi, persepsi, memori, imaginasi dan penaakulan.
James percaya bahawa proses mental perlu ada pergerakan dan
pengaliran kesedaran yang dapat membantu kita menyesuaikan diri
dengan persekitaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

(f) Hermann Von Ebbinghaus (18501909)


Ebbinghaus (lihat Rajah 1.5) yang seangkatan dengan Wundt semasa di
German, telah membaca buku Wundt iaitu kajian tentang memori manusia
dan ingatan manusia yang semula jadi.

Rajah 1.5: Hermann Von Ebbinghaus (18501909)


Source: nichecreator.com

Ebbinghaus telah mengkaji memori dan lupaan secara semula jadi. Melalui
kaedah savings core, beliau mengkaji lupaan sebagai satu fungsi masa,
takat pembelajaran dan kesan penggunaan antara bahan yang berguna
dengan tidak berguna. Hasil kerja Ebbinghaus telah memberikan kesan
yang besar terhadap psikologi kognitif.

(g) Edward Titchener (18671927)


Edward Titchener (lihat Rajah 1.6) merupakan tokoh yang penting dalam
kalangan ahli psikologi Amerika yang bersependapat dengan Wundt.
Beliau merupakan lelaki berbangsa Inggeris yang pernah datang ke New
York untuk bekerja di Universiti Cornell pada tahun 1892.

Rajah 1.6: Edward Titchener (18671927)


Sumber: geniusrevive.com
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 13

Melalui cara introspection atau mengkaji diri, Titchener mengkaji struktur


pemikiran bawah sedar, sensasi, gambaran dan perasaan yang merupakan
elemen-elemen yang penting dalam struktur pemikiran. Beliau merupakan
pengasas pusat pengajian pemikiran psikologi strukturalisme.

(h) Edward C. Tolman (18861959)


Tolman (lihat Rajah 1.7) pernah mengikuti pengajian dalam bidang
kejuruteraan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan
memperoleh ijazah doktor falsafah bersama Gestaltist Koffka di Harvard
pada tahun 1915.

Rajah 1.7: Edward C. Tolman (18861959)


Sumber: www. gopixpic.com

Beliau banyak menghabiskan masa dalam kerjayanya di Universiti California


(Berkeley) di mana beliau mencadangkan tiga bahagian pembelajaran dalam
teorinya iaitu Teori Isyarat Gestalt. Teori ini mengatakan pembelajaran
terbahagi kepada tiga iaitu (1) signifikan atau matlamat tingkah laku,
(2) isyarat atau isyarat tindakan dan (3) matlamat berhubungan yang
menggambarkan proses internal dan perhubungan.

Beliau percaya bahawa pengetahuan dibina berdasarkan ketiga-tiga isyarat


di atas yang kemudiannya diorganisasikan dalam bentuk peta kognitif
(representasi persepsi dalaman dalam persekitaran luaran). Menurut beliau
rangsangan berterusan dalam persekitaran mempengaruhi tingkah laku.
Jadi pembelajaran adalah unik bagi setiap individu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


14 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

(i) Tokoh Pelopor Psikologi Wanita


Terdapat beberapa ahli psikologi wanita yang terlibat dengan kajian
tentang kognisi manusia.

(i) Christine Ladd-Franklin (18471930)


Beliau telah menamatkan pengajiannya pada peringkat doktor
falsafah pada pertengahan tahun 1880. Walau bagaimanapun beliau
telah dianugerahkan ijazah tersebut secara rasminya pada tahun 1926,
apabila Universiti Johns Hopkins akhirnya bersetuju untuk
menganugerahkan wanita ijazah kedoktoran. Ladd-Franklin (lihat
Rajah 1.8) telah menghasilkan teori evolusi visi warna.

Rajah 1.8: Christine Ladd-Franklin (18471930)


Sumber: www.feministvoices.com

(ii) Mary Whiton Calkins (18631930)


Pada tahun 1895, Calkins (lihat Rajah 1.9) telah memperoleh ijazah
doktor falsafah di Harvard.

Rajah 1.9: Mary Whiton Calkins (18631930)


Sumber: ma.sau45.libguides.com

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 15

Walaupun William James sangat mengagumi beliau, Universiti


Harvard enggan menganugerahkan wanita ijazah kedoktoran.
Calkins telah memperkenalkan aliran pemikiran psikologi kendiri
dan telah mencipta ujian mengaitkan sesuatu secara berpasangan
(paired-associated test) yang merupakan teknik kajian yang penting
dalam penyelidikan memori. Beliau merupakan presiden wanita
pertama Persatuan Psikologi Amerika pada tahun 1905.

(iii) Margaret Floy Washburn (18711939)


Washburn (lihat Rajah 1.10) memperoleh ijazah doktor falsafah dari
Universiti Cornell pada tahun 1894 dan kemudian mengajar di Kolej
Vassar.

Rajah 1.10: Margaret Floy Washburn (18711939)


Sumber: ma.sau45.libguides.com

Beliau telah menulis buku bertajuk Movement and Mental Imaginary (1916) yang
menyatakan bahawa setiap benda mempunyai sensori kesediaan motor yang
tidak sama. Menurut beliau pembelajaran meliputi pergerakan motor yang
berkait lalu membentuk satu set gabungan. Idea juga diorganisasikan dengan
cara yang sama. Beliau mengatakan pemikiran datang daripada pergerakan
tangan, mata, peti suara dan otot badan.

1.2.2 Kognisi Memuncul (Emerging) dan Psikologi


Kognitif
Tahun antara 1945 hingga 1960 merupakan satu tempoh berlakunya reformasi
dalam penyelidikan psikologi. Para psikologi terdesak menukar arah baharu
bagi menyahut cabaran behaviorisme terkini yang datang dari luar dan dalam.
Bagi menghadapi isu-isu praktikal, para ahli psikologi terpaksa mendorong diri
masing-masing untuk berfikir secara berbeza tentang tingkah laku manusia.
Sebagaimana bermulanya era psikologi pada tahun 1897, psikologi kognitif mula
diperkenalkan pada tahun 1960.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
16 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Psikologi Gestalt bermula di German pada awal abad ke-20 diikuti dengan
kemunculan bidang sains komputer pada separuh abad kedua. Kedua-dua teori
psikologi Gestalt dan pemprosesan maklumat berkongsi idea yang sama dengan
menyatakan bahawa fungsi otak sebenarnya untuk menginterpretasikan
maklumat bukan semata-mata menunjukkan reaksi terhadap maklumat itu.
Pendekatan pemprosesan maklumat fokus kepada struktur dan fungsi
pemprosesan otak dalam konteks persekitaran yang spesifik.

Terdapat para penyelidik lain dalam bidang kecerdasan pemikiran membuat


penyelidikan bagaimana manusia membina pengetahuan dengan mengingat
maklumat penting, berdasarkan pengalaman, melalui penaakulan dan
penyesuaian dengan persekitaran. Para penyelidik ini termasuklah Jean Piaget
dan Lev Semyonovich Vygotsky. Teori perkembangan kognitif Piaget
mengemukakan proses dan peringkat yang dilalui manusia untuk memperoleh
kemahiran dalam menguasai pemikiran simbolik yang abstrak. Sebaliknya teori
Piaget didapati banyak bercanggah dengan pandangan Jerome Bruner dan Lev
Semyonovich Vygotsky.

Melalui perkembangan psikologi kognitif, bidang lain yang tiada kaitan dengan
psikologi kognitif seperti kejuruteraan komunikasi dan sains komputer telah
menyumbang idea yang berguna kepada kebangkitan bidang psikologi kognitif.
Para psikologi kognitif melihat manusia sebagai individu aktif yang sentiasa
mencari, mengubah dan membentuk pengalaman sendiri. Manusia juga
menggunakan proses mental untuk mengubah maklumat dalam proses
perkembangan kognitif. Respons seseorang terhadap sesuatu peristiwa
bergantung kepada persepsi seseorang terhadap peristiwa itu. Bahagian
seterusnya membincangkan secara terperinci tentang psikologi Gestalt,
perspektif pemprosesan maklumat dan beberapa pandangan berkenaan
perkembangan kognitif.

(a) Psikologi Gestalt


Psikologi Gestalt bermula di German pada tahun 1910. Para ahli psikologi
Gestalt yang terkenal seperti Max Wertheimer (18801943), Kurt Koffka
(18861941) dan Wolfgang Kohler (18871967) menekankan bahawa
manusia membuat persepsi terhadap objek dan paten sebagai satu unit
keseluruhan dan persepsi itu lebih daripada apa yang dibentuk dalam unit
itu. Rajah 1.11 memaparkan ketiga-tiga ahli psikologi Gestalt.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 17

Rajah 1.11: (a) Max Wertheimer (18801943), (b) Kurt Koffka (18861941) dan
(c) Wolfgang Kohler (18871967)
Sumber: timerime.com

Istilah gestalt yang berasal daripada German, secara kasarnya bermaksud


keseluruhan, bentuk atau paten. Psikologi Gestalt bermula pada tahun
1910 apabila penyelidikan Max Wertheimer tentang fenomena fi
diterbitkan dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Experimental Studies
on The Perception of Movement. Paten pergerakan cahaya lampu yang
berkelip-kelip memberikan gambaran bahawa satu sahaja cahaya yang
bergerak berulang-alik dari satu posisi ke satu posisi. Para ahli psikologi
Gestalt berpendapat pergerakan cahaya ini membuktikan bahawa manusia
menggambarkan sesuatu dalam bentuk keseluruhan bukan pada bahagian-
bahagian tertentu.

(b) Perspektif Pemprosesan Maklumat


Hasil ciptaan komputer sedikit sebanyak telah menyumbangkan idea
tentang bagaimana pemikiran dalaman manusia berlaku. Komputer
membuktikan bahawa proses yang tidak diperhatikan boleh dikaji dan
difahami, terutamanya berkenaan dengan simbol dan bagaimana simbol ini
dimanipulasikan secara internal.

Komputer ialah mesin yang memanipulasikan simbol. Newell dan Simon


telah mengemukakan satu analogi jelas antara pemprosesan maklumat
dalam komputer dengan pemprosesan maklumat dalam diri manusia. Idea
Newell dan Simon telah diterbitkan dalam bentuk buku bertajuk Plans and
the Structure of Behaviour by Miller, Galanter and Pribram (1960). Buku ini
menyatakan bahawa manusia mengawal tingkah laku menggunakan
strategi mental untuk mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah.

Satu lagi konsep penting yang diperoleh daripada komputer ialah kapasiti
binaan dalaman yang terhad. Sekiranya kapasiti digunakan tanpa had,
maklumat akan hilang. Ahli psikologi juga mendapati manusia memiliki
kapasiti kognitif yang terhad. Terdapat had dalam banyak perkara yang
mampu manusia lakukan atau fikirkan dalam satu masa. Maklumat ini
menguatkan perspektif baharu tentang kapasiti kognitif.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
18 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Komputer dianggap sebagai mesin yang mencerminkan inti pati pemikiran


manusia. Idea tentang bagaimana komputer melakukan pelbagai tugas
sedikit sebanyak memberikan maklumat berkenaan cara manusia
memproses maklumat. Richard Atkinson dan Richard Shiffrin (1968) telah
mencipta model penyimpanan pelbagai (multi-store) bagi sistem
memproses maklumat. Model ini dijadikan panduan berguna untuk
memahami memori manusia.

(c) Pandangan Terkini tentang Perkembangan Kognitif


Piaget dan Vygotsky adalah antara penyelidik yang banyak mempengaruhi
bidang perkembangan kognitif pada abad ke-20.

Piaget (18961980) satu-satunya ahli psikologi yang memberikan


sumbangan besar terhadap pemahaman manusia tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak. Sebaik sahaja menamatkan pengajian doktor falsafah
dalam bidang zoologi pada tahun 1918 di Switzerland, Piaget berhijrah ke
Paris. Di Paris, beliau melakukan penyelidikan di makmal Alfred Binet dan
telah menghasilkan alat pengukuran kecerdasan standard yang pertama.
Pengalaman yang diperoleh di Alfred Binet telah mendorong beliau untuk
mengkaji bagaimana kanak-kanak berfikir.

Piaget (lihat Rajah 1.12) telah menggabungkan pengetahuannya dalam


bidang zoologi dengan epistemologi (falsafah tentang asal-usul
pengetahuan) untuk menghasilkan pengetahuan baharu yang dikenali
sebagai genetik epistemologi.

Rajah 1.12: Jean Piaget (18961980)


Sumber: wikiuocgrup2.wikispaces.com

Pada tahun 1955, Piaget membangunkan pusat genetik epistemologi yang


dinamakan International Centre for Genetic Epistemology di Geneva.
Beliau menjadi pengarah pusat itu sehingga meninggal dunia pada tahun
1980.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 19

Pada tahun 1921, beliau telah menerbitkan artikel pertama beliau tentang
psikologi kecerdasan dalam Journal de Psychologie. Beliau kemudian
menerbitkan hasil rumusan beliau yang bertajuk Introduction to Genetic
Epistemology (1949; 1950). Teori Piaget telah menyumbang kepada
pemahaman tentang perkembangan kognitif dalam dua bentuk iaitu proses
bagaimana pengetahuan diperoleh (pembentukan skema) dan peringkat-
peringkat berurutan yang manusia lalui dalam menguasai keupayaan.

Bagi Piaget, perkembangan kognitif merupakan proses pembinaan mental


secara berperingkat yang datang daripada kematangan biologi dan
pengalaman persekitaran. Kanak-kanak memperoleh lebih banyak
pengetahuan dengan melakukan sendiri sesuatu perkara daripada belajar
perkara itu. Mereka membina pemahaman tentang dunia di sekeliling
melalui pengalaman yang tidak konsisten iaitu antara apa yang mereka
ketahui dengan apa yang mereka belajar melalui persekitaran.

Perspektif Piaget sering dibandingkan dengan Lev Semyonovich Vygotsky


(18961934) yang melihat interaksi sosial sebagai pengaruh utama dalam
kognitif dan tingkah laku. Vygotsky (lihat Rajah 1.13) merupakan
pemegang ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Moscow.

Rajah 1.13: Lev Semyonovich Vygotsky (18961934)


Sumber: en.wikipedia.org

Sepanjang kehidupan beliau, teori Vygotsky menjadi kontroversi dalam


kalangan Soviet Union. Pada tahun 1925, Vygotsky telah menyiapkan
disertasi beliau bertajuk Psychology of Art (diterbitkan pada tahun 1960).
Beliau juga menghasilkan buku yang bertajuk Pedagogical Psychology.

Pada tahun 1930 idea Vygotsky diperkenalkan di Barat tetapi tidak


diketengahkan sehingga tahun 1970. Menjelang penghujung abad ke-20,
idea Vygotsky menjadi elemen yang penting dalam psikologi kognitif.
Pada awal abad ke-21, para ilmuwan didapati mula menilai semula banyak
teori dan konsep utama Vygotsky.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
20 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teori sosio-budaya beliau menggambarkan perkembangan kognitif sebagai


proses perantara secara sosial yang berlaku mengikut budaya.
Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah unik dan terbina berdasarkan
keperluan mereka terhadap persekitaran. Mereka menggunakan keupayaan
otak dan mental untuk memahami perkara-perkara di sekeliling dan
menyelesaikan masalah berdasarkan keperluan, kepercayaan dan nilai-nilai
yang terdapat dalam budaya mereka.

Penyelidikan Vygotsky tentang bagaimana kanak-kanak menyelesaikan


masalah di luar kemampuan mendorong beliau menghasilkan Teori Zon
Perkembangan Proksimal. Idea beliau inilah yang menjadikan teori sosio-
budaya Vygotsky mendapat pengaruh kuat terhadap pendidikan
terutamanya di Rusia dan negara-negara yang lain.

Walau bagaimanapun, teori perkembangan kognitif Jean Piaget telah


dikritik dalam beberapa aspek termasuk:

(i) Tidak menjelaskan bagaimana perkembangan dari satu peringkat ke


peringkat seterusnya wujud;

(ii) Tidak menjelaskan perbezaan individu dalam perkembangan


kognitif, misalnya sesetengah individu lebih cepat menguasai setiap
peringkat berbanding individu lain; dan

(iii) Individu dalam lingkungan usia yang ditetapkan pada peringkat


tertentu mungkin mempunyai perbezaan dari segi domain seperti
pemahaman tentang sosial, matematik dan konsep ruang. Jadi, adalah
tidak wajar menetapkan seseorang individu pada satu tahap tertentu
sahaja.

Sekumpulan pengkaji dikenali sebagai ahli teori Neo-Piagetian telah


mencuba untuk mengatasi kelemahan teori Piaget dengan menggabungkan
konsep daripada teori Piaget dengan teori-teori lain dan konsep yang
dikemukakan oleh ahli itu sendiri. Keinginan ahli-ahli Neo-Piagetian untuk
mengetahui tentang mekanisme perkembangan dan cara mengoptimumkan
pembelajaran telah memberikan panduan yang lebih eksplisit kepada para
pendidik berbanding teori Piaget. Ahli-ahli teori Neo-Piagetian yang telah
memberikan sumbangan terhadap penambahbaikan teori Piaget ialah Juan
Pascual-Leone, Robbie Case, Graeme Halford, Kurt Fischer, Michael
Commons dan Andreas Demetriou.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 21

Ahli-ahli teori Neo-Piagetian berkongsi pendapat dengan Piaget bahawa:

(i) Perkembangan kognitif meningkat mengikut tahap;

(ii) Kematangan biologi meluaskan keupayaan pemikiran kanak-kanak


dalam melakukan sesuatu pada usia tertentu; dan

(iii) Pemikiran kanak-kanak menggambarkan bagaimana mereka


membina struktur-struktur mental dalaman (Case & Okamoto, 1996).

Ahli-ahli Neo-Piagetian menggabungkan idea Piaget dengan konsep


Vygotsky untuk menjelaskan kesan pengalaman terhadap perkembangan
kognitif yang mencerminkan perbezaan budaya dan individu. Walaupun
teori kematangan menetapkan tahap yang lebih tinggi terhadap pencapaian
yang perlu dikuasai, budaya dan pengalaman seharian kanak-kanak belum
tentu dapat memberikan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan
kanak-kanak mencapai tahap itu.

Teori-teori Neo-Piagetian menggunakan mekanisme untuk menjelaskan


perbezaan antara budaya dengan sosio-ekonomi mengikut corak atau
tahap perkembangan kognitif. Teori-teori ini didapati sesuai dengan idea
yang mengatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan
yang berbeza untuk memahami persekitaran yang terdapat dalam budaya
mereka.

Teori-teori ini juga menjelaskan bagaimana perkembangan kognitif berlaku


melalui peringkat-peringkat teori Piaget. Teori-teori ini juga menggunakan
kapasiti pemprosesan maklumat untuk menjelaskan bagaimana pencapaian
berlaku dari satu peringkat ke peringkat seterusnya dan perbezaan
individu dalam perkembangan (Schwartz & Fischher, 2004).

Sebagai contoh, Pascual-Leone (1987) menjelaskan bagaimana kematangan


biologi sistem saraf pusat dapat meningkatkan pemprosesan maklumat
dalam tempoh satu tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Teori-teori
Neo-Piagetian mengatakan rangsangan terhadap keupayaan memori dan
keupayaan menyelesaikan masalah pada tahap yang lebih tinggi
mempunyai kaitan dengan proses yang telah dipercepatkan.

Pengaruh paradigma pemprosesan maklumat juga dapat dilihat dengan


jelas dalam teori-teori Neo-Piagetian yang percaya bahawa tugasan kognitif
yang spesifik satu-satunya tugasan yang sukar berbanding tugasan lain
walaupun dalam konteks domain yang sama. Graeme Halford (1987)
terutamanya, sangat dikenali dengan jenis analisis tugasan ini dalam
penyelidikannya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


22 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

AKTIVITI 1.1

Secara berkumpulan, ringkaskan dan kenal pasti sumbangan ahli-ahli


psikologi awal (dalam abad ke-19) mengikut pemahaman anda
terhadap perkembangan kognitif dan psikologi.

1.3 ISU TEORITIKAL PERKEMBANGAN


KOGNITIF
Teori dan perspektif terkini mengatakan perkembangan kognitif telah membantu
kita memahami dengan lebih baik sifat semula jadi kognisi, bagaimana kognisi
berkembang dan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap perkembangan
kognisi. Setiap teori dan perspektif mempunyai kekuatan, kekurangan dan isu
tersendiri. Topik-topik berikut membincangkan kekuatan, kekurangan dan isu
perkembangan kognitif.

1.3.1 Kontroversi dalam Legasi Piaget


Legasi Piaget dalam perkembangan kognitif merupakan teori yang sangat
berpengaruh dalam perkembangan kognitif. Walaupun begitu, legasi ini sudah
tidak diterima lagi sepenuhnya oleh para pengkaji dalam bidang ini. Ahli-ahli
Neo-Piagetian masih belum mencapai kata sepakat bagaimana hendak
mengubah dan menambah baik teori ini. Ada antara mereka mencari perspektif
alternatif dan ada juga cuba menggabungkan pandangan konstruktivist Piaget
dengan aspek yang tidak ditekankan Piaget, seperti perkembangan dalam
konteks budaya (peristiwa dan manusia dalam kehidupan kanak-kanak).

Kini, perbezaan teori dan kajian telah menyebabkan kewujudan pelbagai idea
tentang perkembangan kognitif berbanding setengah abad yang lalu. Walaupun
begitu, masih ramai pengkaji bersetuju dengan idea Piaget yang mengatakan
kanak-kanak merupakan pelajar yang dinamik dan konstruktif. Teori Piaget
telah digunakan secara meluas dalam kajian bidang perkembangan kognitif

1.3.2 Perspektif Ilmu Teras


Ahli-ahli teori ilmu teras telah memberikan penjelasan yang baik mengapa
sesetengah kemahiran kognitif muncul dan berkembang dengan cepat pada awal
usia. Mereka telah memberi pemahaman yang mendalam tentang bagaimana
bayi dan kanak-kanak berfikir.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 23

Walaupun begitu, bagaimana titik permulaan semula jadi bayi yang baru
dilahirkan berfikir masih menjadi perdebatan. Teori ilmu teras tidak
memaklumkan kepada kita bagaimana kanak-kanak dapat mengubah struktur
dalaman mereka. Teori ini tidak menjelaskan pengalaman yang mana satukah
paling penting dalam setiap domain dan bagaimana pengalaman ini dapat
meningkatkan pemikiran kanak-kanak. Teori ini kurang memberi penekanan
kepada pembelajaran kanak-kanak melalui interaksi dengan orang lain.
Walaupun wujud kekurangan, penyelidikan dan hasil penyelidikan ilmu teras
yang berguna telah meningkatkan pengetahuan kita tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak.

1.3.3 Teori Sosio-Budaya Vygotsky


Teori Vygotsky membantu kita memahami pengaruh nilai-nilai budaya,
keperluan kemahiran kognitif dan peranan bimbingan dalam perkembangan
kognitif. Walau bagaimanapun teori Vygotsky tidak pernah dicabar. Teori beliau
tentang perubahan kognitif telah menjadi ikutan.

Vygotsky pernah dikritik kerana telah mengabaikan peranan biologi dalam


menyumbang perkembangan kognisi kanak-kanak. Teori beliau tidak
membincangkan bagaimana motor asas, persepsi, memori dan keupayaan
menyelesaikan masalah dapat mengubah pengalaman sosial kanak-kanak
dengan lebih baik. Beliau juga tidak menjelaskan bagaimana kanak-kanak
menghayati pengalaman sosial untuk meningkatkan fungsi mental mereka.

Selain itu, teori Vygotsky sangat menekankan peranan orang dewasa dalam
menyokong dan membina kerangka pembelajaran. Walau bagaimanapun, teori
ini tidak menekankan keunikan yang ada pada setiap kanak-kanak. Teori ini juga
tidak menghayati emosi kanak-kanak semasa kanak-kanak belajar. Teori ini telah
mengabaikan kepentingan emosi kanak-kanak seperti kegembiraan, ketakutan,
kekecewaan dan motivasi.

1.3.4 Pendekatan Pemprosesan Maklumat


Pendekatan pemprosesan maklumat telah memberikan kita maklumat yang
kaya tentang bagaimana kanak-kanak pelbagai usia dan kemahiran mengingat,
menganalisis dan menyelesaikan masalah. Selain itu, kajian dalam pemprosesan
maklumat mengemukakan mekanisme yang lebih jelas tentang perkembangan
kognitif dan telah menghasilkan teknik pengajaran yang dapat memperkayakan
kognisi kanak-kanak.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


24 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Walau bagaimanapun, batasan utama perspektif pemprosesan maklumat


biasanya datang daripada kekuatan terasnya. Analisis kognisi yang dibuat secara
komponen menyukarkan pemprosesan maklumat untuk menyatukan semula
komponen ini bagi menghasilkan teori perkembangan yang lebih luas dan
komprehensif.

Model-model komputer pemprosesan kognitif tidak menggambarkan


pengalaman pembelajaran yang kompleks. Model-model ini telah mengabaikan
aspek-aspek kognisi yang tidak linear dan logikal seperti imaginasi dan
kreativiti. Tambahan lagi, komputer tidak mempunyai keperluan, minat dan
keinginan. Komputer tidak berinteraksi secara sosial dengan orang lain
sebagaimana yang boleh dilakukan kanak-kanak apabila mereka belajar
daripada ibu bapa, guru dan rakan.

1.3.5 Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner


Teori kecerdasan pelbagai Gardner telah meningkatkan inovasi dalam
pendidikan di banyak negara bermula daripada peringkat prasekolah, hingga
peringkat kolej. Teori Gardner sangat berguna dalam membantu kita memahami
dan memupuk bakat semula jadi kanak-kanak.

Walau bagaimanapun kritikan tentang teori Gardner telah mempersoalkan


keupayaan kecerdasan teori ini dengan mengatakan kejayaan seseorang
memerlukan kombinasi kecerdasan. Ahli muzik yang berbakat misalnya
menggabungkan kecerdasan logikal matematik untuk menginterpretasikan
muzik, kecerdasan ruang semasa menggunakan papan kekunci, kecerdasan
interpersonal untuk berinteraksi dengan penonton dan kecerdasan intrapersonal
untuk bermain muzik secara ekspresif.

