Anda di halaman 1dari 2

CERITA SEMUT DAN BELALANG

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan


mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim
kemarau. Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan
kita mencukupi sepanjang musim kemarau nanti, kata ketua semut. Semua semut
bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan
kelaparan seperti musim kemarau yang lalu. Keesokan pagi, semut-semut itu keluar
mencari makanan.

Pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba seekor
semut terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa
haiwan bersama si belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya.

Belalang itu menegur semutt yang tidak mahu berhibur bersama haiwan
yang lain. Apa yang sedang kamu lakukan semut " kata belalang Kami sedang
mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim nanti nanti, jawab semut.
Musim kemarauhahaha" Sekarang masih musim panas. Kenapa perlu bersusah
untuk mengumpul makanan" #agipun musim kemarau lambat lagi. Makanan pun
senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah
berhibur bersama kami, kata belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut.
Semut tidak tertarik dengan hiburan belalang. Makanan yang ditemui
dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut
betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. Semut-semut itu
bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga
ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak
makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka.

Akhirnya musim kemarau pun tiba. Kali ini musim kemarau tiba lebih awal.
Semut-semut itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan
makanan yang mencukupi. namun begitu, belalang berasa sedih dan lapar. Dia
gagal mencari makanan.

Jadi belalang pun berputus asa. Akhirnya dia pergi ke sarang semut. Tolong
berikan saya makanan. Saya bersa sangat lapar., rayu belalang. Raja semut pun
menjemput belalang masuk. Sudah tentu kami akan bantu kamu. #ihatlah semua
makanan ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu, kata semut sambil
menunjukkan bekalan makanan yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas
lalu.

Anda mungkin juga menyukai