Anda di halaman 1dari 2

EIONIZER MENJAMIN KESIHATAN, EIONIZER MENJAMIN

KESEMPURNAAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 22hb Mac setiap tahun sebagai Hari
Air Sedunia, ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa pencemaran sumber air di seluruh dunia
semakin serius. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran, pakar-pakar juga
meramalkan bahawa perebutan sumber air di segenap pelusuk dunia akan berlaku dalam masa
yang terdekat ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengemukakan laporan mengenai pencemaran air
sedunia, 80% penyakit wujud adalah disebabkan oleh pencemaran air; 1.2 bilion orang
menghidapi pelbagai jenis penyakit, hidup dalam keadaan kesengsaraan kerana minum air yang
tercemar; air yang tercemar juga menyebabkan lebih kurang 25 juta kanak-kanak mati setiap
tahun.
Ini adalah satu krisis yang amat besar, tetapi ia juga merupakan satu peluang perniagaan yang
tiada batasan...
EIonizer A'Oceanic - Air penapisan alkali elektrolisis, satu hasil penyelidikan lebih daripada 50
tahun oleh pakar bidang perubatan Jepun. Ia telah terbukti mempunyai manfaat untuk
menghapuskan radikal bebas di dalam badan serta mempercepatkan proses pemulihan DNA sel
badan.
Ini adalah satu hasil revolusi terbaru di dalam bidang penapisan air, setiap titik menjamin
kesihatan.
Fungsi Pengionan
Dalam EIonizer A'Oceanic - Air penapisan alkali elektrolisis, terdapat dua kebuk di mana
setiapnya dipasangkan dengan elektrod positif dan elektrod negatif. Air alkali berion dihasilkan
melalui proses eletrolisis air yang dijana oleh kedua-dua elektrod yang bertentangan kutub ini.
Kebuk berelektrod ini diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan disalutkan dengan
platinum dan titanium yang amat rintang terhadap endapan mineral.
Mereka dipisahkan dengan selapis membran khas yang mempunyai liang-liang kecil. Membran
ini hanya membenarkan ion-ion mineral yang bersaiz lebih kecil melepasinya tetapi menyekat
laluan molekul-molekul air yang bersaiz lebih besar.(air biasanya wujud sebagai gugusan molekul
di bawah medan elektrik) Proses pengionan akan berlaku apabila air yang telah ditapis dialir
masuk ke dalam kebuk berelektrod. Air alkali berion akan terbentuk dan disalur dari bahagian
atas. Air ini kaya dengan unsur-unsur surih yang sesuai untuk diminum dan baik untuk kesihatan.
Manakala air yang disalur dari bahagian bawah pengionan air adalah air berasid yang
mengandungi mineral-mineral berasid seperti klorin, sulfur dan fosforus. Air ini pula tidak sesuai
diminum tetapi boleh digunakan untuk cucian.
Fungsi ORP (Antioksida)
Fungsi antioksida EIonizer A'Oceanic adalah ditentukan oleh tahap kehadiran ion hidroksil dan
nilai bacaan ORP di dalam air. Jikalau ion hidroksil yang membawa ion negatif (e-) tinggi, maka
bacaan mV akan semakin rendah, ini bermakna kuasa penurunan pengoksidaan semakin kuat,
fungsi menghapuskan radikal bebas semakin tinggi. EIonizer A'Oceanic mempunyai ion hidroksil
atau ORP bawah -400mV, dapat menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan dengan
berkesan, oleh itu, ia mempunyai kuasa mencegah dan merawat penyakit.
Penyelidikan mengenai Air penapisan alkali elektrolisis telah berkembang dengan pesat di dalam
masyarakat Jepun. Maka Korea, Taiwan, China, Negara-Negara Eropah, Amerika Syarikat dan
sebagainya juga turut menjalankan penyelidikan dan menggunakan air penapisan ini. Sudah
tentu dengan EIonizer A'Oceanic, setelah beberapa tahun penyelidikkan dan pemasaran, ia telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari Negara kita Malaysia, Indonesia dan
Vietnam. Kini, Fasa baru EIonizer A'Oceanic yang lebih canggih telah dipasarkan. Teknologi
"Kebuk Pengionan Berbentuk Bulatan" yang digunakan akan membawa hasil penggunaan yang
lebih berkesan, ini pasti sesuatu yang dipercayai dan sangat dinantikan.

Anda mungkin juga menyukai