Anda di halaman 1dari 3

Belajar Bahasa Inggeris - Penggunaan "Modals"

Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Jika anda


beranggapan belajar bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya. Paling
penting ada KEMAHUAN untuk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.

Penggunaan "Modals" - Kata Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)

Contoh "modals" adalah:

can, could, must, have


to, may,might, shall, should, will,would, ought to dan had better.

Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelum itu, anda perlu tahu 4
"modals" iaitu:

i. Modals yang tidak ditambah dengan: s, -ed, atau ing

Contoh:

1) She cans drive a motorcycle. (salah)


2) She can drive a motorcycle. (betul)
3) He canned speak three languanges. (salah)
4) He can speak three languanges. (betul)

ii. Modals diikuti kata kerja

Anda harus menggunakan kata kerja setelah "modals". Dengan kata lain,
kata kerja tersebut tidak ditambah dengan s/es, -to, atau ing.

Contoh:

1) They can to come to the party. (salah)


2) They can come to the party. (betul)
3) She might bringing a friend to the party. (salah)
4) She might bring a friend to the party. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Dengan adanya "to", anda
tetap harus menggunakan kata kerja setelah "modals" tersebut.

Contoh:
1) You ough wash your car. (salah)
2) You ought to wash your car. (betul)
3) You have study harder. (salah)
4) You have to study harder. (betul)

iii. Pengecualian dalam ayat negatif

Untuk membuat ayat negatif, tambahkan "not" atau "nt" setelah


modals.

Contoh:

1) I cannot dance very well. (atau: I cant dance very well).


2) You should not go to bed so late on a work night. (atau:
You shouldnt go to bed so late on a work night.)

PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.

Contoh:

1) You can not park in front of a fire hydrant. (salah)


2) You cannot park in front of a fire hydrant. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Kedua-dua modals ini TIDAK
DITAMBAH dengan not untuk membentuk ayat negatifnya.

Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif pada have
to. Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk
membentuk ayat negatif ought to.

Kurang faham?

Contoh:

1) You do not have to worry about me. [Anda tidak perlu merisaukan saya]
2) We ought not to say that to her. [Kita sebaiknya tidak mengatakan itu
kepadanya]

Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam perbualan bahasa


inggeris. Secara amnya, kebiasaannya seseorang lebih suka
menggunakan should not.

You should not say that to her.


iv. Modals digunakan untuk semua subjek, kecuali shall

Anda tidak perlu pening memikirkan subjek dan pasangan modals kerana
semua "modals" (kecuali shall) boleh digunakan untuk semua
subjek.

Contoh:

1) I will come to your party.


2) She will come to your party.
3) They will come to your party.

** Itulah serba sedikit asas penggunaan "MODALS" dalam membina ayat


atau ketika cuba bercakap dalam bahasa inggeris. Dapat faham serba
sedikit?

** Belajar bahasa inggeris memerlukan latihan dan praktikal. Anda faham


sahaja tidak berguna jika tidak cuba mengamalkannya kerana "PRACTISE
MAKES PERFECT".

** Jika ingin mendapatkan banyak lagi CARA MUDAH BELAJAR BAHASA


INGGERIS dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Anda mungkin juga menyukai