Anda di halaman 1dari 19

PANIK GAK?

PRODUCTION

SYAHID DUKAPURA

Pengarah:
Ameen Mustaqim

Skrip diolah oleh:


Ameen Mustaqim

BIL. WATAK

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

1. ARJUNA
2. JIN NANTABOGA
3. PUTERI KERANINGSUN
4. GUNAWAN
5. KANTAN
6. MAK JARAH
7. SIMAH

SINOPSIS : ARJUNA mendapat tahu yang ayahnya DATUK PENGHULU ORANG


KAYA NAKHOBA telah membuat perjanjian dengan JIN NANTABOGA,
raja kerajaan jin ketika beliau membuka perkampungan di tanah hujung negeri
Wangsa lapan belas tahun dahulu.Perjanjian itu menyatakan bahawa selagi
DATUK PENGHULU ORANG KAYA NAKHODA mahu berkuasa di
Kampung Dukapura yang asalnya tempat tinggal bangsa jin, azan tidak boleh
dilaungkan di Kampung itu. Jika manusia melanggar sumpah di Kampung
Dukapura, penduduk kampung itu pasti akan menerima musibah. Apakah
tindakan ARJUNA seterusnya?

Adegan 1
TEMPAT : Rumah Penghulu Nakhoda
MASA : Waktu Malam

Di beranda rumah DATUK PENGHULU ORANG KAYA NAKHODA. ARJUNA sedang tidur.
JIN NANTABOGA datang mengganggu ARJUNA.

JIN NANTABOGA : Wahai manusia! Anak penghulu Nakhoda bakal pewaris harta dan

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

kuasa Dukapura. Sayangnya, takhta dan kuasa kau hina tiada makna.
Begitu mudah manusia digoda hingga sanggup membelakangkan
Tuhannya . Dan kau, anak penghulu Nakhoda jika kau mahukan takhta,
kau mesti mengorbankan agamamu.

(JIN NANTABOGA keluar)

ARJUNA : Astagfirullahalazim! Aku bermimpi rupanya. Petanda apakah mimpi


ini? (berdoa kepada Tuhan) Ya Allah...jika mimpi ini membawa alamat,
kau tunjukkanlah kebenarannya kepadaku.

(Lampu Dimalapkan)

Adegan 2
TEMPAT : Depan rumah PENGHULU NAKHODA
MASA : Pagi

( MAK JARAH masuk tergesa-gesa sambil menjerit memanggil-manggil nama PENGHULU


NAKHODA. Beberapa orang kanak-kanak ikut bersama.)

MAK JARAH : Tuk Penghulu...Ooo...Tok...Asssalamualaikum tok! (tertanya sendiri)


Ish...mana pula perginya orang tua ni. Masa-masa macam nilah dia nak
hilang.

( SARAH masuk sambil memanggil nama PENGHULU NAKHODA )

SIMAH : Assalamualaikum Tok...Tok Penghulu...Oooo Tok!

MAK JARAH : Hah, kau nak apa lagi? Tak puas lagi tadi bapak kau gaduh dengan aku,
ni kau pula datang sini nak cari gaduh?

SIMAH : (menyindir) Alah MAK JARAH ni! Kami datang sini bukan nak gaduh
dengan mak cik lah. Kami datang sini nak jumpa Tuk Penghulu. Ayah
suruh jumpa Tok Penghulu.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

MAK JARAH : Eiii, budak ni kau nak jumpa buat apa lagi?. Hah! aku dah cakap
dengan bapak kau, tarikh perkahwinan anak aku bulan depan. Khemah
untuk kenduri tu, aku nak minta nak pinjam dengan tuk penghulu bulan
lepas lagi. Jadi khemah kenduri tu, aku yang dapat dulu.

SIMAH : Eh MAK JARAH, bapak saya pun dah tempah bulan lepas juga.
Dia cakap sebelum Mak Jarah datang mintak nak pinjam khemah tu
bapak saya dah bagitau dulu. Jadi khemah tu kami pinjam dulu ya !

MAK JARAH : Amboi, amboi, amboi... Pinjam dulu apa? (suara meninggi) Hah? Yang
bapak kau gata-gatal pergi buat kenduri kahwin abang kau tu sama
dengan tarikh anak aku tu pasal apa? Tak boleh ke hari lain? Bapak kau
sengaja nak malukan aku kan?

SIMAH : Dah memang tarikh kahwinnya hari tu, bukan kami tau pun MAK
JARAH nak buat kenduri pada hari yang sama.

MAK JARAH : Eh SIMAH,kau sini, kau ingat sikit, kenduri anak aku tu bukan main-
main tau. Aku dah jemput semua saudara-mara aku yang dah duduk di
pekan. Nak sampai ke Kampung Dukapura ni ambil masa berjalan kaki
dua minggu tau!, dua minggu Kalau tiba-tiba tarikh kahwin tu tak jadi,
malu aku mana aku nak letak muka. Dah pula, ini lah, peluang orang
kampung kita kenal waris-waris keturunan kita yang dah hidup di pekan
sana.

SIMAH : Habis kami ni tak ada saudara-mara yang tinggal dekat pekan tu! Kami
pun jemput juga Mak Jarah.Mereka nak datang dengan kumpulan Hilux
lagi. Dan Mak Jarah jangan fikir malu keluarga Mak Jarah
saja.....Keluarga kami pun ada maruah juga tau..Hmhh

MEK JARAH : (Naik marah lalu menyerang SIMAH) Eiii! keluarga kau
Memang saja nak cari pasal dengan aku kan?. Mak.. Bapa.. Anak..semua
sama. Kau ingat aku takut dengan kau, nah....ambik ni!

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

( Berlaku pergelutan dan adegan tarik-menarik rambut antara MAK JARAH dan
SIMAH.Kanak-kanak yang ada di situ turut bergaduh membela pihak masing-masing,MAK
JARAH dan SIMAH bergumpal dan menarik-narik rambut sehingga ketiga-tiganya bergolek.
Merek bergomol di atas tanah.Kanak-kanak juga bergomol. Ketika itu, ARJUNA yang baru
pulang dari melawat kampung masuk dan terus meleraikan pergaduhan ).

ARJUNA : ( Sambil meleraikan pergaduhan) Ya Allah...kenapa ni Mak


Cik...adik.....kenapa bergaduh macam ni? Apa pasal ni?
yang kecil ni pun ikut bergaduh sekali..

MAK JARAH : Kau siapa? Aku tak pernah nampak kau kat sini? Pasal apa masuk campur?

ARJUNA : Saya ARJUNA mak cik...Anak Penghulu Nakhoda. (sambil cuba


mengecam wanita tua di depannya) Ini...Mak Jarah kan?

MAK JARAH : ARJUNA? Ya Allah...dah besar kau nak! Bila balik? Mak Cik tak tahu pun
kau balik?

ARJUNA : Saya baru balik tiga hari lepas.Ohya, kenapa MAK JARAH dan saudari
ni bergaduh tadi?

SIMAH : Saya SIMAH. Saya anak Pak Maliki. (malu-malu)


ARJUNA : Ooo... SIMAH ? Anak Pak Cik Maliki? Tak cam pula. Dulu kita selalu
saja main sorok-sorok kat hutan tepi sungai kan?

SIMAH : Ingat lagi rupanya. Dah lama kau pergi tinggalkan kampung ni.
Balik juga kau. Ingatkan tak balik dah.

ARJUNA : Eh, mestilah balik. Inikan kampung aku. (MAK JARAH rasa tak senang
hati melihat ARJUNA mesra dengan SIMAH, lalu berdehem sebagai
isyarat agar ARJUNA kembali kepada topik perbualan asal). Oh
ya...kenapa Simah dan Mak Jarah bergaduh tadi?

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

MAK JARAH : Aku datang ni nak jumpa bapak kau. Nak tanya pasal khemah yang dia
janji nak bagi pinjam untuk kenduri kahwin anak aku. Budak kurang ajar
ni pula menyibuk. Nak pinjam jugak khemah untuk kenduri kahwin
abang dia. Itu yang kami gaduh. Sekarang ni, aku nak pengesahan
dengan bapak kau, siapa yang nak pinjam khemah ni dulu sebenarnya?

ARJUNA : Ayah tak ada ni MAK JARAH. Dah dua minggu pergi pekan tumpang
lori balak. Katanya hari ni sampailah. Mungkin petang sikit sampailah
kot dia ke rumah.

SIMAH : Jadi macam mana ni ARJUNA? Khemah tu siapa yang dapat, kenduri
kahwin keluarga aku pun tak lama lagi dah!

ARJUNA : Sabar SIMAH...MAK JARAH. Benda ni kita bincang elok-elok. Tak


baik bergaduh macam ni.

MAK JARAH : Mana aku tak gaduh, bukan main kurang ajar lagi budak ni dengan aku.

SIMAH : Eleh...MAK JARAH tu yang mengamuk tak tentu pasal. MAK JARAH
ingat MAK JARAH saja ke pandai naik angin?
ARJUNA : Ya Allah...sabar...bawak mengucap. SIMAH, kita orang muda kena
hormat orang tua. MAK JARAH pun... berlembut la sikit dengan orang
muda. Pergaduhan tukan api syaitan!

MAK JARAH : Eh, ARJUNA, aku datang ni bukan nak dengar kau bersyarah. Aku nak
selesaikan masalah!

ARJUNA : Sebab nak selesaikan masalah lah, kita kena bincang elok-elok. Kalau
bergaduh macam ni...masalah tak boleh selesai. Saya ingat macam ini
lah. Esok keluarga Mak Jarah dan Keluarga Pak Cik Maliki datang balik
ke rumah saya. Ayah saya pun, kalau sampai hari ni,biarlah dia berehat
dulu. Esok, kita selesaikan perkara ni elok-elok .

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

MAK JARAH : Boleh, boleh. Aku boleh datang esok. Aku harap, aku dapat lah hak
aku. Aku yang mintak pinjam dulu khemah itu kan.
SIMAH : Eh Mak Jarah! Keluarga kami la yang pinjam dulu.

ARJUNA : Sudah...sudah! Balik dulu. Esok datang, kita bincang elok-elok.

(MAK JARAH, SARAH dan SIMAH berlalu pergi dari arah yang berlainan. Sambil
keluar, MAK JARAH tak henti-henti membebel. Sesekali SIMAH berpaling dan menjeling
tajam ke arah MAK JARAH)

(lampu padam)

Adegan 3
(ARJJUNA sedang mengajar silat kepada beberapa orang kanak-kanak dan remaja
Kampung. Sedang giat bersilat, masuk GUNAWAN dan KANTAN. Mereka menyergah
ARJUNA dan menyerang ARJUNA. Berlaku aksi pertarungan pendek antaratiga orang
Sahabat itu kerana ARJUNA merasakan dua orang asing itu cuba menyerangnya. Hampir
Hampir ARJUNA menumbuk muka KANTAN, GUNAWAN menjerit meminta dilepaskan
dan mengakui bahawa mereka berdua sahabat lama ARJUNA).

(GUNAWAN dan KANTAN masuk. GUNAWAN memikul seberkas kayu api).

GUNAWAN : ARJUNA...jangan ARJUNA...KANTAN tu...Kawan kau.

ARJUNA : (terhenti dari cubaan memukul KANTAN). Kau...KANTAN?


Dan kau...(cuba mengecam GUNAWAN) kau GUNAWAN kan?

GUNAWAN : Ya...aku GUNAWAN.

ARJUNA : GUNAWAN! KANTAN! YA Allah….hampir aku tak cam


kamu berdua.Maafkan aku.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

GUNAWAN : Lama kita tak jumpa.Hampir 9 tahun rasanya. Bila aku dapat
tahu kau sudah pulang, aku terus datang ke sini.Wah…Kau
nampak makin segak dan gagah ARJUNA.

KANTAN : Yalah. Kau dah makin gagahlah ARJUNA. Badan ketul-ketul.


Macam jin pun ada.

GUNAWAN : Hish…kau ni…mulut tak habis-habis! Celupar betul! (sambil


menonyah KANTAN).

ARJUNA : Kau ni KANTAN. Ada-ada saja lah. Aku masih lagi ARJUNA
yang dulu. Luaran mungkin nampak berubah, tapi di dalam,
masih ARJUNA yang kau kenal. Hah, kamu berdua macam mana
sekarang?

GUNAWAN : Macam ni lah hidup aku ARJUNA. Tinggal di Dukapura ni,


pagi masuk hutan, cari Rotan, cari gaharu, buru binatang. Petang
ke sungai tangkap ikan.

KANTAN : Yelah ARJUNA.Walaupun zaman dah maju,tapi kau tahulah di


sini mundur lagi. Kampung kita ni,jauh dari pekan.Nak masuk
kesini dua minggu jalan kaki. Kalau naik kereta apa tuh…

ARJUNA : Pacuan empat roda.

KANTAN : Ha..ha..Pacuan empat roda tu. Kalau kereta tu,bukan semua


yang berani masuk ke sini. Silap-silap jatuh gaung.

ARJUNA :Habis kau buat apa sekarang KANTAN?

KANTAN : Aku macam dulu lah.Cari burung, pikat burung, cari burung
makan makan.Burungg!

ARJUNA : Kerja apapun KANTAN, GUNAWAN….. kalau baik caranya


tetap mulia. Mungkin Rezeki lain belum sampai.Yang

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

penting,kita harus berusaha untuk mengubah hidup kita. Caranya,


belajar.

GUNAWAN : Cakap kau tu ada benarnya. Aku ni, nak sangat belajar macam
kau. Tapi, apa boleh buat, aku ada tanggungjawab nak kena jaga
mak aku yang uzur kat rumah.

KANTAN : Betul!

ARJUNA : Tak apalah GUNAWAN, KANTAN. Mungkin tugas itu lebih


mulia di sisi Tuhan. Hah, macam ni, nanti, senang-senang, kau
datanglah ke rumah aku. Boleh kita belajar bersama-sama. Apa
yang aku tahu, akanku ajarkan kepada kamu berdua.

GUNAWAN : Er….

ARJUNA : Kau berdua ni kenapa? Ada masalah untuk belajar?

KANTAN : Memang masalah.Aku mana pandai baca. Macam mana nak


belajar. Tak macam kau belajar sekolah agama di bandar. Mesti
boleh baca bahasa Arab..apa lagi bahasa Melayu.

ARJUNA : Sebab tu lah aku kata aku nak bantu kamu berdua belajar.Nanti
aku ajarkanlah kamu berdua kenal huruf…membaca.

GUNAWAN : (ghairah) Kau nak ajar aku dengan KANTAN?

ARJUNA : Ya.

GUNAWAN : (beriya-iya) Hei! Dia nak ajar kita KANTAN. Tak sia-sia kau
belajar tinggi-tinggi. 9 tahun kau pergi kau tak berubah
ARJUNA.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

ARJUNA :Tak payahlah puji lebih-lebih, aku hanya tunaikan


tanggungjawab aku sebagai manusia. Ilmu tu kan amanah yang
wajib disebarkan.

KANTAN : Hah eloklah. Nanti kalau aku dah pandai macam kau, boleh aku
pergi kerja ke pekan sana. Macam budak-budak kampung kita
yang lain.

ARJUNA : Oh ya GUNAWAN, bagaimana keadaan kampung kita


sekarang?

KANTAN : Kau cakaplah.

GUNAWAN : Kalau kau tak nak tahu biar aku cakap.

GUNAWAN : (Menghembus nafas panjang)..Entahlah ARJUNA. Aku lihat


kampung kita ini,tak ubah seperti tanah perang. Kemanusian dah
tak ada. Di sana sini, penduduk kampung berbalah tentang
sekecil-kecil perkara. Baru-baru ini, Pak Din Nenas dengan Pak
Cik Maliki bergaduh sebab kalah main aji. Budak-budak muda
kampung kita ni pula, pantang jumpa….mesti bertumbuk punya.

KANTAN : Ya…betul! Makin lama makin huru hara dah kampung ni.

GUNAWAN : Kau anak Penghulu Dukapura.Cubalah pujuk ayah kau untuk


buat sesuatu. Lagi pula kau kan dah banyak belajar di luar sana,
Mesti kau tau cara selesaikan masalah kampung kita ni.

ARJUNA : Sudah lama aku fikir tentang hal ni. Jauh aku merantau dan
banyak aku amati tentang kampung kita. Agama kita. Sebenarnya
kita tak layak mengaku sebagai umat yang menyembah Tuhan.
Dan kita diuji dengan kacau-bilau.

KANTAN : Kacau bilau? Kacau bilau tu burung ke?

GUNAWAN : Bukanlah bodoh.Ish kau ni….biarlah ARJUNA cakap dulu.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

ARJUNA : Itu lah yang aku fikirkan. Tapi, masalah sebenar kita bukan
tentang perpaduan.

KANTAN : Habis, masalah apa? Masalah ekonomi negara?

GUNAWAN : Kau ni kan…..kalau tak menyampuk yang bodoh-bodoh boleh


tak? ARJUNA..Jangan hiraukan KANTAN ni, sekarang kau
cerita, apa masalah sebenar kampung kita ni?

ARJUNA : Selama 18 tahun kau hidup, pernah kau mendengar azan?

GUNAWAN : Azan? Apa itu azan?

ARJUNA : Itulah masalahnya. Kalau kau nak tahu GUNAWAN, azan itu
seruan Ilahi. Seruan yang mengajak kita menyembah Allah yakni
dengan cara bersolat. Solat terbaik ialah solat berjemaah. Kerana
solat berjemaah itu tunjang perpaduan. Hayyaalassolah… Hayya
‘alassolah…. Hayya ‘alalfalah… Hayya ‘alalfalah..

KANTAN : Fuh….bunyi apa tu? Macam lagu je!

ARJUNA : Itulah azan.


GUNAWAN : Fuhh…dahsyat lah kau ARJUNA…Sedap suara kau azan.

KANTAN : Memang sedap tapi pelik. Tapi lebih sedap dari bunyi burung.

ARJUAN : Sekarang ni, bukan tentang sedap ke tak sedap. Masalahnya,


bila aku dah belajar banyak perkara tentang agama, aku mula
terfikir mengapa kampung kita ni tak pernah dilaungkan azan.
Tak pernah aku nampak ada yang solat berjemaah sejak kita kecil
sampailah besar ni. Kau solat tak kat rumah KANTAN,
GUNAWAN?

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

GUNAWAN : Solat? Mana pernah aku solat. Macam kau tak tahu masa kita
kecil dulu, mana ada orang ajar kita solat tu macam mana.

ARJUNA : Solat tu, amalan kita menyembah Allah, yakni Tuhan Yang Esa.
Dan solat tu tiang agama kalau tak solat, runtuhlah agama.
Macam orang tak ada agama.

KANTAN : Jadi kami yang tinggal kat kampung ni tak ada agama ke?
Lagipun, aku tengok orang kampung kita ni mana pernah buat
benda solat tu…..macam mana cara buat benda solat tu pun
aku tak tahu.

ARJUNA : Ya..aku tau. Di kampung kita ni, mana pernah diajar solat.
Apatah lagi nak laungkan azan. Sekolah pun mana ada kat sini.
Orang yang nak belajar, Kena pergi ke pekan. Tinggal di sana.
Ramai anak kampung ni yang tak sanggup keluar belajar ke
pekan. Lebih suka budaya hidup di sini. Masuk hutan keluar
hutan. Memburu…cari rotan, cari gaharu…lepas tu jual kat tauke
balak. Janji dapat duit. Dapatlah buat tambang pacuan empat
roda pergi ke pekan beli barang. Kalaulah di sini ada sekolah
atau tempat belajar… mesti hidayah akan sampai kepada kita.

GUNAWAN : Tapi, bukankah Dukapura ini di bawah pimpinan ayahmu sudah


turun temurun keluarga kau jadi penghulu di sini. Tanah di
Dukapura ni pun, semuanya milik ayah kau. Dua ratus turun-
temurun. Kau mintalah ayah kau berbuat sesuatu.

KANTAN : Betul, betul.

ARJUNA : Benar GUNAWAN. Aku tak salahkan kau tentang hal ni. Cuma
sekarang ni, aku sedang menyiasat apa yang berlaku di sini
hinggakan ayahku dan waris-waris di kampung ni tidak
mengambil berat tentang agama.

GUNAWAN : Kalau sungguh kau ingin lakukan sesuatu demi kebaikan


kampung kita, teruskan ARJUNA. Aku akan tolong kau. Tapi
bukan dengan ilmu lah , kerana kami tidak belajar tinggi seperti
kau.Kalau kau nak kami tolong, kami boleh tolong. Tapi kami
sumbang tenaga sajalah.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

KANTAN : Ha! Betul-betul.

ARJUAN : Kau ni GUNAWAN. Janganlah terlalu merendah diri. Hatimu


yang mulia sudah cukup membuatkan kau insan yang terpuji di
negeri akhirat.

GUNAWAN : Akhirat? Apa itu akhirat?

ARJUNA : Nantilah aku ceritakan pada kau bila sampai waktunya sekarang
ini apa kata kau dan KANTAN balik dulu.

GUNAWAN : Tadi kata nak ajar…tapi sekarang halau pulak..

ARJUNA : Bukan begitu. Bukankah mak kau uzur? Siapa yang nak
tengokkan?

GUNAWAN : Eh…haa…ahh! Mak Aku…aku lupalah. Ya tak ya juga.


Kenapa kau tak ingatkan aku, KANTAN?

KANTAN : Aku kena ingatkan semua, mana boleh?

GUNAWAN : (Terkocah-kocah) Aduhh mestilah kau kena ingat…. Baiklah


ARJUNA, kami balik dulu. Nanti, jangan lupa ajarkan kami
tentang agama dan segalanya yang kau tahu apabila kami datang.
Kami minta diri dulu. Selamat tinggal sahabat.

ARJUNA : Baik-baik di jalan ya GUNAWAN, KANTAN.


Assalamualaikum.

GUNAWAN
&KANTAN : Waalaikumassalam.

GUNAWAN :Dah KANTAN, mari jalan..

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

ARJUNA : Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada dua orang kawan ku ini


dan seluruh penduduk dukapura .

(GUNAWAN keluar pentas. ARJUNA berseorangan – merenung ke dalam diri. Kemudian,


ARJUNA berlatih silat sendirian.PUTERI KERANINGSUN dan JIN NANTABOGA masuk.
Mereka halimunan maka kehadiran mereka tidak disedari. Selang beberapa ketika, ARJUNA
menutup langkah silatnya. Dia berlalu ke dalam rumah untuk mengambil air).

PUTERI KERANINGSUN : Bonda siapa itu, bonda?

JIN NANTABOGA : Itu ARJUNA, anaknda, Anak Penghulu Orang Kaya Nakhonda.
Bakal pewaris harta dan kuasa Dukapura.

PUTERI KERANINGSUN : Tapi, kenapa dia tidak seperti kita? Begitu indah zahirnya,
telinga dan penampilan pun sangat berbeza. Rupa parasnya elok
sekali.

JIN NANTABOGA : Anakanda PUTERI KERANINGSUN, ARJUNA ini seorang


manusia. Dia bukan jin seperti kita.

PUTERI KERANINGSUN : Tapi bonda, kenapa anakanda tidak pernah nampak manusia
sebelum ni?
JIN NANTABOGA : Anakanda, sebelum ini, kau belum akil baligh. Sekarang
matamu telah dibukakan kepada alam manusia, sebagaimana
ketika bonda akil baligh seribu tahun dahulu.

PUTERI KERANINGSUN : Wahai bonda.

JIN NANTABOGA : Ya anakku?

PUTERI KERANINGSUN : Bolehkah anakanda berkawan dengan manusia? ARJUNA ini,


Kelihatan baik orangnya.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

JIN NANTABOGA : Anakanda, kita bangsa jin tercipta dari rumahtangga iblis. Kita
musuh manusia. Kita bantu iblis menyesatkan manusia. Kita
takut-takutkan mereka. Kita perdayakan mereka. Kita perangkap
mereka dengan sumpah dan janji.

PUTERI KERANINGSUN : Bonda pernah berbuat sedemikian terhadap mereka?

JIN NANTABOGA : Ya,pernah anakanda. Suatu masa dahulu, bonda telah


menjadikan nenek moyang lelaki itu dan seluruh penduduk
Kampung ini membelakangkan Tuhannya, demi harta dan kuasa.
Keris ini, adalah tanda meterai sebuah janji. Jika sesiapa
melanggar sumpah, keris ini akan mencari mangsanya.
Hahahaha!

PUTERI KERANINGSUN : Keris ini milik keturunan ARJUNA?

JIN NANTABOGA : Ya sayang. Sekarang keris ini adalah milikmu.

PUTERI KERANINGSUN : Terima kasih, bonda. Bonda, izinkan lah anakanda berkawan
dangan ARJUNA.

JIN NATABOGA : (Tersenyum penuh muslihat) Silakan anakanda. Sesatkan


mereka.

(ARJUNA datang dari arah pintu rumahnya sambil membawa air. Dia duduk termenung di
tangga seolah-olah sedang memikirkan sesuatu)

PUTERI KERANINGSUN : (PUTERI KERANINGSUN menghampiri ARJUNA dan


menampakkan dirinya)

PUTERI KERANINGSUN :ARJUNA, ARJUNA, ARJUNA, Di sini ARJUNA.

ARJUNA : Siapa kau?

PUTERI KERANINGSUN : Aku PUTERI KERANINGSUN.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

ARJUNA : Bagaimana kau boleh tiba-tiba muncul? Makhluk apa kau ni?

PUTERI KERANINGSUN : Aku bukan dari bangsa yang sama sepertimu. Tapi aku ingin
menjadi temanmu. Walaupun bondaku tidak suka sejenis
makhluk sepertimu,tapi aku mahu berkawan dengan mu
ARJUNA.

ARJUNA : Cis! Kau bangsa jin! Pergi kau dari sini! Pergi!

PUTERI KERANINGSUN : Jangan kau berkata begitu ARJUNA. Bondaku dan nenek
Moyangmu kenal satu sama lain. Senjata ini adalah saksi
Perhubungan keturunan kita. Mereka telah berbuat janji dan
bersumpah setia. Arjuna, berkawanlah denganku.. Aku ikhlas
menjadi temanmu, ARJUNA.

ARJUNA : Tidak! Aku tak sudi. Nyah kau dari sini! Kau tak layak
mendekati aku, pergi! pergi!

PUTERI KERANINGSUN : Jangan berkata begitu sayang. Aku ingin kau menjadi milikku.

(ARJUNA mula membacakan sesuatu. Mulut terkumat-kamit membaca ayat Qursi, PUTERI
KERANINGSUN kesakitan lalu menjerit memangil-manggil bondanya.)

PUTERI KERANINGSUN : (Menjerit kepanasan) Aduhhh! Aduhhh! Bonda! Panass!


Aduh….panasnya…Bonda…tolong anakanda bonda!

(JIN NANTABOGA masuk)

JIN NANTABOGA : Anakanda? Kenapa anakanda menangis?

PUTERI KERANINGSUN : Apakah yang dibacakan oleh pemuda itu bonda? Sakit sekali
anakanda dibuatnya.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

JIN NANTABOGA : Anakanda bertahan dulu. Biar bonda yang uruskan.

(ARJUNA membaca ayat Kursi secara kuat)

JIN NANTABOGA : (JIN NANTABOGA ketawa. Tiba-tiba, ARJUNA tidak nampak


Kewujudan JIN NANTABOGA dan PUTERI KERANINGSUN
walaupun hakikatnya kedua-dua jin itu masih ada di situ.
ARJUNA terus menjerit memanggil-manggil jin itu agar keluar
berdepan dengannya).

ARJUNA : Di mana kau? Keluar kau syaitan!. Aku akan cari kau. Keluar!

(ARJUNA beredar dari situ sambil menjerit mancari-cari JIN NANTABOGA dan PUTERI
KERANINGUN yang hilang dari pandangannya).

(PUTERI KERANINGSUN bertahan dalam keadaan kesakitan. JIN NANTABOGA terus


mengilai.)

JIN NANTABOGA : Anakanda, bagaimana keadaan anakanda sekarang?

PUTERI KERANINGSUN : Sakit bonda. Apakah yang dibacakan oleh ARJUNA tadi?
Panas sekali rasanya.

JIN NANTABOGA : Ini pengajaran untukmu anakku. Yang dibacakan oleh


ARJUNA itu tadi adalah ayat kursi. Mungkin kerana kau tidak
pernah mendengarnya, maka kau terasa panas. Tetapi tidak bagi
bonda. Kerana dia sekadar membacanya apabila terdesak.
Sedangkan surah itu tidak menjadi amalannya. Bonda hanya akan
tewas dengannya kalau surah itu menjadi amalannya.

PUTERI KERANINGSUN : Mengapa ARJUNA memandang anakanda begitu keji bonda?


Tidakkah anakanda cantik?

JIN NANTABOGA : Oh anakku, bukankah bonda telah beritahu yang jin dan
manusia sentiasa bermusuhan? Sejarah buruk kita yang panjang
bermula semenjak zaman Adam, Hawa dan iblis lagi.

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

PUTERI KERANINGSUN : Tapi hati anakanda ini sakit, bonda! Perit sungguh rasanya!

JIN NANTABOGA : Shh! Anakanda, tidurlah di pangkuan bonda. Biar bonda


Dodoikan. Leburkan sedihmu dalam lena. Bangkit bersama nanti
dengan amarah membara.

PUTERI KERANINGSUN : Bonda... (mula tertidur sambil menangis)

JIN NANTABOGA : (menyanyi lagu dalam bahasa Jawa)

(Lampu padam)

Tamat

SENI TEATER
PANIK GAK? PRODUCTION

SENI TEATER

Anda mungkin juga menyukai