Anda di halaman 1dari 10

1

3.0

DEFINISI

KONSEP

ALIRAN

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
3.1

SET INDUKSI
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih
memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.
Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set
induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu
mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya.
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam
sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.Ee Ah Meng
(1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk
menyediakan

pelajar

anda

bagi

mengikuti

sesi

pengajaran

iaitu

orientasi

prapengajaran.Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian


permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama
mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid
supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
3.2

ORIENTASI
Kegiatan peninjauan yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat

menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan lain-lain).
3.3

MENCUNGKIL IDEA
Tindakan guru untuk mendapatkan maklum balas berkenaan tajuk yang akan

dipelajari berdasarkan maklumat sedia ada pada pelajar.

Penerangan akan dilakukan secara penaakulan akan melibatkan proses logik untuk
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Proses ini akan melibatkan penstrukturan
semula konsep atau idea secara lebih tersusun dan mudah difahami.
3.4

APLIKASI IDEA
Menggunakan secara praktik atau amali atau melaksanakan serta menggunakan pada

amalan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari.


3.5

REFLEKSI
Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku

membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan
membolehkan seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983),
proses refleksi yang dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di
dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru
untuk mengenalpasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan
pengajaran.

3.6

PENUTUP
Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus isi

pelajaran atau mengadakan aktiviti susulan kepada pelajar. Selain itu, ia bertujuan untuk
menilai pencapaian objektif serta aktivi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk mempelbagai atau membuat
pengubahsuaian pelajaran berikutnya.
3.6.1 Penutup secara kognitif
Mengarahkan kepada pengukuhan apa yang telah dipelajari dan memfokuskan perhatian
murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari. Cara-cara melaksanakan penutup
kognitif ialah:

Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti
mencatat isi-isi penting pada papan putih.

Memberikan kerja tulis di dalam bilik darjah

Memberi aktiviti pengayaan kepada murid

Menyoal isi-isi penting tentang topic yang telah dipelajari.

4.0

JUSTIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1

Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme


Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu
kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang
tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.
Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid
seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu
membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran
berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang
guru itu boleh belajar untuk muridnya.

Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk
struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep
baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa
yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat
disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka baru
tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai
Konstruktivisme.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua pekara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman
dan miskonsepsi ini dibiarkan atau tidak diperbetulkan dengan baik, kefahaman dan
pegangan asal mereka itu akan tetap kekal.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan
kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.2

Strategi Pemusatan Murid


Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting

dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang
pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara
kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa
akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan,
bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam
kelas.

Pembelajaran berpusatkan pelajar didefinisikan sebagai memberi tumpuan kepada


perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepada pelajar (jenis
pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan
dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan dan sikap guru yang mendengar
pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.
(http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html)
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara terus
dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada
dan pemahaman konsep baru yang mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial,
menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti
luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.
(Ted Panitz (http://www.newforums.com/newstudentseries.htm)
Strategi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk:

mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta


menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas.

melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan


berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.

mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang


dipelajari.oleh mereka

4.3

merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.


Didik Hibur
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)

mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap
empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan
murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik.
4.3.1 Ciri-ciri Didik Hibur

Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,


ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru muridmurid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu
- tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan


kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa
Malaysia.

Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal
untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

4.4

Pengajaran Berasaskan Inkuiri


Pembelajaran berasaskan inkuiri diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai

tindak balas kepada bentuk pengajaran tradisional, di mana murid-murid dikehendaki


menghafal maklumat daripada bahan pengajaran. Falsafah pembelajaran berasaskan inkuiri
adalah berlatar belakangkan teori pembelajaran konstruktivis seperti idea Piaget, Dewey,
Vygotsky, dan Freire yang boleh dianggap sebagai konstruktivis.
Pembelajaran

inkuiri

menekankan

idea

pembelajaran

konstruktivis

dimana

pengetahuan adalah dibina daripada pengalaman dan proses terutamanya yang berdasarkan
pengalaman sosial. Pembelajaran ini berlaku dengan baik dalam situasi kumpulan. Kemajuan
dan hasil pembelajaran biasanya dinilai daripada segi sejauh mana murid-murid dapat
mengembangkan kemahiran eksperimen, analisis dan bagaimana mereka bekerja dalam
kumpulan.
Proses pembelajaran tertentu yang melibatkan diri murid dalam pembelajaran berasaskan
inkuiri termasuk:

Bertanyakan diri sendiri.

Mendapatkan bukti yang menyokong untuk menjawab soalan.

Menjelaskan bukti yang dikumpul.

Mengaitkan maklumat dengan pengetahuan yang diperolehi daripada proses


penyiasatan.

4.5

Mewujudkan hujah dan justifikasi untuk penjelasan.


Kaedah Penerangan
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi

kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa


menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang
sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Dalam
peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan papan putih untuk menulis isi
penting supaya pelajar boleh memehami dan merekaodkannya dalam buku nota mereka.

Objektif penggunaan kaedah penerangan ini ialah untuk menyampaikan maklumat


atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Memudahkan pelajar memahami
konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti
langkah-langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelasaikan masalah matematik dan
menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan
berlakunya peristiwa tertentu.
4.6

Kaedah Pengajaran Perbincangan


Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses

aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001)
menegaskan bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati, 2009).
Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan
perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincanganperbincangan yang dijalankan (Shahabuddin et.al., 2007).
Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah
memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu
menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih
kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas.
Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran
koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori
oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu
situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati
(2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu
kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu.
Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan
digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran
dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta
membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.

Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi
penekanan sewaktu seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan, susunan bilik
dan pemilihan topik yang ingin dibincangkan.
4.7

Teknik Persidangan Meja Bulat


Persidangan meja bulat atau round bobin bermaksud aktiviti perbincangan secara

berkumpulan, contohnya satu kumpulan seramai lapan orang.


Proses pelaksanaan teknik:

Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan (enam hingga lapan orang
sekumpulan).

Guru menyatakan aspek yang perlu dibincangkan oleh setiap kumpulan.

Setiap ahli kumpulan wajib bercakap dan memberikan pendapat masing-masing


secara bergilir-gilir tentang sesuatu isu (persoalan) yang sedang dibincangkan.

Seorang dilantik sebagai ketua kumpulan untuk mempengerusikan perbincangan dan


seorang lagi sebagai pencatat yang akan mencatat pendapat yang diberikan oleh setiap
ahli.

4.8

Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan itu kepada kelas.

Situasi yang sama juga berlaku dalam kumpulan yang lain.

Guru memantau murid-murid semasa sesi perbincangan berlangsung.

Guru memberikan komen terhadap hasil perbincangan murid.\


Teori Pelaziman Klasik Watson
Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang

dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan
kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid
perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap
bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.

10

5.0

JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR

6.0

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai