Anda di halaman 1dari 58
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 7.8 Aa EKOD PERSEDIAAI NGAJAR 7 TAHUN 2017 Nama Guru: i) Nama Sekolah: Guru Kelas: Kelas yang Diajar: “FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH” —_awy i CBee On er ee Peres atny KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN “PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENS! INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN,. USAHA INI ADALAH BAG! MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA." WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK 4 Percaya dan patuh kepada Tuhan. \ 48 Berilmu pengetahuan. 4 Berakhlak mulia, 4 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. 4 Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. __ 4 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. UNSUR INTELEK ‘\_Unsur intelek ini mengambil kira aspek yang berikut: \—# Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa & kepada kebenaran. 4 Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. 4 Daya pemikiran yang lojik dan analisis. 4 lImu yang bermanfaat. 4 Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. UNSUR ROHANI DAN EMOSI Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut: 4 Keyakinan terhadap Tuhan. 4 Kepercayaan beragama. 4 Kemantapan jiwa 4 Penghayatan nilai-nilai muni dan norma masyarakat. ® Berbudi pekerti mulia. J 4‘ Berbakti dan berkorban. UNSUR JASMANI Ciri-ciri unsur jasmani ialah: 4 Kecergasan fizikal dan kesihatan dir. ‘@# Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. TATASUSILA }, PROFESION KECURUAN' TATASUSILA PROFESION KEGURUAN Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara vvang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak muridnya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan ‘yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan ‘menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya 1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2, Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politi, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3, Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4, Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang balk kepada pelajar. 6, Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, ppersidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Il, TANGGUNG]AWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dan rumah tangga. 3, Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak boleh membocorkannya kepada sesiapa kecuall kepada mereka yang berhak mengetahuinya 4, Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara telti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi dengan kedudukan sosial atau ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan iri daripada mengeluarkan kata-Kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka, II TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASVARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan iri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam dir setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3, Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4, Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami seheri-hari dengan bak. IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seseorang guru di hadapan pelajar,ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3, Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4, Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini jalah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah ‘nstitusi pendidikan peringkat rendah, menengah atau tinggi (termasuk guru yang terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, ‘organisasi dan penyeliaan pendidikan). y 1 (ERA NG nei PERATURAN-PERATURAN PENDIDI URIKULUM KEBANGSAAN) 1997* ffx SS fo ae ae > WAU ae Wey es eee (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997* | PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan ) yang berikut: 1. Nama dan mula berkuat kuasa. a3 Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendakiah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998. = 2. Tatsran. aX Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki maknanya yang lain - a “pahan kurikulum’ ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid; “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah; / “iadual waktu”ertinye suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang dlajar kepada murid pada tiap hari persekotshan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu; Bee onary akara ay ya ctareang lanes davis pris pang teen parce saan A) eA, bilk dajah yang memberikan murid pelvang untuk menembah, mengukuh dan mengamalken pengetahuan, Kemahiran dan nial | yang dipela) i ilik darjah; ' { “mata pelajaran” ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan; ‘mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan, mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka | jar mengikut Akta disekolah _ } “mata pelajaran tambahan” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang kerajaan dan bantuan kerajaan; + citata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mest dipelajari oleh semua murid \ di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta; \ “mata pelajaran wajib” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, elain daripada mata pelajaran teras, _ yang mestiipelsjai oleh semua murid dl sekolahKerajaan dan bantuan Kerajaan; 1 “sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun I percebahen Sent manasmans trmpoh yang clnytakan delameahun perseklahen tus B “sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menter. (1) Kurikulum Kebangssan ialah suatu program pendiikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang rmerangkumi semua pengetafan, kemahiran, norma, nila, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan feseorang murid dengan sepenuhnya dari segijasmani,rohani, mental dan emos! serta untuk menanam dan mempertingatian | nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan, ¥ 3 Karikulum Kebangsaan \ (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut: ‘ (a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5; an (b) mata pelajaran walib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7; {c)_mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8, (4) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9; (e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan (f)_ mata oelajaran untuk peringkat Sijil Tinggt Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10. (3) Kegiatan Kokurikulum bagi sekolah Kerajaan dan bantuan keraja ‘akan mengandungi yang berikut: (a) penyertaan dalam sukan dan permainan: ~{b) penyertaan dalam persatuan dan kela a (c) penyertaan dalam unit beruniform; dan ~~ (@) lain kegiatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri (4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan ) bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15. ©) 4, Bahan kurikulum dan kokurikulum, ‘Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah “ kerajaan dan bantuan kerajaan. WN GE Ff A AP” }3 8 FF WTO ay tee Slee vv (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997* 5. _Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu. Tertakhluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda sesuatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu 6. _Jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu diadakan untuk-pemeriksaan. a (1), Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua __ Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran. —% (2) seseorng guru besa atau pengetu sunt sloah, Keay sel eae pos atau usa penn ara uh endalah |” _{3) Ketua Pendaftar boleh memertukan guru besar atau pengetue, /melalulsuatunotis secara bertuls, untuk mengemukakan >», esalnanjadua mengensi semua mata pelajaran yang dij di sekolh,sukatan pelajaran, dan /taijadualwakt, dalam tempoh Li har dar tarikh penerimaan nots itu, 7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan. Seseorang ‘guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta melakukan pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran ‘yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungannya. be olka ru Be LZ, Seseorang guru dalam suatu sekolah,kecuallsekolah gaya pos atau pusat pendidikanjarak jauh, hendaklah menyimpan dan | dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk ppemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, ‘menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada akhir persekolahan setiap minggu { 9, Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan citerjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.. Jike mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana sesalinannya | “Yang diperlukan di bawah Peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, isediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jedual,sukatan pelajaran,jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod | | Buru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam tempoh 30 hari daripada yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar \ 10. Jadual waktu perlu dipamerkan. Sescorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu. 11. Penalti. (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi } (2), Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan \ dan apabila dsabitkan boleh didenda tak melebini ima ratus init } 12.feaghit v5 Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) ts 11962 adalah dimansuhkan. } \ SURAT | PEKELILING IKHTISAS ‘ Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon : 922066 Kuala Lumpur. Kawat ‘PELAJARAN' KP(BS) 8591/JId. 11/(36) ‘hb. Mei 1985 Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran, Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Dj Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-Lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Dj Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru, pensyarah-pensyarah, lain-lain pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajar- an di sekolah, maktab perguruan, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Peraturan pakaian ini adalah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh I8hb, Februari, 1985, yang dikeluarkan olch Jabatan Perkhidmatan Awam. 2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan laindain pegawai perkhidmatan pelajaran adalah sentiasa menjadi tumpuan pemerhatian pelajar-pelajar dan masyarakat, baik di dalam atau di luar sekolah/maktab/pejabat serta mempunyai pengaruh ke atas pendidikan pelajar-pelajar, termasuklah penyemaian akhlak dan nilai hidup yang baik. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru dan pensyarah-pensyarah serta lain-lain pe- gawai perkhidmatan pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan di pejabat. Oleh yang demikian, di sam- ping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru- guru/pensyarah-pensyarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin dan ime} profesion perguruan. i FT A ASP” } 38 ‘Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan:— 3d 3.1 Sewaktu Bertugas Di Bilik Darjah/Kuliah Guru-Guru/Pensyarah-Pensyarah Lelaki i) ii) iii) iv) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) tau ‘bush-jacket” atau ‘lounge suit’. Jika baju berlengan pan- Jang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendak- lah dimasukkan ke dalam. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai de- ngan seluar panjang. Pakaian baju melayu dengan kain sarong, ‘jeans’, ‘track suit’, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-ain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai. Guru-Guru /Pensyarah-Pensyarah Perempuan i) ii) iii) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain- lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetap- kan, Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta laindain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai. 3.2, Sewaktu Bertugas Di Luar Bilik Darjah (Ketika Menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani Dan Sukan) — Lelaki Dan Perempuan 3.21 3.22 ‘Track suit’, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/ pensyarah lelaki sahaja), kemeja sukan, si, kasut getah, kasut sukan dan lain-ain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dalam gerakerja tersebut. Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan serakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan Jain-Jain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai. 3.3. Sewaktu Menjalankan KerjaKerja Praktik Di Bilik Makmal/Sains Rumah ‘Tangga/Bengkel Seni Perusahasn 3.3.1 Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tem- Pat-tempat berkenaan hendaklah dipakai. 3.3.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja. Sekiranya memakai baju ber- Jengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan, jika perlu. 3.3.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik dasjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut. 3.4 Sewaktu Menjalankan Kerja-Kerja Praktik Sains Pertanian 3.4.1 Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tem- pat berkenaan hendaklah dipakai. > 3.4.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja (jika berlengan panjang, lengan \ baju itu bolehlah dilipatkan, jika perlu) atau kemeja sukan; kasut >) sukan atau kasut getah. Z 3.4.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik dasjah atau laindain pakaian yang sesuai dengan kerjakerja praktik tersebut, dengan berkasut sukan atau berkasut getah. B 4. Sewaktu Bertugas Di Pejabat Sekolah/Maktab, Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/Kementerian Pelajaran Bagi Pegawal-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran 4.1 Lelaki 4.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher, atau ‘bush- jacket’ atau ‘lounge suit’. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 4.1.2 Pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang. 4.1.3 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai, kecuali pegawai-pegawai yang di- kehendaki memakai pakaian seragam.

Anda mungkin juga menyukai