Anda di halaman 1dari 2

Matematik sosial

Definisi dan fungsi

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga tahun 2002, Matematik bermaksud ilmu hisab.
Dengan kata lain matematik bermaksud ilmu yang berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial
pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,
kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang, suka bergaul
dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan.

Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam
sesebuah masyarakat.

Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat.
Antaranya ialah:

- membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang.

- Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan
berkaitan dengan masa dan waktu.

- Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.

- Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu.

Komponen

- Masa dan waktu

Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu
didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi,
tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan
meminta murid merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam.

Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang dan jarum pendek dan
menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual
harian dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada.

Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan,
minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah yang berkaitan dengan masa dan waktu.
- Wang

Murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen serta wang kertas
RM1, RM2, RM5 dan RM10. Murid juga diajar perkaitan antara duit syiling dengan wang kertas dan
cara menulis wang dalam bentuk simbol sen dan Ringgit Malaysia. Murid juga didedahkan dengan
kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang. Ini bertujuan supaya murid dapat
menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang seperti belanja
harian membeli-belah dan tambang menambang yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan
jumlah dan baki.

- Ukuran/ sukatan/Timbangan

Ukuran

Melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar,
lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan
kepada perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan pengenalan mengenai
unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahan-bahan seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel,tuas
dan lain-lain untuk memahami konsep panjang, pendek dan seterusnya. Skim pengajaran awal
tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran seperti pengenalan, menjelaskan
ukuran panjang, tinggi jarak secara mudah, pengenalan kepada unit ukuran standard, keperluan
menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris meter dan pita ukur dan
kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang dan menukar.

Timbangan

Pengajaran awal memberi tumpuan kepada perbandingan timbangan antara berbagai-bagai


bahan. Perbandingan itu adalah secara:

i. Kuantiti

Bilangan atau isipadu yang sama.

ii. Berat yang sama tetapi isipadu yang berlainan.

Tujuan nya supaya murid dapat membuat pengasingan pada pemikiran mereka bahawa berat
dan kuantiti bilangan atau isipadu ialah konsep yang berlainan. Skim pengajaran awal tentang berat
meliputi peringkat pengajaran pengenalan kepada ringan dan berat benda-benda, menimbang
secara perbandingan, memperkenalkan unit timbangan berat, menggunakan neraca spring.

Anda mungkin juga menyukai