Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AMALI 2

Tujuan utama penulisan laporan amali ini adalah untuk menganalisis bagaimana
struktur jantung dan sistem kitaran pulmonari dan sistemik seorang atlet berfungsi
semasa terlibat dalam acara lari pecut . Secara umumnya manusia perlu bergerak untuk
memenuhi keperluan harian seperti makan, berjalan, berlari dan pelbagai aktiviti lain. Oleh
hal yang demikian, pergerakan yang terhasil daripada pengecutan dan pengenduran otot
terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan yang banyak seperti lari pecut .
Sehubungan itu ,jantung juga memainkan peranan yang penting dengan bertindak
untuk mengepam darah yang mengandungi karbon dioksida ke peparu untuk
menyingkirkan karbon dioksida dan menyerap oksigen ke dalam darah. Oksigen
adalah amat penting untuk manusia bernafas . Pengambilan oksigen akan lebih tinggi
apabila manusia melakukan aktiviti fizikal yang lebih lasak seperti lari pecut . Dengan
ini jelaslah bahawa dalam situasi ini peranan jantung adalah sangat penting bagi
mengepam darah beroksigen ke seluruh badan seseorang atlet lari pecut bagi
memenuhi keperluan oksigen ketika mereka terlibat dalam acara lari pecut .

Jantung ialah organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk
membekalkan oksigen dan nutrien. Ia juga merupakan organ berongga yang berfungsi
mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata dan berulang-
ulang. Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh hal yang demikian,
jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Secara semula jadi, jantung
manusia terletak di dalam rongga toraks , di belakang tulang dada (sternum), dan di
antara paru-paru kiri dan kanan . Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina
daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya
dan endokardium di bahagian dalam . Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran
yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair bagi
tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di
sebelahnya semasa melakukan aktiviti fizikal yang lebih lasak seperti lari pecut .
Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan,atrium kiri, ventrikel kanan dan
ventrikel kiri. Dua ruang atas iaitu atrium kiri dan kanan mempunyai dinding otot yang nipis
dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding
otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal.Ventrikel kiri
adalah lebih tebal dan lebih berotot daripada ventrikel kanan kerana ruang ini
mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan . Septum
interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang
penerima darah. Atrium kanan menerima darah kurang beroksigen dari seluruh tubuh dari
vena kava superior dan vena kava inferior kemudian darah dipam ke ventrikel kanan melalui
injap tricuspid manakala menerima darah kaya dengan oksigen dari paru-paru melalui vena
pulmonari kemudian darah mengalir ke ventrikel kiri melalui injap bicuspid . Seterusnya ,
ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari
atrium. Ventrikel kanan menerima darah dari atrium kanan dan mengalirkan darah ke arteri
pulmonari melalui injap pulmonari ke paru-paru sementara ventrikel kiri menerima darah dari
atrium kiri dan mengalirkan darah ke aorta melalui injap aortik ke seluruh tubuh badan .
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit
daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap
atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke
ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah
kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang
pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Bagi memastikan fungsi jantung ini
berjalan dengan lancar, ia dilengkapi dengan otot (miokardium) yang kuat dan tahan lama
kerana jantung bekerja 24 jam sehari tanpa henti. Fungsi asas bagi sistem peredaran darah
ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan
mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Tanpa
bahan-bahan ini sel-sel tidak akan dapat hidup dan menjalankan fungsinya. Seterusnya,
selain daripada memberi, darah juga berfungsi membawa karbon dioksida dan bahan-bahan
toksik daripada sel-sel terbabit dan dibawa ke organ lain untuk tujuan detoksifikasi. Darah
dipam oleh jantung melalui dua peredaran iaitu peredaran pulmonari dan sistemik. 

Sistem kitaran adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan
manusia. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk
ke jantung semula.Sistem Peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran
tertutup dan ganda dua (double closed and complete circulatory system). Hal ini kerana
darah mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu
peredaran lengkap (Jenrysaiparudin, 2012). Oleh hal yang demikian, sistem peredaran
ganda dua(double circulatory system) pada manusia terdiri daripada dua sistem peredaran
utama iaitu kitaran pulmonari dan sistemik.

 Pertamanya , kitaran sistemik . Dalam kitaran sistemik , darah mengalir daripada


jantung ke bahagian-bahagian badan (kecuali peparu) dan balik ke jantung. Darah
beroksigen dipam oleh jantung melalui aorta dan bahagian arteri ke seluruh badan (kecuali
peparu). Sistem ini bermula apabila darah beroksigen dari peparu memasuki atrium kiri
jantung dan dipam keluar dari jantung melalui aorta. Darah yang keluar dari jantung berada
dalam tekanan tinggi. Manakala aorta pula akan bercabang untuk membentuk arteri dan
membawa darah beroksigen ke semua tisu badan. Di samping itu, pertukaran gas dan
nutrient pula akan berlaku di sel badan sesuatu organ. Seterusnya, darah yang diangkut
keluar dari organ melalui vena adalah darah terdeoksigen dan darah dari vena di semua tisu
badan akan disalurkan ke dalam atrium kanan jantung. Akhir sekali, fungsi utama sistem
peredaran sistemik adalah untuk membolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke
semua tisu badan.

Seterusnya , kitaran pulmonari pula mengandungi salur darah yang mengangkut


darah dari jantung ke paru-paru dan kembali ke jantung .Sistem ini bermula apabila darah
terdeoksigen dipam keluar dari ventrikel kanan ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke
peparu kiri dan kanan. Di peparu, pertukaran gas akan berlaku. Darah yang terdeoksigen di
dalam arteri pulmonari akan menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen yang
kemudian diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena kava. Fungsi utama
sistem peredaran pulmonari adalah untuk membolehkan darah terdeoksigen menjadi
darah beroksigen.

Berdasarkan situasi di atas , atlet lari pecut memerlukan tenaga yang banyak dalam
tempoh masa yang singkat dalam usaha untuk memastikan beliau memperolehi bekalan
tenaga yang mencukupi untuk berlari pecut . Oleh hal yang demikian, jika dilihat dinding
jantung bagi seseorang pelari kebiasaannya lebih tebal berbanding manusia normal.
Hal ini berlaku kerana pelari pecut perlu memastikan beliau boleh mendapatkan
semaksimum mungkin tenaga dalam tempoh masa yang singkat. Dinding jantung yang
tebal dapat mengoptimumkan sistem peredaran pulmonari dan sistemik bagi
meningkatkan penghasilan tenaga kepada seseorang atlet lari pecut. Ketika kita
berjalan secara normal kadar degupan jantung , kadar pernafasan dan kadar nadi kita
adalah perlahan . Tetapi ia berbeza pula bagi seseorang atlet lari pecut .Apabila mereka
melakukan aktiviti fizikal yang lebih berintensiti tinggi seperti lari pecut , kadar
degupan jantung , kadar pernafasan dan denyutan nadi mereka akan menjadi lebih
laju. Secara semula jadi , kadar pernafasan dan kadar degupan jantung manusia akan
meningkat bagi memenuhi keperluan oksigen yang meningkat sewaktu aktiviti fizikal
yang lebih lasak dijalankan. Individu yang mempunyai jantung yang kuat akan lambat
untuk berasa lesu . Ini akan membolehkan mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti
dengan lebih lama . Jika seseorang atlet lari pecut memiliki jantung yang kuat ia akan
membantu mereka untuk melakukan aktiviti fizikal seperti lari pecut dengan lebih bertenaga
dan lebih cergas .

Anda mungkin juga menyukai