Anda di halaman 1dari 4

,

S. J. K. (T) LADANG SELINSING, 34400


SIMPANG AMPAT,
SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN.
[ ABD 3057 ]

Laporan Kokurikulum
PERTANDINGAN KARNIVAL
BAHASA TAMIL PERINGKAT
SEKOLAH
2017

Tarikh : 10.03.2017
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SJK ( T ) Ladang Selinsing
DISEDIAKAN OLEH

PN NANTHINY A/P PANCHACHARAM


[ PANITIA BAHASA TAMIL]

Penasihat : Pn.G.Santhi ( Guru Besar )

Pengerusi : En.S.Vejian (GK KOKU)

Penyelaras : Pn.P.Nanthiny

Ahli-ahli : Semua guru mata pelajaran Bahasa Tamil

1.0 NAMA PROGRAM : Karnival Bahasa Tamil 2017 (Peringkat Sekolah)

2.0 TARIKH : 10 MAC 2017

3.0 KUMPULAN SASARAN : Semua pelajar SJKT Ladang Selinsing

4.0 MATLAMAT :

Membantu murid-murid untuk menambahkan pengetahuan tentang ilakkanam dan


ilakkiyam dalam Bahasa Tamil serta memupuk semangat bertanding yang positif
dikalangan murid.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Mencungkil bakat para murid dalam aspek Bahasa Tamil.


Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Tamil.
Menghayati lagu motivasi yang terdapat di dalam karya Bahasa Tamil.
Meningkatkan keyakinan dalam diri untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Mengukuhkan lagi kefahaman murid mengenai sastera dan tatabahasa.
Menilai tahap penguasaan minda para pelajar dalam sastera dan tatabahasa
Bahasa Tamil.
Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam mengutarakan hujah-hujah yang
bernas dengan teratur

6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN


07.15 am 07.30 am : Penyampaian Taklimat Pertandingan

07.30 am 08.00 am : Permulaan pertandingan/ Persembahan Murid

08.00 am 08.10 am : Penyampaian hadiah

7.0 PELAKSANAAN

Karnival Bahasa Tamil Peringkat Sekolah 2017. yang telah dirancang telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Karnival ini memartabatkan lagi minda pelajar secara tidak
langsung dalam aspek Bahasa Tamil. Pertandingan Menyanyi, Kuiz Sastera, Mendeklamasi
sajak, Mengarang esei Bahasa Tamil dan Pertandingan Menghafal Thirukural adalah antara
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini. Program ini juga memupuk semangat
kerjasama dan perpaduan dalam kalangan para pelajar serta mengeratkan hubungan antara
satu sama lain.

8.0 JUMLAH PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah


1. Cenderahati 2 X RM 5.00 RM 10.00
2. Fail 2 x RM 2.00 RM 4.00
3. Fotostat 50 x RM 0.05 RM 2.50
4. Sarapan 15 x RM 2.00 RM 30.00
5. Hadiah 6 x RM2.00 RM 12.00
JUMALAH KESELURUHAN RM 58.50

Sarapan pagi, cenderamata pengadil dan fail adalah sumbangan orang luar.

9.0 KEKANGAN

Masa yang diagihkan tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

10.0 KEKUATAN

Semua guru dan murid-murid telah berkerjasama dalam menjayakan Karnival Bahasa
Tamil 2017 (Peringkat Sekolah).

11.0 PENAMBAHBAIKAN

Program seperti ini perlu dilajankan setiap sesi permulaan sekolah. Menjemput ibu bapa
murid dan guruguru dari sekolah lain untuk memberi sokongan dalam menjalankan Karnival
Bahasa Tamil Peringkat Sekolah.
12.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Karnival Bahasa Tamil 2017 ini telah berjalan dengan lancar.
Semua murid melibatkan diri secara aktif di dalam semua pertandingan yang dijalankan.
Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan para pelajar
serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

( NANTHINY A/P PANCHACHARAM ) ( VEJIAN A/L SUPPIAH )

Penyelaras Program, Guru Kanan Kokurikulum,


Karnival Bahasa Tamil 2017. SJK (T) Ladang Selinsing

Anda mungkin juga menyukai