1.3.6 Mod-mod Representasi Jerome Bruner


Bruner berpendapat keupayaan untuk belajar merupakan teras kognisi manusia.
Seperti Vygotsky, Bruner percaya bahawa penglibatan kanak-kanak dengan
orang dewasa yang lebih berpengetahuan merupakan kunci utama dalam proses
pembelajaran. Terdapat dua jenis pengetahuan iaitu pengetahuan berasaskan
fakta (apa) dan pengetahuan berasaskan prosedur (bagaimana). Bruner
menyatakan terdapat tiga mod representasi utama yang menggambarkan
pengetahuan atau maklumat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Seperti Vygotsky, Bruner tidak melihat pencapaian perkembangan dalam bentuk


peringkat. Beliau menyanggah idea tentang kesediaan untuk pembelajaran
yang berlainan dan cabaran perkembangan. Beliau juga menolak idea tentang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 25

keinginan dalaman dan pemikiran bawah sedar. Vygotsky berpendapat idea ini
tidak penting kepada perkembangan kognitif. Beliau sangat berminat dengan
pengaruh sosial dan budaya, aktiviti dan interaksi antara manusia.

Terdapat kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam teori dan perspektif
perkembangan kognitif. Kesemua teori ini pada dasarnya telah memberi
pemahaman yang mendalam tentang proses dan perkembangan kognitif
(pemikiran, emosi, tingkah laku dan persepsi). Bagi memanfaatkan teori dan
penyelidikan sedia ada, adalah lebih baik kita menggunakan pendekatan
eklektik dan mengekalkan idea yang terbaik tentang pengetahuan kognitif
kanak-kanak berdasarkan konteks dan nilai budaya kita.

AKTIVITI 1.2

Anda dikehendaki menjalankan satu analisis meta mengenai teori


terkini dalam perkembangan kognitif. Ringkaskan dapatan analisis
anda dan bincangkan dapatan berdasarkan pemerhatian terhadap
kanak-kanak di kawasan tempat tinggal anda.

Psikologi kognitif adalah bidang yang memfokuskan proses mental seperti


persepsi, pembentukan konsep, penyelesaian masalah, penaakulan, membuat
keputusan, bahasa dan memori.

Ulangan tema yang muncul dalam perkembangan kognitif termasuk


persepsi, memori (implisit dan eksplisit), pemprosesan didorong data,
pemprosesan didorong konsep, pembentukan konsep, representasi mental
dan metakognisi.

Menurut Flavell, implikasi utama konsep berperingkat ialah perubahan


kualiti, andaian serentak, andaian yang tidak diduga dan organisasi secara
koheren.

Model proses ialah model berskala kecil yang merangka langkah-langkah


mental semasa melakukan tugas. Andaian dibuat berdasarkan proses analisis
yang mengandungi urutan, peringkat pemprosesan yang bebas dan tidak
bertindan, pemprosesan selari, pemprosesan didorong data lawan,
pemprosesan didorong konsep dan kesan-kesan kontekstual.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


26 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Idea tentang sifat pemikiran telah lama wujud iaitu sejak zaman kuno lagi
dalam kalangan tokoh-tokoh lama seperti Plato (427-347 SM) dan Aristotle
(384-322 SM), Homer (abad ke-7 SM), Socrates (470-399 SM) dan Descartes
(15961650).

Ahli-ahli psikologi awal yang terlibat dengan penyelidikan proses mental


yang spesifik ialah Wilhelm Wundt, Ernest Weber, Gustav Fechner, Hermann
Von Ebbinghaus, Edward Titchener, Edward C. Tolman, Christine Ladd-
Frankline, Mary Whiton House Calkins dan Margaret Floy Washburn.

Dua peristiwa penting psikologi kognitif pada tahun 1960 ialah psikologi
Gestalt di German pada awal abad ke-20 dan kemunculan bidang sains
komputer pada separuh abad kedua.

Para psikologi Gestalt Max Wertheimer (18801943), Kurt Koffka (18861941)


dan Wolfgang Kohler (18871967) menekankan bahawa manusia membuat
persepsi terhadap objek dan paten sebagai satu unit keseluruhan dan
persepsi itu lebih daripada apa yang dibentuk dalam unit itu.

Hasil ciptaan komputer sedikit sebanyak telah memberi idea kepada ahli-ahli
psikologi bagaimana proses internal yang tidak diperhatikan dalam
pemikiran manusia terutamanya yang berkaitan dengan simbol dan
manipulasi internal berlaku. Satu lagi analogi yang dibuat berdasarkan
komputer ialah kapasiti binaan dalaman yang terhad. Sekiranya kapasiti
digunakan tanpa had, maklumat akan hilang. Ahli psikologi juga mendapati
manusia memiliki kapasiti kognitif yang terhad. Terdapat had dalam banyak
perkara yang mampu manusia lakukan atau fikirkan dalam satu masa.

Teori Piaget telah menyumbang pemahaman tentang perkembangan kognitif


dalam dua bentuk iaitu (1) proses bagaimana pengetahuan diperoleh atau
pembentukan skema dan (2) peringkat-peringkat berurutan yang manusia
lalui dalam menguasai keupayaan.

Teori sosio-budaya beliau menggambarkan perkembangan kognitif sebagai


proses perantara manusia secara sosial yang berlaku mengikut budaya.
Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah unik dan terbina berdasarkan
keperluan mereka terhadap persekitaran. Mereka menggunakan keupayaan
otak dan mental untuk memahami perkara-perkara di sekeliling dan
menyelesaikan masalah berdasarkan keperluan, kepercayaan dan nilai-nilai
yang terdapat dalam budaya mereka.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 27

Ahli-ahli teori Neo-Piagetian yang telah memberikan sumbangan terhadap


penambahbaikan teori Piaget ialah Juan Pascual-Leone, Robbie Case, Graeme
Halford, Kurt Fischer, Michael Commons dan Andreas Demetriou.

Keinginan Neo-Piagetian untuk mengetahui tentang mekanisme


perkembangan dan cara mengoptimumkan pembelajaran telah memberikan
panduan yang lebih eksplisit kepada para pendidik berbanding teori Piaget.

Sesetengah isu berkenaan perkembangan kognitif menjadi kontroversi dalam


legasi Piaget, perspektif ilmu teras, teori sosio-budaya Vygotsky, pendekatan
pemprosesan maklumat, teori kecerdasan pelbagai Gardner dan mod
representasi teori Bruner.

Andaian serentak Neo-Piagetian


Andaian yang tidak diduga Organisasi secara koheren
Faktor-faktor masa dan ketepatan Pembentukan konsep
Hukum persepsi manusia Pemprosesan didorong data
Kawasan otak linguistik Pemprosesan didorong konsep
Ketepatan dalam melakukan tugasan Persepsi
Konsep berperingkat Perspektif ilmu teras
Legasi Piaget Perspektif pemprosesan maklumat
Masa respons Perubahan kualiti
Memori Representasi mental
Memori eksplisit Tema-tema kognitif
Metakognisi Teori kecerdasan pelbagai
Model proses Teori sosio-budaya
Mod-mod representasi Tumpuan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


28 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF

Atkinson, R. C., & Shiffrin, R. M. (1968). Human memory: A proposed system


and its control processes. Dlm. K. W. Spence & J. T. Spense (Eds), The
psychology of learning and motivation: Advances in research and theory
(Vol. 2, pp. 90197). New York, NY: Academic Press.

Bjorklund, D. F. (2012). Children's thinking: Developmental function and


individual differences (Edisi ke-5). Belmont, CA: Wadsworth.

Case, R., & Okamoto, Y. (1996). The role of central conceptual structures in the
development of children's thought. Monographs of the society for research
in child development, 246(6), 103130.

Demetriou, A., Spanoudis, G., Shayer, M., Mouyi, A, Kazi, S., & Platsidou, M.
(2013). Cycles in speed-working memory-G relations: Towards a
developmental-differential theory of the mind. Intelligence, 41, 3450.

Flavell, J. H. (1971). Stage-related properties of cognitive development. Cognitive


psychology, Z 421453.

Halford, G. S. (1987). A structure-mapping approach to cognitive development.


International Journal of Psychology, 22(56), 609642.

James, W. (1890). The principles of psychology. Dicapai daripada


http://eboolcs.adelaide.edu.au/j/james/william/principles/contents.html.

Johnson, J., Im-Bolter, N., & Pascual-Leone, J. (2003). Development of mental


attention in gifted and mainstream children: The role of mental capacity,
inhibition and speed of processing. Child development, 74(6), 15941614.

Miller, P. H. (2004). Cognitive development: Here, there and everywhere.


Monographs of the Society for Research in Child Development, 5, 461492.

Pascual-Leone, J. (1987). Organismic processes for neo-Piagetian theories: A


dialectical causal account of cognitive development. International Journal
of Psychology, 22(56), 531570.

Toomela, A., & Valsiner, J. (Eds.) (2010). Methodological thinking in psychology:


60 years gone astray. Charlotte, NC: Information Age Publishing.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KOGNITIF 29

Schwartz, M., & Fischer, K. W. (2004). Building general knowledge and skill:
Cognition and microdevelopment in science learning. In A. Demetriou &
A. Raftopoulos (Eds.), Cognitive developmental change: Theories, models
and measurement. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Sternberg, R. (2003). Cognitive psychology (Edisi ke-3). Belmont, CA: Thomson


Wadsworth.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai