Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu (Contoh karangan)

Tahun 3

Tajuk: Impian Saya

Saya mempunyai satu impian. Impian saya adalah untuk menjadi


seorang juruterbang. Saya ingin menjadi juruterbang apabila saya dewasa
kerana saya suka melawat negara-negara yang jauh.

Kerjaya sebagai juruterbang amat menyeronokkan. Apabila saya telah


menjadi seorang juruterbang, saya dapat menerbangkan kapal terbang yang
berteknologi tinggi dan canggih. Saya akan menerbangkan kapal terbang saya
ke negara-negara luar seperti China dan United Kingdom.

Selain itu, saya juga dapat belajar tentang budaya dan adat resam
negara-negara tersebut. Saya ingin mencuba berbagai jenis makanan yang
berbeza dan unik. Saya juga ingin mempelajari bahasa yang jarang digunakan
di Malaysia seperti Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol.

Akhir sekali, saya berharap agar impian saya untuk menjadi seorang
juruterbang akan tercapai. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh
demi mencapai impian saya dan dapat membanggakan kedua ibu bapa saya.
Bahasa Melayu (Latihan karangan)

Tahun 3
Arahan: Gariskan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan
karangan di bawah.

Tajuk: Biodata Saya

Nama saya Lee Chan. Nama penuh saya Tan Lee Chan. Saya
(merupakan/ditinggalkan) rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan
menganuti agama Buddha. (Keluarga/kucing) saya dan saya tinggal di Kuala
Lumpur, iaitu ibu negara Malaysia.

Makanan (kegemaran/kesedihan) saya adalah nasi lemak. Saya amat


menggemari nasi lemak kerana rasanya yang (enak/pahit). Ibu saya sering
memasak nasi lemak untuk sarapan sebelum ke sekolah. Saya juga selalu
meminta ibu saya untuk (memasak/memanggang) nasi lemak supaya saya
dapat membawa bekal (makanan/kerja sekolah) ke sekolah.

Jika saya mempunyai waktu (terluang/sempit), saya suka bermain


badminton. Saya amat suka bersenam kerana dapat (mengeluarkan/membina)
peluh. Pada kebiasaannya, saya dan adik-adik saya akan bermain badminton
pada waktu (petang/subuh).

Akhir sekali, saya amat (menyayangi/merindui) keluarga saya. Saya


akan belajar bersungguh-sungguh dan berjanji untuk mencapai cita-cita saya
pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai