Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Segala puji kepada Allah SWT dan salam kepada junjungan rasul, Nabi Muhammad
SAW, para Ummu al-Mukmin, para ahlul bait, para sahabat Baginda dan tidak lupa kepada
umat Islam yang mendapat hidayah dan petunjuk-Nya hingga ke hari akhirat. Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya saya dapat
melaksanakan tanggungjawab dalam menyiapkan tugasan Kajian Tindakan 1 (PKP3133).
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang sentiasa memberi semangat kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini
serta memberikan bantuan dalam segala bentuk yang tidak saya sangkakan.

Ribuan terima kasih juga pensyarah-pensyarah PKP3133, Dr. Shahrir Affandi Bin
Daud dan Dr. Fatimah Binti Mustaffa kerana telah banyak membantu serta memberi tunjuk
ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga
perlu diberi kepada mereka yang berada di belakang tabir iaitu rakan-rakan yang telah
bersama-sama berbincang dan bertukar-tukar pendapat, maklumat serta informasi yang
berguna dan banyak lagi bagi melengkapkan lagi tugasan ini dengan lebih efisien.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin melahirkan penghargaan ini kepada semua yang
telah membantu saya sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Sesungguhnya
hanya Allah SWT dapat membalas jasa mereka.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai