Anda di halaman 1dari 2

Dalam keaadan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya,

Mahsuri melafazkan kata-kata, “ Ya Tuhan yang maha melihat segalanya, aku redha akan
matiku jika benar aku bersalah. Tapi jika aku dianiaya, sesungguhnya aku haramkan
darahku mengalir ke bumi ini dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman,
berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Hah, bagaimana petikan cerita tadi. Sedih kan? Nak tahu cerita sepenuhnya? Mari
tonton video saya ini sehingga habis.

(montaj)

Assalamualaikum WBKTH dan salam perpaduan. Hai, nama saya Mas Hanum
Rashidah binti Rashidin. Umur saya 11 tahun. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan
Penerok, Pontian, Johor Darul Takzim. Kod sekolah saya JBA6020. Dalam video ini saya
akan mengulas sebuah buku yang bertajuk Sumpahan Mahsuri di Langkawi.

Buku yang berunsur fakta dan bukti-bukti sejarah ini, ditulis oleh Muhammad
Afis. Apa yang saya suka tentang buku ini adalah bahasa yang mudah dan dipecahkan
kepada beberapa subtajuk yang memudahkan pembaca memahami kisah dan fakta dalam
buku ini. Buku yang saya pinjam dari perpustakaan sekolah ini mengandungi 40 halaman
bercetak dan bergambar. Ilustrasi gambar dalam buku ini amat saya sukai kerana serba
sedikit membantu saya mengenal artifak sejarah dan gambaran wajah lagenda Mahsuri.
Buku ini bukan sahaja menceritakan kisah lagenda Mahsuri dan keturunannya malahan
kisah Pulau Langkawi yang seakan dimakan sumpah hingga tujuh keturunan.

Baiklah, mari saya bawa anda semua kepada kisah selanjutnya tentang latar
belakang dan nasib malang Mahsuri yang difitnah. Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib
yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Ibu bapa Mahsuri
bernama Pandak Mayah dan Endak Alang yang berhijrah dari selatan Thailand. Kelahiran
Mahsuri sahaja membawa keajaiban kerana pasangan ini yang tidak mempunyai anak
sekian lama. Sewaktu Mahsuri dilahirkan padi menguning seakan-akan kilauan emas.
Semakin hari rezeki pasangan itu semakin luas hingga akhirnya digelar ‘Orang Kaya
Pandak Mayah’.

Akhirnya Mahsuri membesar menjadi seorang dara pingitan yang sangatcantik


dan baik budi pekerti. Kemasyuran Mahsuri di seluruh Pulau Langkawi menjadi sebutan
dan rebutan. Ini termasuklah penghulu Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya.
Perasaan Dato Seri Kama Jaya ini mengundang resah di hati isterinya Wan Mahora.
Namun, akhirnya Mahsuri dilamar oleh Wan Darus adik kepada Dato Seri Kama Jaya.

Perkahwinan Mahsuri dan Wan Darus sangat bahagia. Namun, langit tidak selalu
cerah. Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, hubungan Kedah dan
Siam menjadi keruh hingga berlakunya perang. Sultan menitahkan tentera dikerah dari
setiap ceruk negeri Kedah. Dalam masa yang sama, Wan Darus suami Mahsuri turut sama
dikerah untuk berperang. Semasa pemergian Wan Darus, Mahsuri sedang hamil anak
sulung. Mahsuri pun berpindah ke rumah orang tuanya. Di rumah orang tuanya, ada
seorang pembantu bernama Deramang. Dengan Deramang inilah Mahsuri difitnah
bermukah dan melakukan hubungan sulit oleh Wan Mahora.

Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh dengan menikam sebatang tombak ke


badannya. Tetapi apa yang berlaku mengejutkan semua kerana badan Mahsuri tidak lut
dek senjata. Akhirnya Mahsuri memberitahu rahsia tentang keris pusaka yang boleh
memutuskan nyawanya. Lalu, Mahsuri pun ditikam dengan keris pusakanya di dada.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir itulah, Mahsuri sempat berdoa dan
menyatakan sumpah laknatnya ke atas Pulau Langkawi.

Selepas kematian Mahsuri, Pulau Langkawi terus menimpa nasib malang. Bermula
dengan pencerobohan Siam, tanah yang rosak dan tidak subur serta masalah kekurangan
air. Sumpahan Mahsuri seolah benar-benar menghantui Pulau Langkawi. Sumpahan itu
berakhir dengan lahirnya Wan Aishah binti Wan Nawawi iaitu keturunan Mahsuri yang
ke tujuh pada tahun 1985. Menjelang tahun 1987, Pulau Langkawi diistiharkan sebagai
pulau bebas cukai hingga membawa kemajuan dalam sektor pelancongan

Begitulah kisah lagenda Mahsuri yang mati akibat fitnah dan iri hati manusia.
Pengajaran dalam buku ini, selain keburukan fitnah, cerita ini juga mahu kita bersikap
adil jika menjadi pemerintah. Janganlah suka menghukum orang tanpa usul periksa. Kita
juga tidak boleh menganiaya sesama sendiri. Nilai kasih sayang antara ibu bapa kepada
anak mereka turut diselitkan.

Begitulah kisah yang ada dalam buku ini yang amat menarik minat saya untuk
mengenali sejarah di Malaysia. Apa yang menarik lagi,buku ini menyediakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan kisah Mahsuri. Selain itu, saya amat menyukai buku ini kerana ada
disediakan glosari. Perkataan yang saya kurang fahami boleh dirujuki melalui glosari
yang disediakan.

Sekian sahaja ulasan buku Sumpahan Mahsuri di Langkawi. Saya percaya,


kebanyakan perpustakaan di sekolah-sekolah ada memiliki buku ini. Jadi, jom baca buku
ini. Sekian sahaja. Asslamualaikum.

5 minit 50 saat

Anda mungkin juga menyukai