Anda di halaman 1dari 28

1 PENGENALAN

Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan sistem kardiovaskular yang boleh


melakukan kerja dalam satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti
kerja yang ringan atau sederhana. Kecergasan sistem kardiovaskular juga bergantung
kepada keberkesanan paru-paru, jantung dan salur darah yang dapat membekalkan
oksigen ke otot-otot yang sedang bekerja dan keberkesanan otot-otot tersebut
menggunakan oksigen yang telah dibekalkan dengan baik.

Jantung yang sihat mampu mengepam darah dengan lancar untuk


membawa nutrien dan oksigen serta hormon-hormon tertentu yang diperlukan oleh
otot-otot dan organ-organ tertentu dalam tubuh badan. Individu atau atlet akan dapat
melakukan aktiviti fizikal dengan baik tanpa rasa letih jika jantung mereka dapat
bekerja dengan sangat berkesan. Jantung yang sihat akan dapat membantu
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan dapat meningkatkan keberkesanan
fungsi tubuh.

Seterusnya, daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen


kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya
ketahanan fizikal sesorang individu dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan
kardiovaskular dapat ditafsirkan sebagai keupayaan sistem peredaran darah dalam
sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti
yang berterusan. Daya tahan kardiovaskular bermaksud kecekapan jantung, salur
darah dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan pada jangka masa yang panjang semasa latihan.

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiorespiratori


untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan
intersiti kerja yang ringan atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular juga merupakan
komponen yang paling penting dalam profil fisiologi manusia. Hal ini demikian
kerana, ia melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi salur darah,
jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan pengeluaran darah yang kaya

1
dengan oksigen untuk membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti berat yang
berterusan. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan
kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan
oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

2 DEFINISI
Menurut Collingwood,T.R. et.al (1995:87), beliau menyatakan bahawa daya tahan
kardiovaskular adalah kebolehan tubuh badan menghantar oksigen keseluruh anggota
badan untuk menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan aktiviti.
Menurut Suharno (1985) pula, daya tahan adalah kemampuan organisma
seseorang untuk melawan keletihan atau kepenatan apabila menjalankan aktiviti
dalam waktu yang lama. Jika seseorang mampu menggerakkan otot tertentu secara
terus menerus dalam waktu yang panjang sehingga menyebabkan jantung, peredaran
darah dan pernafasan yang baik. Semakin tinggi tingkat daya tahan seseorang
semakin tinggi ketahanan fizikalnya. Sebagai contoh, pemain bola sepak memerlukan
daya tahan yang tinggi bagi meneruskan kelangsungan permainan yang lama.
Manakala menurut Mochamad Sajoto (1988), daya tahan terbahagi kepada
umum dan daya tahan otot. Daya tahan umum adalah kemampuan seseorang dalam
mempergunakan sistem jantung, paru-paru dan peredaran darahnya secara efektif
untuk menjalankan kerja secara berterusan yang melibatkan otot-otot dengan intensiti
tinggi dalam waktu yang lama. Daya tahan otot adalah kemampuan seseorang dalam
mempergunakan ototnya untuk berhubungi secara terus menerus dalam waktu yang
relatif lama dengan beban tertentu.

3.0 PENERANGAN KONSEPTUAL SISTEM KARDIOVASKULAR

3.1 Komponen Utama Sistem Kardiovaskular

Jantung

Jantung adalah organ berongga yang terdiri daripada otot kardiak. Saiz

2
jantung adalah lebih kurang saiz genggaman tangan seseorang. Jantung orang
dewasa berukuran 12.5 cm dalam dan 9cm lebarnya. Beratnya ialah 300g.
Jantung merupakan organ paling penting kerana ianya berfungsi mengepam
seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien. Terdapat empat ruang
pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel
kiri.

Atrium Kiri

Atrium Kanan

Ventrikel kiri

Ventrikel Kanan

Gambarajah 1 : Komponen-komponen jantung

Darah

Darah diklasifikasikan sebagai tisu pengikat dengan bahan bendalir


intraselular eritrosit (sel darah merah), leukosit (sel darah putih), dan platlet
yang kompleks iaitu plasma. Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah
plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit. Darah berwarna merah tua dan

3
terbentuk daripada bendalir jerami yang dinamakan plasma.

Gambarajah 2 : Jenis-jenis sel darah

Plasma darah adalah satu daripada bahagian bendalir intraselular


yang paling dinamik dalam segi putaran bahan walaupun isipadunya kecil.
Darah membentuk lebih kurang 7 peratus daripada berat tubuh orang dewasa
normal. Seorang dewasa yang berat badannya 70kg mempunyai kira-kira 5
hingga 6 liter darah.

Salur darah

Terdapat tiga jenis salur darah utama iaitu arteri, vena dan kapilari. Fungsi
arteri ialah membawa darah keluar daripada jantung manakala vena pula
membawa darah ke jantung. Kapilari merupakan tiub endotelial mikroskopik
yang memasuki tisu badan dan organ. Dinding yang nipis membenarkan

4
penukaran nutrien, bahan kumuh dan gas antara sel badan dengan saluran
jantung.

Gambarajah 3 : Jenis-jenis salur darah

Saluran pernafasan

Saluran pernafasan membolehkan pengaliran udara yang mengandungi


oksigen ke paru-paru dan keluar dari tubuh badan. Ia terdiri daripada salur
nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul.

3.2 Fungsi Sistem Kardiovaskular

Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk ke dalam paru-


paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen akan disimpan sementara di
alveolus. Jantung mengepam darah nyah oksigen ke paru-paru melalui kitaran
pulmonari. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi
membran alveolus dan kapilari.

Karbon dioksida akan dihembus keluar dari paru-paru melalui


salur pernafasan. Oksigen yang melintasi membran alveolus akan meresap ke
dalam darah. Darah yang mengandungi oksigen diangkut ke jantung dan
dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan.

Kadar denyutan jantung (kadar nadi) adalah kekerapan

5
penguncupan jantung dalam seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan
sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah
berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor seperti umur dan tahap keaktifan
individu. Kadar denyutan jantung orang yang kurang aktif lebih rendah
berbanding individu yang aktif. Kadar denyutan rehat boleh diperoleh
dengan mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri
radial semasa individu dalam keadaan rehat. Keluaran jantung adalah jumlah
isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit.

Jantung yang sihat mampu mengepam darah dengan lancar untuk


membawa nutrien, oksigen serta hormon-hormon tertentu yang diperlukan
oleh otot-otot dan organ-organ tertentu dalam tubuh badan. Jantung yang
sihat akan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
dan dapat meningkatkan keberkesanan fungsi tubuh.

Pada umumnya, apabila seseorang itu mempunyai daya tahan


kardiovaskular yang tinggi, maka individu tersebut boleh melakukan kerja
dalam satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang
ringan atau sederhana. Individu yang sihat dan mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang tinggi akan mengambil masa yang singkat untuk kembali
mencapai kadar nadi rehat.

3.3 Konsep Latihan Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah kepupayaan sistem kardiovaskular boleh


melakukan kerja dalam satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan
intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kecergasan sistem kardiovaskular
bergantung kepada keberkesanan paru-paru , jantung dan salur darah yang
dapat membekalkan oksigen kepada otot-otot yang sedang bekerja dan
keberkesanan otot-otot tersebut menggunakan oksigen yang telah dibekalkan
dengan baik. Individu-individu atau atlet-atlet yang mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang tinggi akan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan baik

6
tanpa rasa letih kerana jantung mereka dapat bekerja dengan sangat berkesan.

Aktiviti-aktiviti latihan fizikal aerobik (menggunakan oksigen)


yang bercorak pantas dan cergas daripada aktiviti-aktiviti latihan fizikal
seharian adalah amat diperlukan bagi menghasilkan kecergasan
kardiovaskular yang optima. Aktivi- aktivi yang melibatkan pergerakan aktif
aerobik, bersukan dan rekreasi adalah digalakkan untuk meningkatkan
kecergasan kardiovaskular.

Semua aktiviti fizikal boleh menyumbangkan kepada tahap kesihatan yang


baik, tetapi aktiviti fizikal yang lebih cergas, pantas akan dapat menguatkan lagi sistem
kardiovaskular setiap atlet atau individu yang aktif. Kecergasan kardiovaskular boleh
dibina jika setiap individu atau atlet melakukan latihan fizikal antara tiga hingga enam
hari seminggu.
3.4 Kesan Latihan Kecergasan Daya Kardiovaskular
Kesan latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular tidak dapat dilihat dengan serta
merta. Faedahnya diperolehi sekiranya latihan dilakukan dalam satu jangka masa yang
panjang dan berterusan mengikut prinsip-prinsip latihan.
Antara kesan-kesan adaptasi fisiologi dan faedah yang berlaku
daripada kesan tersebut apabila kita menjalani latihan daya tahan kardiovaskular secara
berterusan ialah ialah berlaku hipertropi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan
pembesaran kaviti ventrikel jantung. Keadaan ini member faedah kepada peningkatan
kekuatan jantung mengepamdarah beroksigen dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek
ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada otot-otot dan
membolehkan kita berkerja dengan lebih lama secara maksimum.
Selain itu, latihan daya tahan kardiovaskular secara berterusan membantu
menurunkan Kadar Nadi rehat (KNR) selepas menjalani program latihan kardiovaskular
yang berpanjangan iaitu di antara 8 minggu sehingga 12 minggu. KNR ialah indikator
kecergasan fizikal seseorang di mana individu sihat mempunyai KNR yang rendah.
Individu yang mempunyai KNR yang rendah adalah lebih cergas berbanding individu
yang mempunyai KNR yang lebih tinggi. Kesan latihan daya tahan kardiovaskular
secara berterusan yang seterusnya ialah mempercepatkan kadar nadi pemulihan (KNP).
Apabila KNP berlaku dengan cepat, maka ianya akan membenarkan individu untuk
meneruskan aktiviti selanjutnya.
Seterusnya, berlaku peningkatan isipadu strok dan output kardiak dalam
seminit semasa individu menjalankan latihan. Keadaan ini akan memberi faedah
disebabkan peningkatan bekalan darah beroksigen keotot-otot berlaku bagi membolehkan
otot berfungsi dalam jangka masa yang agak lama secara maksimum. Di samping itu,
berlaku penurunan tekanan darah sistolik dan distolik terutamanya semasa rehat bagi
individu yang mempunyai tahap hipertensi yang rendah. Ini akan dapat mengurangkan
risiko penyakit kardiovaskular seperti hipertensi, penyakit jantung dan strok.
Akhir sekali, latihan daya tahan kardiovaskular secara berterusan
meningkatkan high density lipoprotein (HDL) dan menurunkan low density lipoprotein

7
(LDL). Keadaan ini akan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran
darah seperti atherosclerosis yang boleh membawa kepada penyakit hipertensi, strok dan
jantung.
Faedah-faedah tersebut dapat membantu individu meningkatkan tahap
kecergasan, semasa dalam tugas harian atau di dalam acara sukan dan akan terus kekal
selagi individu terus giat berlatih bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan
diri.
4.0 . SOROTAN LITERATURE

JURNAL 1

Tajuk :

Anggaran pengambilan oksigen maksimum terhadap pelajar wanita di Bengal


Barat, India dengan menilai Ujian Larian Cooper 12-min.

Penulis :

Banibrata Das

Tahun :

2013

Jurnal :

Journal Of Human Sport & Exercise Issn 1988-5202, 2013; 8(4): 1008-1014

Sumber :

Google scholar

Objektif :

1. Untuk menilai dan membandingkan kecergasan dari segi kapasiti maksimum


aerobik (VO2 max) dengan menjalankan Ujian Cooper 12-min di kalangan pelajar
perempuan bandar dan pelajar perempuan luar bandar di Bengal Barat, India.

8
2. Kajian ini juga cuba untuk mencari sama ada terdapat korelasi dan pekali antara
(VO2 max) terhadap umur, berat badan, kedudukan pelajar perempuan sama ada di
bandar dan di luar bandar.

Sample :

30 pelajar perempuan daripada setiap bandar dan 30 pelajar perempuan dari


kawasan luar bandar yang berusia lingkungan umur 16 - 21 tahun di Bengal Barat
telah diambil secara persampelan rawak mudah. Anggaran tidak langsung VO2 max
telah dilakukan dengan bantuan ujian Cooper 12 minit berjalan. Kedua-dua
kumpulan sampel tersebut adalah dari latar sosioekonomi dan latar belakang yang
sama telah dipilih untuk kajian ini berdasarkan persampelan rawak dari kawasan
bandar dan kawasan luar bandar di Bengal Barat, India. Pengukuran parameter
fizikal seperti ketinggian dan berat pelajar perempuan yang menjadi sampel telah
diukur oleh anthropometer. Korelasi dan regresi yang dilakukan untuk menilai
perbezaan yang signifikan antara VO2 max dan umur, berat badan, kedudukan
pelajar perempuan sektor bandar dan pelajar perempuan sektor luar bandar.

Instrument :

Kajian ini juga cuba untuk mencari sama ada terdapat korelasi dan pekali antara
VO2 max dengan umur, berat badan, serta kedudukan pelajar perempuan sama ada
di bandar ataupun di luar bandar. Kaedah korelasi telah digunakan. Korelasi dan
regresi yang dilakukan untuk menilai perbezaan yang signifikan antara VO2 max
dan umur, berat badan, kedudukan pelajar perempuan sektor bandar dan pelajar
perempuan sektor luar bandar.
Dapatan :

Pelajar perempuan yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai nilai statistik
aerobik maksimum yang jauh lebih tinggi daripada daripada pelajar perempuan
yang tinggal di kawasan bandar. Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa
pelajar perempuan yang tinggal di kawasan luar bandar menunjukkan korelasi
signifikan yang lebih tinggi antara VO2 max dan umur, berat badan, dan kawasan

9
tempat tinggal berbanding pelajar perempuan syang tinggal di luar bandar.
JURNAL 2

Tajuk :

Comparative Analysis Of The 1-Mile Run Test Evaluation Formulae: Assessment


Of Aerobic Capacity In Male Law Enforcement Officers Aged 2023 Years

Penulis :
Gurhan Kayihan, Ali Ozkan, Yusuf Koklu4, Ender Eyuboglu, Firat Akca, Mitat
Koz And Gulfem Ersz.
Tahun :

2014

Jurnal :
International Journal of Occupational Medicine and Environmental Health
2014;27(2):165 174
Sumber :

Google Scholar

Objektif :

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan nilai prestasi aerobik dalam satu
ujian larian 1-batu (1-MRT) menggunakan formula yang berbeza.

Sampel :

Dijalankan kepada 351 sukarelawan lelaki yang bekerja untuk Polis Negara Turki
dalam lingkungan umur 20 hingga 23 tahun telah dinilai oleh 1-MRT dan larian

10
ulang-alik 20 meter panjang (20-MST).

Instrument :

Nilai anggaran VO2max oleh persamaan ramalan yang dicipta oleh George et al.
(1993), Cureton et al. (1995) dan Kline et al. (1987) bagi 1-MRT dan oleh Leger
dan Lambert (1982) bagi 20-MST. Perbezaan keputusan antara formula berbeza
adalah signifikan (p = 0.000). Pekali korelasi antara VO2max anggaran
menggunakan persamaan Cureton, persamaan George, persamaan Kline dan 20-
MST adalah 0,691 (p <0.001), 0,486 (p <0.001) dan 0,608 (P <0.001).

Dapatan :

Dapatan kajian menunjukkan bahawa apabila menganalisis senaman yang lebih


kuat daripada sub-maksimum, persamaan Cureton ini digunakan untuk meramalkan
VO2max dari prestasi larian / berjalan individu yang sihat dengan ujian lebih besar
iaitu larian 1 batu. Kajian ini membandingkan penggunaan 3 formula yang berbeza
untuk menganggarkan VO2max dari 1-larian batu /berjalan prestasi pegawai-
pegawai penguatkuasa undang-undang lelaki yang berumur 20-23 tahun untuk kali
pertama dan melaporkan formula yang paling tepatuntuk digunakan apabila menilai
kapasiti aerobik sejumlah besar individu yang sihat. Pekali korelasi tertinggi adalah
antara VO2max dianggarkan oleh 20-MST dan ini adalah persamaan Cureton.
Begitu juga, pekali korelasi yang paling tinggi (r = -0,779) adalah antara masa run
1-batu dan VO2max yang dianggarkan oleh persamaan Cureton.

Jurnal 3
Tajuk :
Cardiovascular Fitness among Sedenatry Students
Penulis :

11
Sinku, S.
Tahun :
2012
Jurnal :
Journal of Exercise Science and Physiotherapy, Vol. 8, No. 2: 109-112, 2012
Sumber :
Google Scholar
Objektif :
mengetahui tahap kecergasan kardiovaskular di antara pelajar kolej di kawasan luar
bandar dan bandar.
Sampel :
Seramai 80 orang pelajar kolej dari kawasan luar bandar dan 80 orang pelajar kolej
dari kawasan bandar yang mempunyai gaya hidup tidak aktif menjadi sukarelawan
untuk menyertai kajian ini. Namun demikian, pelajar yang mempunyai masalah
kesihatan seperti athma, kecederaan, penyakit jantung atau apa-apa penyakit yang
membahayakan dikecualikan daripada kajian ini.

Instrument :
Ujian larian 12 minit telah digunakan bagi mengukur kecergasan kardiovaskular.
Penanda diletakkan di sekitar trek bagi membantu mengukur jarak yang lengkap.
Para peserta berlari selama 12 minit dan jumlah yang dilalui direkodkan. Namun
demikian, berjalan juga dibenarkan. Ukuran BMI telah dikira menggunakan
persamaan Quetelet. The Statistical Package for the Social Sciences (SPSS; versi
18.0) telah digunakan bagi menganalisis data. Ujian kebebasan t telah digunakan
untuk menilai keseluruhan perbezaan di antara pelajar di kawasan luar bandar dan
bandar. Tahap signifikan telah ditetapkan pada paras 0.01.
Dapatan :
Berdasarkan hasil ujian yang dijalankan iaitu ujian larian 12 minit, pelajar kolej di
luar bandar mencapai nilai min sebanyak 1357.5 dan manakala pelajar kolej di
kawasan bandar mencapai nilai min sebanyak 13.40. Hasil ujian juga menunjukkan
perbezaan signifikan kecergasan kardiovaskular di antara pelajar kolej di kawasan

12
luar bandar dan bandar iaitu (t=49.61, p<.05).
5.0 RUMUSAN KAJIAN LEPAS

Antara kajian lepas yang diperolehi ialah kajian yang dilakukan oleh Banibrata Das
(2013), yang bertajuk Estimation of maximum oxygen uptake by evaluating cooper
12-min run test in female students of West Bengal, India. Tujuan kajian ini adalah
untuk menilai dan membandingkan kecergasan aerobik melalui Ujian Cooper larian
12 minit di antara pelajar wanita di kawasan bandar dan pelajar wanita di kawasan
luar bandar di daerah Barat Bengal, India. 30 orang pelajar perempuan telah dipilih
secara rawak dari kawasan bandar dan juga luar bandar. Mereka terdiri daripada
umur 16 21 tahun. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pelajar perempuan di
kawasan bandar mempunyai nilai signifikan kecergasan aerobik yang lebih tinggi
berbanding pelajar perempuan di kawasan luar bandar dengan kemungkinan P
<0.001.
Seterusnya, kajian lain yang diperolehi ialah kajian yang dilakukan oleh
Gurhan Kayihan, Ali Ozkan, Yusuf Koklu, Ender Eyuboglu, Firat Akca, Mitat Koz
dan Gulfem Ersoz yang bertajuk Comparative analysis of the 1-mile run test
evaluation formulae: assessment of aerobic capacity in male law enforcement
officers aged 2023 years. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan nilai
aerobik di dalam ujian 1-mile run test (1-MRT) dengan menggunakan formula yang
berbeza. 351 orang sukarelawan lelaki yang bekerja di Turkish National Police di
antara umur 20-23 tahun telah dinilai berdasarkan ujian 1-MRT dan 20-metre
shuttle run (20-MST). Nilai VO2 max telah dianggarkan dengan menggunakan
persamaan George et al. (1993), Cureton et al. (1995) dan Kline et al. (1987) untuk
ujian 1-MRT. Manakala persamaan oleh Leger dan Lambert (1982) digunakan bagi
ujian 20-MST. Hasil daripada kajian yang dilakukan, perbezaan di antara hasil
kajian dengan menggunakan formula yang berbeza adalah signifikan (p=0.0000).
Selain itu, korelasi nilai VO2 Max yang menggunakan persamaan Cureton, George,
Kline dan 20-MST adalah 0.691 (p <0.001), 0.486 (p <0.001) dan 0.608 (p <0.001).
Selain itu, antara kajian yang diperolehi ialah kajian yang dilakukan oleh
Sinku, S yang bertajuk Cardiovascular Fitness among Sedenatry Students.

13
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kecergasan kardiovaskular di
antara pelajar kolej di kawasan luar bandar dan bandar. Seramai 80 orang pelajar
kolej dari kawasan luar bandar dan 80 orang pelajar kolej dari kawasan bandar yang
mempunyai gaya hidup tidak aktif telah menjadi sukarelawan untuk menyertai
kajian ini. Namun demikian, pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti
athma, kecederaan, penyakit jantung atau apa-apa penyakit yang membahayakan
peserta dikecualikan daripada kajian ini. Sampel yang digunakan di dalam kajian
ini adalah bebas daripada merokok, alkohol, tidak mengambil kafein dan dadah.
Ujian larian 12 minit telah digunakan bagi mengukur kecergasan kardiovaskular.
Hasil daripada ujian tersebut, terdapat perbezaan signifikan kecergasan
kardiovaskular (t=49.61, p<.05) di antara pelajar kolej di kawasan luar bandar dan
bandar. Kecergasan kardiovaskular pelajar kolej di kawasan luar bandar adalah
lebih baik daripada pelajar kolej di bandar.
6.0 LIMITASI KAJIAN
Kajian ini hanya untuk menguji kepantasan seseorang berlari. Bateri ujian yang
digunakan ialah:

1. Batasan ujian ini ialah bergantung kepada ketulusan sampel ketika melakukan
ujian kepantasan ini. Adalah diharapkan sampel menjalankan ujian dengan
bersungguh-sungguh untuk menunjukkan prestasi sebenar. Hal ini adalah untuk
memastikan keputusan ujian sebenar dapat dicapai.
2. Kajian ini juga bergantung kepada tahap pemahaman sampel terhadap ujian yang
ingin dijalankan. Oleh itu, penguji perlu menerangkan dengan terperinci
mengenai ujian yang ingin dijalankan. Penguji juga harus menjelaskan langkah
atau prosedur kajian kepada sampel supaya mereka faham apa yang ingin mereka
lakukan. Jika berkebolehan, penguji boleh menunjukan demonstrasi kepada
sampel.
3. Batasan bateri ujian ini ialah ujian hanya boleh dijalankan dalam kelompok yang
kecil. Oleh itu, penguji perlu memilirkan cara untuk menghabiskan ujian dengan
cepat sekiranya sampel terlampau ramai. Penguji boleh membuat banyak stesen
ujian atau melaksanakan ujian berdasarkan pelajar seperti berpasangan atau ujian
kendiri.

14
7.0 BATERI UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

TAJUK UJIAN COOPER 12 MINIT

OBJEKTIF KAJIAN Menguji tahap kecergasan kardiovaskular seseorang individu.

KESAHAN r= 0.90 (Cooper, 1968)

KEBOLEHPERCAYAAN r= 0.94 (AAHPERD, 1980)

PROSEDUR UJIAN / i Kon penanda diletakkan pada jarak yang tertentu di trek larian
LANGKAH (setiap 100 meter bagi trek larian 400 meter) bagi memudahkan
PELAKSANAAN UJIAN catatan jarak larian yang telah dilakukan oleh peserta.
ii Peserta akan berlari selama 12 minit dan jarak yang dilalui akan
direkodkan. Peserta dibenarkan untuk berjalan tetapi peserta
digalakkan untuk melakukan yang terbaik (tahap maksimum.

15
ALATAN Jam randik, trek larian 400 meter, kon/penanda, borang rekod, pencatat.

SISTEM SKOR Bil Nama Skor(minit)


(BORANG SKOR) .
1
2
3
4
5

LAMPIRAN ILUTRASI
(RAJAH)

Male Athletes

16
Excelle Above Below
Age Average Poor
nt Average Average
LAMPIRAN NORMA

13- 2400- 2200- 2100-


>2700m <2100m
14 2700m 2399m 2199m

15- 2500- 2300- 2200-


>2800m <2200m
16 2800m 2499m 2299m

17- 2700- 2500- 2300-


>3000m <2300m
19 3000m 2699m 2499m

20- 2400- 2200- 1600-


>2800m <1600m
29 2800m 2399m 2199m

30- 2300- 1900- 1500-


>2700m <1500m
39 2700m 2299m 1999m

40- 2100- 1700- 1400- Female Athletes


>2500m <1400m
49 2500m 2099m 1699m
Age Excellent Above Average Below Poor
2000-
Average 1600- Average
1300-
>50 >2400m <1300m
2400m 1999m 1599m
13- >2000m 1900- 1600- 1500- <1500m
14 2000m 1899m 1599m
15- 2000- 1700- 1600-
>2100m <1600m
16 2100m 1999m 1699m
17- 2100- 1800- 1700-
>2300m <1700m
20 2300m 2099m 1799m
20- 2200- 1800- 1500-
>2700m <1500m
29 2700m 2199m 1799m
30- 2000- 1700-
>2500m <1400m
39 2500m 1999m
40- 1900- 1500- 1200-
>2300m <1200m
49 2300m 1899m
17 1499m
1700- 1400- 1100-
>50 >2200m <1100m
2200m 1699m 1399m
TAJUK Ujian Yo-yo Intermittent Recovery

OBJEKTIF KAJIAN
i. Menilai kebolehan individu untuk melakukan jeda secara berulang-
ulang untuk jangka masa panjang.

ii. Mengukur tahap kecergasan kardiovaskular individu dengan


mendapatkan larian.

KESAHAN Tidak di laporkan

KEBOLEHPERCAYAAN Tidak di laporkan

PROSEDUR UJIAN / i. Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai
LANGKAH seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui.
ii. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat
PELAKSANAAN UJIAN
'bleep' yang akan dibunyikan dari pita audio.
iii. Apabila peserta selesai lari ulang alik 20 meter (2 x 20 meter), terdapat
waktu rehat aktif selama 10 saat di mana peserta perlu berjalan atau
berjoging ulang-alik 5 meter (2 x 5 meter).

iv. Peserta akan kembali di garisan permulaan untuk larian ulang alik 20 meter
dan juga rehat aktif ulang-alik 5 meter secara berulang-ulang sehingga ke
tahap kelesuan.
v. Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat 'bleep' berbunyi,

18
peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat
berbunyi. Masa antara isyarat 'bleep' akan berkurangan setiap tahap dengan
itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.
vi. Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan
kedua-dua hujung dua kali berturut-turut.
vii. Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian
diambil sebagai tahap peserta tersebut.

ALATAN Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur,
pencatat.

Bil. nama Skor(minit)


SISTEM SKOR 1
2
(BORANG SKOR)
3
4
5

LAMPIRAN ILUTRASI
(RAJAH)

19
TAJUK Ujian J.A.M Intermittent

OBJEKTIF KAJIAN Menilai kebolehan seseorang individu melakukan jeda secara berulang-
ulang untuk jangka masa yang panjang.

KESAHAN Tidak di laporkan

KEBOLEHPERCAYAAN Tidak di laporkan

PROSEDUR UJIAN / i. Kon/Penanda akan diletakkan dalam jarak yang berbeza


dalam bentuk segi tiga dan ujian ini melibatkan siri berjalan-berjoging-
LANGKAH
berlari secara ulang-alik dalam litar segi tiga yang dibentuk.
PELAKSANAAN UJIAN
ii. Lebih kurang pada setiap 2 minit, ujian ini akan diselang juga dengan

20
larian pecut dalam jarak lebih kurang 12 meter.
iii. Ujian ini adalah berterusan dalam litar segi tiga dan peserta perlu sampai
ke satu hujung sebelum isyarat audio berbunyi.
iv. Masa antara isyarat audio akan berkurangan setiap tahap, dengan itu
kelajuan larian hendaklah ditingkatkan di mana peserta perlu berlari
sehingga ke tahap kelesuan.
v. Pencapaian adalah berdasarkan kepada catatn masa yang diambil untuk
melakukan ujian ini.

ALATAN Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita
pengukur.

SISTEM SKOR Bil. nama Skor(minit)


(BORANG SKOR) 1
2
3
4
5

Mula
LAMPIRAN ILUTRASI
(RAJAH) 10 meter 10
meter
12 meter

21
TAJUK Ujian Berjalan Rockport 1 Batu (1.6km)

OBJEKTIF KAJIAN Sesuai menguji daya tahan kardiovaskular individu yang kurang cergas atau
lebih tua dan digunakan untuk menjangka VO2max seseorang individu.

KESAHAN r = .79 (Coleman et. al, 1987)

KEBOLEHPERCAYAAN r = .98 (kline et. al, 1987)

PROSEDUR UJIAN / i Peserta perlu berjalan seberapa pantas yang boleh untuk jarak sejauh 1

LANGKAH batu (1600 meter)


ii Setelah selesai berjalan sejauh 1 batu, peserta dikehendaki dengan serta
PELAKSANAAN UJIAN
mertanya mengambil kadar denyutan nadi. Pada masa yang sama, masa
yang dicatat perlu juga direkodkan.
iii Skor VO2max dikira mengikut persamaan seperti berikut :

ALATAN Jam randik, trek larian, borang rekod

SISTEM SKOR Bil. nama Skor(minit)


(BORANG SKOR) 1
2
3
4
5

22
LAMPIRAN ILUTRASI
(RAJAH)

TAJUK Havard Step Test

OBJEKTIF KAJIAN
i. Menguji daya tahan kardiovaskular
ii. Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular individu dan berapa
cepat kadar nadi kembali normal

KESAHAN Tidak di laporkan

23
KEBOLEHPERCAYAAN Tidak di laporkan

i. Subjek memanaskan badan selama 10 minit


PROSEDUR UJIAN / ii. Subjek berdiri tegak di hadapan step bench yang disediakan
iii. Subjek melakukan pergerakan naik turun bench setelah menerima isyarat
LANGKAH
mula daripada penguji dan mula mengambil masa.
PELAKSANAAN UJIAN iv. Subjek naik turun step bench mengikut rentak atau irama rakaman
metronom selama 5 minit.
v. Subjek naik denagn kaki kanan diikuti kaki kiri dan turun menggunakan
kaki kanan dan dan diikuti kiri.
vi. Subjek melakukan aksi naik turun pada kadar 30 kali setiap minit
vii. Apabila subjek tidak dapat melakukan aksi naik turun mengikut rentak
metronom selama 15 saat dianggap subjek kepenatan
viii. Selepas tamat lakuan 5 minit, penguji berhentikan stopwatch dan subjek
duduk serta kadar nadi diambil selepas 1 minit.
ix. Kali ke 2 kadar nadi diambil setelah 2 minit selesai ujian
x. Kali ke 3, kadar nadi diambil selepas 3 minit selesai ujian

Kiraan skor

Jika jumlah masa keseluruhan adalah 300 saat (selepas selesai 5 minit) dan masa
kadar nadi adalah antara 1-1.5 minit adalah 90, antara 2-2.5 dan ke 3-3.5 adalah 70,
maka pengiraan indeks adalah : (100x300) / (240x2) = 62.5. Perlu diingatkan
bahawa anda menggunakan jumlah kadar nadi dalam 30 saat dan bukan kadar nadi
per minit.

Indeks Kecergasan = (100 x masa dalam saat) / (5.5 x kadar nadi yang di kira
antara 1 dan 1.5 min)

Indeks Kecergasan = (100 x masa dalam saat) / (2 x jumlah kadar nadi ketika
recovery periods)

ALATAN Jam randik, metronom atau pita cadence (30 langkah per minit), step bench
50.8 cm/20 inci

24
SISTEM SKOR Bil. nama Skor(minit)
(BORANG SKOR) 1
2
3
4
5

LAMPIRAN ILUTRASI
(RAJAH)

TAJUK Ujian Berjalan 10 Langkah Dengan Menarik dan Menghembus Nafas

25
OBJEKTIF KAJIAN Kawalan penafasan

KESAHAN Tidak di laporkan

KEBOLEHPERCAYAAN Tidak di laporkan

i) Subjek menarik dan menghembus nafas beberapa kali


PROSEDUR UJIAN / ii) Subjek meluruskan tangan ke hadapan
iii) subjek menarik dan dan kemudian menahan nafas
LANGKAH iv) Arahkan subjek untuk berjalan 10 langkah dengan satu saat untuk
PELAKSANAAN UJIAN setiap langkah
v) Berhenti di langkah ke 10, hembus nafas dan berjalan ke
belakang.
vi) Minta subjek untuk menarik dan menghembus nafas beberapa
kali.
vii) Arahkan subjek untuk menarik nafas dalam-dalam, hembus dan
tahan nafas
viii) Dengan kedua-dua belah tangan ke hadapan dan 1 saat untuk
setiap langkah
ix) Berhenti pada langkah ke 10 dan kembali bernafas seperti biasa

Kiraan Skor

i Berjaya atau tidak berjaya. Untuk yang tidak berjaya, bilangan


langkah yang diambil akan dicatat.

ALATAN Permukaan yang rata

26
SISTEM SKOR Bil. nama Skor(minit)
1
(BORANG SKOR)
2
3
4
5

8.0 RUJUKAN
Ahmad Hashim. (2015 ). Pengujian Pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani
(pp. 98-104 ). Selangor Darul Ehsan, Malaysia : Dubook Press Sdn Bhd.
Akmarawita Kadir. (2001). Cardiovascular Adaptation To Physical Training. Jakarta:
Universitas Wijaya Kusuma Surabaya.

Borhan Yusof, Ujian, Pengukuran Dan Penilaiandalam Pendidikan Jasmani.


Diperolehi pada 20 Sept 2016 daripada
https://www.scribd.com/doc/58827036/HBPE2203-Pengukuran-pengujian-dan-
penilaian-dalam-pendidikan-jasmani.

Budi Nursarwono. (2015). Kontribusi Daya Tahan Kardiovaskular Terhadap Proses


Belajar Siswa Kelas V Sd Negeri Mlesen. Jakarta: Universitas Negeri Yogyakarta.

Cooper, K.H. (1968). A Means Of Assessing Maximum Oxygen Intake. JAMA, 203,
pp.135-138

Hafidz Omar & Fakhrul Khalil. (2016). Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya

27
Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Jones, & Bartlett. (2010). Anatomy and Physiology of Cardiovascular System.


Denmark: Jones and Bartlett Publisher.

Pearson, M. J. & Smart, N. A. (2016). Aerobic Training Intensity for Improved


Endothelial Function in Heart Failure Patients: A Systematic Review and Meta-
Analysis. Australia: University of New England.
Stephan, G. & Gerhard, S. (2010). Cardiovascular Effects of Exercise Training.

Germany: University of Leipzig.

28

Anda mungkin juga menyukai