Anda di halaman 1dari 6

NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

PERSATUAN ARAB INDONESIA : PENCETUS KEBANGKITAN SEMANGAT

NASIONALISME MASYARAKAT ARAB DI INDONESIA

Bermula pada abad ke-19, pedagang Arab merupakan pedagang kedua terpenting selepas

pedagang Cina di Indonesia.1 Setelah itu, pada 4 Oktober 1934 masyarakat Arab tersebut

telah menubuhkan sebuah persatuan iaitu Persatuan Arab Indonesia. 2 Persatuan Arab

Indonesia ini telah diasaskan oleh sekumpulan masyarakat Indo-Hadhrami yang digelar

sebagai muwallad atau Peranakan dengan dasar mahu menjadikan Indonesia sebagai tanah

air mereka. Dengan penubuhan Persatuan Arab Indonesia (PAI) ini, maka bermulanya

kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Arab di Indonesia.

Sebelum bangkitnya semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Arab Indonesia, pada

awalnya mereka enggan mengakui Indonesia sebagai tanah air mereka. Di dalam

membangkitkan semangat nasionalisme, Abdul Rahman Baswedan merupakan seorang

pelopor bangkitnya semangat nasionalisme masyarakat Arab Indonesia. Beliau telah

dilahirkan di Kampung Ampel, Surabaya pada 9 September 1908. 3 Nama sebenar beliau

adalah Abdul Rahman Awad Baswedan.

Abdul Rahman Baswedan telah melontarkan pemikirannya untuk bersama-sama bangsa

Indonesia bagi memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Beliau juga turut mencetuskan

semangat di kalangan masyarakat Arab Indonesia supaya menjadikan Indonesia sebagai tanah

air mereka. Oleh hal yang demikian, Abdul Rahman Baswedan telah mengembara ke

1 Kess Grijns & Peter J.M. Nas. Jakarta-Batavia: Socio-cultural Essays. Netherlands
: KITLV Press. 2000. Hlm 143

2 Jan S. Aritonang. Sejarah perjumpaan Kristen dan Islam di Indonesia. Jakarta :


Universitas Islam Negeri Syarif Hidayahtullah. 2004. Hlm 184

3 Suratmin. Abdul Rahman Baswedan : Karya dan Pengabdiannya. Jakarta :


Departmen Pendidikan dan Kebudayaan. 1989. Hlm 1

1
NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

pelbagai kota untuk berpidato dan menyebarkan pandangannya kepada masyarakat keturunan

Arab.

Semenjak penubuhan PAI ini, masyarakat Arab telah mula meninggalkan semangat

Arab mereka kepada semangat Indonesia serta menjadikan Indonesia sebagai tanah air

mereka. Namun demikian, pada awal penubuhannya ramai yang menentang dasarnya.

Antaranya ialah Indo Arabisch Verbond (IAV) yang berpendirian bahawa keturunan Arab

adalah orang Arab dan harus tetap tinggal di Arab. Namun demikian, lama kelamaan

pergerakan ini semakin mendapat sokongan yang ramai. Ramai masyarakat Arab yang

menyokong serta mengikuti pergerakan dan gagasan ini.

Hal ini demikian kerana, pergerakan ini sangat berjasa dalam melahirkan kesedaran

bahawa Indonesia sebagai tanah air bagi orang Arab. Masyarakat Arab akhirnya diakui

sebagai saudara setanah air. Seterusnya pada tahun 1938, PAI telah mementaskan sebuah

drama yang bertajuk Fatimah. Pementasan drama tersebut telah dilangsungkan semasa

kongres ketiga PAI. Drama ini telah ditulis oleh H. Bafagi.

Drama tersebut berkisahkan tentang Fatimah yang merupakan anak kepada seorang

pedagang yang kaya iaitu Nasir bin Oemar Asjaibie. Setelah kematian bapanya, Fatimah telah

dijodohkan bersama seorang guru di sekolah Arab yang bernama Mokhtar. Mokhtar

merupakan seorang pemuda yang menjadi pilihan Nasir untuk dikahwinkan bersama

Fatimah.

Sebelum Nasir meninggal dunia, beliau ingin mewariskan hartanya kepada seorang

anak lelakinya hasil bersama seorang wanita Bugis. Akan tetapi, timbul masalah apabila

beliau telah memutuskan hubungan dengan meninggalkan anak lelaki dan wanita tersebut.

Oleh itu, Nasir telah mencari kembali anak lelakinya itu selama empat tahun.

2
NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

Namun demikian, usahanya tidak berjaya kerana anak tersebut tidak ditemui.

Sekiranya anak lelakinya itu tidak ditemui, dengan secara sah hartanya akan menjadi milik

Fatimah dan Yusuf. Yusuf di dalam drama ini merupakan anak lelaki Nasir dan abang kepada

Fatimah. Namun demikian, Yusuf digambarkan sebagai seorang anak lelaki yang tidak baik.

Yusuf juga mempunyai rakan-rakan yang sama sepertinya iaitu gemar meminum arak dan

membazirkan wang. Disebabkan sifat buruk yang dimiliki oleh Yusuf, Nasir telah

menyerahkan segala hal tugasan perdagangan kepada Mansur yang merupakan adik lelaki

Nasir.

Dua tahun selepas kematian Nasir, Yusuf telah membelanjakan hampir kesemua harta

yang diwarisinya. Selain itu, Yusuf juga dikelilingi hutang dan sentiasa dikejar oleh

peminjam wang. Oleh hal yang demikian, demi menyelesaikan masalah kewangan tersebut,

Yusuf telah dihasut oleh dua orang rakannya iaitu Salim dan Omar supaya memecahbelahkan

perkahwinan Fatimah dan Mokhtar serta menjadi penjaga Fatimah.

Hal ini adalah kerana, sekiranya Yusuf menjadi penjaga Fatimah, Yusuf akan

menerima harta daripada sebuah badan yang menguruskan hal berkenaan anak yatim

(weeskamer). Demi menjayakan hasratnya itu, Yusuf telah memaksa Fatimah supaya mereka

cerita bahawa Fatimah mahu menamatkan perkahwinannya bersama Mokhtar.

Sebagai balasan, Yusuf menawarkan ganjaran yang lumayan setelah surat penceraian

ditandatangani. Namun demikian, tawaran yang diberikan oleh Yusuf telah ditolak oleh

mereka. Hal ini demikian kerana, Mokhtar telah mencintai Fatimah dan hanya akan bersetuju

apabila Fatimah memberitahunya sendiri mahu bercerai. Walaubagaimanapun, Fatimah juga

tidak bersetuju kerana cintanya kepada Mohtar semakin bertambah.

Akibat kegagalan rancangan tersebut, Yusuf telah merancang untuk cuba menghasut

kerajaan supaya memecat Mokhtar. Hal ini demikian kerana, sekiranya Mokhtar tidak

3
NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

bekerja, sudah pasti Mokhtar akan menerima tawarannya yang terdahulu.

Walaubagaimanapun, Mokhtar dengan sendirinya telah meletakkan jawatan dan memulakan

perdagangan bersama Mansur. Satu tahun setengah selepas itu, Mansur dan Mokhtar masih

mengembara sebagai pedagang di Timur Kepulauan Indonesia. Semasa mencari tempat untuk

bermalam, mereka bertemu seorang lelaki Bugis bernama Pak Saptu. Setelah itu, secara tidak

sengaja mereka bertemu Tuan Ahmad iaitu bapa Mokhtar yang telah lama terpisah.

Mokhtar telah menceritakan kepada bapanya apa yang telah berlaku beberapa tahun

sebelum itu dan meminta maaf kerana berkahwin tanpa pengetahuannya. Namun demikian,

Tuan Ahmad telah mengakui bahawa beliau bukan merupakan bapa kandungnya. Tuan

Ahmad juga menyatakan Mokhtar dan Fatimah tidak boleh berkahwin.

Hal ini kerana, Mokhtar merupakan anak sebenar Nasir hasil hubungannya dengan

seorang wanita Bugis dan secara tidak langsung Mokhtar dan Fatimah merupakan adik

beradik tiri. Setelah kembali ke rumahnya, Mokhtar mendapati bahawa Fatimah telah

meninggal dunia dan Yusuf telah menjadi tidak siuman setelah dua bulan dipenjarakan akibat

tidak berjaya menyelesaikan hutang dari lintah darat dan peminjam wang.

Pementasan kisah Fatimah di kongres ketiga PAI pada April 1938 telah mendapat

kejayaan yang besar. Ramai di antara perwakillan yang hadir mahu mementaskan kisah

tersebut di kawasan mereka sendiri. Namun demikian, apabila cawangan PAI di Surabaya

ingin mementaskan kisah tersebut, segelintir masyarakat Hadhrami meminta Politieke

Inlichtingen Dienst (PID) iaitu perisikan politik supaya menyekat persembahan tersebut.

Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat bahawa kandungan drama tersebut

mempunyai unsur yang sensitif bagi masyarakat Hadhrami di Indonesia. Antara isu sensitif

yang terdapat di dalam pementasan tersebut ialah berkenaan gaya hidup yang buruk tentang

anak keluarga kaya Hadhrami. Hal ini dapat dilihat melalui watak Yusuf di dalam kisah ini.

4
NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

Melalui watak Yusuf, anak keluarga kaya Hadhrami dilihat mempunyai sikap yang pemalas

dan sombong. Mereka juga kurang bijak dan kemahiran untuk berjaya di dalam bidang

perniagaan.

Selain itu, di antara isu yang dikritik di dalam pementasan ini ialah berkenaan

perkahwinan. Perkahwinan yang digambarkan di dalam drama ini hanyalah untuk

memuaskan nafsu. Hal ini demikian kerana, pedagang Hadhrami yang berdagang di kawasan

Nusantara kebiasaannya akan menyewa rumah dan berkahwin dengan gadis tempatan.

Selepas beberapa bulan atau tahun, isteri tersebut akan ditinggalkan dan digantikan dengan

isteri yang baru di tempat berdagang yang seterusnya.

Hanya isteri yang digemari sahaja akan dikekalkan. Anak yang lahir hasil daripada

hubungan tersebut kebiasaannya akan diabaikan dan ditinggalkan oleh bapanya. Di dalam

pementasan ini, dapat dilihat melalui watak Nasir yang digambarkan mempunyai isteri di

setiap tempat serta menjadi bapa sekurangnya kepada 13 orang anak termasuk anak yang

dicarinya sehingga Nasir meninggal dunia.

Secara keseluruhannya, pementasan drama Fatimah ini telah mengundang beberapa

isu-isu sensitif di dalam kalangan masyarakat Hadhrami di Indonesia. Terdapat juga beberapa

pertubuhan dan pergerakan Hadhrami yang menentang drama tersebut. Antaranya ialah al-

Irshad dan al-Rabitah. Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat bahawa isi yang ingin

disampaikan di dalam drama tersebut telah menghina masyarakat Hadhrami di Indonesia.

Secara kesimpulannya, melalui PAI ini, ia telah menanamkan perasaan cinta akan

tanah air terhadap Indonesia bagi masyarakat Arab sehingga mereka bangga dan cinta akan

tempat tinggalnya serta mengambil peranan sebagai bangsa Indonesia. Namun demikian pada

tahun 1942, PAI telah dibubarkan. Akan tetapi, organisasi ini telah banyak memberikan

5
NORA FAZIRA BINTI MAT TAYAB D20141067676

sumbangan dalam usaha mempertahankan kedaulatan Indonesia dari kekuasaan penjajah

sehingga tercapainya kemerdekaan Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai