Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI KO AKADEMIK 2016

AKTIVITI : KARNIVAL BAHASA INGGERIS


PERINGKAT : ZON PKG BUKIT BESI
TARIKH/HARI : 12 MEI 2016 / KHAMIS
TEMPAT : SK DURIAN MAS 1

ACARA DISERTAI :
1. POETRY RECITATION
2. STORY TELLING

KEPUTUSAN :
1. POETRY RECITATION SAGUHATI
2. STORY TELLING TEMPAT KETIGA

ULASAN
Karnival Bahasa Inggeris pada tahun ini hanya menyediakan 3 acara sahaja
tidak seperti tahun-tahun yang lalu iaitu sebanyak 4 acara. Acara yang
dipertandingkan ialah Story Telling, Public Speaking dan Poetry Recitation.
Manakala acara yang menjadi kegemaran ramai iaitu Action Song malangnya tidak
dipertandingkan pada tahun ini.
Peserta Poetry Recitation ialah adik Nurul Alyana Fatihah binti Manas dan
Adik Nur Zuyyin bin Mohd Fazrol Azhar. Untuk acara ini, duo dari SKBB hanya
mampu meraih hadiah saguhati. Johan bagi acara dimenangi oleh peserta dari SK
Jerangau.
Manakala peserta Story Telling iaitu adik Qistina Laili binti Mat telah
memenangi tempat ketiga. Pemenang bagi acara ini ialah peserta dari tuan rumah,
SK Durian Mas 1.
Diharapkan pada tahun akan datang peserta-peserta dari SK Bukit Besi dapat
melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang lebih memberangsangkan.

KEKUATAN :
1. Wakil dari SKBB merupakan murid yang berpotensi dan menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik.

KELEMAHAN :
1. Murid yang sama mewakili pelbagai acara kokurikulum. Oleh ang demikian,
mmurid tersebut kekurangan masa dan tumpuan untuk pertandingan ini.

PENAMBAHBAIKAN :
1. Melakukan persediaan lebih awal bagi memastikan murid bersedia untuk
memasuki pertandingan ini.

Disediakan oleh :

AHMAD ZULKIFLI BIN AZIZ @ ABDUL AZIZ


Guru Pembimbing

Disemak oleh :

MOHD SYARIS BIN HUSSAIN


GPK Kokurikulum

LAMPIRAN
Sekitar Karnival Bahasa Inggeris 2016

Anda mungkin juga menyukai