Anda di halaman 1dari 1

LEE YEN YIN TUTORIAL 8 PISMP BK/BC/PM

Huraikan 5 kecekapan yang perlu dikuasai oleh guru.

Kecekapan seseorang guru diukur dari segi cara dia melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang diberi. Kecekapan guru menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai, menjalankan
aktiviti yang menyeronokkan serta memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan
matapelajaran dalam kehidupan mereka.

Tahap kefahaman seseorang guru terhadap subjek yang diajar dapat membantu meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Guru perlu mempunyai banyak kaedah yang dapat digunakan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Dengan ini, pelajar bukan
sahaja boleh mempelajari tentang mata pelajaran yang diajar tetapi memperoleh kemahiran-
kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan.

Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak terhadap
pelbagai aspek. Ada kalanya murid akan bertanya perkara yang melebihi sukatan pelajaran
atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan
tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan
kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan kelas tersebut. Lebih menarik dan efektif
sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid.
Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa
ini dan masa akan datang.

Kecekapan seseorang guru menggunakan teknologi maklumat. Kebanyakan guru pada masa
kini menggunakan beberapa perisian seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point dalam
menyiapkan kerja-kerja di sekolah mereka. Sebagai seorang guru pada masa kini perlu
menyesuaikan PdP mereka dengan perkembangan ICT yang pesat dan mengaplikasikan
kaedah-kaedah pengintegrasian teknologi terkini dalam PdP seharian mereka. Ini boleh
menjamin bahawa PdP seseorang guru itu menjadi menarik dan menyeronokan dan boleh
menarik perhatian dan minat anak muridnya untuk terus berlajar tanpa berasa jemu.

Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip. Guru mesti memahami dan menghayati hala tuju
sekolah yang dia berkhidmat. Prinsip utamanya adalah bertanggapan bahawa semua murid
berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. mencapai matlamat
berkenaan, semua guru di sesebuah sekolah haruslah menggembleng tenaga dengan
berkongsi kecekapan mereka demi menjayakan visi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai