Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Berdasarkan tugasan yang telah diterima, saya dikehendaki untuk menjelaskan


tentang organ manusia yang sangat penting ini iaitu jantung. Jantung merupakan organ
berotot terpenting dalam tubuh badan kita. Selain itu juga, sebarang komplikasi yang
berkaitan dengan jantung haruslah diawasi dan segera mendapatkan rawatan kerana jika
berterusan akan menjejaskan badan kita yang sihat lalu menyebabkan maut. Jantung
merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan
utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai
sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh
tubuh. Rajah 1 menunjukan bentuk jantung manusia.

Rajah 1

Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus,
iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti
sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia
berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua
denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh.
Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat
mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat
semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu
seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak
perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun.

2.0 Struktur Jantung

Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di
permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dalam tubuh manusia, jantung
terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia
diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.
Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari
empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah. Dinding otot yang tebal

1
(septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia
memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan
ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-
paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding
ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Struktur jantung dapat dilihat
seperti rajah 2

Rajah 2

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava
superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian
mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu
melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen
dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah
beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan
darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu. Darah yang dialirkan seluruh badan
adalah untuk menghantar oksigen ke setiap sel di seluruh badan. Ventrikel kiri adalah lebih
tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang
tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu
mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga
diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan
merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi
memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

2
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai
perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil miokardium (myocardium), dan lapisan
terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada
dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Miokardium
adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti
keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri
daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.

3.0 Fungsi Jantung

Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan


membersihkan tubuh dari hasil metabolisme iaitu karbon dioksida. Jantung melaksanakan
fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh
dan mengepamnya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan
membuang karbon dioksida; jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen
dari paru-paru dan mengepamnya ke jaringan salur darah di seluruh tubuh. Pada saat
berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (diastol) seterusnya jantung
berdetak dan mengepam darah keluar dari ruang jantung (sistol). Kedua atrium mengendur
dan berdetak secara bersama, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berdetak secara
bersama. Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbon dioksida dari
seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar iaitu vena kava menuju ke dalam atrium kanan.
Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan.
Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari
menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil iaitu kapilari
darah yang mengelilingi kantung udara di paru-paru ataupun disebut alveolus, yang
kemudiannya menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida yang seterusnya
dihembuskan keluar dari peparu melaui rongga pernafasan.. Darah yang kaya akan oksigen
mengalir di dalam vena pulmonari menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bahagian
kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut kitaran pulmonari. Manakala peredaran
darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan dikenali sebagai kitaran sistemik. Darah
dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepam
darah yang kaya dengan oksigen ini melalui injap aorta masuk ke dalam aorta yang
merupakan arteri terbesar dalam tubuh. Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh
tubuh, kecuali paru-paru. Kitaran pulmonari dapat dilihat lebih jelas pada rajah 3.

3
Rajah 3

Kitaran darah sistemik dan pulmonari yang saling berkait dapat dilihat perkaitannya
di dalam rajah 4.

Rajah 4

4
4.0 Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem


peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan
komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Tahap kecergasan meningkat
apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu
kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Untuk mendapatkan daya tahan kardiovaskular ini, seseorang itu harus menjalani
satu siri latihan berterusan dan sistematik dalam jangka masa tertentu oleh seseorang itu.
Antara latihan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular adalah
seperti latihan fartlek. Latihan fartlek ialah ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan
yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda
tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Aktiviti
latihan ini berkaitan dengan pecutan, yang mana atlet dikehendaki melakukan larian pecut
bertempo atau kadar tertentu yang biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada
keupayaan maksima. Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah
seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Ia merupakan satu bentuk aktiviti yang
dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain
dengan kelajuan disepanjang permukaan tanah yang berbeza. Tujuan latihan fartlek bukan
hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tetapi mampu mengelakkan
kebosanan para atlet.

5.0 Penutup

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita.
Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan
dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada
jantung. Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih
ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun
disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung
untuk mendapat serangan sakit jantung. Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung
merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan
membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh
dielakkan. Oleh itu, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Meskipun
saiznya kecil, peranan yang dimainkan olehnya adalah besar. Penyakit jantung adalah
pembunuh nombor satu di Malaysia. Peliharalah organ berharga ini dengan mengamalkan
pemakanan dan gaya hidup sihat.

5
6

Anda mungkin juga menyukai