Anda di halaman 1dari 3

KISAH

MAHSURI
Pada zaman dahulu,ada seorang gadis yang sangat jelita
bernama Mahsuri.Ramai pemuda jatuh hati akan
kejelitaannya.Namun begitu tiada seorang lelaki pun yang
berjaya menawan hati Mahsuri.
Dalam diam-diam ketua pulau itu turut jatuh hati pada
Mahsuri tetepi dia sudah beristeri dan mempunyai beberapa
orang anak.Pada suatu hari ada seorang pemuda datang
merantau dari negeri Melaka ke Langkawi.Pemuda itu
bernama Deramang.Deramang seorang yang kacak dan
tampan.Ini membuatkan Mahsuri terpikat dengan ketampanan
Deramang.Mahsuri berjumpa dengan Deramang secara rahsia.
Semasa Mahsuri dan Deramang bergurau senda ada
seorang pemuda terlihat mereka sedang berdua-duaan.Dia
turut rasa cemburu lalu memberitahu Ketua Pulau Langkawi
itu.
Ketua Pulau Langkawi amat terperanjat dengan berita
tersebut.Dia tidak menyangka Mahsuri sanggup melakukan
perkara sumbang tersebut.Ketua Pulau mengarahkan para
pembantunya menangkap Mahsuri danDeramang.
Tangkap mereka untuk menerima hukuman yang
beratkata ketua kepada pembantu-pembantunya.
Baiklah ,Datuk! jawab pembantu-pembantunya dengan
setia.
Mahsuri dan Deramang berasa cemas.Mereka
merasakan diri mereka telah difitnah.
Apakah salah kami Datuk? tanya Mahsuri.
Kamu berdua telah melakukan perbuatan sumbang
yang memalukan pulau ini.Kamu berdua akan menerima
hukuman yang berat.kata Ketua Pulau Langkawi dengan
kerasnya.
Tidak benar,datuk .Kami difitnah!kata Deramang.
Ketua pulau itu tanpa belas kasihan terus menikam
Deramang.Deramang mati di situ juga.Mahsuri ditangkap lalu
diikat.Semasa hukuman hendak dijalankan.
Mahsuri memberitahu bahawa dia tidak bersalah.Mahsuri
bersumpah lalu berkata Kalau saya tidak bersalah saya
sumpah pulau ini binasa selama 7 keturunan.Ketua terus
menikam Mahsuri.Orang ramai yang datang pada hari tersebut
terkejut bila melihat darah yang mengalir dari tubuh badan
Mahsuri berwarna putih.Ini bermakna Mahsuri tidak
bersalah kata seorang perempuan yang menyaksikan
hukuman tersebut.
Ketua pulau tersebutmula susah hati.Mahsuri telah
pun meninggal dunia.Sumpahan Mahsuri telah menjadi
kenyataan .Tidaki lama kemudian Pulau Langkawi telah
diserang oleh Siam.Ketua Pulau Langkawi punturut terbunuh.

Anda mungkin juga menyukai