Anda di halaman 1dari 5

TEATER MAHSURI

PSV1
PPSIMP 2019

BABAK 1

( Penduduk kampung sedang meraikan dua mempelai sejoli, Wan


Darus dan Mahsuri, yang baru sahaja mengikat tali pernikahan )

BABAK 2
( wan Darus terpaksa keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang
dengan tentera Siam )

MAHSURI : Kanda, ada sesuatu yang harus dinda katakan.

WAN DARUS : Dinda, kanda terpaksa pergi. Tembok kita sudah goyah,
Siam semakin mara ke hadapan.

WAN DARUS : Keris disanding bersama tombak,


diasap setanggi bunga teratai,
kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai.

Bedebah kau Siam, biar darahku tumpah, jangan semangatku


yang tumpas!

MAHSURI : Sudah habiskah fikiranmu?


Jiwaku luka berdarah, aku tidak sanggup
Melepaskanmu

WAN DARUS : Kasihku padamu tidak akan pernah luntur Suri, kelak
akanku ukir senyuman di bibirmu bila perang sudah
selesai. Emaknya, bapanya, jaga diri sekeluarga ya,
Saya berangkat dulu.
( Tibanya seorang jejaka di hadapan rumah Pandak Mayah dan Cik
Alang yang sedang berkelana)
DERAMANG : Pertama mula pungguk merindu
Berbunyilah guruh mendayu - dayu
Hatinya rawan bercampur pilu
Seperti dihiris dengan sembilu

CIK ALANG : Seperti bangsi buluh perindu,


Merdu sekali alunan suaranya.

MAHSURI : Siapakah gerangannya mak ?

PANDAK MAYAH : Wahai pemuda, Siapakah kamu, dari manakah


asalmu?

DERAMANG : Nama hamba Deramang pak. Hamba sedang berkelana,


hajatnya ingin berguru dengan Pandak Mayah. Dengar dtu hebat sungguh
gerangan ini dalam bersyair.

PANDAK MAYAH : Sudah terang lagi bersuluh, gerangan yang tuan


hamba cari ada di depan mata.

DERAMANG : Ya Allah, hamba mohon, ingin benar berguru dengan tuan


hamba!

PANDAK MAYAH : Langit sudah senja, ayuhlah bermalam saja di


rumah pakcik nak, perkara ini kita lanjutkan
saja pada hari esoknya.

DERAMANG : Wajah indah serta baik budi bicaranya. Budi pakcik dan
makcik tidak mampu hamba balaskan.

PANDAK MAYAH : Ada - ada saja kamu nak, ayuh masuk ke rumah.
Hahaha!
BABAK 3

( Datuk Pekerma Jaya dan permaisurinya berjumpa dengan seorang


bomoh agar penghapusan Mahsuri dari negeri Langkawi
dipermudahkan )

PEMAISURI DAN
DATUK PEKERMA JAYA : Siapakah di dalam cermin itu?
Kelihatan mirip sepertiku
Tetapi dia
tidaklah kelihatan sejelita
Seperti Mahsuri yang sekarang

Usia dah memamah kejelitaanmu


Yang dulu kurus dah jadi... emm
Tapi bila Mahsuri dah hilang di muka
bumi ini,
Maka, kita
akan jadi yang utama!

PEMAISURI : Permata dengan tembaga tidak sama kanda, adakah


hendaknya orang golongan diraja disatukan dengan orang kebanyakan?

DATUK PEKERMA JAYA : Nasi sudah menjadi bubur dinda. Manakan


sanggup masa diputar semula.

TOK PAWANG : Hei hei hei, kamu fikir tempat ini untuk bergaduh ya.
Lekas, aku mahu baca mantranya.

Hadir usulmu wahai api


Hadir usulmu wahai angin
Hadir usulmu wahai tanah
Hadirlah engkau wahai makhluk terkutuk
Biar rohnya terhapus dalam genggamanku

( Semasa bomoh membaca mantra, mambang - mambangnya turut


keluar menari sambil menikmati lagu yang dimainkan.)
PERMAISURI : Kau tunggu hari pembalasan kau Mahsuri. Akanku
tamatkan riwayat hidupmu. Hahaha!

BABAK 4

( Babak ini dimainkan di pasar kampung tersebut )

WAN MAHURA : Kaulah Deramang ya, aku Wan Mahura. Gadis tercantik
dan termanis dalam kampung ini. Kau harus menjadikan aku sebagai suri
hidupmu. Hahaha!

DERAMANG : Astaghfirullahalazim, tolong jangan ganggu aku Mahura. Ada


banyak lagi kerja yang harus aku laksanakan.

( Tiba - tiba Mahsuri menghampiri mereka sambil membawa sayur - mayur pasar
dan anaknya, Wan Hakimi )

WAN MAHURA : Amboi - amboi kau sombong dengan aku ya Deramang.


Kau fikir aku tidak tahu, anak itu anak haram, anak zina, anak ini patut mati
saja keguguran!

MAHSURI : Apa yang kau katakan ini Mahura?

( Secara tiba - tiba, munculnya Datuk Pekerma Jaya, permaisuri serta pengikut -
pengikutnya )

PERMAISURI : Usah berlagak malaikat Mahsuri. Rampas bayi itu,


campak saja ia ke dalam sungai. Aku tidak mahu keturunanku tercemar
dengan gadis kampung ini!

DERAMANG : Celaka kau, Mahsuri tidak bersalah dalam hal ini. Kami
difitnah!

DATUK PEKERMA JAYA : Biadab, tiada siapa yang boleh menderhaka


dengan golongan diraja. Deramang, kau dihukum keluar dari negeri
Langkawi ini!

( Pengikut - pengikut Datuk Pekerma Jaya membawa Deramang keluar dari


pentas )
PENGIKUT DATUK PEKERMA JAYA : Mengikut undang - undang
negeri ini, Mahsuri akan dihukum pancung atas menduakan suaminya
sendiri.

MAHSURI : Ampun tuanku beribu - ribu kali ampun, Jika benar aku
bersalah, aku redha akan matiku. Tapi jika benar aku dianiaya,
sesungguhnya aku haramkan darahku tumpah di bumi ini. Aku bersumpah
bahawa Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak
padang terkukur selama tujuh keturunan!

( Selepas Mahsuri menyumpah Langkawi, kilat di langit pun terus sambar -


menyambar )

Anda mungkin juga menyukai